Penulis Jalanan 🚶🏻
СтатистикаPENULIS JALANAN 🖊 Tulis selagi mampu , usaha selagi boleh . 🐢 Ringkas , padat tapi terus melekat ! Sentap ? bererti kau masih punya hati 😊👌🏻 Create :- 2 Disember 2017 ❤️
- Последний пост
- 26 мая
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 16
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 15 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
" Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah " ( HR : Tirmidzi ) Jangan lupa perbanyakkan doa harini. Moga semua doa kita terus tembus ke jalur langit tanpa ada satu pun yang tertinggal. ❤️
Jangan mengeluh kalau Tuhan tidak memberi hidup seperti yang kamu inginkan, kerna kamu juga hidup tidak seperti yang Tuhan inginkan. Disaat hidup mulai berantakan, ibadahmu cuba dirapikan. Tugas kita hanya tadah tangan, selebihnya biar Tuhan yang turun tangan. Tuhan menerima kita berdoa dengan cara kita, Tapi kita sulit untuk menerima jawapan dengan cara_Nya.
kau sebenarnyaa kuat. ya kuat ❤️
Terkadang kita tak tahu takdir dan macam mana hidup kita akan berakhir. Tapi kalau kita perasan, setiap apa yang terjadi dalam hidup, tak kira lah susah macam mana pun pada permulaan di penghujung pasti ada juga kemanisan yang Allah titip kan. Baiknya Allah. Dia takkan bagi kita masalah dan biarkan kita lemas seorang dalam masalah tu selain Dia juga yang membantu kita untuk melaluinya. Masalah yang hadir bukan lah beban, tapi sedikit celoteh dari Tuhan agar kita lebih rapat dan mesra dengan Dia. Jadi, jangan penat bila diuji. Tapi berterima kasih lah sebab kalau takde ujian takut kita lupa cara jumpa Tuhan. -PenulisJalanan
Jangan pernah berhenti mencuba. Gagal sekali bukan bermakna kita selamanya akan gagal. Gagal itu satu proses pembelajaran. Bukan nya satu hal yang harus dimalukan. Jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk kamu terus bangkit walaupun agak sulit. Orang yang berjaya bukanlah orang yang berjaya bangkit bila jatuh sekali. Tapi orang yang berjaya itu adalah orang yang tetap bangkit walaupun jatuh berkali-kali. -PenulisJalanan
Sedar tak sedar dah setengah tahun kita hidup di tahun dua kosong dua lima. sejauh ini, apa yang telah berjaya kalian kecapi? jika tiada jangan bersedih hati. masih ada setengah tahun baki untuk kamu usahakan sehabis baik lagi. ingat, hidup ini bukan kontes balapan tapi proses dan perjalanan yang harus kamu nikmati sebelum tiba di pengakhiran. tenang, mungkin bukan sekarang. tapi yakin lah yang Allah takkan biarkan kita berjuang seorang. semoga kalian tetap tabah dan tak mudah rebah. karna hidup tetap perlu diteruskan, selagi mana nyawa masih dipinjamkan Tuhan. Jangan menyerah dulu ya? -PenulisJalanan
kadang kita fikir hidup kita tak menarik, tapi kita lupa kehidupan yang kita miliki sekarang adalah impian banyak orang. kita jadi macam tu sebab terlalu membandingkan. sebabtu hidup kita terasa hambar dan serba serbi tak cukup. sedangkan kalau kita bersyukur, banyak sangat nikmat Allah yang kita dah peroleh. cuma kita yang tak perasan sebab sibuk mencari kekurangan daripada melihat kelebihan yang telah Allah berikan. -PenulisJalanan
Tenang, esok masih ada. Sekarang istirehat dulu ya? Esok sambung lagi yang mana masih belum sempat kamu lakukan harini. Usah bergadang terus. Usah fikir yang aneh-aneh juga. Semuanya akan baik-baik aja. Tidur yuk ? Selamat Malam. ❤️
без подписи
Manusia, memang akan merasa penat dan terkadang ingin berhenti untuk sementara waktu. Berehatlah. Jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan semua perkara dalam satu masa. Tak semua hal bole dicapai begitu sahaja. Mungkin ada juga yang memerlukan sedikit ruang dan waktu. Tetap lah sabar menunggu. Suatu saat nanti, pasti setiap masalah dan segala lelah akan hilang satu per satu. Percaya, kelegaan itu akan datang juga walaupun jalannya tak seindah macam selalu. -PenulisJalanan
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ hari ini , mungkin kita belum sampai ke tempat yang kita mahu , tapi kita dah jauh dari tempat kita bermula . Itu pun satu kemenangan . - coretan.qalbu_
tahu tak kenapa hari raya aidiladha lebih sunyi dan tak semeriah hari raya aidilfitri? kerana berkorban lebih sulit dari memaafkan. selamat hari raya aidiladha semua ! ❤️
yang kelihatan tiada apa-apa sebenarnya menyimpan seribu derita di jiwa. yang terlihat sentiasa tertawa, itu hanya sekadar rekaan semata untuk menyembunyikan luka yang ada. tetaplah tersenyum walaupun pura-pura. supaya mereka fikir yang kau baik-baik saja. sedangkan jauh di sudut hati, hanya Allah yang mengerti apa yang kau rasa. -PenulisJalanan
wah tak sangka masih ramai juga yang setia menetap di sini. 🥹 kepada yang masih ada, terimakasih kerana stay. semoga kalian sentiasa dalam dakapan Tuhan selalu. buat yang telah pergi, terimakasih juga kerana pernah hadir, sampai ketemu lagi di garis takdir Tuhan jika ada rezeki. Morning korang! Jangan lupa sarapan ya. ❤️
hi guys. lama tak berborak dengan korang. rindunya hm. cuba react " ❤️ " kejap. nk tngok berapa ramai yang masih bernafas kt sini. 🥹
без подписи