tgindex
Rumah Pena Kayu

Rumah Pena Kayu

Статистика

Novel dan eBook

Последний пост
7 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
7 718
−1 за 5 дн.
Сутки
−6
−0,08%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 165
20 постов
Вовлечённость
15,1%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
981
1/48двое суток
1 124
1/72трое суток
1 212

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 7 авг.1 002

    Sebaik sahaja dia tersedar semula, pandangannya beradu dengan sorotan polos seorang jururawat. Jururawat sama yang memanggil doktor muda yang sesuka hati sahaja memberinya suntikan ubat penenang. Tadi bolehlah dia bertenang, sekarang tidak lagi. Dia memang nak luku kepala doktor tersebut. "Puan Irina dah sedar." Dia dipanggil Irina lagi? Hello, excuse me. Dia bukan Irina. Diulangi sekali lagi. DIA BUKAN IRINA! "Saya syak awak semua dah salah orang. Saya ni bukan Irina." Terkebil-kebil mata jururawat tersebut. Kemudian tidak semena-mena jururawat itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Entah apa yang jururawat itu taip. Tahu-tahu sahaja telefon bimbit jururawat itu diserahkan kepadanya. "Puan Irina tengok ni. Itukan muka Puan Irina. Sebelah tu suami Puan Irina. Encik Harris." Matanya hampir melompat keluar melihat mukanya sendiri setelah jururawat itu membuat carian di enjin Google. Irina yang disebut-sebut oleh jururawat itu memang seiras dirinya. Pasangan sama cantik dan sama padan. Harris Al-Kahfi dan Irina... Dia tidak meneruskan bacaan. Pucat lesi mukanya. Ini semua salah. Tidak mungkin namanya Irina. Lebih tidak mungkin dia telah berkahwin. Dengan siapa tadi? Harris? Ya ampun, dia mula rasa dia terjebak dalam sindiket berbahaya. Entah-entah, doktor di sini telah melakukan pembedahan plastik ke atas mukanya. Sebab itu mukanya seperti Irina. Dia bingkas berdiri. Dia perlu keluar dari sini. Semakin lama dia berada di sini, dia boleh gila nanti. "Eh, Puan Irina nak ke mana?" Itupun nak tanya lagi ke? Mestilah dia nak cabut lari! Bukan main tangkas dia mencapai pemegang pintu. Dia meluru keluar dari bilik rawatan tersebut bagaikan peluru sesat. Buk! Tubuhnya berlaga dengan tembok mungkin. Keras, pejal, dan... berbau wangi? Wangian apa ini? Musky bercampur spicy? Atau sandalwood? Rajin pula dia berteka-teki pada saat-saat genting begini. Kepalanya didongakkan. Sorotan matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna coklat jernih. Tajam. Berjiwa. Dan raut mukanya, persis dengan Harris. Harris yang dicanang sebagai suaminya! eBook Scandalous 700+ muka surat Fail eBook dapat segera

  • Dia sanggup mati demi membalas dendam. Takdir pula menjadikan lelaki itu suaminya. Ni cerita all time favourite bonda ni. Kalau belum baca, bolehlah baca weekend ni 😁

  • 5 авг.1 1326

    "Aku tak pandai pujuk. Ambillah anak kau ni. Aku bimbang dia sakit nanti,” katanya. Besar harapannya Raisa akan segera mengambil Aisha semula. Malangnya, Raisa masih menaruh kepercayaan yang dia akan berjaya memujuk Aisha. Penatlah Fajira kalau begini. Dia penat memujuk dan pujukannya pula tidak ke mana. Kesudahannya dia hilang sabar. Dia terus mengatur langkah mendekati Raisa. Baru tiga langkah, dia mendengar bunyi enjin kereta. Tidak lama kemudian, dia mendengar suara seorang lelaki memberi salam menyapa telinganya. Cukup maskulin suaranya. Cukup garau suaranya. Suara yang berjaya membuat dia berhenti melangkah. Tidak tahu kenapa detakan jantungnya mula menyanyikan irama entah apa-apa. Percayalah, dia tidak berani berpaling ketika Raisa mula berteriak menyebut nama Rangga. Kenapa dia mesti jadi begini? "Aisha kenapa? Saya belum turun dari kereta dah boleh dengar suara dia menangis. Siapa yang dah buat Aisha menangis?" Aduh! Dia semakin tidak keruan sahaja mendengar suara Rangga. Lagi satu, kenapa Rangga tak gagap? Dulu Rangga gagap. Dia yakin sangat Rangga gagap. "Tak ada apa. Fajira tengah pujuk Aisha tu." Sepi terus suasana. Dapat dia rasakan, Rangga sedang meniliknya dengan tajam. Terasa berlubang belakang tubuhnya. "Sini, saya tenangkan Aisha. Awak perlu belajar banyak lagi macam mana nak tenangkan bayi kecil." Suara Rangga begitu dekat. Terlalu dekat. Dia seperti melihat bayang-bayang besar menyelimuti tubuhnya. Sekarang dia perlu bereaksi apa? Sebab dia terlalu kaku untuk menggerakkan tubuhnya. "Fajira." Namanya meniti di bibir Rangga. Dia seperti ditarik masuk ke dalam lautan paling dalam. Paling luas. Dia terkapai-kapai dan berusaha keras untuk terus kekal bernyawa. "Saya nak Aisha." Suara garau Rangga singgah lagi merosakkan ketenangan jiwanya. Memaksanya memusingkan tubuh untuk berdepan dengan lelaki tersebut. Dia tidak mengangkat muka pun untuk melihat Rangga. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk beradu pandangan dengan lelaki tersebut. Awal-awal lagi aura dominan lelaki itu telah membuatnya tewas. Dia hanya mampu memandang kedua-dua belah tangan lelaki itu yang sedang meminta Aisha. Sepasang matanya menjadi saksi pada transformasi warna kulit Rangga yang dahulunya putih melepak, sekarang telah bertukar sawo matang. Tangan Rangga yang dahulunya kurus melidi, sudah diisi dengan daging pejal yang dihiasi urat-urat lelaki. Liurnya diteguk. Bagaimana ini? Kenapa dia suka melihat urat-urat pada tangan lelaki tersebut? eBook Muda Tapi Matang 650+ muka surat Fail eBook dapat segera

  • Kalau belum baca ebook ni, mehla baca 😁

  • 3 авг.1 3104

    "Saya jumpa Irina tadi." Begitu panjang helaan nafas Harris Al-Kahfi. Setelah mulutnya berbuih memberi nasihat pada Farah supaya tidak menemui Irina, Farah tetap juga menjulang sikap keras kepalanya. “Awak off hari ni semata-mata sebab jumpa dia?” Suara Harris Al-Kahfi jelas keras. Jelas memberi gambaran lelaki itu kurang berpuas hati dengan tindakannya melawat Irina. Dari ekor matanya, dia melihat Harris menggelengkan kepala penuh kesal. “Saya tahu awak marah. Awak tak senang saya jumpa wife awak.” “I was concerned about your safety. Tolong jangan buat kesimpulan yang entah apa-apa dan salah. Awak dengan saya cukup kenal dengan perangai Irina. Saya tak nak kejadian dia mengasari awak berulang lagi.” Dia tidak marah menerima leteran Harris. Malah, hatinya berbunga-bunga. Boleh jadi hati perempuannya akan bertukar menjadi kebun lavender tidak berapa lama lagi. “Awak tak pernah penat ambil berat tentang saya. Sebab tu saya pun nak ambil berat tentang awak.” Farah bermain-main dengan sepuluh jarinya. Matanya sekejap memandang Harris Al-Kahfi, sekejap lagi memandang sepuluh jarinya yang dipintal-pintal. “Beberapa hari ni awak macam ada masalah besar. Saya nak kongsi masalah awak. Saya nak ringankan bahu awak. Saya tahu, setiap masalah awak biasanya berpunca daripada Irina.” “Sebab tu awak nekad juga nak jumpa Irina? Walaupun saya nasihatkan berkali-kali supaya jangan dekat dengan Irina?” “Demi awak, saya sanggup berdepan dengan Irina.” Timbul urat-urat tangan Harris. Pegangan lelaki itu pada stereng kereta semakin dikemaskan. “Awak tak pernah nak faham yang awak berdepan dengan Irina. She’s a very capable woman, Farah. Dia tak sama macam awak. She’s a v*llain and you’re a good person. Itu beza dia dengan awak.” 📖 eBook Scandalous 📚 Fail eBook (PDF) dapat segera

  • 3 авг.1 079

    Kalau korang jadi Irina, sanggup maafkan mereka? 🥺

  • 1 авг.1 2863

    Ebook baharu. Tunjuk Aku Satu Bintang. “Kita kena buat sesuatu.” Lydia menarik lengan kakaknya. Marahnya masih belum surut. “Apa?” “Jangan benarkan dia anggap macam dia sempurna sangat.” Lydia mula mencucuk kakaknya itu. Zaza mengangguk namun mereka tidak boleh terburu-buru. Kena ada strategi dan jangan sesekali terkena pada batang hidung sendiri pula. “Geram betul dengar dia beri alasan tadi. Tak sangka, dia tu kaki belit fakta.” Lydia menumbuk bantalnya beberapa kali dengan kasar. Seolah-olah kakak iparnya ada di bantal itu. “I dah cakap, kan ... dia tu tak baik mana pun. Abang kita tu macam kena bodohkan aje. Semua kata isteri, dia ikut.” Zaza membalas. Lydia melopong. “You rasa dia sihirkan abang kita?” Zaza mengangkat kening. Ada banyak perkara yang dia fikirkan. Dan dia yakin, intuisinya betul. https://rumahpk.wasap.my/

  • 1 авг.1 0404

    Blurb Tunjuk Aku Satu Bintang Penulis : Lynn Dayana Siapa sangka ujian datang dalam bentuk dua adik ipar yang berwajah cantik tapi perangai macam ada bela puaka! Rumah lama emak mentua dijual. Menunggu rumah baru yang direnovasi, Zaza dan Lydia datang menumpang. Emak mentua yang menunaikan umrah dan ziarah ke beberapa negara, amanahkan Eyana jaga anak-anaknya. Yang indah hanya sementara. Bukan adik ipar saja yang buruk laku… suaminya pula jumpa kekasih lama. Dan usia perkahwinan mereka yang baru, dilanda ombak ganas. “Zafry tu my love, my men.” Dakwa Hani. “He is my husband!” Eyana cuba pertahankan. Namun kapal yang bocor, mampukah bertahan dari tenggelam? Kalau nakhoda mahu ke Barat sedangkan dia mahu ke Utara, samakah destinasi mahu dituju? Orang kata, genggam bara biar sampai abu. Macam mana kalau Eyana tidak mahu mengenang bara yang sudah padam tiada hangatnya. Haaa best kan? Cepat Ws Min tau ❤️ https://rumahpk.wasap.my/

  • 1 авг.1 094

    Assalamualaikum semua! 🤍 MIN Nk share sikit... ada eBook baru yang baru je release. Nampak menarik, jadi rasa rugi pula kalau tak kongsi dengan korang. 😄 ✨ Tunjuk Aku Satu Bintang 👤 Penulis: Lynn Dayana 💲 Rm15.00 📖 210 ms Min tengok memang menarik. Sebab tu terus rasa nak share kat sini. Mana tahu ada yang memang tengah mencari. Kalau nak grab, PM je Min ya. Kita settle. 🤍 https://rumahpk.wasap.my/ Jom Min share sinopsis ya ❤️

  • 30 июл.1 3224

    Korang dah baca sampai part mana cerita Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku? Bonda tengah ulang baca ni. Tapi still, favourite part bonda masa Encik Hakim dapat penampar jepun sedas. Main-main lagi, terus mendapat 🤣 Korang suka part mana?

  • 28 июл.1 76651

    Bismillah... Ramai yang bertanya kalau dah boleh beli secara single. Jawapannya... dah boleh. ❤️ 📖 Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku — RM21 📖 Officially Milik Dia 2.0 — RM21 ❤️ Kombo Romansa — RM39 Semua harga promosi ini sah sehingga 10 Ogos 2026 saja ya. Semoga setiap cerita menemui pemilik yang tepat. 🤍 📲 https://rumahpk.wasap.my/

  • 28 июл.1 5032

    без подписи

  • Masih ada masa. 🤍 Kombo Romansa RMxx masih dibuka sehingga 12.00 tengah malam. Esok, harga dah berubah. Kalau dah lama tunggu nak baca Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku dan Officially Milik Dia 2.0, malam ni peluangnya. 📲 https://rumahpk.wasap.my/

  • 27 июл.1 5482

    Bismillah... 🤍 Okay, dah sampai masanya! 🥹❤️ Kombo Romansa kini rasmi dibuka! Hari ni kami buat sesuatu yang istimewa. Untuk hari ni sahaja, kami tak jual single ya. Kalau nak baca, memang kena angkut terus 2 eBook sekali. 🤭 📚 Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku + Officially Milik Dia 2.0 ❤️ Kombo Romansa RMxx sahaja ⏰ Dari sekarang hingga 12.00 tengah malam sahaja. Lepas tengah malam nanti, harga dah berubah. Kalau dah lama simpan hasrat nak baca karya terbaharu Bonda Pena Kayu dan Kak Melati, inilah masanya. 📲 Klik link WhatsApp di bawah untuk tempahan. 👉 https://rumahpk.wasap.my/ Semoga kedua-dua cerita ini menemui pemiliknya. Terima kasih atas setiap sokongan. 🤍

  • 27 июл.1 1191

    eBook Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku 460 muka surat Sinopsis/ Blurb : -------------------------- "Encik Hakim suka saya?" Aidura tahu dia tidak patut bertanya. Namun dia tetap berharap. "Maybe." Satu perkataan itu sudah cukup untuk mengingatkan Aidura bahawa perkahwinan mereka hanyalah sebuah kontrak. Tiada cinta. Tiada janji. Dan dia tidak sepatutnya berharap kepada lelaki yang tidak pernah memberi kepastian. Namun semakin hari berlalu, semakin banyak perkara yang dilakukan oleh Hakim Idraki bercanggah dengan setiap kata-katanya. Dia tidak pernah memberi Aidura sebab untuk berharap. Tetapi setiap kali wanita itu memerlukan seseorang, dialah yang sentiasa berada di hadapan. Lalu Aidura mula tertanya-tanya, yang mana satu patut dipercayai? Jawapan "Maybe" yang keluar dari bibir Hakim Idraki... Atau semua tindakan lelaki itu yang tidak pernah berhenti melindunginya? Jumpa kami pukul 6.00 petang ni 🔥

  • 27 июл.1 16611

    Ada lelaki yang pandai melafazkan cinta. Hakim Idraki bukan salah seorang daripada mereka. Dia hanya memilih untuk membuktikannya. 🤍 Jangan Jatuh Cinta Dengan Aku Pukul 6.00 petang ini.

  • eBook Officially Milik Dia 2.0 446 muka surat Sinopsis/ Blurb : ---‐----------------------------- "Kakak ni cantik. Mesti ramai boyfriend." Aku hampir tersedak air. Batuk beberapa kali. Muka aku terus panas. Kenapa orang suka membuat andaian seperti itu? Sebelum aku sempat menjawab, Haris sudah mendahului. "Mungkin semua lari sebab dia garang." Sepatutnya hari itu dia bergelar isteri. Sebaliknya, dia ditinggalkan di pelaminan di hadapan ratusan tetamu. Bayangkan hidup dengan label wanita yang gagal. Jadi dia memulakan hidup baharu di sebuah bandar yang asing, jauh daripada perhatian ramai. Kemudian hadir Haris Qayyum. Lelaki yang tidak pernah memaksa Khairina melupakan masa silamnya, tetapi sentiasa ada setiap kali dia memerlukan seseorang. Ketika dia mula percaya pada bahagia, dia mendapat tahu satu kebenaran yang mengubah segala-galanya. Rupa-rupanya ada seseorang yang sengaja memusnahkan hari perkahwinannya. Tapi kenapa? Dan... untuk melindungi siapa? Jumpa kami pukul 6.00 petang ni 🔥

  • Kalau awak sukakan kisah cinta yang perlahan-lahan menyentuh hati, tetapi dalam masa yang sama membuatkan awak asyik tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku... Officially Milik Dia 2.0 sedang menunggu awak. Launching bermula pukul 6.00 petang ini. 🤍

  • Jom kita bedah FAQ yang selalu ditanya. Kalau ada soalan lain, tanya je 👇 1. eBook dapat terus ke? 》 Ya, eBook ready file. Kami akan hantar terus mengikut turutan pembelian. Cuma untuk eBook Officially Milik Dia 2.0, Kak Melati akan hantar sebaik saja beliau free. Kak Melati terikat dengan kerja, jadi tak boleh hantar terus. Tapi insya-Allah dapat hari yang sama 🤍 2. Harga kombo istimewa tu hari ni je ye?  》 Betul. Hari ni saja Isnin, 27/7/26 bermula pukul 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. 3. Saya tak nak kombo. Saya nak beli satu je. 》 Untuk launching hari ni, kami jual kombo je sis. Tapi jangan risau, esok boleh grab single macam biasa.  4. Boleh beli dekat Shopee tak? 》 Maaf tak boleh. Untuk hari ini semua transaksi melalui WhatsApp sahaja. 5) Saya first time beli eBook. Kena download apa-apa apps ke nak baca eBook ni? 》Semua eBook dalam bentuk pdf file. Biasanya hp/ tablet dah ada apps ni. Jadi tak perlu download apa-apa apps dah, MELAINKAN dah outdated. Jadi kena updates apps pdf/acrobat tu dulu.  6) Harga berapa? 》Harga tertera di poster. Termasuk jumlah muka surat. Sekejap lagi kami muat naik poster harga.  7) Boleh ke beli melalui DS? 》Boleh sis. Boleh contqct DS favourite masing-masing. 8) Kalau saya nak tambah eBook lama boleh tak? Maksudnya saya nak beli lebih daripada 2 eBook. 》Boleh sis. Boleh buka katalog eBook kami untuk rujuk tajuk-tajuk yang lain. Semua ebook kami ready file. Memang kami hantar secepat mungkin. Ini link katalog eBook dan novel kami. Ada sinopsis sekali. Nanti inform je nak tambah tajuk mana > https://wa.me/c/60104497835  9) Seronoknya ada eBook baru. Bonda, saya ada manuskrip. Nak hantar dekat bonda boleh ke? 》Boleh. Hantar je manuskrip thru email kami > rumahpk@gmail.com 》Kami ada 3 orang penilai termasuk bonda sendiri. Kalau tak lulus penerbitan pun bonda akan guide apa kekurangan manuskrip tu untuk diperbaiki. Cuma nasihat bonda jangan terasa hati bila bonda tulis kekurangan manuskrip tu. Sebab bonda anggap semua macam adik dan kawan yang hantar manuskrip dan harap di kemudian hari, dapat jadi penulis yang diingati pembaca sebab gaya penceritaan yang unik. 10) Saya dah add favourite account bank Rumah Pena Kayu. Boleh ke lepas dapat harga saya terus bank in je? 》Ya, boleh sangat sis. Ni lagi smart. Selepas payment berjaya dibuat, share je resit bayaran pada kami. Jadi bila team kami reply, terus dapat file. Settle. 🤍  Harap menjawab semua persoalan. Kalau ada soalan lagi, boleh je komen. Kami jawab.  Nanti wasap je kami 🥰👌  Bonda PK

  • Kalau korang tak suka kopi sekalipun, tetap kena baca cerita ni 😆 ----- "Awak lagi." Dia membalas dengan nada yang sama seperti hari kami bertemu di taman. Seolah-olah pertemuan secara kebetulan begini memang perkara biasa. Aku memandang cawan kopi di tangannya. Kemudian cawan di tanganku. "Kali ni kopi saya tak tumpah." "Masih ada masa." Aku ketawa kecil. Sekali lagi, dia mengucapkan ayat itu dengan wajah yang serius. Aku mula mengesyaki lelaki ini memang tidak tahu cara bergurau seperti orang biasa. Kafe itu agak sesak kerana hujung minggu. Hampir semua meja dipenuhi pelanggan. Ada yang sedang bekerja menggunakan komputer riba, ada pasangan berbual perlahan, dan ada juga sekumpulan pelancong yang sibuk mengambil gambar makanan. Aku memandang sekeliling. Tiada satu pun meja yang kosong. Begitu juga dia. Kemudian lelaki itu mengangguk ke arah sebuah meja kecil di sudut kafe. "Kalau awak tak kisah." Aku teragak-agak seketika. Biasanya aku tidak akan duduk semeja dengan orang yang hampir tidak aku kenali. Sebenarnya, aku langsung tidak mengenalinya. Tetapi semua meja lain sudah penuh. Berdiri sambil memegang secawan kopi pula terasa lebih janggal. Akhirnya aku mengangguk. "Baiklah." Aku duduk bertentangan dengannya. Bukan kerana mahu berkenalan. Bukan kerana tertarik. Bukan kerana apa-apa yang romantik. Aku cuma tiada pilihan. Beberapa minit berlalu dalam diam. Anehnya, ia tidak terasa canggung. Mungkin kerana lelaki itu tidak memaksa perbualan. Dia tidak cuba menjadi lucu. Tidak cuba menarik perhatian. Tidak juga bercakap semata-mata mahu mengisi kesunyian. Dan aku menghargai perkara itu. "Kopi sini okay?" aku bertanya. "Okay." "Itu saja?" Dia memandang cawannya. "Kopi yang tak buat saya menyesal bayar biasanya saya anggap okay." Aku ketawa kecil. "Standard awak rendah." "Standard saya realistik." Aku mencapai cawanku. Baru beberapa teguk, aku sedar. Entah sejak bila, kopi itu bukan lagi perkara yang paling menarik di hadapanku. 🤍 OFFICIALLY MILIK DIA 2.0 Open order bermula hari ini, jam 6.00 petang.