TheMessageOfficials
Статистика- Последний пост
- 21 мар.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 38
- Тип
- открытый
- Язык
- английский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Fitrah Aidilfitri: Kembali kepada Fitrah Sejati Aidilfitri adalah hari yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan masa untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Namun, di sebalik perayaan yang meriah, terdapat satu nilai yang sering dilupakan iaitu fitrah manusia yang asal. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Ar-Rum ayat 30: > فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: "Maka hadapkanlah mukamu kepada dien dengan mematuhi fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah dien yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Ayat ini mengingatkan kita tentang kepentingan untuk kembali kepada fitrah yang sejati, iaitu Dien Islam. Fitrah merupakan keadaan semula jadi yang Allah ciptakan pada setiap manusia untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam konteks Aidilfitri, kita tidak seharusnya terlena dengan kegembiraan sementara perayaan ini tanpa mengingati asal usul kita sebagai hamba Allah yang dituntut untuk mematuhi ajaran dan hukum-hukumNya. Sebaliknya, kita sepatutnya menggunakan peluang ini untuk merefleksi kembali hubungan kita dengan Allah dan memperbaiki diri dalam mencapai fitrah sejati. Oleh itu, dalam menyambut Aidilfitri, marilah kita tidak hanya meraikan kemenangan berpuasa (menahan diri), tetapi juga mengingati tujuan sebenar kita sebagai hamba Allah yang patuh dan taat kepada-Nya. Dengan demikian, kita dapat memperkasa fitrah kita sebagai umat Islam yang benar-benar bertaqwa. #TheMessage #kedamaianyangdirindu #StayFitRah
без подписи
Apabila alQur'an Diabaikan Dunia hari ini seolah-olah sedang berada dalam putaran krisis yang tidak berhujung. Jika kita melihat tajuk-tajuk berita utama, naratifnya hampir sama: dentuman bom di kawasan bergolak, tangisan kanak-kanak yang kelaparan, dan pertelingkahan ideologi yang membawa kepada perpecahan masyarakat. Di sebalik kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan, mengapa kemanusiaan seakan-akan bergerak ke belakang? 1. Peperangan: Hilangnya Nilai Nyawa Konflik bersenjata yang berlaku di pelbagai pelosok dunia hari ini membuktikan bahawa ego politik dan ketamakan wilayah sering kali mengatasi nilai nyawa manusia. Apabila manusia meletakkan kuasa sebagai tuhan, mereka hilang kompas moral yang sepatutnya membimbing mereka untuk berlaku adil dan menjaga keamanan. 2. Krisis Makanan: Ketidakseimbangan yang Zalim Sangat ironi apabila di satu belahan dunia, makanan dibazirkan dengan rakus, manakala di belahan dunia yang lain, berjuta-juta manusia terpaksa mengikat perut. Kekurangan makanan global bukan sekadar isu perubahan iklim, tetapi isu agihan yang tidak adil dan sistem ekonomi yang hanya memihak kepada golongan atasan. 3. Pergaduhan dan Perpecahan Sosial Media sosial yang sepatutnya menghubungkan manusia, kini sering menjadi medan cercaan. Perbezaan pendapat sedikit sahaja sudah cukup untuk mencetuskan permusuhan yang mendalam. Kita kehilangan adab dalam berbicara dan rasa hormat sesama insan. Punca Tersembunyi: "Mahjura" (Sesuatu yang Ditinggalkan) Walaupun dunia mencuba pelbagai formula keamanan dan sistem ekonomi moden, masalah-masalah ini tetap membarah. Di sinilah relevannya peringatan dalam Surah Al-Furqan 25, Ayat 30: وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا “Berkatalah Rasul: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan (ditinggalkan)'.” Istilah "mahjura" dalam ayat ini bukan sekadar bermaksud tidak membaca Al-Quran, tetapi lebih mendalam lagi: Ditinggalkan petunjuknya: Manusia membaca tetapi tidak mengamalkan prinsip keadilan dan kasih sayang yang terkandung di dalamnya. Dipinggirkan dalam sistem: Al-Quran dianggap sebagai kitab lama yang hanya dibaca dalam majlis agama, bukannya dijadikan rujukan dalam menyelesaikan konflik dunia, ekonomi, dan sosial. Dilupakan sebagai penyembuh: Apabila manusia tidak lagi merujuk kepada wahyu Allah, mereka hilang "manual" kehidupan, menyebabkan mereka bertindak mengikut nafsu dan kepentingan diri sendiri. Kekacauan yang kita lihat hari ini—daripada peperangan hinggalah kepada krisis kelaparan—adalah cerminan daripada hati manusia yang telah jauh daripada bimbingan Ilahi. Apabila Al-Quran "ditinggalkan" dan tidak lagi diacuhkan dalam kehidupan seharian, manusia akan terus meraba-raba dalam kegelapan sistem ciptaan sendiri yang penuh dengan kelemahan. Perhatikan firman Tuhan dari surah Al-Rum 30, Ayat 41 berikut: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Mungkin sudah tiba masanya untuk kita kembali menoleh kepada wahyu yang telah lama tersimpan di rak, bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihidupkan semula prinsipnya dalam setiap nadi kehidupan kita. #TheMessage #HKS #PetunjukYangDiabaikan
без подписи
без подписи
🔁 Dunia timur tengah sedang bergolak. Apakah yang akan berlaku kepada ekonomi dunia setelah penutupan Selat Hormuz?
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Hukum alQur'an Dipinggir, Kes LGBT Terlepas Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan penahanan 201 lelaki di sebuah pusat spa di Chow Kit atas dakwaan aktiviti tidak bermoral. Mereka disiasat di bawah Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan, namun siasatan gagal diteruskan kerana kekurangan bukti yang diperlukan oleh undang-undang. Bagi mendakwa kes jenayah seksual, undang-undang menuntut pengakuan mangsa, pengakuan salah atau bukti yang jelas. Dalam kes ini, tiada dakwaan paksaan, tiada laporan eksploitasi dan tiada individu tampil sebagai mangsa, menyebabkan pendakwaan tidak dapat dibuat. Situasi ini turut mencetuskan perbincangan tentang asas hukum dalam al-Qur’an, terutama konsep ke-sepasang-an yang sering kurang difahami masyarakat kerana tiada pendedahan yang menyeluruh. Justeru, wajar kita meneliti semula beberapa petikan ayat al-Qur’an bagi memahami maksudnya dengan lebih mendalam. anNajm, 53:45 - dan bahwasanya Dialah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan lelaki dan wanita. alMulk, 67:24 - 24. Katakanlah: "Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan." Allah mencipta manusia untuk berkembang biak, maka perbuatan songsang jelas bertentangan dengan fitrah dan petunjuk wahyu. Ia hanya mengikut nafsu semata-mata, sebagaimana dibuktikan melalui kisah kaum Luth yang diazab akibat perilaku mereka. alA'raaf, 7:80 - Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan itu yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?" 7:81 - Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Menjaga aturan Allah sebagaimana ditetapkan dalam al-Qur’an amat penting agar masyarakat terpelihara daripada kerosakan sosial dan tidak terjerumus ke dalam perilaku yang menyimpang. alFurqaan, 25:30 - Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan." Aturan Tuhan itu tidak seharusnya kita pandang enteng. Di mana kedudukan kita sebagai hamba Dia jika tidak kita laksanakan tugas hamba kepada tuan kita iaitu Tuan Semesta Alam?, dan seharusnya tugas sebagai hamba-Nya adalah menegakkan hukum-hukum yang terdapat di dalam kitab yang diturunkanNya untuk kesejahteraan manusia juga. #TheMessage #KembalikanHukumAlQuran #HukumBerlandasWahyu
без подписи
Jejaki Kejatuhan Tamadun Goliath Melalui Buku Luke Kemp Kebangkitan dan kejatuhan tamadun besar bukan sekadar tinggalan sejarah; ia mengandungi pola yang terus berulang hingga ke dunia moden. Dari Assyria purba yang mempelopori asas kapitalisme, kepada empayar besar seperti Rom, Mongol dan British, semua “Negara Goliath” dibentuk oleh kuasa yang memusat, ketakutan, dan kemampuan mengawal sumber. Dalam buku Goliath’s Curse, Luke Kemp menghimpunkan data arkeologi dan rekod sejarah global untuk menunjukkan bagaimana kuasa besar lahir daripada gabungan kekayaan, senjata baharu dan sistem kawalan ketat—namun akhirnya tumbang atas sebab yang sama. Kemp menegaskan bahawa ketidaksamarataan adalah bahan bakar utama yang mempercepatkan keruntuhan sesebuah negara. Jurang kaya-miskin yang semakin melebar, seperti gaji trilion dolar tokoh korporat, menjadi petanda dunia bergerak semula ke arah autokrasi dan konsentrasi kuasa. Laporan V-Dem menunjukkan lebih 70% penduduk dunia kini hidup di bawah rejim autokratik atau sedang beralih kepada autokrasi. Dalam keadaan ini, perang, perebutan sumber, dan manipulasi maklumat menjadi lebih mudah tercetus—seiring dengan kebangkitan teknologi seperti AI, dron bersenjata dan sistem pengawasan massa. Dalam era “Silicon Goliath”, sumber yang boleh dijarah bukan lagi gandum atau logam, tetapi data, minyak, komoditi dan kuasa digital. Negara maju semakin menyerupai mesin besar yang membina kekuatan melalui maklumat, teknologi ketenteraan dan keupayaan memanipulasi naratif. Walaupun kelihatan kebal, Kemp mengingatkan bahawa semua Goliath mempunyai titik lemah—seperti “Death Star” dalam Star Wars—dan keruntuhan boleh berlaku secara tiba-tiba apabila tekanan sosial, ekonomi atau politik mencapai kemuncak. Akhirnya, Kemp menawarkan sinar harapan: pengetahuan, teknologi dan demokrasi yang kukuh masih mampu mengekang kezaliman Goliath. Namun ia menuntut keberanian kolektif untuk menolak ketidakadilan, memperjuangkan fakta, dan mempertahankan proses demokratik. Untuk memahami lebih mendalam kitaran kebangkitan dan kejatuhan kuasa besar serta pengajaran penting kepada dunia hari ini, pembaca diseru meneliti buku Goliath’s Curse dan mengambil iktibar daripada amaran yang terkandung di dalamnya. #TheMessage #GoliathsCurse #Kebangkitan&Kejatuhan #BelajarDariSejarah
без подписи
Petani Bangkit Bantah Cukai Warisan Petani di seluruh England dan Wales mengadakan protes besar-besaran menerusi “Hari Perpaduan” untuk membantah cadangan pembaharuan Cukai Warisan (IHT). Aksi ini melibatkan konvoi traktor seawal subuh, sekatan perlahan di jalan raya dan parkir traktor di jambatan utama. Protes bermula di Lincoln seawal jam 4 pagi dan turut berlangsung di Cornwall, Devon serta pelabuhan Southampton, dengan penyertaan puluhan traktor. Para petani menyatakan dasar baharu ini mengancam kelangsungan ladang keluarga, sokongan pertanian dan keselamatan makanan negara. Mereka menegaskan cukai tersebut bukan sekadar “cukai ladang keluarga”, tetapi beban besar kepada perniagaan mereka. Perhimpunan besar turut berlaku di Suffolk dan East Anglia, dengan sokongan meluas orang awam dan penyertaan golongan muda, menunjukkan solidariti tinggi komuniti petani yang bertekad mempertahankan masa depan sektor pertanian. #TheMessage #SuaraPetani #ProtesPertanian
без подписи