tgindex
Smart Tahfiz
@smarttahfizиндонезийский

Perkongsian berkenaan agama dan tahfiz Al-Quran dan juga pengiklanan pengambilan pelajar tahfiz sesi baru FB page: Facebook.com/blogsmarttahfiz Blog page: smarttahfiz.blogspot.com

Последний пост
7 февр.
Последнее чтение
14 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
14 авг.
Подписчики
192
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
151
21 постов
Вовлечённость
78,6%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Kenapa Ramai Bekas Pelajar Tahfiz Tidak Kembali kepada al-Quran Apabila Dewasa? Saya selalu berbual dengan orang tua. Ayat mereka hampir sama: “Anak saya dulu hafal al-Quran.” “Sekarang kerja siang malam.” “Solat pun entah.” “Perangai tak nampak macam orang hafal al-Quran.” Dan ayat yang paling menyedihkan: “Kami pun tak tahu di mana silapnya.” Sebab itu saya tulis tentang “rosak senyap”. Bukan untuk menyalahkan anak. Bukan untuk menjatuhkan institusi. Tetapi kerana ini kebimbangan penjaga amanah, bukan isu prestasi. --- Ramai menyangka: selagi hafazan jalan selagi rekod cantik selagi peperiksaan lulus maka semuanya baik-baik sahaja. Hakikatnya tidak. Yang paling menakutkan dalam dunia tahfiz bukan pelajar yang lambat, tetapi pelajar yang kelihatan sempurna, sedangkan al-Quran sudah tidak memimpin jiwanya. --- Kenapa kerosakan ini tidak dikesan? Kerana: sistem menilai angka laporan menilai kelancaran anugerah menilai kepantasan. Tetapi siapa menilai hati? Hati tidak muncul dalam laporan. Ego tidak tersenarai dalam markah. Riya’ tidak tercatat dalam rekod tasmi’. Maka kerosakan ini berlaku senyap-senyap. --- Apa yang sering berlaku tanpa kita sedar? Pelajar: belajar takut salah, bukan takut Allah belajar menjaga imej, bukan menjaga niat belajar bersinar di pentas, bukan tunduk dalam sunyi Apabila dewasa, apabila pentas tiada, apabila pujian hilang, al-Quran pun tidak lagi terasa perlu. Bukan kerana benci. Tetapi kerana hubungan itu tidak pernah dibina dengan betul. --- Ini bukan salah satu pihak Bukan salah anak semata-mata. Bukan salah ibu ayah semata-mata. Bukan salah guru semata-mata. Ini hasil ekosistem yang: terlalu awal memuji terlalu laju mengejar hasil terlalu lambat mendidik jiwa --- Maka apa yang perlu diperhalusi? Bukan kurangkan hafazan. Tetapi tambahkan tarbiyah sunyi. Bukan perlahan silibus. Tetapi perlahankan hati. Bukan tambah pertandingan. Tetapi kurangkan ketagihan pengiktirafan. --- Pesanan paling penting Pelajar yang “rosak senyap” bukan orang jahat. Biasanya mereka anak-anak terbaik. Cuma mereka: terlalu laju terlalu awal dipuji terlalu sedikit dipeluk dengan didikan jiwa Dan jika kita tidak sedar hari ini, kita akan menangis 10–20 tahun akan datang apabila melihat generasi yang pernah hafal al-Quran, tetapi tidak lagi hidup dengannya. --- Tugas kita bukan memperlahankan hafazan. Tugas kita ialah memastikan al-Quran sempat memimpin, sebelum dunia memikat mereka pergi. Jika tulisan ini menyentuh hati kita, itu bukan tanda kita gagal. Itu tanda Allah masih memberi peluang untuk membaiki amanah. (Malam ini majlis graduasi TOTIQ. Saya juga akan tulis tentang rosak senyap pelajar tadabbur. Ia muhasabah saya sebagai pendidik) Itulah. #HarfizHamzah #RosakSenyap #TahfizBerjiwa #JagaAmanah #BukanSekadarHafal https://www.facebook.com/share/1Czydwz5vy/

  • 27 янв.87из MujahidHuffaz

    Penghafal Al-Quran mesti punya waktu khusus untuk murajaah, walau hanya 30 minit sehari. Kerana hafalan terjaga bukan dengan banyak masa, tetapi dengan istiqamah. Al-Quran tidak hilang kerana kurang hafal, tetapi kerana kurang diulang. Tetapkan satu waktu, jaga konsistensi, nescaya Al-Quran setia di dada. Ulang dan beramal isi Quran sampai kita mati💪 #MBZ

  • Kenapa aku menghafal Al-Quran? ___________ Suatu ketika saya bertanya kepada anak murid kelas tasmi saya, kenapa kalian menghafal Quran? Jawapan mereka; ingin masuk syurga, memakaikan kedua ibubapa mahkota yang lebih bersinar daripada matahari, ingin mendapatkan kemuliaan di dunia dan di akhirat, dan lain-lain lagi. Saya bersetuju dengan jawapan mereka. Tujuan mereka itu semua merupakan tujuan yang mulia. Itu juga merupakan tujuan saya menghafal al-Quran pada permulaan. Tetapi saya merasakan tujuan ini layaknya dijadikan sebagai tujuan kemuncak. Kerana ia masih terlalu jauh untuk dicapai. Perlu ada tujuan tertentu yang mampu diraih dalam masa terdekat. Jika kita menjadikan tujuan kemuncak ini sebagai satu-satunya tujuan kita menghafal al-Quran, maka kita akan banyak terkapai-kapai ketika menelusuri laluan menjadi Ahli Quran. Banyak keadaan kita menjadi keliru, buntu, dan kehilangan arah kerana tujuan yang ditetapkan sangat jauh. Maka tidak sedikit orang yang terhenti di tengah jalan kerana tidak upaya bangkit daripada tersungkur. Kemudian saya memberikan gambar ini kepada anak murid saya. "Cuba cari kesalahan pada mukasurat ini". Tanya saya kepada mereka. Mereka pun cuba menjawab. Ada yang menjawab dengan tepat. Ada yang sekadar mencuba dek hafazan yang tidak terlalu kukuh. Jadi saya pun terus memberikan kesimpulan. "Inilah sebenarnya tujuan utama yang perlu kita sematkan di dalam sanubari kita. Tujuan ini akan membimbing kita menuju puncak segala tujuan". "Kita menghafal dan mengingati setiap baris, huruf, kalimah, ayat, mukasurat, juzu, dan mushaf dengan ingatan atau hafazan yang kukuh". "Kenapa kita perlu mengingati al-Quran seperti mengingati nama kita sendiri? Kerana ketika kita mendapati sesuatu kesalahan pada tulisan al-Quran, kita dapat memperbaikinya". "Jadi ketika berlaku kesilapan pada tulisan al-Quran sama ada ia berlaku secara tidak sengaja ataupun ia sengaja diselewengkan bagi memperdaya orang islam, kitalah orang yang mampu mengesan kesalahan ini kerana hafazan yang kukuh yang kita miliki". Sebenarnya ini hanyalah bayangan situasi yang ringan. Saya hendak ajak pembaca sekalian membayangkan situasi yang lebih mencengkam yang mana situasi ini berkemungkinan besar berlaku dalam waktu terdekat. Cuma bayangkan kita berada di dalam situasi tidak mampu mendapatkan himpunan tulisan al-Quran dalam apa-apa jua bentuk disebabkan peperangan ataupun Allah SWT dengan kekuasaan-Nya dan kehendak-Nya menghilangkan semua tulisan-tulisan al-Quran yang ada seperti mana dalam firman-Nya: { وَلَىِٕن شِئۡنَا لَنَذۡهَبَنَّ بِٱلَّذِیۤ أَوۡحَیۡنَاۤ إِلَیۡكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِۦ عَلَیۡنَا وَكِیلًا } Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya. [Surah Al-Isrāʾ: 86] Pada saat itu, bagaimana kita hendak membaca al-Quran? Pada ketika itu, bagaimana kita hendak merujuk ayat-ayat-Nya dalam keadaan kita sangat terdesak memerlukan pedoman al-Quran? Jadi pada waktu itu, beruntunglah orang-orang yang benar-benar mengingati al-Quran dengan ingatan dan hafazan yang mantap. Setiap baris, huruf, kalimah, dan ayat al-Quran terpampang jelas pada penglihatannya. Merekalah yang akan diangkat dan dijulang pada ketika itu. Orang ramai berbondong-bondong mencari mereka supaya mereka membawa kembali al-Quran yang telah 'hilang'. Oleh itu, hendaklah kita bertungkus lumus menghafal dan membaca al-Quran dengan segala upaya dan kudrat yang ada pada waktu sekarang ini untuk kegunaan di kemudian hari. Saya selalu berkata dengan diri sendiri dan kepada anak murid saya: "Hendaklah kita bersenang-senang membaca, menghafal, dan mengulang hafazan kita ini. Berpuas-puaslah melihat tulisan al-Quran seolah-olah ini adalah kali terakhir kita melihatnya. Credits: https://www.facebook.com/share/p/18Br7wA8vT/ @smarttahfiz

  • 2 янв.952из TheGardenofAlQuran

    Azamkan dalam hati tahun ini untuk kurangkan mendengar lagu dan banyakkan bersama al-Quran. Gantikan muzik dengan al-Quran dalam kehidupan kita. #MotivasiQuran

  • Credit: tt @smarttahfiz

  • 16 авг. 2025 г.114из ZawiyahAshim

    без подписи

  • 16 авг. 2025 г.94из ZawiyahAshim

    Warkah Cinta Huffaz Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Inilah sebuah warkah cinta buat sahabat-sahabatku yang sedang berjuang untuk menjadi insan pilihan tuhan. Buku ini saya tulis bukan kerana saya sudah cukup hebat dalam hafazan Quran bahkan amat jauh sekali perjalanannya. Tetapi kerana saya sendiri pernah rasa hilang hafalan, jem mental, dan pernah juga termenung depan mushaf tanpa tahu nak mula dari mana. Jauh dari sudut hati rindu akan al-Quran dan alhamdulillah berkat doa walid dan ummi (semoga Allah merahmati mereka), Allah bukakan jalan untuk saya bermula semula dan berjaya untuk meraih cinta al-Quran. Dalam Warkah Cinta Huffaz ini saya kongsikan daripada pengalaman, prinsip, teknik, dan muhasabah yang pernah membantu saya bangkit semula dalam perjalanan menghafal al-Quran. Harapnya buku ini dapat menjadi teman dan penguat semangat buat sesiapa sahaja yang sedang melangkah, terjatuh, atau sedang mencari semula jalan pulang. Hari ini saya hadiahkan versi PDF buku ini secara percuma kepada semua follower Facebook. Saya juga niatkan ini sebagai salah satu amal jariah berpanjangan. Jadi, saya izinkan sesiapa sahaja untuk: - Sebar dan kongsikan semula kepada orang lain - Muat turun dan cetak untuk kegunaan peribadi, pelajar, atau program hafazan - Gunakan isi kandungannya untuk tazkirah, kelas atau bahan dakwah Asalkan tidak dijual semula atau disalah guna, saya redha dan izinkan. Mohon doakan agar Allah terus pelihara saya dan keluarga dalam rahmat dan istiqamah bersahabat dengan al-Quran. Pautan untuk yang ingin membaca secara online: https://online.fliphtml5.com/ewjit/fpdk/ Klik link dibawah untuk unduh: https://drive.google.com/file/d/1v_3Y6-JGsXuAXDh1mXa6gD_hWNOw23fu/view?usp=sharing

  • 📢 *PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ NEGERI PERAK TAHUN 2025* Permohonan dibuka mulai: 📆 7 Ogos hingga 30 September 2025 🌐 Mohon secara atas talian di: 🔗 https://forms.gle/AHSxZ4pPs2LDijz9A ✅ SYARAT PERMOHONAN: 🇲🇾 Warganegara Malaysia 📌 Berumur 16 tahun ke atas 📌 Telah khatam menghafaz 30 juzuk Al-Quran 📞 Sebarang pertanyaan: 05 208 4950 / 4951 / 4947 ⏩⏩Sila kongsikan maklumat ini kepada semua yang berminat⏪⏪

  • 13 июл. 2025 г.119из DoctorDakwah

    Duhai Huffaz, Dalam marhalah menghafaz dan menjaga al Quran, sering banyak dugaan yang mengunjung seperti masalah harta, ajnabi, keluarga, persahabatan dan lain-lain Mungkin kau ingat Atau... Mungkin kau juga lupa Apakah ada jalan mudah untuk kau hadiahkan mahkota buat kedua ibu bapamu pada hari seluruh manusia sedang memikirkan amalan masing-masing dan takut untuk bertemu Rabb al A'lameen? Maka pada saat itu engkau telah membuatkan ibu bapamu dalam keadaan tenang Membuatkan manusia-manusia yang telah kembali kepada panduan al Quran atas dakwahmu dalam keadaan tenang Dan paling utama adalah diri kau Ye, diri kau Kau sudah berusaha menjaga Hati Mata Dan pancaindera yang lain kerana kau berusaha menjaga al Quran dalam dirimu Maka kau telah kembali kepada Allah dalam keadaan yang sangat tenang Maka apakah ada alasan untuk kau futur lagi dalam menghafaz dan menjaga al Quran duhai para huffaz? Ketahuilah bahawa kau mampu menyebarkan keselamatan buat seluruh manusia dengan izin Allah hanya dengan syafaat dan keberkatan al Quran Mintalah pada Allah kerana al Quran itu milikNya, bukan kau... Terima kasih huffaz! @dakwahofmusafir

  • 8 апр. 2025 г.14421из MujahidHuffaz

    3 Jenis Penghafal Quran Sama sama kita muhasabah saat ini kita berada di tingkatan yang mana 🕊️Namun kata Syeikh, ketiga tiga tingkatan ini semuanya akan masuk Syurga asbab keberkatan Al Quran, namun berbeza darjatnya di Syurga kelak. Moga Allah pilih kita, guru, ahli keluarga juga zuriat keturunan kita ditempatkan di syurga yang tertinggi yakni golongan yang ketiga yang disebutkan di bawah. - ظالم لنفسه1️⃣ Golongan yang menghafaz Quran tapi selalu melambatkan solat dengan sengaja, selalu melakukan dosa kecil, lebih cinta akan dunia dan hanya ingin cepat hafal tanpa mempedulikan muraja’ah dan tidak berusaha mengamalkan isi kandungannya. Golongan inilah yang menzalimi diri mereka sendiri. -مقتصد2️⃣ Golongan ini adalah karakter penghafaz quran yang biasa. Bila duduk dengan guru dan maahad sahaja dia akan semangat mengulang Quran. Dia hanya menjaga amalan fardhu sahaja dan mengambil remeh amalan amalan sunat yang lain seperti solat sunat rawatib, puasa sunat dll. Golongan ini biasanya belum ada timbul rasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mengamalkan segala yang telah dihafaz dan dipelajari dari Al Quran. Sedangkan Al Quran adalah amanah yang harus dijaga seumur hidup. - سابق بالخيرات3️⃣ Golongan ini adalah golongan yang berlumba lumba untuk menuju kebaikan dan amal soleh samada amalan fardhu dan sunat. Inilah karakter penghafaz Quran dan ahli Quran yang sepatutnya. Dirinya sentiasa berdisiplin mengulang hafazan tanpa dipantau oleh guru dan sekitarnya. Dirinya takut untuk melakukan sama ada dosa kecil,dosa besar mahupun perkara makruh. Dia betul betul merasa bahawa Al Quran adalah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Inilah golongan terbaik di antara ketiga tiga golongan ahli Quran. -الفقيرة نجوى روزلي-

  • Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran 2025 Kini Dibuka! Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa para Huffaz yang berminat untuk memohon skim bantuan ini. 🗓 Tarikh Permohonan: 19 Mac - 18 April 2025 📍 Terbuka untuk: Warganegara Malaysia yang bermastautin di Wilayah Persekutuan 📖 Kategori Terbuka: Juzuk 1-5, Juzuk 1-10, Juzuk 1-20, Juzuk 1-30 📖 Kategori Juzuk Amma: Sekolah Rendah dan Menengah selain aliran agama Mohon sekarang melalui laman web www.maiwp.gov.my atau kunjungi pusat agihan zakat terdekat. #MAIWP #BantuanHafazan #GalakanHafazQuran #PelanAlFalah #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

  • без подписи

  • Nota Ramadhan, 9 Ramadhan 1446 (Terawih) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang bukan sekadar kita berpuasa sebulan, tetapi terdapat pellbagai ibadah ataupun amalan yang tiada di bulan-bulan yang lain, di samping ganjaran yang kita lakukan di bulan ini dilipatgandakan. Sangatlah rugi jika tidak merebut peluang ini ataupun kita harungi bulan Ramadhan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Antara ibadah yang ekslusif di bulan Ramadhan ini adalah solat tarawih, yang mana juga dikenali sebagai qiam Ramadhan yang bermaksud penghidup Ramadhan, juga dalam bulan Ramadhan sahaja solat sunat ini didirikan. Solat ini juga disukai oleh kebanyakkan pelajar tahfiz kerana mereka sering kali dijemput untuk mengimamkan solat ini, di samping untuk mengulangi hafazan al-Quran mereka. Terawih dari segi bahasa bermaksud rehat, bersenang-senang, melapangkan nafas. Dari segi istilah pula adalah Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir. Dinamakan terawih juga kerana orang yang mendirikan solat akan berehat selepas empat rakaat (dua salam). Solat terawih didirikan sesudah solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Hukum menunaikan solat sunat terawih adalah sunat muakkad yang mana ibadah sunat yang sangat dituntut. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummahatul Mukminin A’isyah r.h.a yang bermaksud bahawa Rasulullah saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. Namun ada beberapa malam yang lain sehingga akhir Ramadhan di mana Rasulullah mendirikan solat terawih di rumah bimbang akan salah faham di kalangan sahabat yang menganggap ianya ibadah fardhu sehingga menyukarkan mereka untuk melakukannya. Bilangan rakaat solat sunat ini tidak terhad berapa bilangannya, namun kebanyakkannya mendirikan sebanyak lapan hingga 20 rakaat beserta tiga rakaat witir. Solat ini ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Lebih afdal jika kita tunaikan solat itu selagi mana imam tidak selesaikan bilangan rakaat sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar r.a apabila sahabat berkata pada baginda untuk sempurnakan malam dengan solat sunat yang bermaksud: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih]. Bilangan rakaat ini berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, di mana Rasulullah mendirikan lapan rakaat supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan, ada riwayat lain menyatakan Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat. Pada zaman khalifah Umar r.a, solat terawih didirikan sebanyak 20 rakaat di mana beliau menganggap bahawa umat Islam pada Ketika itu sudah mampu melakukan sebanyak itu. Banyak mana pun rakaat yang kita dirikan, yang penting adalah kualiti solat terjaga, terutama dari segi bacaan surah-surah serta adab-adab solat, walaupun ianya solat sunat. Rujukan: Web Dr Abu Anas Madani Versi fb: https://www.facebook.com/share/p/19xr6VYmZf/ #notaramadhan @smarttahfiz

  • JANGAN JADI BUDAK TAHFIZ YANG MALANG DITIMPA MUSIBAH. Baru sekejap dikunjungi pelajar UIAM yang juga alumni Tahfiz. Saya agak terkejut dengan keyakinan beliau dengan hafazannya. Ini dialognya... Saya: "Anta ingat lagi al-Quran yang dihafaz? Boleh saya tebuk?" Fikri: "Insya-Allah saya jaga dalam 20 juzuk. Nak tebuk? Boleh!" Saya tebuk2 manja dua ayat yang kedudukannya sukar dijawab kalau pelajar Tahfiz yang tidak mengulang. Subhanallah! Dia berjaya jawab dengan betul dan mudah. Memang pelajar ini kuat mengulang. Gembira sungguh saya petang ini. Baru-baru ini ada seorang pensyarah bertanya apa hukum orang pernah menghafaz al-Quran tapi BANYAK lupa hafazannya. Berdasarkan pembacaan saya, orang yang BANYAK lupa hafazan kerana TIDAK MENGULANG KAJI al-Quran, tidak menanggung dosa, SEBALIKNYA DIANGGAP SEORANG YANG MALANG DITIMPA MUSIBAH.... MUSIBAH LUPA AL-QURAN. Umpamanya dahulu pernah KAYA tapi SEKARANG SUDAH JATUH MISKIN PAPA KEDANA. Dalilnya? وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa kamu (al-Syura 42:30). Imam Ibn Kathir mengutip riwayat dari al-Dhahhak (seorang Tabiin): عن الضحاك قال "ما نعلم أحدا حفظ القرآن ثم نسـيه إلا بذنب ثم قرأ "وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير" ثم يقول الضحاك وأي مصيبة أعظم من نسيان القرآن. Ertinya: Tidak kami ketahui seseorang yang menghafaz al-Quran kemudian lupa hafazannya melainkan kerana dosa, kemudian Beliau membaca ayat (di atas)...Beliau menyambung: MUSIBAH APA LAGI YANG PALING BESAR BERBANDING LUPA AL-QURAN (yang pernah dihafaz)? (Tafsir Ibn Kathir) FB Ust Abdullah Bukhari 10 Mac 2025. @smarttahfiz

  • без подписи

  • Walaupun ianya sunat ataupun wajib, ibadah berpuasa mempunyai manfaat pahala dan latihan diri buat orang beriman dengan penghayatan amalannya dengan sempurna, di samping menyucikan diri dari dosa dan meningkatkan spiritual dengan akhlak. Berpuasa juga memberi manfaat pada kesihatan dengan menguatkan fizikal dan menyihatkan tubuh badan. Ibadah yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan melahirkan sifat ketaqwaan, ditambah pula ianya dilakukan secara istiqamah. Imam al-Ghazali r.a. dalam kitab ihya’ Ulumuddin mengungkapkan dengan kata yang menarik, ringkasnya: اعْلَمْ أَنَّ الصَّوْمَ ثَلَاثُ دَرَجَاتٍ صَوْمُ الْعُمُومِ، وَصَوْمُ الْخُصُوصِ، وَصَوْمُ خُصُوصِ الْخُصُوصِ "Ketahuilah, puasa itu ada tiga martabat. Puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus (lebih khusus daripada yang khusus)." Ihya' 'Ulum al-Din, jld. 1, hlm. 61 Jadi dari ungkapan tersebut terdapat tiga martabat atau tahapan orang berpuasa iaitu: 1. Puasa umum Iaitu puasa yang menahan lapar dan dahaga serta kemaluan daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dan rukunnya. Merupakan perkara paling asas dalam berpuasa. 2. Puasa khusus Sama seperti puasa umum yang menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, namun tahapan ini juga menahan anggota badan dari melakukan perkara yang sia-sia ataupun perkara dosa. Walau segi zahirnya tidak membatalkan puasa, namun pahala puasa menjadi kurang ataupun sia-sia. Merupakan tingkatan puasa untuk orang-orang yang soleh, terdapat enam perkara yang menentukan kesempurnaan puasa: - Menjaga pandangan daripada melihat perkara yang tidak berfaedah, haram dan mejauhkan diri dari mengingati Allah. - Membasahi lidah dengan berzikir, ataupun berdiam. Ditambah dengan menjaga lidah daripada berkata perkara sia-sia, mengumpat serta bertengkar. - Menjaga telinga dari mendengar umpatan serta perkara yang sia-sia. - Menahan tangan dan kaki daripada melakukan kemungkaran, ditambah dengan menjaga perut daripada menjamah makanan yang syubhah dan jelas haramnya terutama ketika berbuka. - Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka walaupun makanan tersebut halal. Perut yang penuh dengan makanan bukan sahaja dibenci Allah, malah menyukarkan untuk beribadah. - Mengharapkan puasanya diterima Allah dan takut jika ditolak setelah berbuka puasa. 3. Puasa lebih khusus daripada yang khusus. Tingakatan puasa ini adalah yang paling teritinggi, di mana puasa yang melibatkan fikiran dan perasaan yang perlu dipelihara daripada berfikir perkara keduniaan, kotor serta perkara selain Allah. Berbukanya puasa golongan ini hanya dengan berfikir perkara selain Allah dan hari akhirat. Mereka menjadikan fikiran tentang dunia sebagai tujuan untuk peroleh bekalan pada hari akhirat. Tingkatan ini merupakan puasa para nabi-nabi, siddiqin dan muqarabbin. Mereka tidak berfikir panjang dengan menyebutkan dengan kata-kata tetapi dibuktikan dengan amalan. Oleh itu mari sama-sama tingkatkan kualiti puasa kita supaya kita lebih dekat pada Allah, di samping memperoleh lebih banyak ganjaran. Rujukan Fiqh Ramadhan: Pustaka Permata Ummah Versi fb: https://www.facebook.com/share/p/1FZ89E8UFL/ @smarttahfiz

  • без подписи

  • 1. Ketika baginda tiba di Madinah, baginda melaksanakan puasa tiga hari setiap bulan (yakni hari putih) dan puasa hari Asyura. Ayat 183 dan 184 dari surah al-Baqarah mewajibkan berpuasa namun Allah memberikan keringanan kepada golongan tertentu. 2. Kewajiban berpuasa ke atas orang yang bermukim dan sihat tubuh badan, keringanan untuk musafir dan keuzuran untuk tidak berpuasa dan digantikan pada hari lain, dan orang tua yang tidak mampu berpuasa hendaklah dibayar fidyah. (al-Baqarah 184) 3. Allah perintahkan pada hambanya untuk berpuasa di siang hari, yakni diharamkan untuk makan, minum dan perhubungan suami isteri pada waktu itu tetapi dibenarkan pada sebelah malam, juga sebagai pembeza bagi amalan berpuasa orang Islam dan ahli kitab (al-Baqarah 187) Antara keistimewaan di dalam bulan Ramadhan adalah: - Solat Sunat Terawih - Malam Lailatulqadar - Amalan baik digandakan ganjarannya, - Pintu neraka ditutup serapatnya, pintu syurga dibuka seluasnya - Bulan turunnya al-Quran Semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelum ini, dan dijadikan sebagai langkah untuk perubahan diri kita. Rujukan: 1. Ensiklopedia Ramadhan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2. Web Maktabah al-Bakri @smarttahfiz

  • Tazkirah Ramadhan, 1 Ramadhan 1446H Marhaban ya Ramadhan, Syukur kita pada Allah kerana dipertemukan dengan Ramadhan kali ini, setelah hampir setahun kita meninggalkannya. Datangnya bulan yang bukan sekadar kita untuk berpuasa semata-mata, tetapi Ramadhan juga dikenali sebagai bulan tarbiyah, bulan yang dinanti-nantikan untuk kita bersama-sama melipatgandakan amalan. Hadirnya kambali bulan Ramadhan, marilah kita sambut bulan yang suci ini dengan hati yang gembira dan penuh syukur. Mungkin diantara kita yang lupa berkenaan apa itu puasa, bilakah puasa disyariatkan dan lain-lain, maklumlah puasa dating setahun sekali. Oleh itu, mari sama-sama kita revise atau ulang kaji balik berkenaan pengertian puasa, Ramadhan dan pengsyariatannya. Puasa merupakan salah satu ibadah yang utama dalam Islam, di mana ianya dilakukan dengan cara menahan dieri makan dan minum dan juga perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenam matahahari. Ibadah puasa juga merupakan satu ibadah yang istimewa bukan sahaja difardukan ke atas umat Nabi SAW bahkan ia juga difardukan kepada umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Dari segi Bahasa, puasa berasal dari perkataan saum, siyam (صوم، صيام) dalam Bahasa arab yang bermaksud menahan diri, namun tidak terhad kepada perkara yang membatalkan puasa, di mana menahan juga dari perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti membuat perkara yang tidak berfaedah dan perbuatan dosa. Manakala dari segi istilah pula adalah ibadah yang dilakukan dengan menahan diri dari makan, minum, dan segala sesuatu yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari, disertai dengan niat kerana Allah SWT. Manakala Ramadhan pula berasal dari perkataan ar-Ramad (الرمض) yang bermaksud panas terik dan kekeringan yang merujuk pada membakar dan meleburkan dosa melalui amalan yang soleh. Kata al-Imam al-Qurtubi: هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش "(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus." (Tafsir al-Qurtubi) Bulan Ramadhan juga disebutkan di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” Puasa di Bulan Ramadhan merupakan ibadah fardhu, di mana ibadah tersebut terdapat pada rukun Islam sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh ibnu Umar yang bermaksud: “Islam itu didirikan atas lima (perkara) – Menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.”(Mutafaqun alaih) Amalan Puasa di bulan Ramadhan disyariatkan pada bulan Sya’ban tahun kedua hijrah, sebelum puasa Ramadhan difarhdukan, umat Islam pada ketika itu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, puasa nabi Daud dan puasa hari Asyura. Ibadah puasa Ramadhan juga disyariatkan secara berperingkat, sebagaimana Ibnu Kathir menukilkan dari Mu’az bin Jabal yang mana puasa ditetapkan melalui tiga peringkat iaitu:

  • Marhaban ya Ramadhan Alhamdulillah, sebentar lagi kita akan masuk ke satu bulan yang dinantikan oleh kita semua iaitu bulan Ramadhan. Bukan sekadar bulan untuk berpuasa tetapi sebagai tarbiyah untuk menggandakan ibadah. Inshaallah, sepanjang Ramadhan kali ini, admin usahakan untuk sampaikan tazkirah dalam page FB dan telegram channel berkenaan ramadhan, dan juga perkongsian berkaitan keugamaan. @smarttahfiz