GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
СтатистикаPelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas. Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 13
- Всего постов
- 29
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 29
- 1/48двое суток
- 33
- 1/72трое суток
- 35
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
📢 𝐑𝐇𝐁 𝐋𝐎𝐘𝐀𝐋𝐓𝐘 𝐏𝐎𝐈𝐍𝐓𝐒 × 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐆𝐎𝐋𝐃 𝐀𝐓𝐌 𝐄-𝐕𝐎𝐔𝐂𝐇𝐄𝐑 🎉✨ Salam Sejahtera! 👋😊 Anda kini boleh menggunakan RHB Loyalty Points untuk menebus Public Gold ATM e-Voucher dan menggunakannya di Public Gold ATM! ✨ 🎁 Nilai E-Voucher yang tersedia: * RM50 * RM100 * RM200 📌 Cara penggunaan: 1️⃣ Tebus Public Gold ATM e-Voucher menggunakan RHB Loyalty Points 2️⃣ Gunakan e-Voucher di mana-mana Public Gold ATM 3️⃣ Nikmati harga istimewa untuk Direct Purchase! ✨ ⚠️ Penting: E-Voucher ini 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈 untuk 𝐃𝐢𝐫𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 di Public Gold ATM. Tertakluk kepada Terma & Syarat. 👉 Mohon bantu sebarkan info ini kepada pelanggan dan maklumkan bahawa RHB Loyalty Points kini boleh digunakan untuk mendapatkan Public Gold ATM e-Voucher! 💰✨ Terima kasih atas sokongan semua! 🙏😊 Belum bermula, boleh daftar di sini ambil peluang offer ini dari RHB https://goldofficial.me/shuhaidaramli
без подписи
🔥 EMAS TURUN RM626 → RM620. PANIK, TUNGGU… ATAU NAMPAK PELUANG? Pagi ini sahaja, harga emas sudah dikemaskini dua kali. Semalam: RM626/g Pagi tadi: RM625/g Terkini: RM620/g Bila harga turun, perkara pertama yang perlu kita faham ialah: Harga sedang turun… atau trend emas sudah berubah? Selepas rally yang kuat, emas kini melalui fasa profit-taking dan consolidation/pullback jangka pendek. Ini adalah perkara biasa apabila trader mengambil keuntungan selepas kenaikan harga. Tetapi sebagai Gold Saver, jangan terlalu fokus pada pergerakan sehari dua sehingga kita terlupa melihat BIG PICTURE. 📈 Dalam Ringgit Malaysia, emas masih mencatat kenaikan sekitar 10.8% dalam sebulan dan kira-kira 28% berbanding setahun lalu. Lihat graf di bawah. Inilah perbezaan cara melihat emas. Trader melihat pergerakan harga. Gold Saver melihat peluang menambah gram. Turun naik jangka pendek sebenarnya boleh menjadi kelebihan kepada penyimpan emas jangka panjang kerana kita mendapat peluang mengumpul gram pada harga yang lebih rendah. Jadi persoalan yang lebih penting bukan: ⁉️ “Esok harga naik atau turun?” Tetapi: ‼️“Adakah gram emas saya hari ini sudah mencukupi untuk matlamat kewangan saya 5–10 tahun akan datang?” Kesilapan yang saya selalu lihat berlaku begini: Harga turun → takut nak beli, tunggu turun lagi. Harga naik → tunggu sebab rasa sudah mahal. Harga naik lagi 8–10% → baru yakin dan mula membeli. Akhirnya? Kita sentiasa membeli apabila harga sudah lebih tinggi. Sebab itu strategi saya untuk Gold Savers masih sama: 🟡 Harga turun → tambah gram. 🟡 Harga sideways → tambah gram secara konsisten. 🟡 Harga naik → pegangan sedia ada bertambah nilai. Gunakan strategi cost averaging. Jangan habiskan terlalu banyak masa cuba meneka harga paling rendah kerana tiada siapa tahu dengan tepat di mana titik terendah pasaran. Namun selepas rally yang begitu pantas, saya juga tidak galakkan Gold Savers mengejar harga secara agresif kerana FOMO. Lebih strategik: 💰 Pecahkan dana kepada beberapa pembelian. Contohnya, jangan gunakan semua modal pada satu harga. Tambah gram secara berperingkat. Jika harga naik → kita sudah mempunyai pegangan. Jika harga pullback → kita masih mempunyai cash untuk tambah gram pada harga lebih rendah. Matlamat kita bukan untuk menang meneka harga esok. Matlamat kita ialah membina gram yang mencukupi untuk masa depan. Emas Hari Ini. Nilai Masa Depan. #NotaShuhaidaRamli
без подписи
🔐 SELALU INGAT: Setiap pembayaran untuk pembelian emas Public Gold Indonesia dilakukan langsung kepada perusahaan melalui rekening resmi Public Gold Indonesia.
Ini pula pesanan untuk Gold Savers Public Gold Indonesia: Bapak ibuku 😍 Semakin besar Public Gold Indonesia maka nantinya akan semakin banyak oknum yang mengambil keuntungan di luar Public Gold, jadi jgn mudah percaya dengan segala keuntungan besar yang ditawarkan yaa! Ingat selalu bahwa Public Gold sangat transparan akan segala jenis transaksi dan juga pembayaran 🥳 Semangat selalu bapak ibuku😍
Pesanan saya, hati-hati bila ada yang menawarkan “simpanan emas” dengan pelbagai janji yang nampak terlalu menarik. Kalau anda kurang pasti bagaimana sesuatu skim atau program itu berfungsi, boleh consult saya dahulu sebelum keluarkan duit. Kita semak dan fahami struktur serta risikonya terlebih dahulu. Sebelum ini pernah ada satu tawaran yang dikongsikan kepada saya. Selepas saya teliti, saya sudah ingatkan bahawa modelnya pada pandangan saya tidak mampan (tidak boleh bertahan lama), terutama apabila harga emas meningkat. Hari ini, syarikat tersebut sudah tidak lagi beroperasi. Yang paling menyedihkan ialah mereka yang menggunakan duit simpanan hasil bertahun-tahun, akhirnya berdepan risiko kehilangan wang apabila syarikat tidak dapat meneruskan operasi. Sekarang muncul pula tawaran lain dengan konsep yang hampir sama. Jadi jangan mudah terpengaruh dengan janji pulangan, imbuhan tunai atau tawaran yang kedengaran terlalu cantik. Prinsip saya mudah: Kalau beli emas, pastikan kita benar-benar faham apa yang kita beli, bagaimana emas itu dimiliki, di mana ia disimpan dan bagaimana kita boleh mendapatkannya secara fizikal. Hati-hati sebelum serahkan duit simpanan anda. Kalau ragu-ragu, boleh consult saya. Lebih baik kita semak dahulu daripada menyesal kemudian.
BELI EMAS, PASTIKAN EMAS ITU WUJUD. BACK TO BASIC. Sekarang ini terlalu banyak skim emas yang konsepnya sudah mula songsang. Kita kata kita beli emas, tetapi emas disimpan dengan mereka. Lepas beli, kita pula ditawarkan macam-macam: ➡️ Dapat duit permulaan. ➡️ Dapat imbuhan tunai. ➡️ Dapat pulangan tertentu. ➡️ Dapat bonus atau ganjaran. ➡️ Ada pula pelbagai struktur dan skim yang semakin kompleks. Sampai satu tahap, kita kena berhenti dan tanya: “Sebenarnya aku beli EMAS… atau aku masuk satu SKIM?” Sebab konsep asas membeli emas sebenarnya sangat mudah. Kita keluarkan duit. Kita beli emas. Kita dapat gram. Dan emas itu benar-benar wujud serta boleh kita miliki secara fizikal. Tak perlu terlalu complicated. Apa sebenarnya kekuatan emas? Bila emas fizikal sudah berada dalam pegangan kita, ia bukan lagi sekadar angka dalam sistem. Ia adalah aset yang kita miliki. Syarikat ada masalah? ➡️ Emas yang sudah kita pegang tetap emas kita. Sistem tergendala? ➡️ Emas fizikal tidak bergantung kepada paparan angka di skrin. Nilai mata wang semakin susut? ➡️ Emas masih mempunyai nilai sebagai aset fizikal yang diterima secara meluas. Sebab itu prinsip saya dalam menyimpan emas sangat mudah: BELI EMAS → ADA GRAM → BOLEH MILIKI FIZIKALNYA. Kalau emas kita masih berada dalam sesuatu sistem atau disimpan oleh pihak lain, jangan sekadar tengok berapa gram yang tertera. Tanya soalan yang lebih penting: Emas itu benar-benar wujud atau tidak? Siapa yang memegang emas tersebut? Adakah emas itu benar-benar diperuntukkan untuk saya? Bolehkah saya keluarkan emas fizikal saya? Apa yang berlaku kepada emas saya jika syarikat menghadapi masalah? Ini perkara asas yang penyimpan emas perlu faham. Kerana akhirnya… Emas bukan sekadar nombor dalam aplikasi. Emas bukan sekadar sijil atau rekod. Dan emas bukan alasan untuk menjanjikan macam-macam pulangan. Emas adalah ASET. Kalau kita membeli emas sebagai penyimpan nilai, jangan sampai kita menukar kekuatan emas fizikal kepada risiko pihak ketiga yang kita sendiri tidak faham. Dalam dunia yang semakin kompleks, kadang-kadang strategi terbaik ialah kembali kepada asas: Kalau beli emas, pastikan ada emasnya. BACK TO BASIC. OWN THE GOLD. NOT JUST THE NUMBER. #NotaShuhaidaRamli
без подписи
Boleh lihat harga terkini di sini https://goldofficial.me/shuhaidaramli/harga-emas-hari-ini
без подписи
JANGAN HANYA LIHAT HARGA EMAS HARI INI. LIHAT GAMBARAN BESAR. Dalam membina simpanan jangka panjang, kita perlu belajar berpandangan jauh. Harga emas yang kita rasa tinggi hari ini, suatu hari nanti juga akan menjadi harga sejarah. 📌 11 Ogos 2025: RM503/gram 📌 Hari ini, setahun kemudian, kita sudah melihat harga pada paras yang jauh berbeza. Sebab itu sebagai Gold Saver, jangan terlalu fokus kepada turun naik harga dalam sehari atau seminggu. Lihat big picture. Fikir jangka panjang. Bertindak secara strategik. Matlamat kita bukan untuk meneka harga terendah, tetapi untuk membina gram secara konsisten sepanjang perjalanan. Kerana akhirnya, yang lebih penting bukan sekadar “berapa harga emas hari ini?” tetapi: “Berapa gram emas yang sudah kita berjaya kumpulkan untuk masa depan?” Emas Hari Ini. Nilai Masa Depan.
Harga emas melonjak RM50/g dalam 10 hari. Dari RM578/g pada 1 Ogos → RM628/g pada 11 Ogos, kenaikan sekitar 8.65%. Momentum emas kembali kuat 🔥 Jangkaan penurunan kadar faedah, pembelian emas oleh bank pusat dan permintaan safe haven terus menyokong harga emas. Gold Savers: Fokus tambah gram, bukan kejar harga Harga turun adalah peluang menambah gram; harga naik menunjukkan kenapa konsisten menyimpan lebih penting daripada menunggu harga “terbaik”.
без подписи
Harga Naik. Strategi Jangan Berubah. Dalam masa 3 hari, harga emas terus meningkat sehingga mencecah: 📅 8 Ogos 2026 💰 RM622/gram Penyimpan emas yang berjaya bukan mereka yang sentiasa membeli pada harga paling rendah. Mereka ialah orang yang konsisten menambah gram, tidak kira harga sedang naik atau turun. Inilah kelebihan strategi cost averaging, di mana pembelian secara berkala membantu membina purata kos yang lebih baik dalam jangka panjang. Fokus kepada apa yang boleh dikawal: ✅ Tambah gram. ✅ Konsisten menabung. ✅ Berfikir untuk jangka panjang. Kerana akhirnya, jumlah gram yang dimiliki lebih penting daripada menunggu harga yang sesuai. Mulakan langkah pertama hari ini: 👉 https://pg2u.me/shuhaidaramli Emas Hari Ini. Nilai Masa Depan.
🎉 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀, 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗺𝗮𝘀 — 𝗚𝗔𝗣 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗗𝗲𝗯𝗶𝘁 𝗖𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗴𝗻 ✨ Siapa kata simpan emas hanya untuk masa depan? 😉 Dengan 𝗚𝗔𝗣 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗗𝗲𝗯𝗶𝘁, anda bukan saja membina tabiat menyimpan secara konsisten, malah berpeluang membawa pulang hadiah lumayan! 🏆 🎁 Sertai dengan 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 melalui Auto Debit GAP dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga 𝙍𝙈𝟏𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝙨𝙚𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣! Menyimpan emas sudah menjadi satu langkah yang bijak. Kalau ada peluang untuk menang sekali, kenapa lepaskan? 😉 💛 Mulakan hari ini. Simpan secara konsisten, dan siapa tahu... rezeki bulan depan mungkin milik anda pula! https://goldofficial.me/shuhaidaramli/auto-debit-gap #PublicGold #GAPAutoDebit #SimpanEmas #MenangEmas #LuckyDraw #SimpanBijak
Ramai orang hanya nampak turun naik harga. Gold Savers pula nampak peluang. Fahami pergerakan harga emas dalam jangka pendek dan jangka panjang. Kedua-duanya sebenarnya memberi kelebihan kepada penyimpan emas yang konsisten. Bayangkan jika harga emas hanya naik secara lurus tanpa pernah turun. Setiap kali kita menambah simpanan, kita terpaksa membeli pada harga yang sentiasa lebih tinggi daripada sebelumnya. Tetapi realitinya, harga bergerak naik dan turun dalam jangka pendek. Inilah yang memberi peluang kepada Gold Savers untuk menambah lebih banyak gram pada harga yang lebih rendah. Apabila kita menyimpan secara konsisten tanpa cuba meneka harga, kita sebenarnya menggunakan strategi Cost Averaging. Strategi ini membantu menurunkan purata kos pegangan emas dari semasa ke semasa. Walaupun ada masanya kita membeli pada harga yang lebih tinggi, pembelian ketika harga rendah akan membantu mengimbangi purata kos keseluruhan. Sebab itu Gold Savers tidak takut apabila harga turun. Mereka melihatnya sebagai peluang untuk menambah gram. Akhirnya, yang menentukan nilai simpanan anda bukanlah harga yang dibeli pada satu hari, tetapi berapa banyak gram yang berjaya dikumpulkan sepanjang perjalanan. 👉 Mulakan simpanan emas anda di: https://goldofficial.me/shuhaidaramli #NotaShuhaidaRamli
без подписи
без подписи
без подписи