Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
СтатистикаSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 27
- Всего постов
- 29
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 220
- 1/48двое суток
- 252
- 1/72трое суток
- 271
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU (TINDAKAN TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA) ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyertai satu Operasi Bersepadu (Tindakan Terhadap Institusi Pendidikan Swasta) anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) yang dijalankan dari 11 Ogos sehingga 13 Ogos 2026. Objektif operasi ini di peringkat SSM adalah untuk memastikan setiap entiti perniagaan berdaftar dan mematuhi peruntukan akta yang dikawal selia oleh SSM manakala tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan yang melibatkan agensi lain adalah di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing. Dalam operasi ini, sebanyak 27 premis telah diperiksa dan 14 kesalahan telah dikenalpasti dan ditawarkan kompaun di bawah Akta Syarikat 2016 kerana gagal mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan dan gagal menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada invois pesanan dan tuntutan lain bagi pembayaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat. Operasi kali ini melibatkan kekuatan pegawai dan anggota seramai 35 orang pegawai dan anggota diketuai oleh Encik Ashraf Zuwairi Mohamed Ibrahim, Pengurus Unit Pemeriksaan Fizikal, Seksyen Pemantauan Korporat, Bahagian Pematuhan Korporat bagi pihak SSM manakala Tuan Haji Syamsul Rezal bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah bagi pihak JPWPKL. Antara agensi penguatkuasaan lain yang turut serta adalah Jabatan Imigresen Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL), Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JPK, DBKL), Jabatan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JKB, DBKL) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
🚀 SSM MBRS API SANDBOX PILOT PROGRAMME 2026 — REGISTRATION IS NOW OPEN! Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) invites all Third-Party Software Providers (TPSPs) to participate in the MBRS API Sandbox Pilot Programme 2026. Be among the first to experience the SSM MBRS API Sandbox — a secure testing environment to test and validate system-to-system integration for the submission of Financial Statements in XBRL format through API services. 📌 Registration is now open! Scan the QR code on the invitation poster or register online via the link below: 🔗 Register here: https://forms.cloud.microsoft/r/FEK9VRHL42 We look forward to collaborating with you. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM MELAKA ANJUR PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA PELAJAR IPTA Ayer Keroh, 14 Ogos 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Keusahawanan Bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang diadakan di Pejabat SSM di sini pada 21 Julai 2026. Program ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pelajar. Taklimat berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 telah disampaikan oleh Puan Anitha Samynathan, Pegawai Seksyen Operasi SSM Melaka. Kaunter pendaftaran EzBiz turut dibuka dan kesemua pelajar telah mendaftarkan perniagaan melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT SEMPENA SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN ANJURAN TEKUN NASIONAL Sungai Petani, 14 Ogos 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kedah telah menyampaikan taklimat dalam Seminar Asas Keusahawanan (SAK) anjuran TEKUN Nasional pada 21 Julai 2026. Program ini bertujuan untuk membina kesedaran dan tanggungjawab serta jati diri sebagai usahawan, di samping melatih peserta dengan kemahiran asas keusahawanan khususnya dalam aspek pemasaran dan pengurusan kewangan. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mewujudkan jaringan dalam kalangan usahawan untuk menggalakkan kerjasama serta perkongsian strategik sesama mereka. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Halim Bachik iaitu Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional. Taklimat ini diadakan secara town hall dan tajuk Pendaftaran Perniagaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Fadzly Ismail, Pegawai Seksyen Operasi SSM Kedah kepada seramai 180 orang usahawan yang menyertai program ini. Antara pengisian utama taklimat adalah penerangan mengenai perbezaan entiti perniagaan, inisiatif-inisiatif utama SSM bagi tahun 2026 serta perkhidmatan EzBiz Online yang disediakan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengurusan perniagaan. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
без подписи
SURAT PENGESAHAN DAFTAR SEMULA PERNIAGAAN (BRECLE) Pelanggan boleh mendapatkan Surat Pengesahan Daftar Semula Perniagaan atau Business Re-register Confirmation Letter (BRECLE) di portal penyedia perkhidmatan SSM: SSM e-Info di www.ssm-einfo.my MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my SSM SEARCH di www.ssmsearch.com SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com BRECLE boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan English. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM SSM BIZSTART SIRI 6/2026 Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan Program SSM BizStart Siri 6/2026 dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada 11 Ogos 2026 secara dalam talian. Program ini telah mendapat penyertaan lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kraf. Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat kepada para usahawan Kraf mengenai kepentingan pematuhan pendaftaran perniagaan, perkhidmatan pembekalan maklumat korporat SSM serta penggunaan Biz AI, iaitu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menyokong proses pendaftaran dan pengurusan entiti perniagaan dengan lebih cekap. Taklimat Pendaftaran Perniagaan, Pengenalan Biz Ai dan Pembekalan Maklumat Korporat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Amirul Mohd Shamsudin, Eksekutif Seksyen Pendaftaran Perniagaan dan Penyampaian Perkhidmatan, Puan Nur Syuhaida Muez, Eksekutif Seksyen Perhubungan Pelanggan dan Cik Ang Xin Yi, Eksekutif Seksyen Pengurusan Produk dan Perkhidmatan. Penganjuran Program SSM BizStart Siri 6/2026 ini merupakan kesinambungan daripada lima siri terdahulu yang telah dilaksanakan bersama pelbagai pihak berkepentingan, dengan penglibatan lebih 2,000 peserta daripada komuniti usahawan. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
SSM TERENGGANU SERTAI OPERASI ADVOKASI BERSEPADU KEMPEN PREMIS PATUH Hulu Terengganu, 13 Ogos 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah menyertai Operasi Advokasi Bersepadu Kempen Premis Patuh anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan di daerah ini pada 20 Julai 2026. Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi iaitu KPDN, Metrology Corporation Malaysia, Majlis Daerah Marang dan Jabatan Kesihatan Daerah Marang. Kempen Premis Patuh merupakan inisiatif KPDN yang bertujuan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan pemilik premis perniagaan melalui pendekatan advokasi, pendidikan dan kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa. Sepanjang operasi, SSM turut menjalankan pemeriksaan dan memberi khidmat nasihat berkaitan kewajipan mendaftarkan perniagaan, memperbaharui pendaftaran serta mematuhi peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan undang-undang yang ditadbir oleh SSM. #PerniagaanAndaBermulaDiSSM