SmartTeAM CHANNEL
Статистика- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 7
- 1/48двое суток
- 8
- 1/72трое суток
- 8
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Syabas dan Tahniah atas usaha dan latihan yang tinggi Jurulatih Cikgu Bazura .🌷 Muhammad Aiman Fariel bin Mohd Hafiz dan Nur Ainul Mardhiah binti Muhammad terpilih mewakili negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan Pertandingan Hoki MSSM 2026
без подписи
без подписи
UCAPAN PENGHARGAAN GURU BESAR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam #SmartTeAM. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita berjaya menghimpunkan sebuah keluarga besar dalam menjayakan SmartTeAM Fun n Fund semalam. Dari lubuk hati yang paling dalam, GB ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengorbankan masa, tenaga, idea dan kasih sayang demi memastikan program ini berlangsung dengan begitu meriah dan penuh makna. Buat barisan Pentadbir, Pengerusi SmartUnity & AJK PIBG , guru-guru yang GB kasihi, terima kasih kerana sentiasa bekerja melangkaui tugas hakiki. Ada yang datang seawal pagi, ada yang pulang lewat petang, malah ada yang memikirkan program ini hingga ke rumah. Segala penat lelah, senyuman dan pengorbanan cikgu-cikgu adalah bukti bahawa pendidikan bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah yang dilaksanakan dengan penuh jiwa. Buat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang sekolah. Walaupun sering berada di sebalik tabir, jasa dan komitmen tuan puan amat besar nilainya. Tanpa sokongan anda semua, banyak urusan tidak akan berjalan dengan lancar. Buat ibu bapa dan waris yang dihormati, terima kasih kerana sentiasa percaya kepada kami. Kehadiran, sokongan, doa dan setiap ringgit yang dibelanjakan hari ini bukan sekadar membantu menjayakan program, tetapi menjadi pelaburan untuk masa depan anak-anak kita. Sesungguhnya, apabila sekolah dan ibu bapa berganding bahu, tiada yang mustahil untuk kita capai. Buat semua penyumbang dan para pempamer, terima kasih kerana sudi bersama-sama menyokong usaha sekolah. Kepercayaan dan keikhlasan anda amat kami hargai. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat dan dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda serta keberkatan dalam kehidupan. Buat pasukan pembersihan (cleaner) dan pengawal keselamatan (guard), mungkin nama kalian jarang disebut di pentas, namun jasa kalian sentiasa terpahat di hati kami. Terima kasih kerana memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selesa, selamat dan teratur sepanjang program berlangsung. Kalian juga adalah sebahagian daripada keluarga besar SmartTeAM. Dan yang paling istimewa… Buat anak-anak SmartTeAM yang kami banggakan, Hari ini mungkin kamu melihat gerai-gerai, permainan, makanan dan kemeriahan. Tetapi apa yang kami, para guru dan ibu bapa lihat adalah senyuman kalian. Senyuman itulah yang menjadi sebab kami sanggup berkorban masa, tenaga dan fikiran. Teruslah bermimpi besar. Teruslah belajar dengan bersungguh-sungguh. Jadilah anak-anak yang berakhlak mulia, berani mencuba dan tidak pernah berputus asa. Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan oleh guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah adalah kerana kami percaya bahawa dalam diri setiap seorang daripada kamu tersimpan potensi untuk menjadi insan yang hebat. Akhir kata, jika sepanjang penganjuran program ini terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan, kami memohon seribu kemaafan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT, dan segala kekurangan adalah daripada kelemahan kami sendiri. Semoga semangat kekeluargaan yang terjalin pada hari ini akan terus mekar, menjadikan SK Tunku Abdul Malik sebuah sekolah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah kaya dengan kasih sayang, kebersamaan dan semangat saling membantu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar #SmartTeAM. Bersama kita melakar impian, bersama kita membina masa depan. Sekian, terima kasih GB SKTAM #SmartTeAM #FunnFund #JeansnJoy #25072026Sabtu
JOM GEGAR KARNIVAL SmartTeAM Fun & Fund 2026 🔥 🎡 Permainan menarik 🍔 Pelbagai pilihan makanan & minuman 🎁 Cabutan bertuah 🎉 Aktiviti untuk seisi keluarga 📅 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕗 8.00 pagi – 1.00 petang 📍 SK Tunku Abdul Malik ✨ Tema : Jeans & Joy 💙 Fueling Fun, Funding Dreams 📢 Ajak keluarga, saudara dan kawan-kawan ya! Jom meriahkan Karnival SmartTeAM Fun & Fund 2026. Jumpa anda esok ❤️
SmartTeAM Fun & Fund 25/7/2026 SABTU PAKAT MAI RAMAI-RAMAI! 🔥 JOM GEGAR KARNIVAL SmartTeAM Fun & Fund 2026 🔥 🎡 Permainan menarik 🍔 Pelbagai pilihan makanan & minuman 🎁 Cabutan bertuah 🎉 Aktiviti untuk seisi keluarga 📅 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕗 8.00 pagi – 1.00 petang 📍 SK Tunku Abdul Malik ✨ Tema : Jeans & Joy 💙 Fueling Fun, Funding Dreams 📢 Ajak keluarga, saudara dan kawan-kawan ya! Jom meriahkan Karnival SmartTeAM Fun & Fund 2026. Jumpa anda di sana! ❤️
HARI KELUARGA PPIM PERINGKAT DAERAH KULIM BANDAR BAHARU 2026 Tempat: SK PERMATANG TOK DIK Tarikh: 11 JULAI 2026 (Sabtu) 📌Acara : Masakan sambal belacan dan ulaman. Pencapaian : Tempat ke-4 1. Nur Safiyyah Aisya binti Norfadzli 2. Nur Sayyidah Afifa binti Norfadzli 📌Acara : Sukaneka Pencapaian : Sijil Penyertaan 1. Nur Afia Zulaikha binti Mohamad Azizi. 3. Nur Syaza Akma binti Mazlan. Sekalung tahniah kepada murid-murid terlibat atas kejayaan yg amat memberangsangkan. Teruskan memberi inspirasi kepada semua👏👏💐💐
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN BESAR SKTAM yang mewakili DKBB KE NEGERI KEDAH SETERUSNYA KE PERINGKAT KEBANGSAAN JOHAN DUO SR GENTA KEBANGSAAN 2026 VOKAL TERBAIK PERSEMBAHAN TERBAIK Mohd Fawwaz Ali 6 Adenium Cikgu Intan Safiza ( Jurulatih selaku Guru Pengiring. Tahniah 🌷❤️ kami ucapkan kepada warga SKTAM serta waris Mohd Fawwaz Ali.
Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Tahniah Fawwaz dan Cikgu Intan ke peringkat Kebangsaan. Kita doakan ya🌷❤️
без подписи
Satu inisiatif besar, Juara Digital Pandai 2026 telah dilancarkan secara rasmi di Kedah. Program peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk memperkasakan literasi digital murid serta membantu mereka dalam pencapaian akademik melalui aplikasi Pandai. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama padu daripada pihak PIBG (sebagai penggerak ibu bapa) dan para Guru Kelas (sebagai pembimbing utama murid) untuk memastikan info penting ini sampai ke akar umbi. 1️⃣ Sertai Group WhatsApp Rasmi melalui pautan di bawah untuk mendapatkan info first-hand dan bahan hebahan sekolah 2️⃣ Hadir ke Sesi Taklimat Online bersama wakil Pandai yang akan dijadualkan di dalam group tersebut (penerangan terperinci strategi menang Juara Digital & fungsi Pandai App) 3️⃣ Menjadi Jambatan Maklumat bagi memastikan tiada satu pun anak-anak/murid kita yang terlepas peluang keemasan untuk meraih Markah PAJSK Peringkat Kebangsaan ini Link pendaftaran ke Group WhatsApp Khas (PIBG & Guru Kelas): 🔗 https://nakpandai.my/jdp-kdh-pibg
🚀 *SIAPA KATA BUAT ANIMASI ITU SUSAH?* 🎬 Hanya 1 hari, anak anda boleh belajar menghasilkan animasi digital sendiri menggunakan *Pixlr!* ✨ *Apa yang dipelajari:* ✅ Asas animasi digital ✅ Menghidupkan karakter ✅ Menggunakan Pixlr ✅ Hasilkan projek animasi sendiri ✅ Tingkatkan kreativiti & kemahiran digital 🎁 *Termasuk:* 🏅 Sijil Penyertaan 📚 Markah PAJSK 👨🏫 Latihan 100% praktikal bersama jurulatih berpengalaman 📅 *4 Julai 2026 (Sabtu)* ⏰ *9.00 pagi – 5.00 petang* 📍 *KHTP Skills Centre, Kulim Hi-Tech Park* 💰 *RM100 sahaja (termasuk bahan & sijil)* 👧🧒 Terbuka kepada kanak-kanak berumur *11–15 tahun* ⚠️ Tempat sangat *terhad!* 📲 Daftar sekarang: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd-Tywb3UCUeOoXbLFpo5HBvCze7rnlRYYwfN2TmQv9Whs0Aw/viewform?usp=sharing&ouid=116318771962436927820 📞 Encik Alif: 010-9556844 📞 Cik Nurin: 011-14850152
KEM PERUJIAN LENCANA KERIS PERAK PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2026 Tempat: SK TUNKU ABDUL MALIK Tarikh: 27 Jun 2026 Peserta: 79 Orang murid Guru yang terlibat : 1. ROY BIN AHSAN 2. AMAR ARIFF BIN ABDUL WAHAB ZANI 3. FARADHILA BINTI FADHIL 4. INTAN SAFIZA BINTI MOHD ASRI 5. IZYANI BINTI ROSLAN 6. NOORSUHANA BINTI MOHAMAD GHAZALI 7. ROHANA BINTI MUSA 8. AHMAD ZAAKIR BIN ZULKIFLY 9. ARIVALAGAN A/L NADARAJAN Sekalung tahniah kepada murid-murid terlibat atas kejayaan yg amat memberangsangkan. Teruskan memberi inspirasi kepada semua👏👏💐💐
KEM PERUJIAN LENCANA KERIS PERAK PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2026 Tempat: SK TUNKU ABDUL MALIK Tarikh: 27 Jun 2026 Peserta: 79 Orang murid Guru yang terlibat : 1. ROY BIN AHSAN 2. AMAR ARIFF BIN ABDUL WAHAB ZANI 3. FARADHILA BINTI FADHIL 4. INTAN SAFIZA BINTI MOHD ASRI 5. IZYANI BINTI ROSLAN 6. NOORSUHANA BINTI MOHAMAD GHAZALI 7. ROHANA BINTI MUSA 8. AHMAD ZAAKIR BIN ZULKIFLY 9. ARIVALAGANA A/L NADARAJAN Sekalung tahniah kepada murid-murid terlibat atas kejayaan yg amat memberangsangkan. Teruskan memberi inspirasi kepada semua👏👏💐💐
HARI PUTERI PPIM (PN) NEGERI KEDAH 2026 Acara: Kawad Tatacara Tempat: SMK Bandar Puteri Jaya Tarikh: 27 Jun 2026 Peserta: 1. Nur Nayli Nabihah Binti Ahmad Shaiful 2. Sharifah Nurqisya Damia Binti Syed Faizal Syafrein 3. Nafeesa Faiha Binti Mohamad Nurshah Pencapaian: Johan Sekalung tahniah kepada murid-murid terlibat atas kejayaan yg amat memberangsangkan. Teruskan memberi inspirasi kepada semua👏👏💐💐
Pihak sekolah mengadakan Jualan Susu Subsidi Farm Fresh . Jemput semua hadir untuk membeli susu subsidi demi kesihatan keluarga🌷
без подписи
без подписи
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Pihak sekolah mohon jasa baik Tuan Puan Waris dan Penjaga dapat memberi kerjasama untuk mengisi soal selidik berikut. Terima kasih atas keprihatinan dan ruang dan luang masa yg Tuan Puan berikan 🌷. GB NAY
Info Daripada Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD JPN Kedah *SEGERA* *Tinjauan Impak Krisis Tenaga Global* Mohon jasa baik tuan/puan PPD untuk kongsikan kepada PGB untuk tindakan segera. PGB perlu melengkapkan kaji selidik PGB dan seterusnya kongsikan pautan kepada pengusaha kantin dan ibu bapa. *Tarikh akhir mengisi soal selidik ini ialah 5 Jun 2026 (Jumaat) jam 5 petang*. 1.Soal selidik Pengetua/Guru Besar (PGB) https://bit.ly/4viUN8u 2.Soal selidik Pengusaha Kantin https://bit.ly/4voGnUi 3.Soal selidik Ibu Bapa/Penjaga https://bit.ly/43ciKCs TERIMA KASIH