Tips Kewangan Viral | Irfan Said
СтатистикаMembimbing lebih 500 orang penyimpan emas seluruh Malaysia. Jemput ke Channel Telegram saya untuk dapatkan update harga emas hari ini
- Последний пост
- 11 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 27
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 44
- 1/48двое суток
- 50
- 1/72трое суток
- 54
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Saya memang selalu follow penulisan Bro Rocky Woon sebab saya suka cara beliau melihat pergerakan emas, bukan sekadar tengok harga naik atau turun. Tulisan beliau kali ni menarik sebab sebelum ni beliau pernah berkongsi kemungkinan emas melalui satu lagi fasa penurunan sehingga sekitar USD3,500. Sekarang beliau update semula pandangan tersebut berdasarkan keadaan semasa. Point yang saya rasa menarik: “Possible but not Probable.” Maksudnya, emas turun ke $3,500 masih boleh berlaku, tetapi berdasarkan keadaan geopolitik dan data ekonomi semasa, kebarangkalian untuk senario itu berlaku semakin rendah. Beliau juga berkongsi pandangan tentang strategi pembelian ketika keadaan masih belum pasti. Saya share tulisan penuh beliau di bawah untuk yang nak baca. 👇 https://www.facebook.com/share/1HhJE7PiAQ/
без подписи
Nak mula jadi penyimpan emas di Public Gold ni sangat mudah. Ada 3 step je, terus jadi penyimpan emas yang berjaya. 1. Daftar akaun Public Gold (Percuma) 2. Download dan Login aplikasi. 3. Mulakan pembelian. Tak kisah emas RM100 atau emas 2 kilo. Semua buat direct di apps Public Gold. Boleh WhatsApp saya untuk mula simpan emas. Klik link ⤵️ http://wasap.my/601167151600/NakSimpanEmas
Minggu ni ada beberapa data ekonomi penting yang boleh beri kesan kepada pergerakan harga emas. Selepas NFP minggu lepas menunjukkan pasaran pekerjaan AS semakin lemah, sekarang perhatian mula beralih kepada inflasi, PPI, Jobless Claims dan Retail Sales. Antara semua tu, CPI pada hari Rabu paling saya perhatikan. CPI tinggi daripada jangkaan → tekanan kepada emas. CPI rendah daripada jangkaan → lebih banyak ruang untuk emas bergerak. Saya dah susunkan semua data penting minggu ni dalam 2 siri supaya lebih mudah nak follow. Kalau anda seorang gold saver, simpan posting ni. Minggu ni banyak cerita yang boleh mempengaruhi emas. irfansaidali.com Pelaburan Emas Public Gold
без подписи
Kenapa harga emas masih kukuh walaupun pasaran penuh ketidaktentuan? Ramai hanya nampak harga emas naik. Tetapi yang lebih penting ialah memahami apa yang menggerakkan harga tersebut. Minggu ini, tumpuan pasaran tertumpu kepada data pekerjaan Amerika Syarikat, jangkaan kadar faedah Federal Reserve (Fed) dan perkembangan geopolitik di Timur Tengah. Saya ringkaskan semuanya dalam infografik ini supaya lebih mudah difahami, terutamanya untuk gold savers. 📅 Esok pula, pasaran akan menunggu laporan Non-Farm Payrolls (NFP) yang dijangka menjadi penentu hala tuju emas dalam jangka pendek. Nak ikuti analisis pasaran emas harian yang mudah difahami? 📲 Sertai Telegram: https://t.me/AbangHikers
без подписи
Update Pasaran Global
Harga emas dunia masih bergerak dalam julat USD4,000 hingga USD4,200. Public Gold pula hari ini sekitar RM582 segram. Apa yang menarik, walaupun pasaran dibelenggu pelbagai ketidaktentuan, paras USD4,000 masih bertahan sebagai sokongan utama. Ini menunjukkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat masih belum hilang. Pada masa yang sama, kenaikan emas juga agak terbatas. Sebabnya, hasil bon Amerika Syarikat (US Treasury yields) masih tinggi. Apabila bon menawarkan pulangan yang lebih menarik, sebahagian pelabur memilih untuk memegang dolar AS berbanding emas. Pasaran juga sedang memerhati perkembangan di Timur Tengah. Jika konflik menjadi semakin buruk sehingga mengganggu bekalan tenaga, tekanan inflasi boleh meningkat semula dan emas berpotensi mendapat sokongan. Sebaliknya, jika ketegangan reda serta hasil bon mula menurun, laluan kenaikan emas mungkin menjadi lebih jelas. Dari sudut teknikal pula, indikator Death Cross telah muncul apabila purata bergerak 50 hari (MA50) melintasi di bawah purata 200 hari (MA200). Ramai menganggapnya sebagai petanda bearish. Namun sejarah menunjukkan indikator ini selalunya muncul agak lewat dan lebih menggambarkan apa yang sudah berlaku, bukannya meramal apa yang akan berlaku. Bagi seorang trader, keadaan seperti ini mungkin agak mengecewakan kerana pasaran masih bergerak dalam julat yang sempit. Tetapi bagi seorang gold stacker seperti saya, strategi masih sama. Saya tidak membeli emas kerana yakin harganya akan naik minggu depan. Saya membeli emas kerana saya percaya kuasa beli wang akan terus berubah dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Sebab itu saya tidak terlalu sibuk mencari harga terbaik. Selagi ada lebihan duit, saya akan terus menambah sedikit demi sedikit. RM582 segram mungkin nampak mahal hari ini. Tetapi 10 atau 20 tahun akan datang, mungkin ada yang akan berkata, "Kalaulah aku mula membeli ketika harga baru RM582 segram." Dalam pelaburan jangka panjang, disiplin dan konsistensi selalunya lebih penting daripada cuba meneka arah pasaran.
без подписи
Nak mula simpan emas hari ini? Terus PM saya http://wasap.my/601167151600/NakSimpanEmas
Offer free 1g untuk yang purchase 250g. Sepanjang bulan kemerdekaan ya ✨ Lekas PM saya tau if berminat, harga emas tengah rendah sekarang 🙌🏻 Boleh lock order Bayar dalam masa 3 hari Terus collect emas di HQ
без подписи
Paling ramai buat simpanan emas di Akaun Emas GAP. Tak ramai yang ada modal besar nak kumpul emas. Jadi, Public Gold siapkan kaedah simpanan emas. Paling penting ianya patuh syariah sebab disokong oleh emas fizikal. Boleh baca penerangan berkenaan akaun GAP disini: https://irfansaidali.com/apa-itu-akaun-emas-gap/
без подписи
Gaji naik RM1,000. Tapi kenapa hujung bulan tetap kosong? Ramai orang percaya masalah kewangan akan selesai apabila gaji meningkat. Mereka fikir, "Kalau gaji aku naik lagi RM1,000, mesti hidup lebih lega." Tetapi bila gaji benar-benar naik, Telefon bertukar. Kereta bertukar. Rumah bertukar. Makan di luar jadi lebih kerap. Percutian pula semakin mahal. Tanpa sedar, setiap kenaikan pendapatan diikuti dengan kenaikan gaya hidup. Inilah yang dipanggil lifestyle inflation. Masalahnya bukan kerana kita menikmati hasil kerja keras. Masalahnya apabila setiap ringgit tambahan terus dibelanjakan, bukannya digunakan untuk membina aset. Sebab itu ada orang bergaji RM4,000 yang mampu menyimpan dan melabur setiap bulan. Pada masa yang sama, ada juga yang bergaji RM10,000 tetapi masih menunggu hari gaji berikutnya. Bezanya bukan pada jumlah pendapatan. Bezanya pada tabiat. Semakin tinggi pendapatan, semakin besar godaan untuk menaikkan gaya hidup. Tetapi orang yang benar-benar membina kekayaan biasanya menaikkan aset lebih cepat daripada mereka menaikkan gaya hidup. Itulah bezanya. Kalau gaji anda naik RM1,000 bulan depan, apa perkara pertama yang akan anda buat dengan duit tambahan itu?
Gold prices fell on Tuesday, pressured by a stronger U.S. dollar and worries over upcoming interest rates RM583 per gram ➡️ RM577 per gram Happy stacking! If you haven't registered your Public Gold account, register hereee CARA PANTAS DAFTAR AKAUN PUBLIC GOLD Step 1: Daftar username Akses Public Gold Klik: bit.ly/AkaunDewasaTEIS (Akaun 18 tahun ke atas) Klik: bit.ly/AkaunJuniorTEIS (Akaun 18 tahun ke bawah) Introducer: PG00246861 Muhammad Irfan Bin Mohd Sa'id Step 2: Download apps Public Gold dan login. Saya akan share guideline. Steps 3: Mula simpan emas ikut cara belian yang anda pilih. Tak kisah Full Payment atau Akaun GAP.
Harga emas kembali menghampiri paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, mencecah sekitar USD4,124 seauns ketika saya mula menulis posting ini. Apakah yang sedang menggerakkan pasaran? 1. Ketegangan geopolitik di Timur Tengah Situasi di Laut Merah kembali tegang apabila ancaman terhadap laluan perkapalan di Selat Bab el-Mandeb memaksa beberapa kapal tangki minyak Arab Saudi mengubah laluan. Risiko gangguan bekalan tenaga ini telah menyebabkan harga minyak meningkat semula dan mendorong pelabur mencari aset selamat seperti emas. 2. Permintaan emas fizikal kekal kukuh Selain faktor geopolitik, permintaan emas fizikal dari China serta pembelian berterusan oleh bank-bank pusat dunia terus menyokong harga emas dalam jangka panjang. 3. Jangkaan terhadap mesyuarat Federal Reserve Mesyuarat FOMC pada 28-29 Julai kini menjadi tumpuan pasaran. Konsensus semasa menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah pada 3.50% hingga 3.75%. Tumpuan sebenar ialah kenyataan Pengerusi Fed, Kevin Warsh, sama ada beliau kekal hawkish atau mula memberi isyarat yang lebih dovish. 4. Data inflasi semakin reda Sentimen pasaran turut berubah selepas data ekonomi AS bagi bulan Jun menunjukkan tekanan inflasi semakin perlahan. • CPI tahunan turun daripada 4.2% kepada 3.5%. • CPI bulanan mencatat -0.4%, penurunan terbesar sejak April 2020. • PPI turut susut 0.3% pada bulan Jun. Data ini mengurangkan kebimbangan bahawa Fed perlu menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat. Walaupun begitu, saya masih melihat harga emas berada dalam fasa pengukuhan. Setakat ini, harga masih bergerak dalam julat sekitar USD3,950 hingga USD4,200. Selagi tiada pemangkin baharu yang cukup kuat, saya menjangkakan pasaran akan terus berlegar dalam julat tersebut. Jadi, jangan terlalu negatif apabila harga turun di bawah USD4,000 dan jangan terlalu teruja apabila harga kembali melepasi USD4,100. Pasaran tidak bergerak dalam satu garis lurus. Bagi saya, selagi ketidaktentuan global masih tinggi dan permintaan emas daripada bank-bank pusat kekal kukuh, emas masih mempunyai sokongan fundamental yang baik untuk jangka panjang. Kita tunggu perkembangan seterusnya. Irfan Said.
Crypto Gold atau Public Gold? Mana satu sebenarnya lebih sesuai? Semalam gold saver saya bertanya pasal PAX Gold, Tether Gold dan Public Gold. Apa beza, risiko dan mana lebih sesuai untuk pelaburan jangka panjang? Ada yang ingat semua ni sama sebab sama-sama berkait dengan emas. Sebenarnya tak. Cara pemilikan, risiko, kos, proses nak dapatkan emas fizikal dan juga kecairannya sangat berbeza. Sebab tu saya ambil masa tulis satu artikel khas yang membandingkan kedua-duanya secara objektif. Tak kira anda lebih cenderung kepada Crypto Gold atau Public Gold, yang penting faham dulu apa yang anda beli. Kalau anda masih tengah buat pertimbangan, saya rasa artikel ni boleh bantu bagi gambaran yang lebih jelas. Baca di sini: https://irfansaidali.com/crypto-gold-vs-public-gold-malaysia-mana-lebih-baik/
Jelas ya semua Irfan Said, Physical gold stacker & gold educator.