tgindex
Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
115
Всего постов
263
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
24 082
−55 за 4 дн.
Сутки
−19
−0,08%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
231
40 постов
Вовлечённость
1,0%
к подписчикам
Постов в день
16,4
всего 263
Упоминаний
2
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
268
1/48двое суток
307
1/72трое суток
331

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Arkib video: Supaya tidak lupa, di sertakan lagi video penghinaan oleh tentera rejim Syiah Basyar Asad yang dibantu oleh Syiah Iran dan militan Syiah dari seluruh dunia di dalam masjid. Ini hanya salah satu. Telah banyak di kongsikan video penghinaan terhadap agama dan perlakuan kufur mereka. TERLALU BANYAK! Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid

  • BERAPAKAH HARGA SEBUAH KEHILANGAN? Dendam dan perjuangan anak-anak muda di Gaza bukanlah lahir secara tiba-tiba, melainkan dipahat oleh tragedi kemanusiaan yang teramat perit. Shuhaib Abu Labad, seorang remaja berusia 16 tahun yang dahulunya anak bongsu kesayangan ibu, mengambil keputusan nekad untuk mengangkat senjata menuntut keadilan selepas ibu, adik-beradik, serta kaum kerabatnya dibunuh dalam pembantaian kejam di Gaza. Dendam yang bersemayam di dalam hati anak-anak Gaza bukan sekadar kemarahan biasa, ia adalah bara perjuangan yang membakar jiwa demi menuntut pembelaan atas darah insan-insan tersayang. Syahidnya Shuhaib menjadi simbol kepada ribuan lagi jiwa muda yang terpaksa membesar di tengah penderitaan dan kehilangan. Perjuangan mereka bukanlah cerita kosong, melainkan peringatan buat dunia bahawa semangat serta cita-cita rakyat Palestin untuk menuntut keadilan tidak akan pernah padam! Semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada. Rahimahullah wa taqabbalah minasy syuhada.

  • IBRAHIM UMAT INI (ABU MUSLIM AL-KHAULANI) Pada akhir hayat Rasulullah ﷺ, muncul seorang penipu dan ahli sihir bernama al-Aswad al-‘Ansi di Yaman. Dia mendakwa dirinya sebagai nabi, mempengaruhi ramai orang, dan berjaya menguasai Sana'a. Seorang lelaki beriman bernama Abdullah bin Tsuwaib al-Khaulani (Abu Muslim al-Khaulani) menentang dakwaan tersebut secara terang-terangan demi mempertahankan tauhid. Beliau dengan tegas menegaskan kepada al-Aswad: "Engkau adalah pendusta! Muhammad adalah Rasulullah ﷺ, dan tiada nabi selepas Baginda." Disebabkan kelantangannya, al-Aswad memerintahkan agar Abu Muslim ditangkap dan dilemparkan ke dalam api yang sangat besar. Dengan kekuasaan Allah SWT, api tersebut menjadi dingin dan selamat untuknya seumpama mukjizat Nabi Ibrahim AS. Abu Muslim keluar dari api tersebut tanpa sebarang kecederaan. Oleh kerana bimbang peristiwa itu mengancam pengaruhnya, al-Aswad memerintahkan agar kisah tersebut dirahsiakan. Abu Muslim kemudiannya berhijrah secara sembunyi ke Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Apabila Umar mengetahui bahawa beliaulah lelaki yang selamat daripada api tersebut, Umar menitiskan air mata dan memuji Allah: "Segala puji bagi Allah yang menjadikan dalam kalangan umat Muhammad seseorang yang diperlakukan sebagaimana Ibrahim diperlakukan!" Abu Muslim merupakan seorang tabi'in, ahli ibadah, dan tokoh zuhud yang hebat. Beliau beribadah hingga pengsan dan tidak pernah mengambil sebarang harta daripada Baitulmal. Imam adz-Dzahabi menyifatkan beliau sebagai seorang daripada golongan al-Abdal, taat, Müj4h1d, dipercayai, dan teguh imannya. Kisah ini menjadi pengajaran bahawa kemenangan dan perlindungan Allah tidak bergantung pada kekuatan fizikal atau bilangan tentera, melainkan pada kejujuran iman dan keteguhan tauhid. *Rujukan Utama: Siyar A‘lam al-Nubala’ (al-Dzahabi), Al-Bidayah wa al-Nihayah (Ibnu Katsir), Hilyat al-Auliya’ (Abu Nu‘aim), Tarikh Dimasyq (Ibnu ‘Asakir), Al-Ishabah (Ibnu Hajar), dan Tarikh at-Thabari.

  • SAINTIS IKTIRAF KEBENARAN AL-QURAN! Keagungan Al-Quran sekali lagi membuktikan kebenaran hakiki yang tidak dapat disangkal oleh akal dan sains moden. Seorang ilmuwan pakar anatomi dari Thailand, Prof. Dr. Tejatat Tejasen, mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas menemui fakta saintifik mengenai reseptor kesakitan pada kulit manusia yang telah pun dijelaskan secara terperinci dalam Surah An-Nisa' ayat 56 sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. "Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab..." (QS. An-Nisa' 4: 56) Kajian sains moden mendapati bahawa saraf penerima rasa sakit (pain receptors) terletak pada kulit. Apabila kulit terbakar sepenuhnya, rasa sakit akan hilang. Kebenaran ayat Al-Quran yang menyatakan kulit akan diganti semula agar azab terus dirasai telah membuka pintu hidayah buat beliau, sekali gus membuktikan Al-Quran adalah wahyu Ilahi dan bukannya ciptaan manusia!