tgindex
The Reporter

Follow @thereporter untuk dapatkan info selektif setiap hari

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
46
Всего постов
48
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
3 029
−7 за 4 дн.
Сутки
−2
−0,07%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
112
40 постов
Вовлечённость
3,7%
к подписчикам
Постов в день
6,6
всего 48
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
100
1/48двое суток
114
1/72трое суток
123

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Allahyarham Muhammad Nicklos bin Muhammad Nizam, anak sulung daripada enam beradik, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Ogos selepas terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari kerja yang menyebabkan kecederaan otak kritikal. Dalam pemergiannya, Allahyarham turut menjadi penderma empat jenis tisu iaitu kornea mata, injap jantung, saluran darah femoral dan kulit. Pendermaan yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh itu dijangka dapat membantu sekurang-kurangnya lapan insan yang memerlukan. Pengorbanannya bukan sahaja memberi harapan kepada penerima, malah meninggalkan satu sumbangan yang amat bermakna. Sebagai penghormatan terakhir, warga Hospital Sungai Buloh turut mengiringi pemergian arwah menerusi Walk of Honour. Semoga segala kebaikan arwah menjadi amal jariah, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga. Al-Fatihah. Sumber: Hospital Sungai Buloh

  • Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, rakyat Malaysia bakal menikmati 10GB data internet percuma menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026. Inisiatif hasil kerjasama lima syarikat telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES itu terbuka kepada pengguna prabayar serta pascabayar warganegara yang layak. Pemberian data akan dibuat dalam dua fasa, 5GB pada 31 Ogos dan 5GB pada 16 September. Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, kaedah serta tempoh penebusan akan diumumkan oleh syarikat telekomunikasi terlibat. Sumber: Astro Awani

  • Lebih menyentuh hati, salah seorang kanak-kanak yang diselamatkan sempat meminta Rahmat menyelamatkan adiknya yang berada di bahagian belakang tandas. Namun, keadaan yang terlalu sukar menyebabkan adik mangsa tidak dapat diselamatkan. Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/tindakan-spontan-rahmat-selamatkan-dua-kanak-kanak-kebakaran/

  • Ketika kejadian, mangsa mendakwa diekori sebuah Toyota Hilux berwarna hitam dan sempat melihat seorang wanita bertudung serta memakai cermin mata hitam berada di dalam kenderaan berkenaan. Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/polis-jalankan-siasatan-dakwaan-kanak-kanak-12-tahun-diekori-sebuah-kenderaan/

  • Cadangan menutup LPT masih di peringkat perbincangan dan belum mendapat kelulusan. JPJ sebelum ini mengarahkan penganjur menyediakan platform pendaftaran dalam talian bagi mengesahkan lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor dan insurans peserta. Sumber: FB RXZ Members Official Gambar: Pandu Laju

  • Penganjur RXZ Members mencadangkan supaya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup seketika bagi memberi laluan kepada peserta acara itu pada masa akan datang. Cadangan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu dibangkitkan selepas sesi libat urus bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya. Penganjur turut merancang menyediakan jadual perjalanan khusus supaya pergerakan peserta lebih tersusun. Bagaimanapun, cadangan tersebut menerima bantahan orang ramai yang mempersoalkan keperluan menutup lebuh raya utama demi sebuah acara motosikal. Ada yang berpendapat penguatkuasaan dan pemeriksaan motosikal perlu diperketatkan terlebih dahulu. Bantahan itu turut dikaitkan dengan RXZ Members 8.0 pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu yang dilaporkan melibatkan 46 kemalangan serta 11 kematian. Lebih 1,800 saman turut dikeluarkan, manakala lebih 200 motosikal disita kerana pengubahsuaian dan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi peraturan.

  • Menurut keputusan rasmi European Athletics, Shiff bertanding dalam pusingan pertama tetapi dibatalkan penyertaan, manakala Dömötör layak ke peringkat separuh akhir. Belum ada penjelasan RTVE yang disertakan dalam bahan berhubung insiden itu.

  • Sebuah klip liputan RTVE mencetuskan perdebatan selepas pengulasnya tidak menyebut nama dan negara atlet Israel, Omri Shiff ketika sesi pengenalan peserta Kejohanan Olahraga Eropah 2026 di Birmingham. Rakaman acara 400 meter berpagar lelaki itu menunjukkan pengulas terlebih dahulu memperkenalkan Patrik Dömötör dari Slovakia. Namun, ketika kamera beralih kepada Shiff, kedua-dua pengulas tidak memperkenalkannya. Pengulas lelaki sebaliknya bercakap mengenai seorang atlet yang mengambil masa agak lama untuk berada di posisi permulaan. Kamera kemudian beralih kepada Árpád Bánóczy yang segera diperkenalkan pengulas wanita sebagai wakil Hungary. Perbezaan layanan itu menyebabkan klip berkenaan tersebar dengan dakwaan bahawa nama Shiff sengaja diketepikan kerana beliau mewakili Israel. Bagaimanapun, rakaman tersebut sahaja tidak membuktikan motif pengulas atau sama ada ia sekadar kesilapan ketika siaran langsung.

  • KOH SAMUI — Sebuah keluarga Israel mendakwa dihalau dari Samui Exotic Park di Thailand selepas kakitangan mengetahui negara asal mereka pada 12 Ogos lalu. Pasangan dikenali sebagai Moran dan Naveh itu datang bersama dua anak perempuan berusia enam dan sembilan tahun. Mereka mendakwa pada awalnya dilayan dengan baik sebelum diberitahu bahawa pelancong Israel tidak dibenarkan masuk. Ketika cuba mendapatkan penjelasan, seorang kakitangan lelaki didakwa mencarut dan mengarahkan mereka keluar. Naveh mendakwa lelaki itu kemudian menanduk bahagian lehernya serta membaling papan tanda ke arah keluarganya. Pemilik taman menjelaskan tindakan itu bukan disebabkan isu politik. Sebaliknya, keputusan tersebut didakwa dibuat selepas premis berkenaan berdepan masalah dengan segelintir pengunjung Israel sebelum ini. Menurut laporan Ynet, polis pelancong Thailand sedang menyiasat kejadian itu. Pihak berkuasa masih meneliti dakwaan keluarga berkenaan dan keadaan sebenar yang berlaku.

  • Katanya, setiap permohonan keanggotaan parti mestilah dibuat secara sukarela serta berdasarkan pengetahuan dan persetujuan jelas daripada pemohon. Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/dakwaan-penerima-bakul-makanan-didaftar-sebagai-ahli-pkr-pahang-dapatkan-penjelasan/

  • Hanya kerana mengharapkan bakal isteri menyediakan sarapan setiap hari, hantaran seorang lelaki di Threads mengundang perdebatan hangat netizen. Ada yang menganggap permintaan itu sekadar tanda kasih sayang dalam rumah tangga. Namun, ada juga yang mengkritik dan menganggap lelaki perlu lebih berdikari serta mampu menyediakan makanan untuk diri sendiri. Bagi korang, minta isteri bekalkan sarapan itu sweet atau terlalu bergantung? Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/hantaran-lelaki-minta-bakal-isteri-sediakan-bekal-sarapan-cetus-debat-netizen/

  • Fakta kes turut mendedahkan hubungan berkenaan dipercayai berlaku beberapa kali dalam tempoh empat bulan, meskipun hanya satu pertuduhan dikemukakan terhadap setiap tertuduh. Perbuatan itu dilakukan antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu. Hakim Mawardi Che Man menyifatkan kesalahan tersebut amat serius kerana tempat yang sepatutnya dipelihara kesuciannya telah digunakan untuk melakukan dosa besar. “Nasib baik tak jadi jenazah semasa melakukan persetubuhan secara haram, kalau tidak terus dimandikan di situ,” tegurnya sebelum menjatuhkan hukuman. Sumber: Sinar Harian Gambar: Sinar Harian

  • Bilik yang menjadi tempat persiapan terakhir jenazah sebelum dikebumikan dicemari perbuatan maksiat apabila seorang siak dan pekerja pembersihan wanita mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Khamis. Siak berusia 48 tahun yang juga bapa kepada empat anak serta wanita berumur 51 tahun dan ibu kepada lapan anak itu masing-masing didenda RM5,000 atau penjara 18 bulan. Mereka didakwa melakukan percubaan persetubuhan haram dengan individu bukan pasangan sah antara 1 Januari hingga 30 April 2026. Kes tersebut pada awalnya disiasat susulan laporan tertuduh wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol. Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemukan unsur paksaan, sebaliknya keterangan menunjukkan perbuatan itu dilakukan secara sukarela.

  • Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, kedua-duanya berusia 16 tahun, dipercayai kali terakhir dilihat di TBS. Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/dua-pelajar-mrsm-alor-gajah-hilang-sejak-11-ogos-asyraf-wajdi-mohon-doa/

  • Rakaman skrin, pautan, tarikh penerbitan, jumlah tontonan dan butiran lain turut dikumpulkan sebagai bukti, termasuk kandungan yang menuduh Muhammad Shah membunuh atau menyeksa Rocky. Dalam masa sama, Muhammad Rafique mempersoalkan bukti di sebalik dakwaan bahawa anak guamnya memukul Rocky sehingga mati. Beliau berkata, Muhammad Shah telah dihukum oleh ramai pihak berdasarkan rakaman singkat yang tular tanpa keseluruhan latar kejadian difahami. Sumber: Kosmo! Gambar: Kosmo!

  • Pempengaruh dan selebriti yang didakwa membuat kenyataan atau tuduhan terhadap Muhammad Shah Hizam, 24, digesa tampil memohon maaf secara langsung kepada pemuda itu, bukannya sekadar membuat permohonan maaf kepada pengikut masing-masing di media sosial. Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali menegaskan, jumlah pengikut atau populariti seseorang tidak memberi kebebasan untuk menyebarkan dakwaan tanpa usul periksa. Menurutnya, Muhammad Shah ialah individu yang menerima kesan daripada kenyataan berkenaan, justeru permohonan maaf sewajarnya ditujukan kepadanya. Isu itu turut melangkaui kecaman apabila pihak peguam mendakwa terdapat kandungan yang menyeru supaya Muhammad Shah dihukum mati, ancaman terhadap dirinya dan keluarga serta suntingan wajahnya pada badan anjing. Semua hantaran, perkongsian, komen dan kandungan berkaitan kini sedang dikenal pasti dan didokumentasikan.

  • Mahkamah Tinggi Ipoh dimaklumkan bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tidak digilis oleh kenderaan dipandu DSP Mohd Nazri Abdul Razak seperti didakwa beberapa saksi. Peguam M. Athimulan berhujah, pakar patologi forensik mengesahkan kecederaan mangsa tidak konsisten dengan keadaan seseorang yang digilis kerana tiada tulang remuk, organ hancur atau kesan tayar pada tubuh dan pakaiannya. Menurut pembelaan, Muhammad Zaharif Affendi dipercayai tercampak daripada motosikal selepas berlaku perlanggaran, manakala kecederaannya konsisten dengan kesan terjatuh di atas jalan raya. Pembelaan turut mendakwa persepsi saksi terhadap kejadian traumatik itu mungkin dipengaruhi oleh media sosial. Athimulan juga membangkitkan kegagalan mengemukakan data ‘kotak hitam’ Perodua Ativa yang menurutnya penting untuk menentukan sama ada Mohd Nazri cuba membrek, melencong atau mengelakkan perlanggaran serta keadaan sebenar kelajuan kenderaan. Mohd Nazri, 46, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi berhampiran SMK Jati

  • Pemuda MCA menggesa kerajaan mengadakan persidangan khas Parlimen bagi membahaskan isu penghantaran pulang 5,000 pelarian Rohingya dari Malaysia, susulan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan, berkata gesaan itu dibuat susulan dakwaan wujud percanggahan antara kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berhubung pendirian kerajaan mengenai penghantaran pulang pelarian berkenaan. Menurutnya, isu Rohingya kini bukan lagi sekadar persoalan kemanusiaan, sebaliknya turut membabitkan keselamatan negara, kesihatan awam dan beban ekonomi, termasuk kebimbangan terhadap penyakit berjangkit, penempatan haram serta tekanan terhadap perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Mike menggesa Ahli Parlimen diberi ruang untuk membahaskan isu berkenaan secara terbuka dan menyeluruh bagi mencari penyelesaian yang adil, bertanggungjawab serta mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Gambar: Facebook Mike Chong

  • Muhammad Shah Hizam, 24, yang menjadi sasaran kecaman susulan kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky, mendakwa individu tidak dikenali datang mencarinya di kawasan kediaman serta mengugut keluarganya. “Selepas beberapa hari ini, tiada lagi ancaman berbentuk fizikal berbanding semasa hari pertama dan kedua ketika perkara ini masih tular,” katanya dalam sidang media #JusticeForShah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis. Muhammad Shah menjelaskan, dia berada di Taman Telok Gedong Indah, Klang bagi membantu operasi menangkap anjing liar dan bukan untuk mencederakan haiwan. “Saya tak sokong kekejaman, jauh sekali berniat nak mencederakan atau membunuh mana-mana haiwan,” katanya. Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Muhammad Shah menyertai operasi itu selepas dijemput oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT), manakala peserta diberikan taklimat dan alat penjerut oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Menurutnya, keadaan menjadi kelam-kabut apabila seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik

  • без подписи