Score A+ Sejarah SPM
СтатистикаChannel SPM Form 4 & Form 5 Belajar Sejarah bersama Zulhaziq 🐔👍 Channel Lain Score A https://t.me/scoresejarahpt3 https://t.me/scorepaispm Bersama Semarakkan Sejarah Kita 💫💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
- Последний пост
- 10 сент. 2025 г.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Edit, Sign and Share PDF files on the go. Download the Acrobat Reader app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb
Contoh analogi KBAT (dengan menggunakan FHCI) Makan lewat malam tidak elok untuk kesihatan. Berikan hujah anda (4m) Makan lewat malam tidak elok untuk kesihatan(KA) kerana menjadikan kita sukar tidur pada waktu malam(F). Hal ini kerana makan lewat malam akan menyebabkan perut sukar memproses makanan(H). Sebagai contoh,larutan enzim sukar mencairkan makanan yang dimakan seterusnya menyukarkan penghadaman makanan(C). Kesimpulannya,makan lewat malam akan menyebabkan penghadaman makanan tidak lancar(I). Sekadar contoh analogi sahaja. Gunakan panduan ini untuk menjawab semua soalan KBAT @scoresejarahspm ✨ #SejarahIsEasy #JomSkorA
Ketahui cara jawab soalan KBAT Guna formula FHCI F - Fakta H - Huraian C - Contoh (boleh juga beri kesan) I - Inferens (kesimpulan) Cadangan pola jawapan (perhatikan peruntukan markah dahulu) FHCI × 2 = 8 markah FHC × 2 = 6 markah FHCI = 4 markah FHC = 3 markah FH × 2 = 4 markah Cara membina ayat ✅ Tentukan pola jawapan anda ✅ Ambil sedikit soalan untuk dijadikan kepala ayat ✅ Berikan fakta yang tepat ✅ Sambungkan ayat fakta dengan kepala ayat menggunakan kata hubung/kata pemeri ✅ Gunakan penanda wacana ✅ Teruskan ayat dengan huraian ✅ Berikan contoh/kesan yang sesuai ✅ Simpulkan jawapan dengan 1 jawapan yang menarik Cadangan kata hubung (bagi fakta/isi) 1. Kerana 2. Supaya 3. Disebabkan oleh (lain-lain yang difikirkan sesuai) Kata pemeri (bagi fakta/isi) 1. Ialah 2. Adalah Penanda wacana (bagi huraian/keterangan) 1. Hal ini kerana 2. Hal ini menyebabkan 3. Hal ini membolehkan 4. Hal ini disebabkan oleh Penanda wacana (bagi contoh/kesan) 1. Contohnya 2. Sebagai contoh 3. Hal ini menyebabkan 4. Hal ini dapat digambarkan Penanda wacana (bagi kesimpulan/olahan relavan) 1. Kesimpulannya 2. Rumusannya 3. Oleh itu @scoresejarahspm ✨ #SejarahIsEasy #JomSkorA
Tahniah batch 07 sbb dapat result upu hari ni. Ce share uni mana korang dapat, and course apa
Cemana hari pertama?
Assalamualaikum batch 07.....selamat melangkah ke dunia stpm, bagi yang melaporkan diri hari ini
Tips SPM [Cara Belajar Sejarah] Setiap orang, lain cara belajar dia. Semua orang ada cara belajar masing-masing. Namun begitu, ada perkara yang perlu awak buat dahulu sebelum mengulangkaji Sejarah menggunakan cara masing-masing Berikut adalah beberapa langkah yang perlu awak ikut sebelum awak belajar menggunakan cara sendiri 1. Baca dulu bab tu sehari/dua hari awal sebelum kelas Sejarah (Contoh: Esok nak masuk bab 3, jadi hari ni baca dulu siap2 bab 3) Kita panggil first-time reading. Pada masa ni, dapatkan dulu overview berkaitan bab tersebut 2. Masa cikgu ajar, garis fakta penting & catat nota penting Sejarah di peringkat sekolah memang memfokuskan kepada fakta. Jadi garis isi penting, itulah fakta kepada topik tersebut. Bila awak baca balik topik tu in the future, benda yang awak garis tu, itulah yang awak akan nampak dulu Kadang, cikgu akan bagi sekali ilmu tambahan yang takde dalam buku teks, untuk menerangkan topik tu dengan lebih mendalam supaya dapat membantu kefahaman awak. Yang mana menjurus kepada membantu kefahaman awak tu, catat atas buku tu. Jangan takut conteng buku, sebab awak pakai pensel, jangan pakai pen 3. Fokus apa cikgu tu ajar Put aside about tips peperiksaan, keberkatan ilmu etc. Macam mana awak nak faham sesuatu konsep sejarah tu cakap pasal apa kalau awak tak fokus apa yang cikgu tu ajar? Jangan berangan, berkhayal, fikir benda lain bila cikgu tengah mengajar. Fokus betul-betul, berikan sepenuh tumpuan 4. Bila balik sekolah, revise balik bab yang cikgu ajar tadi Masa ni la awak boleh guna cara ulangkaji masing-masing. Yang penting, recall dulu cikgu ajar apa, then terpulang kepada masing-masing 5. Cuba jawab contoh soalan peperiksaan Ini sangat membantu awak dalam mengulangkaji soalan peperiksaan. Banyak je sumber soalan yang awak boleh dapat, terlalu banyak. Siap dapat skema jawapan sekali 6. Rajin berjumpa dengan guru In english, we said, always consult your teacher. Jumpa cikgu by private, apa-apa yang awak tak faham berkaitan bab tu, tanya cikgu awak. Dia akan bantu awak sedaya yang boleh. Jangan malu cari cikgu. Cikgu takkan judge awak, believe me 7. Berdoa kepada Allah SWT Doalah agar segala benda yang awak belajar ni, awak dapat faham betul-betul, awak dapat jawab soalan peperiksaan dengan baik, awak dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian, dan awak dapat ajar orang lain apa sahaja ilmu yang awak ada Semoga berjaya @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
Selamat hari guru kepada semua asatizah.. teruslah berbakti dengan ikhlas. Semoga Allah mengganjari dengan segala kebaikan, rahmat dan kasih sayang .. serta dikurniakan anak-anak murid yang cemerlang dunia akhirat insyaAllah... Teruskan melangkah walaupun lelah.. InsyaAllah segalanya akan mudah jika kita buat kerana Allah.. Selamat hari guru ~Ustazah Jie~
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Guru Pemacu Reformasi Pendidikan عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru. 2. Imam al-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan betapa besar pahala orang yang menyampaikan kebenaran, kerana setiap orang yang mendapat manfaat daripada ajarannya akan turut memberikan pahala berterusan kepadanya. 3. Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. 4. Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara. 5. Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu. 6. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan. 7. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya. 8. Dalam konteks hari ini, menyebarkan maklumat tidak benar, fitnah atau pengaruh buruk di media sosial, blog atau video juga boleh menyebabkan dosa berpanjangan, seperti yang digambarkan dalam hadis ini. 9. Sebagai seorang Muslim, kita harus berhati-hati dengan perkataan, apa yang ditulis dan forward, serta tindakan kita kerana kita boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk mengikuti kebaikan atau kesalahan. 10. Hadis ini mengingatkan bahawa tindakan manusia, baik atau buruk, boleh memberi kesan berterusan walaupun selepas kematiannya, sama seperti konsep dalam hadis tentang amalan yang tidak terputus. Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan menyampaikan ilmu melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti Tiktok, FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita sebagai guru yang menjadi pemacu reformasi Pendidikan dengan mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain. SELAMAT HARI GURU Guru Pemacu Reformasi Pendidikan #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 17hb Zulkaedah 1446H 15hb Mei 2025 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Universiti Awam Yang Menawarkan Ijazah Sejarah 1. Universiti Malaya -> Sarjana Muda Sastera (Sejarah) 2. Universiti Kebangsaan Malaysia -> Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) 3. Universiti Sains Malaysia -> Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) -> Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) 4. Universiti Utara Malaysia -> Sarjana Muda Sejarah Gunaan 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -> Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun) 6. Universiti Malaysia Sabah -> Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) -> Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris -> Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
Tips SPM [Kuasai Kertas 1] Sudah tentu, cara utama menguasai kertas 1 adalah dengan menguasai kertas 2 terlebih dahulu. Maknanya dalam erti kata lain, khatam buku teks tu dulu Tapi sudah tentu kita semua mahu mencapai markah yang tinggi di dalam kertas 1. Mesti nak lebih 30, mesti nak lebih 35. Macam mana nak buat? Ada 3 cara selepas cara utama telah dilaksanakan 1. Dapatkan kertas modul (either online or physical) dan jawab soalan-soalan objektif. Kemudian semak sendiri ikut skema. Kalau takde skema, rujuk guru Sejarah anda 2. Jawab soalan-soalan SPM (kertas sebenar & percubaan) bagi kertas 1. Kemudian semak sendiri ikut skema yang diberikan 3. Jawab quizizz Sejarah kertas 1. Anda boleh mendapatkan link quizizz ini daripada mana-mana platform di Telegram (channel perkongsian Sejarah) Insyaallah, kejayaan milik kita bersama @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
Tips SPM [Step-by-Step Belajar Sejarah] We awared that many students have the problem to study history. So I made a five-simplified step to study history. Insyaallah no more students will stu(dying) when the exam is in the corner Step 1 : Basic Chapter B1T4 : Kesultanan Melaka B5T4 : PTM 1948 B10T4 : Pengisytiharan Kemerdekaan B1T5 : Konsep Kedaulatan Step 2 B3T4 : Perang Dunia (fokus di Eropah) B4T4 : Era Peralihan Kuasa British B8T4 : Pilihan Raya PTM B2T5 : Perlembagaan Persekutuan B3T5 : Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia Step 3 B2T4 : Nasionalisme (fokus di konsep, faktor, kesan & golongan intelektual) B7T4 : Usaha Ke Arah Kemerdekaan (fokus di CLC & Sistem Ahli) B4T5 : Sistem Persekutuan B5T5 : Pembentukan Malaysia B6T5 : Cabaran Pembentukan Malaysia Step 4 B6T4 : Ancaman Komunis B9T4 : Perlembagaan PTM 1957 B7T5 : Dasar Awam Malaysia B9T5 : Dasar Luar Malaysia B10T5 : Kecemerlangan Malaysia Step 5 B2T4 : Nasionalisme (fokus di kawasan setempat) B3T4 : Perang Dunia (fokus di Asia Pasifik) B7T4+B7T5 : Dasar Pendidikan Kebangsaan B8T5 : Dasar Ekonomi Baru & Dasar Pembangunan Nasional All the best !! @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
Tips SPM [Target Cemerlang Tertinggi] For those yang nak target A+ dalam Sejarah SPM, awak pastikan markah awak mencapai markah minimum ini Kertas 1 : 35/40 Kertas 2 : 95/100 Total : 93% Apa tips yang sesuai dikongsikan? 1. Fahamkan betul2 buku teks cakap apa 2. Hafal semua isi penting 3. Pastikan segalanya sudah disemat di dalam sanubari 4. Bertenang ketika mengulangkaji 5. Tinggalkan maksiat/dosa 6. Banyakkan beribadah kepada Tuhan 7. Banyakkan buat latihan Sejarah 8. Pastikan awak mahir dengan cara menjawab soalan 9. Pastikan awak tahu nak cari siapa jika awak tak faham sesuatu topik 10. Ajar orang lain, apa yang awak tau Bila awak buat latihan Sejarah, pastikan markah awak mencapai markah minimum seperti di atas Selamat maju jaya @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
без подписи
[Tips SPM] Tips Menghadapi Peperiksaan Sejarah @scoresejarahspm 💫 #SejarahIsEasy #JomSkorA
Fokus jawab soalan kbat, fokus target bab mudah......bab mudah ni tolonglah pegang kuat2 sampai habis spm
Majority sejarah next week......soo korang masih sempat lagi untuk study, untuk ulangkaji, untuk improve part yang yall masih lemah
Korang exam mid year sejarah bila?
без подписи
TERKINI: Permohonan Matrikulasi KPM Fasa 2 Sesi 2025/2026 Online . Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2025-2026 bagi calon SPM Tahun 2024 boleh dibuat secara online mulai 24 April 2025 hingga 28 April 2025 menerusi Portal Rasmi Matrikulasi KPM.. . Info Lanjut Cara Permohonan & Syarat Kemasukan Rujuk Sini: 👉 https://www.permohonanupuonline.com/2024/12/permohonan-matrikulasi-kpm-fasa-1.html?m=1 #MatrikulasiKPM #KemasukanMatrikulasi2025 #PermohonanMatrikulasi2025 #SPM