tgindex
WalabotDaily
@walabotdailyНовости и СМИиндонезийский

TELUS | TULUS | TEAM WORK Artikel, Berita, Video, Poster, Perkongsian untuk Team Walabot

Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
7
Всего постов
25
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
6 503
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
2 760
25 постов
Вовлечённость
42,4%
к подписчикам
Постов в день
1,0
всего 25
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1 861
1/48двое суток
2 132
1/72трое суток
2 300

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 15 авг.1 605275

    без подписи

  • 15 авг.1 632668

    без подписи

  • 10 авг.3 1398810

    без подписи

  • 10 авг.3 0021239

    42. ⁠Atau masalah sebenar ialah Anwar? 43. ⁠Jangan terus percaya kepada fakta ini. 44. ⁠Jangan juga terus percaya kepada individu bernama Anwar Ibrahim. 45. ⁠Lihatlah rekod. Teliti siapa yang berkorban, siapa yang mendapat kuasa dan siapa yang akhirnya dibuang atau memilih untuk pergi. 46. ⁠Kemudian fikirlah sendiri. 47. ⁠Mungkin mendiang Karpal sudah memberikan nasihat yang betul sejak tahun 2009. 48. Cuma sampai hari ini, nasihat supaya bertaubat itu masih belum didengar. Rafique Rashid 10.08.2026

  • 10 авг.2 636849

    𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜? 1. Anwar Ibrahim sudah lama berada dalam politik. 2. Ramai orang pernah berdiri di belakangnya. Mereka mempertahankannya ketika dia disingkirkan, dipenjarakan dan tidak ada kuasa. 3. Mereka turun ke jalan. Mereka ditangkap. Ada yang ditahan di bawah ISA. Ada yang kehilangan kedudukan dan masa depan kerana percaya pada perjuangan Reformasi. 4. Tapi anehnya, seorang demi seorang tinggalkan Anwar. 5. Dr Chandra Muzaffar, pengasas dan Timbalan Presiden pertama Parti Keadilan Nasional. Seorang tokoh intelektual yang memberikan wajah serta wibawa kepada parti yang baru ditubuhkan. 6. Akhirnya Chandra juga pergi. 7. Mohamad Ezam Mohd Nor pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar. Beliau ialah pengasas Keadilan dan Ketua Pemuda parti. Ezam bukan orang luar. Dia berada dalam lingkungan paling hampir dengan Anwar. 8. Ezam juga pergi. 9. Mohamed Azmin Ali menjadi pegawai khas dan orang kepercayaan Anwar sejak Anwar masih berada dalam kerajaan. Ketika Anwar dipenjarakan, Azmin bantu membina Keadilan dan kemudian menjadi Timbalan Presiden PKR. 10. Hubungan mereka berlangsung hampir empat dekad. 11. Azmin juga akhirnya pergi. 12. Tian Chua merupakan antara wajah utama Reformasi 1998. Dia turun ke jalan, ditangkap, ditahan di bawah ISA dan menjadi Naib Presiden PKR. 13. Tian Chua akhirnya dipecat dan meninggalkan parti yang dibantunya ketika dibina. 14. Zulkifli Noordin seorang peguam yang rapat dengan gerakan membela Anwar. Dia kemudian menjadi Ahli Parlimen atas tiket PKR. 15. Zulkifli juga dipecat dan tinggalkan Anwar. 16. Rafizi Ramli menyusun strategi pilihan raya, menggerakkan INVOKE, membina kekuatan akar umbi dan mempertaruhkan masa depannya untuk bawa PKR serta Anwar ke Putrajaya. 17. Rafizi pernah jadi Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden PKR. Tapi setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, Rafizi juga tinggalkan Anwar. 18. Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai gerakan Keadilan sejak muda. Beliau pernah jadi Ketua AMK, Naib Presiden PKR dan anggota Kabinet Anwar. 19. Nik Nazmi turut pergi. 20. Malah Nurul Izzah, anak kandung Anwar sendiri, telah mengemukakan peletakan jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2026. Majlis Pimpinan Pusat PKR terpaksa menolak peletakan jawatan tersebut. 21. Nurul Izzah tidak keluar daripada parti. Tapi bila anak sendiri sudah melepaskan jawatan, tentu ada sesuatu yang menyebabkan dia sampai kepada keputusan itu. 22. Mendiang Karpal Singh juga bukan musuh Anwar. Karpal pernah bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat dan kemudian menjadi peguamnya. 23. Tapi ketika krisis politik Perak pada tahun 2009, Karpal secara terbuka mendesak Anwar berhenti memimpin Pakatan Rakyat. 24. Kata Karpal: “Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country. Anwar Ibrahim harus bertaubat.” 25. ⁠Teguran itu dibuat berhubung budaya lompat parti yang menurut Karpal dipromosikan oleh Anwar. Pada waktu itu Karpal menegaskan bahawa perjuangan tidak boleh menghalalkan semua cara hanya kerana kita mahu mendapatkan kuasa. 26. Hari ini orang mungkin tidak suka ingat kata-kata Karpal. Lebih mudah memetik kata-katanya ketika dia mempertahankan Anwar daripada ingat tegurannya terhadap Anwar. 27. ⁠Begitulah politik. 28. ⁠Semasa Anwar tidak berkuasa, begitu ramai sanggup berkorban untuknya. 29. ⁠Setelah Anwar semakin hampir kepada kuasa, mereka mula tersingkir. 30. ⁠Setelah Anwar mendapat kuasa, semakin ramai pula yang memilih untuk pergi. 31. ⁠Mungkin semuanya salah Chandra? 32. ⁠Mungkin Ezam yang salah? 33. ⁠Mungkin Azmin pengkhianat? 34. ⁠Mungkin Tian Chua tidak disiplin? 35. ⁠Mungkin Zulkifli bermasalah? 36. ⁠Mungkin Rafizi kecewa kerana kalah? 37. ⁠Mungkin Nik Nazmi sekadar ikut kawannya? 38. ⁠Kalau seorang pergi, mungkin orang itu yang bersalah. 39. ⁠Kalau dua orang pergi, mungkin kebetulan. 40. ⁠Tapi bilamana begitu ramai daripada pengasas, pembantu, sahabat, peguam, tahanan ISA, ahli strategi, Timbalan Presiden, pemimpin generasi muda dan anak sendiri akhirnya pergi, rakyat wajar bertanya satu soalan. 41. ⁠Adakah semuanya bermasalah?

  • 10 авг.2 099794

    без подписи

  • 10 авг.1 0591353

    Lagi kemaluan yang memalukan buat Non Kunyit Presiden PKR Dah 3 MP PKR letak jawatan Letak jawatan sama dengan Non Kunyit hilang sokongan MP. Ada lagi menyusul lepas ni. Sir didakwa mahkamah kerana dikatakan menyebar berita palsu 11 ahli parlimen PKR tarik sokongan dari pada Non Kunyit. Now dah 3 so ada 8 lagi menyusul dan dijangka akan tambah lagi jumlah MP PKR yang secara automatik nya Non hilang sokongan. Enjoy The Show Sikit je lagi Guys

  • 8 авг.1 2471806

    Berkali kali Tun Mahathir selamatkan negara dari Banduan bernama Anwar Kali ni pun begitulah juga harapan kita rakyat Malaysia Cara macam mana hanya Tun Mahathir sahaja yang tahu. Tapi Tun Mahathir minta bantuan kita semua 1 pekara sahaja Tun minta. Orang Melayu perlu bersatu. Tak ada jalan lain selain daripada kita semua bersatu dalam menyelamatkan negara ini. Kunci ada pada penyatuan Orang Melayu. Hal lain Tun akan uruskan. Malikul Zaman

  • 8 авг.2 928633

    без подписи

  • 8 авг.2 94010911

    Duit Rakyat Bukan Duit Perdana Menteri. 1.Dahulu semasa jadi pembangkang, mereka kata sekat peruntukan itu zalim. Sekarang, apabila sudah jadi kerajaan, mereka buat perkara yang sama pula. 2. Wakil rakyat disuruh sokong dan tandatangan dokumen janji setia dahulu baru boleh berunding tentang dana. Ini namanya sifat "mudah lupa" yang sangat mengagumkan. 3.Alasan kerajaan mudah: duit itu disalurkan terus kepada rakyat, bukan untuk poket Ahli Parlimen (MP). Ini pusingan fakta yang kelakar. 4.Rakyat di kawasan pembangkang juga bayar cukai yang sama. Kenapa hak mereka perlu diserahkan kepada agensi luar atau orang politik yang kalah dalam pilihan raya? Mengapa wakil yang mereka sendiri pilih tidak boleh? 5.Tugas MP Pembangkang adalah untuk menyemak dan menegur kerajaan. Tetapi sekarang, kalau mereka mahu duit untuk baiki sekolah atau jalan raya, mereka dipaksa tunduk kepada syarat yang mengongkong. 6 Ini bukan demokrasi, tetapi taktik menggunakan duit rakyat untuk melumpuhkan suara pembangkang.Dari segi undang-undang, memang tiada akta yang mewajibkan peruntukan sama rata. Namun, dari segi moral, ini adalah satu penindasan. 7.Hebatnya sistem hari ini, dana awam boleh ditutup dan dibuka sesuka hati mengikut selera penguasa. Di mana perginya laungan reformasi yang dijaja dahulu? 8.Rakyat perlu sedar dan berfikir dengan dalam. Jangan mudah tertipu dengan lakonan politik ini. Duit peruntukan itu adalah duit cukai anda. 9.Bukannya "sedekah" poket peribadi perdana menteri.Berilah apa nama pun,MyKhas atau apa saja, ia tetap duit rakyat. 10.Kita mesti menuntut undang-undang peruntukan sama rata yang adil, bukannya sistem pilih kasih yang merosakkan negara. Rafique Rashid 08.08.2026

  • 7 авг.2 442115

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh rasa hormat, Sir menjemput semua sahabat seperjuangan Team Walabot untuk bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah buat  Allahyarham Tun Alfa Ismail dan Allahyarhamah Masyitah Binti Muhammad Solleh. 📅 Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat) 🕤 Masa: 9.30 malam 📍 Tempat: Telegram Walabot Reborn Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Sir Azri Dan Admin Team Walabot

  • 7 авг.2 5861701

    Salam Takziah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Salam takziah diucapkan atas pemergian Allahyarhamah Masyitah Binti Muhammad Solleh @ Moshi, Admin Team Walabot. (22 Oktober 1989-22 Julai 2026) Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas roh Allahyarhamah, meluaskan kuburnya, menerangi alam barzakh, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh syurga tanpa hisab. Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah. ‎ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞  آمين

  • 6 авг.3 38915010

    Kita sama² doakan semoga hubungan baik ini akan terus memanfaatkan Ummah kerana Allah taala... #SelamatkanMalaysia #PenyatuanUmmah

  • 5 авг.4 5731525

    Alhamdulillah..moga Cik Man mendapat husnul khotimah.. Aameen ya RABB #CikMan #Takziah #Lagend

  • 4 авг.1 8912053

    Hero Malaya kita YAB MB Sanusi buru sekor sekor yang fitnah dan putar belit kenyataan yang di PRN Negeri Sembilan dan salah seorang yang akan terima LOD dalam masa 7 hari ni adalah Salim Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Salim Kunyit Kongkang. Kah Kah Kah Mana Salim Kunyit Kongkang mau lari? Janji nak potong punai pun tak buat sebaliknya kena saman dengan Sanusi Naik mahkamah habis kita bogelkan Salim Kunyit Kongkang 🤣

  • 4 авг.3 0811405

    PELANGGAR UNDANG-UNDANG 1. Undang-undang diwujudkan untuk melindungi anggota sesebuah masyarakat manusia. Tanpa undang-undang, kehidupan akan dipenuhi ketakutan. 2. Israel nampaknya menganggap dirinya kebal daripada undang-undang. Israel melanggar undang-undang sepanjang masa. 3. Berikut ialah senarai tindakan Israel yang melanggar undang-undang:       i. Perang Israel terhadap Gaza melanggar undang-undang yang melarang genosid (pembunuhan beramai-ramai).       ii. Serangan Israel terhadap kapal-kapal di perairan antarabangsa adalah bertentangan dengan undang-undang.       iii. Pengeboman dan serangan roket Israel terhadap hospital dan sekolah melanggar undang-undang.       iv. Israel menyerang dan membunuh wartawan.       v. Israel menghalang penghantaran bekalan bantuan.       vi. Israel membunuh petugas bantuan kemanusiaan.       vii. Israel menahan ribuan rakyat Palestin.       viii. Israel menyeksa tahanan.       ix. Israel terus melakukan pengeboman dan serangan roket ke atas Gaza ketika tempoh gencatan senjata.       x. Israel membina penempatan di tanah Palestin.       xi. Pendatang Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat.       xii. Israel menduduki Tebing Barat tanpa menghiraukan status pendudukan tersebut yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.       xiii. Israel menduduki wilayah Lubnan.       xiv. Israel menyerang Lubnan.       xv. Sesungguhnya, Israel tidak menghormati undang-undang secara umum, khususnya undang-undang antarabangsa. 4. Dan masih banyak lagi. 5. Jelas bahawa Israel tidak menghormati undang-undang dan ketertiban. DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 4 Ogos 2026

  • 3 авг.2 0641394

    Bila 3 ceplos Barua Non Kunyit setentak mainkan isu perkauman maka Kau orang semua dah boleh nampak tujuan dan matlamat mereka. Ni semua dirancang untuk cetuskan isu perkauman. So Guys baik Melayu India kekal tenang dan jangan masuk perangkap. Mereka dah terdesak untuk kekal berkuasa dan ini sahaja jalan yang mereka ada dengan melaga lagakan kaum. Serah pada pihak Polis dalam isu berkaitan undang undang. 3 ekor barua ni under PMO so faham lah siapa yang bayar barua barua ni semua.

  • 3 авг.3 85514212

    𝗚𝗘𝗟𝗢𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗥𝗨: 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 1. PH kata kemenangan PN-BN di Negeri Sembilan adalah kemenangan politik perkauman. Mudah benar buat kesimpulan. 2. Adakah setiap kali orang Melayu memilih untuk bersatu, ia terus jadi perkauman? Tapi bila kaum lain bersatu memperjuangkan kepentingan mereka, itu pula dipanggil demokrasi. 3. Hakikatnya, rakyat bukan mengundi kerana warna kulit. Rakyat mengundi kerana harga barang, kos sara hidup dan janji yang tidak ditunaikan. 4. Jika kerajaan hari ini benar-benar berjaya, mengapa berlaku gelombang biru? Mengapa semakin ramai yang berubah fikiran? 5. Buktinya ialah kemenangan majoriti besar calon Perikatan Nasional di DUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Pak Kam), dengan majoriti 16,959 undi. Sukar untuk mengatakan ini semata-mata soal perkauman. Ini jauh lebih tepat dibaca sebagai satu isyarat jelas daripada rakyat terhadap sebuah pentadbiran yang gagal memenuhi harapan mereka. 6. Adakah kekalahan Anthony Loke di DUN Chennah juga boleh dianggap sebagai perkauman apabila sebahagian besar pengundi Cina sendiri tidak lagi memberikan sokongan kepada DAP? 7. Lebih mudah menyalahkan sentimen kaum daripada mengakui bahawa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap sebuah pentadbiran yang gagal memenuhi harapan mereka. 8. Pilihan raya bukan "guessing game". Ia manifestasi suara rakyat. Mereka ubah jadual hari minggu, datang dari seluruh pelusuk negara semata mahu hantar mesej jelas. 9.Jangan tuduh rakyat bersifat perkauman. Gagal muhasabah diri mahu salahkan rakyat pula. Itulah Pakatan Harapan. 10. Penyatuan Melayu bukan ancaman kepada sesiapa. Ancaman sebenar ialah apabila orang Melayu terus berpecah sehingga gagal mempertahankan apa yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. 11. Hak orang Melayu tidak akan mengurangkan hak kaum lain. Hak kaum lain juga tidak akan hilang hanya kerana orang Melayu memilih untuk bersatu. Penyatuan bukan perpecahan. 12. Gelombang Biru bukan lahir daripada kebencian. Gelombang Biru lahir daripada kekecewaan terhadap kos sara hidup yang terus meningkat, ekonomi yang masih menghimpit dan janji-janji yang gagal dikotakan. 13. Rakyat tidak minta perkara yang luar biasa. Mereka hanya mahu kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Jika itu pun gagal diberikan, jangan salahkan rakyat bilamana mereka membuat pilihan alternatif. 14. Tuduh rakyat bersifat perkauman mungkin dapat menenangkan hati sendiri. Tapi ia tidak akan ubah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. 15. Dalam demokrasi, rakyat tidak pernah silap memilih. Silapnya pada pemimpin yang enggan faham mengapa rakyat tidak lagi memilih mereka. 16. Gelombang Biru bukan sekadar kemenangan PN-BN. Ia adalah isyarat rakyat kepada PH bahawa keyakinan tidak boleh dibina dengan janji semata-mata. Keyakinan hanya lahir daripada prestasi. Bila prestasi mengecewakan dan sikap DAP serta PH terus angkuh, rakyat akan membuat pilihan. Dan kali ini, rakyat telah pun bersuara dan bertindak. 17. Gelombang Biru akan terus merebak sehingga pembukaan dan penyusunan semula pusat pentadbiran di Putrajaya. Rafique Rashid Ketua Penerangan PEJUANG 03.08.2026

  • 1 авг.4 4538016

    без подписи

  • 1 авг.4 5876715

    без подписи