INFO PIBG SDARY
Статистика"Channel" rasmi berkenaan aktiviti PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub Merlimau serta pengumuman rasmi daripada pihak sekolah berkaitan persekolahan. 💌 Sebarang Pandangan & Cadangan sila emel kepada sekolah-5111-cmm6@moe-dl.edu.my
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 7
- Всего постов
- 48
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 493
- 1/48двое суток
- 564
- 1/72трое суток
- 609
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
JOM INFAQ JUMAAT RM10 JE! Ringan di tangan, besar ganjaran di sisi Tuhan! Ayuh sama-sama menyumbang hanya RM10 untuk membantu pengurusan dan pembangunan SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub (SDARY). 💡 Ke mana sumbangan anda akan disalurkan? ✅ Penyelenggaraan tandas & kemudahan sekolah ✅ Menaiktaraf kemudahan pendigitalan sekolah ✅ Tajaan program akademik & aktiviti murid ✅ Tajaan program pembangunan sukan sekolah Walau kecil nilainya, besar kesannya buat anak-anak SDARY. Jom rebut peluang pahala berterusan! 📲 Klik sini untuk berinfaq melalui Herepay: 👉 https://app.herepay.org/pibgsdary/pf_0001 🏦 Atau salurkan terus ke akaun Maybank PIBG SDARY: 0040 5850 0774 (PIBG SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub) Bersama kita ceriakan sekolah dan semarakkan masa depan mereka. Terima kasih atas sokongan anda! 🌟 #TEAMpibgsdary #sdarydihatiku #educationmustwin@pibgsdary
без подписи
🚨 PERINGATAN PENTING: PENINGKATAN KES JANGKITAN INFLUENZA Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan jangkitan influenza dalam kalangan pelajar. Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ketat. 🛡️ LANGKAH PENCEGAHAN: 1⃣ Dapatkan vaksin influenza yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. 2⃣ Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. 3⃣ Guna penutup mulut dan hidung (pelitup muka). Kerap cuci tangan. ⚠️ PERHATIAN UTAMA: Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk. Kerjasama daripada pihak ibu bapa amat kami hargai demi kesihatan dan keselamatan bersama. Pesanan ikhlas PIBG SDARY
без подписи
без подписи
🚨 INGATAN IKHLAS & PERHATIAN BERSAMA PIBG SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB KESELAMATAN ANAK-ANAK KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Ibu bapa dan penjaga yang dikasihi, Kehilangan seorang anak adalah igauan ngeri bagi setiap keluarga. Merujuk kepada portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pautan https://knk2hilang.rmp.gov.my/, masih terdapat rekod kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan perhatian serta keprihatinan kita semua. Marilah kita bersama-sama meningkatkan tahap kewaspadaan demi melindungi keselamatan permata hati kita: 🔍 Langkah Keselamatan Penting: Sentiasa Awasi Pergerakan: Pastikan anak-anak sentiasa berada dalam pandangan dan pengawasan, terutamanya di tempat awam atau kawasan berisiko. Pendidikan Kendiri: Ajar anak-anak agar tidak mudah mengikut individu yang tidak dikenali serta fahami tindakan yang perlu diambil jika terpisah. Peka & Ambil Tahu: Sentiasa simpan maklumat terkini fizikal anak-anak (pakaian terakhir, tanda lahir, atau ciri khas) untuk memudahkan sebarang tindakan kecemasan. Semak & Sebarkan: Layari portal rasmi PDRM di https://knk2hilang.rmp.gov.my/ untuk mendapatkan info sahih mengenai kes kehilangan dan bantu sebarkan kepada masyarakat umum. Masa adalah faktor paling kritikal jika berdepan kecemasan. Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini. “Anak-anak adalah amanah yang sangat berharga. Lindungi mereka dengan penuh kepedulian.” Dikeluarkan oleh: PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub
𝗝𝗼𝗺 𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗝𝗮𝘄𝗶 (𝗗𝗶𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮 𝗔𝘆𝗮𝗵) سماکين ديواس، سماکين کيت ممهمي بهاوا دسباليق ديام سأورڠ ايه، ترسيمڤن سريبو ڤڠوربانن يڠ تيدق ڤرنه دچريتاکن. Dia jarang mengeluh tentang penatnya, tidak banyak berbicara tentang susah payahnya, dan sering menyembunyikan segala kesedihannya agar anak-anak terus tersenyum. Ketika kita masih kecil, mungkin kita hanya melihat ketegasannya. Namun apabila usia semakin matang dan kita mula memikul tanggungjawab kehidupan, baru kita mengerti bahawa di sebalik ketegasan itu ada hati yang sentiasa risau, ada jiwa yang sentiasa memikirkan masa depan anak-anaknya, dan ada pengorbanan yang tidak pernah meminta untuk dihargai. Hargailah ayah selagi Allah SWT masih mengurniakan kesempatan untuk bersama. Sumber : Dato' Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri #PIBGSDARY
без подписи
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pasukan bola baling SDARY telah menghantar seramai 18 pemain mewakili Daerah Jasin bagi Kejohanan Terbuka KVDSAZI Peringkat Negeri Melaka pada 8 & 9 Ogos. Kejayaan: Lelaki B18 - Johan🥇 Perempuan B18 - Ketiga 🥉 Sekalung terima kasih kami ucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, pihak koperasi dan pihak PIBG di atas segala sumbangan yang diberi. #onestrikeonegoal
INFO PIBG SDARY pinned a photo
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dibuka pendaftaran Tuisyen Koperasi SMKDARY BHD untuk murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. ✨ Yuran hanya RM30 untuk 1 subjek 📅 4 kali kelas sebulan 📌 Pelajar Harian 🗓 Setiap Sabtu ⏰ 9.00 – 10.00 pagi (Sesi 1) ⏰ 10.30 – 11.30 pagi (Sesi 2) 📍 Blok Tingkatan 1 📌 Pelajar Asrama 🗓 Isnin – Khamis ⏰ 9.00 – 10.00 malam 📍 Asrama 🎯 Sesuai untuk ulangkaji, pemahaman, latihan dan peningkatan kecemerlangan akademik. 💰 RM30 = 1 subjek / 4 kali kelas sebulan 📞 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Koperasi SMKDARY BHD. “Ilmu Dikejar, Kejayaan Dicapai!” 🌟 Berminat? Sila isi borang di bawah 👇 https://forms.gle/cbgem5GR6eLzeUX98 Sebarang pertanyaan sila hubungi :Cikgu Norazaliah @noorazaliah
📅 MAKLUMAN MINGGU 28 (10 - 14 OGOS 2026) SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB (SDARY) 🗓️ ISNIN (10 OGOS 2026) * 👕 Pakaian: Uniform Rasmi Sekolah & PVMA * 🏫 Perhimpunan Rasmi * 📌 Unit Bertugas: PSS * 🎤 Persembahan Murid: Panitia Bahasa Inggeris (PIC: Cikgu Khairil Ridwan) * 🕒 Waktu Bersurai: * 🚸 Tingkatan PPKI: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan 2-3: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan 4 & KAA: 2.00 PTG * 🚸 Kelas Bahasa Cina Tingkatan 1 dan Peralihan: 2.40 PTG * 🚸 Kelas Pengukuhan Tingkatan 5: 3.20 PTG 🗓️ SELASA (11 OGOS 2026) * 👕 Pakaian: Baju Anak Melaka * 🏫 Perhimpunan Harian: Unit Bahasa * 🕒 Waktu Bersurai: * 🚸 Tingkatan PPKI: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan Peralihan: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan 1-3: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan 4 & KAA: 2.00 PTG * 🚸 Kelas Pengukuhan Tingkatan 5: 3.20 PTG 🗓️ RABU (12 OGOS 2026) * 👕 Pakaian: Baju Unit Uniform * 🏫 Perhimpunan Harian: Unit Kokurikulum * 📝 Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL 2026): * 🔬 4 Sains dan 4 PRT (7.40 - 11.00 PAGI) * 🔬 4 Al-Kindi dan 4 RC (11.20 - 1.20 PTG) * ⚽ Perjumpaan Kokurikulum (1.50 - 4.00 PTG): * 🏆 Kelab dan Persatuan (Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang) * 📚 Kelas Pengukuhan Tingkatan 5 * 🕒 Waktu Bersurai: * 🚸 Semua Tingkatan: 4.00 PTG 🗓️ KHAMIS (13 OGOS 2026) * 👕 Pakaian: Baju PJPK * 🏫 Perhimpunan Harian: Unit HEM * 📝 Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL 2026): * 📐 4 Geo dan 4 Eko (7.40 - 11.00 PAGI) * 📐 4 SS dan 4 SV (11.20 - 2.00 PTG) * 🕒 Waktu Bersurai: * 🚸 Tingkatan PPKI: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan Peralihan: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan 1-3: 1.20 PTG * 🚸 Tingkatan KAA: 2.00 PTG * 🚸 Kelas Pengukuhan Tingkatan 4 & 5: 3.20 PTG 🗓️ JUMAAT (14 OGOS 2026) * 👕 Pakaian: * Uniform Rasmi Sekolah & PVMA * Baju Identiti KAA * Baju PJPK (Tingkatan 4) * 🕌 Bacaan Yaasin / Perhimpunan Moral * 📝 Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL 2026): * 📖 2 Adil dan 2 Amanah (8.20 - 10.20 PAGI) * 🕒 Waktu Bersurai: * 🚸 Semua Tingkatan: 12.00 TGH 👨🏫 GURU BERTUGAS MINGGUAN * Cikgu Mohd Yazid Bin Mansor * Cikgu Nurul Asyqin Binti Hamdan * Cikgu Haslinda Binti Omar * Ustazah Norhaidahwati Binti Ramli 📋 Senarai Tugas: * 👁️ Mengawal pergerakan murid semasa masuk ke kawasan sekolah pada waktu pagi. * 🥪 Mengawal pergerakan murid di kantin pada waktu rehat. * 🚶♂️ Mengawal pergerakan murid pada waktu penyuraian. * 🤝 Membantu menyusun atur murid di dataran dan mengendali perhimpunan harian. * 💻 Melengkapkan laporan bertugas dalam eSmart Data SDARY dan laporan 3K menggunakan borang yang disediakan. 🙏 Kerjasama dan keprihatinan semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. UNIT HEM SDARY
🚫 MEREMPIT UNDANG MAUT‼️ Merempit bukan sekadar melanggar undang-undang, malah mengundang tragedi yang boleh meragut nyawa, menghancurkan masa depan dan meninggalkan kesedihan kepada keluarga. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa amat penting, namun usaha membendung gejala ini memerlukan kerjasama semua pihak. Ibu bapa 👫 juga berperanan mendidik dan memantau anak-anak, manakala masyarakat perlu berani menegur serta melaporkan aktiviti yang membahayakan. Ingat, perubahan sikap bermula dari rumah. Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba, jadikan ia ruang yang selamat untuk semua. ❤️🛣️ #mkjrmalaysia #malaysia #RoadSafety #KeselamatanJalanRaya #UtamakanNyawa #merempit #kemalanganjalanraya #ibubapa #pdrmmalaysia #MOTMalaysia #JPJMalaysia
🎮🚀 KELAS GAME DEVELOPMENT (GDEV) Kolaborasi Todak Academy × SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub ANAK SUKA MAIN GAME? JOM BANTU MEREKA BELAJAR MENCIPTA GAME YANG BERMANFAAT Daripada sekadar menjadi player, kini mereka boleh mula belajar berfikir seperti seorang game creator — menghasilkan idea, mereka bentuk gameplay, mencipta karakter dan membangunkan game mereka sendiri. Program GDEV selama 10 bulan ini direka untuk memberi pendedahan praktikal kepada pelajar berumur 13–15 tahun tentang dunia pembangunan permainan digital. Ini bukan sekadar kelas bermain game. Ini ialah peluang untuk mereka memahami bagaimana sebuah game dibina — daripada idea hingga menjadi sesuatu yang boleh dimainkan. 🔥 DARIPADA PLAYER → CREATOR Sepanjang program, peserta akan mempelajari: 🎮 1. Pengenalan Dunia Game Development Memahami asas dan proses pembangunan sesebuah permainan. 💡 2. Mencipta Idea Game Menghasilkan konsep, tema, objektif dan idea permainan. 🕹️ 3. Rekabentuk Gameplay Merancang mekanik, cabaran dan pengalaman pemain. 🎨 4. Rekabentuk Grafik & Karakter Mengembangkan kreativiti melalui visual, karakter dan aset permainan. 💻 5. Membina Game Sendiri Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan projek game sendiri. 🧠 6. Kemahiran Abad Ke-21 Membina kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, komunikasi dan kerja berpasukan. 🏆 PELUANG ISTIMEWA Peserta yang menunjukkan potensi berpeluang dipilih sebagai: 🌟 WAKIL SEKOLAH KE TODAK DIGITAL CREATORS COMPETITION 2026 Bukan sekadar belajar — mereka juga berpeluang membawa hasil kreativiti dan kemahiran ke pentas pertandingan. 📚 MAKLUMAT PROGRAM • Tempoh: 10 bulan • Jumlah: 20 sesi • Durasi: 2 jam 30 minit setiap sesi • 💻 Laptop disediakan • 📖 Workbook disediakan • 📂 Google Classroom disediakan • 👕 Jersey GBL PERCUMA untuk 20 peserta terawal • 📍 Kelas pada hari bekerja / weekdays — jadual akan dimaklumkan • 🚀 Bermula Ogos 2026 👦👧 SIAPA YANG BOLEH SERTAI? Terbuka kepada pelajar: • Berumur 13–15 tahun • Dari Merlimau dan kawasan sekitarnya • Berminat dengan game, teknologi, reka bentuk atau kreativiti digital • Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan membina kemahiran masa depan Tidak perlu menjadi pakar komputer untuk bermula. Yang penting ialah minat untuk belajar, mencuba dan mencipta. 💰 YURAN Pendaftaran: RM100 Sekali sahaja Yuran bulanan: RM100 🚨 PENYERTAAN TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA Pengambilan dibuat dalam kumpulan kecil supaya pengalaman pembelajaran lebih fokus dan bermakna. 📢 PENDAFTARAN KINI DIBUKA Hari ini mereka mungkin berkata: 🎮 “Saya suka main game.” Dengan pendedahan yang betul, suatu hari nanti mereka boleh berkata: 💻 “Saya tahu bagaimana nak buat game.” Game Development bukan sekadar tentang permainan. Ia menggabungkan: 💡 Kreativiti 💻 Teknologi 🎨 Rekabentuk 🧠 Pemikiran kritis 🛠️ Penyelesaian masalah 🚀 Inovasi Jangan sekadar biarkan mereka menjadi pengguna teknologi. Berikan mereka peluang untuk belajar menjadi pencipta teknologi. 📲 MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN 💬 WhatsApp Group: https://chat.whatsapp.com/DC4s4uso45pEmhwJ9Ik9HC?s=cl&p=a&ilr=0&amv=1 🎮 🚀
без подписи
# 📢 HEBAHAN RASMI ## *PERTANDINGAN KUIZ ONLINE UNIT BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026* *Anjuran:**SMK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur* Adakah anda bersedia menguji pengetahuan mengenai *Unit Beruniform* dan bersaing dengan peserta dari seluruh negara? Sertai pertandingan ini dan buktikan kehebatan anda! ### 📌 Pendaftaran Mengikut Zon *🟢 Zon Utara**(Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak)* https://tinyurl.com/UBER-ZON-UTARA *🔵 Zon Tengah* *(Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya)* https://tinyurl.com/UBER-ZON-TENGAH *🟠 Zon Selatan* *(Negeri Sembilan, Melaka & Johor)* https://tinyurl.com/UBER-ZON-SELATAN *🟣 Zon Timur* *(Pahang, Terengganu & Kelantan)* https://tinyurl.com/UBER-ZON-TIMUR *🟤 Zon Borneo* *(Sabah, Sarawak & Labuan)* https://tinyurl.com/UBER-ZON-BORNEO 📢 *Pastikan anda mendaftar mengikut zon negeri masing-masing.* Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini dan menjadi sebahagian daripada peserta terbaik di peringkat kebangsaan. *Daftarlah sekarang dan buktikan kehebatan anda!*
📢 PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH! 🌟 Adakah anda menghadiri atau menyertai aktiviti sempena Hari Landskap Negara 2026 (HLN2026)? Jangan lepaskan peluang untuk kumpul dan dapatkan markah PAJSK anda sekarang! 📲 Cara Pendaftaran: 1️⃣ Imbas (scan) kod QR pada poster di atas. 2️⃣ Isi maklumat diri dan sekolah anda dengan lengkap serta tepat. 3️⃣ Hantar borang pendaftaran anda! Mudah sahaja, kan? Jom imbas sekarang sebelum tarikh tutup pendaftaran! Tag kawan-kawan sekolah di ruangan komen supaya mereka pun tak terlepas. Sempat lagi ni! 👇💚 Mana lagi? Melaka ler... Tekan butang like & follow sekarang untuk info terkini: KPKT Malaysia | Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Layari laman web rasmi HLN 2026: 🔗 https://hln.jln.gov.my #HLN2026 #JabatanLandskapNegara #MarkahPAJSK #Kokurikulum #Melaka
https://www.youtube.com/watch?v=Kxh5z8KlLC0
без подписи