tgindex
Pertubuhan Nadi Al-Quran Malaysia

Pertubuhan Nadi Al-Quran Malaysia

Статистика
Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
3
Всего постов
42
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 037
−5 за 4 дн.
Сутки
−2
−0,10%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
211
40 постов
Вовлечённость
10,4%
к подписчикам
Постов в день
0,4
всего 42
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
81
1/48двое суток
92
1/72трое суток
100

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 🌙 SALAM 1 RABIULAWAL 1448H Alhamdulillah, esok kita akan melangkah memasuki bulan Rabiulawal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad ﷺ. 🤍 Semoga hadirnya Rabiulawal menjadi ruang untuk kita kembali mengenali sirah Baginda, memperbanyakkan selawat serta berusaha mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar mengingati Baginda dengan kata-kata, tetapi membuktikan kecintaan melalui akhlak, kasih sayang dan kebaikan kepada sesama manusia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ✨ Semoga Rabiulawal kali ini membawa kita semakin dekat dan semakin cinta kepada Rasulullah ﷺ. Salam 1 Rabiulawal 1448H daripada Nadi Al-Quran Borneo. #NadiAlQuran #NadiAlQuranBorneo #Rabiulawal #1Rabiulawal #CintaRasulullah #Selawat #SirahNabi #GenerasiCintaAlQuran

  • 📚 TAHUKAH ANDA? 6 PERKARA YANG MENYEBABKAN MANDI WAJIB Alhamdulillah, kali ini pelajar Nadi Al-Quran berkongsi ilmu tentang perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu wajib mandi. Ilmu seperti ini sangat penting untuk dipelajari sejak usia muda kerana ia berkait rapat dengan kesucian diri dan sahnya ibadah kita. 🤲🏻 ✨ 6 PERKARA YANG MENYEBABKAN MANDI WAJIB: 1️⃣ Keluar mani dengan syahwat, sama ada ketika sedar atau tidur. 2️⃣ Bersetubuh (jima‘) walaupun tidak keluar mani. 3️⃣ Haid – apabila seorang wanita telah selesai daripada haid. 4️⃣ Nifas – apabila darah nifas telah berhenti. 5️⃣ Wiladah (melahirkan anak) – selepas bersalin. 6️⃣ Kematian – seorang Muslim yang meninggal dunia wajib dimandikan, kecuali keadaan tertentu yang dikecualikan oleh syarak. 🌱 Inilah pentingnya pendidikan Al-Quran dan ilmu agama untuk anak-anak kita. Mereka bukan sekadar belajar membaca Al-Quran, tetapi turut dibimbing memahami ilmu Fardu Ain yang akan menjadi bekalan dalam kehidupan mereka. ❤️ Jom sama-sama bantu lahirkan lebih ramai generasi yang celik Al-Quran dan memahami ilmu agama. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, insya-Allah menjadi sebahagian daripada saham akhirat untuk menyokong pendidikan anak-anak Nadi Al-Quran. 🤲🏻 Sumbangan boleh disalurkan melalui: 👉🏻 https://nadiquran.com/order/form/560 “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia.” Semoga setiap ringgit yang kita infakkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya. 🤍 #NadiAlQuran #NadiAlQuranBorneo #IlmuFarduAin #MandiWajib #PendidikanIslam #AnakAnakQuran #SedekahJariah #Infaq #SahamAkhirat

  • без подписи

  • KELAS SIRAH | KISAH NABI ADAM A.S Bukan sekadar belajar membaca Al-Quran, kami mahu anak-anak ini membesar dengan mengenali kisah para nabi dan mengambil pengajaran daripadanya. ❤️ Minggu lalu, adik-adik di Nadi Al-Quran Kg Bahagia, Sabah mempelajari kisah Nabi Adam A.S, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dan permulaan perjalanan manusia di muka bumi. Daripada kisah Nabi Adam A.S, mereka belajar bahawa manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Namun, pintu taubat dan kasih sayang Allah sentiasa terbuka bagi mereka yang kembali kepada-Nya. Di sinilah kami mahu pendidikan Al-Quran itu terus hidup. Bukan hanya mengenal huruf dan membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi memahami kisah, pengajaran dan nilai yang mampu membentuk kehidupan mereka. Insya-Allah, perjalanan mengenali sirah para nabi akan terus disambung dalam kelas-kelas yang akan datang. 🌱 Semoga setiap ilmu yang dipelajari hari ini menjadi bekalan yang membimbing mereka sehingga dewasa. 🤲 Anda juga boleh bersama-sama menyokong usaha pendidikan dan kelangsungan kelas Al-Quran buat anak-anak ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://nadiquran.com/order/form/573 Semoga setiap sumbangan menjadi asbab ilmu Al-Quran terus berkembang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Aamiin. #NadiAlQuran #GenerasiAlQuran #SirahNabi #KisahNabi #NabiAdam #AlQuran

  • без подписи

  • 📖 Api mungkin memusnahkan bangunan, tetapi tidak pernah memadamkan semangat mereka untuk belajar Al-Quran. Selepas kebakaran yang melanda Kampung Bahagia, Sandakan, anak-anak Nadi Al-Quran tidak memilih untuk berhenti. Mereka tetap hadir ke kelas, membawa semangat yang sama, membuka helaian Iqra' dan Al-Quran dengan penuh harapan. Bagi mereka, kehilangan tempat belajar bukanlah alasan untuk meninggalkan kalam Allah. Setiap huruf yang mereka baca adalah bukti bahawa cahaya Al-Quran tetap hidup dalam hati mereka. Dan setiap langkah mereka ke kelas adalah simbol ketabahan, kesungguhan dan cinta kepada ilmu. Semoga Allah SWT memelihara anak-anak ini, mengurniakan mereka kefahaman terhadap Al-Quran, serta membalas segala kebaikan kepada insan yang sentiasa menyokong perjalanan mereka. ❤️ Jom bersama memastikan mereka terus mempunyai tempat yang selesa untuk belajar dan membesar bersama Al-Quran. 📌 Salurkan sumbangan anda di sini: https://nadiquran.com/order/form/560 "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)

  • без подписи

  • ⏳ Masa adalah amanah yang Allah SWT kurniakan kepada setiap insan. Persoalannya, bagaimana kita menggunakannya? Jom ikuti perkongsian daripada Ustazah Satra tentang kepentingan mengurus masa dengan baik menurut perspektif Islam. Semoga nasihat yang ringkas ini menjadi peringatan buat kita untuk lebih menghargai setiap detik, mengutamakan perkara yang bermanfaat dan tidak mensia-siakan waktu yang telah diberikan. 🎥 Tonton video penuh dan kongsikan kepada keluarga serta sahabat agar lebih ramai mendapat manfaat. 🤲 Sokong usaha Nadi Al-Quran dalam melahirkan generasi yang dekat dengan Al-Quran: https://nadiquran.com/order/form/560 #NadiAlQuranMalaysia #NadiAlQuranBorneo #NasihatIslam #PengurusanMasa #GenerasiAlQuran #SebarkanKebaikan #DakwahDigital

  • 🌸 Hormat Ibu Bapa, Kunci Keberkatan Hidup 🌸 Kita mungkin mampu membalas dengan wang ringgit. Kita mungkin mampu menghadiahkan mereka pelbagai pemberian. Namun, pengorbanan seorang ibu dan ayah tidak akan pernah mampu dibalas sepenuhnya. Mereka berjaga ketika kita lena. Mereka berkorban ketika kita masih belum mengerti apa-apa. Dan sehingga hari ini, doa mereka masih mengiringi setiap langkah kehidupan kita. 🤲 Selagi ibu dan ayah masih ada, hargailah mereka. Ringankan beban mereka, lembutkan tutur kata dan jangan pernah jemu meminta maaf serta mendoakan kebaikan buat mereka. 🎥 Saksikan perkongsian ringkas daripada Ustaz Akmarul tentang pentingnya menghormati ibu bapa sebagai jalan menuju keberkatan hidup. 💚 Jika anda ingin bersama menyokong usaha dakwah dan pendidikan Al-Quran, marilah menjadi sebahagian daripada perjuangan ini. 🌱 Sumbang di sini: [https://nadiquran.com/order/form/560](https://nadiquran.com/order/form/560) Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan kepada kedua ibu bapa kita, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke rahmatullah.

  • без подписи

  • 🌿 Hiasilah diri dengan ilmu, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Setiap kali anak-anak ini memegang pensel, membuka buku dan menulis pelajaran, mereka sebenarnya sedang membina masa depan mereka dengan ilmu yang berteraskan Al-Quran. Di Nadi Al-Quran, kami percaya bahawa setiap anak berhak mendapat peluang untuk belajar, mengenal ayat-ayat Allah dan membesar dengan akhlak yang baik. Namun, perjalanan ini tidak mampu kami teruskan sendirian. Masih ramai anak-anak yang memerlukan sokongan daripada insan-insan yang prihatin agar kelas dapat diteruskan, guru dapat terus mengajar dan mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa. | ❤️ Hari ini, anda boleh menjadi asbab mereka terus menuntut ilmu. Setiap sumbangan yang diberikan, sama ada besar atau kecil, adalah pelaburan untuk melahirkan lebih ramai generasi Al-Quran. 🤲 Semoga setiap huruf yang mereka pelajari, setiap ayat yang mereka baca dan setiap ilmu yang mereka amalkan menjadi saham pahala yang berterusan buat semua penyumbang. 📲 Klik pautan di ruangan komen atau bio untuk menyumbang. https://nadiquran.com/order/form/560 #NadiAlQuran #MelahirkanGenerasiAlQuran #InfaqPendidikan #SahamAkhirat

  • без подписи

  • 🤲 Jumaat yang penuh keberkatan... Di saat kita sedang menikmati nikmat kehidupan, anak-anak Nadi Al-Quran di Sandakan terus hadir setiap minggu dengan satu harapan yang sama — belajar membaca dan mencintai Al-Quran. 📖 Setiap huruf yang mereka baca, setiap ayat yang mereka hafal dan setiap ilmu yang mereka pelajari memerlukan sokongan daripada insan-insan yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu. Hari ini, kami mengajak tuan/puan menjadi sebahagian daripada perjuangan ini. ✨ Sumbangan anda membantu: ✅ Kelas pengajian Al-Quran & Iqra' ✅ Elaun guru-guru ✅ Keperluan pembelajaran pelajar ✅ Operasi pendidikan Nadi Al-Quran Sandakan 💚 Jangan sekadar melihat mereka belajar, jadilah asbab mereka terus belajar.

  • 🌿 Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Pemantapan Silibus Nadi Al-Quran selama 3 hari. Sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha para guru sepanjang kursus, kami berpeluang meluangkan sedikit masa bersama menikmati keindahan alam di Sukau Backpackers. Perjalanan ini bukan sekadar untuk berehat, tetapi menjadi ruang mengeratkan ukhuwah, berkongsi pengalaman dan menyegarkan kembali semangat sebelum meneruskan amanah mendidik generasi Al-Quran. Semoga setiap ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dalam sesi pengajaran, dan semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan serta keikhlasan kepada semua guru dalam menyampaikan ilmu-Nya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus dan perjalanan ini. Moga ukhwah yang terjalin terus berkekalan dan diberkati. 💙 Bersama melahirkan generasi celik Al-Quran. #NadiAlQuran #PertubuhanNadiAlQuranMalaysia #KursusGuru #SukauBackpackers #Ukhuwah #MelahirkanGenerasiCelikAlQuran

  • 🦈 KURSUS SILIBUS NADI AL-QURAN | HARI KE-2 Tarikh : 7/7/26 (Selasa) Alhamdulillah, suasana pembelajaran pada Hari Ke-2 lebih interaktif dengan pelaksanaan Aktiviti Shark Tank. Setiap kumpulan diberi peluang membentangkan idea, modul dan pendekatan pengajaran secara kreatif di hadapan panel. Aktiviti ini bukan sekadar menguji keyakinan dan kemahiran berkomunikasi, malah melatih peserta berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah dan bekerjasama dalam menghasilkan silibus yang lebih berkualiti. Kami percaya, guru yang hebat bukan hanya mampu mengajar, tetapi juga mampu mencipta, menambah baik dan membawa pembaharuan dalam pendidikan Al-Quran. Semoga segala usaha ini menjadi asbab lahirnya lebih ramai pendidik Al-Quran yang berwibawa dan mampu membimbing generasi masa depan dengan ilmu, hikmah dan kasih sayang. 🤲 Terus doakan perjuangan Nadi Al-Quran Borneo agar sentiasa dipermudahkan dan memberi manfaat kepada ummah. #NadiAlQuranBorneo #KursusSilibusNadiAlQuran #Day2

  • KURSUS SILIBUS NADI AL-QURAN | DAY 1 📖✨ Tarikh 6/7/2026- Isnin Alhamdulillah, selesai sudah Hari Pertama Kursus Silibus NADI Al-Quran. Banyak ilmu, perkongsian dan pengalaman baharu yang diperoleh sebagai persediaan untuk menyampaikan pembelajaran Al-Quran dengan lebih berkesan. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi manfaat, dipermudahkan segala urusan, dan diberkati Allah SWT. Nantikan perkongsian untuk hari-hari seterusnya, insya-Allah. 🤲 #NADIAlQuran #KursusNADI #Day1 #BelajarSepanjangHayat #AlQuran

  • 🌿 Jumaat Ini, Rebut Peluang Mengumpul Pahala Yang Terus Mengalir Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Inilah peluang terbaik untuk kita bersedekah dan menanam saham akhirat yang tidak akan terputus. 📖 Setiap sumbangan yang diberikan membantu memastikan kelas-kelas Al-Quran terus berjalan, anak-anak terus belajar Iqra' dan Al-Quran, serta lebih ramai generasi dapat mengenal kalam Allah SWT. Mungkin hari ini kita tidak mampu mengajar mereka. Tetapi kita mampu menjadi sebab mereka terus belajar. 🤲 Klik pautan di bawah untuk menyertai Infaq Jumaat dan menjadi sebahagian daripada perjuangan ini: 🌱 https://nadiquran.com/order/form/561 Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya selagi Al-Quran dibaca dan diamalkan. #InfaqJumaat #NadiAlQuran #SedekahJariah #SahamAkhirat #GenerasiAlQuran #JomBerinfaq #PendidikanAlQuran

  • без подписи

  • 📚🤍 Adab adalah permulaan kepada setiap ilmu yang diberkati. Di Nadi Al-Quran, kami bukan sekadar mengajar anak-anak membaca Iqra' dan Al-Quran. Kami juga berusaha membentuk akhlak mereka agar membesar sebagai insan yang menghormati guru, menyayangi rakan dan beradab dalam setiap langkah kehidupan. Kerana ilmu tanpa adab mungkin melahirkan orang yang pandai, tetapi adab bersama ilmu akan melahirkan insan yang mulia di sisi Allah SWT. ✨ Saksikan lakonan ringkas daripada pelajar-pelajar Nadi Al-Quran tentang adab menuntut ilmu. Semoga menjadi peringatan buat kita semua bahawa kejayaan yang sebenar bermula dengan akhlak yang baik. 🤲 Jika Tuan/Puan ingin bersama melahirkan lebih ramai generasi yang celik Al-Quran dan berakhlak mulia, kami mengalu-alukan sokongan anda. 🌱 Sumbangan boleh disalurkan di: https://nadiquran.com/order/form/561

  • 🤲 Adab Menegur Kesalahan Orang Lain Menegur itu tanda kita peduli. Tetapi cara kita menegur menentukan sama ada nasihat itu akan diterima atau hanya meninggalkan luka. Seorang Muslim tidak menjatuhkan maruah saudaranya di hadapan orang ramai. Sebaliknya, dia memilih kata-kata yang lembut, menjaga adab dan mendoakan kebaikan. Kadang-kadang, bukan semua kesalahan perlu diumumkan. Ada yang lebih indah jika diperbetulkan secara berhikmah dan penuh kasih sayang. Ingatlah, kita juga tidak sempurna dan sentiasa memerlukan teguran daripada orang lain. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang lembut ketika menasihati, telinga yang terbuka ketika dinasihati dan akhlak yang sentiasa mencerminkan keindahan Islam. #AdabMenegur #AkhlakMuslim #MuhasabahDiri #NasihatDenganHikmah #IslamItuIndah #NadiAlQuran #TazkirahHarian