tgindex
BERITAmediacorp

BERITAmediacorp

Статистика
@BERITAmediacorpРелигияиндонезийский

Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
24
Всего постов
25
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 973
−4 за 4 дн.
Сутки
−2
−0,10%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
237
25 постов
Вовлечённость
12,0%
к подписчикам
Постов в день
3,4
всего 25
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
217
1/48двое суток
248
1/72трое суток
268

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • без подписи

  • Pengguna industri kecantikan kerugian lebih S$1.9 juta dalam bentuk bayaran pendahuluan bagi khidmat kecantikan pada separuh pertama tahun ini, iaitu hampir 18 kali ganda yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2025. Menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE), aduan yang diterimanya juga meningkat lebih seganda kepada 1,124, kebanyakannya ekoran penutupan mendadak beberapa perniagaan kecantikan. Secara keseluruhan, CASE menerima hampir 6,700 aduan dalam separuh pertama tahun ini. Elektrikal dan elektronik, kereta, pelancongan dan kontraktor ubah elok merupakan sektor yang paling banyak mendapat aduan.

  • Pemerintah mengumumkan bahawa lebih banyak kawasan hijau akan dikekalkan di Sunset Way dan Gillman Barracks, susulan maklum balas daripada orang ramai. Menurut rancangan sedia ada, 40 peratus kawasan di Gillman Barracks diperuntukkan sebagai ruang hijau. Manakala di Hutan Maju pula, sekitar 35 peratus kawasan hutan dirancang untuk dikekalkan. Pemerintah masih menerima maklum balas dan berharap untuk memuktamadkan rancangan dalam sekitar sebulan. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/lebih-banyak-kawasan-hijau-dikekalkan-di-maju-forest-gillman-barracks-kurangnya-rumah-akan-dibina-susuli-maklum-balas-awam-1059941

  • 14 авг.9удалён 14 авг.

    Pemerintah mengumumkan bahawa lebih banyak kawasan hijau akan dikekalkan di Sunset Way dan Gillman Barracks, susulan maklum balas daripada orang ramai. Menurut rancangan sedia ada, 40 peratus kawasan di Gillman Barracks diperuntukkan sebagai ruang hijau. Manakala di Maju Forest pula, sekitar 35 peratus kawasan hutan dirancang untuk dikekalkan. Pemerintah masih menerima maklum balas dan berharap untuk memuktamadkan rancangan dalam sekitar sebulan. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/lebih-banyak-kawasan-hijau-dikekalkan-di-maju-forest-gillman-barracks-kurangnya-rumah-akan-dibina-susuli-maklum-balas-awam-1059941

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Belia bernama Erina Firdous Mohamed Rabeek ini selangkah lebih dekat untuk mencapai cita-citanya menjadi doktor yang bukan sahaja berilmu, malah penuh empati. Beliau dalam kalangan 190 mahasiswa NTU yang menyarung kot putih buat pertama kali dalam satu upacara yang menandakan bermulanya perjalanan mereka untuk bergelar doktor.

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Inilah wira dalam insiden di Clementi baru-baru ini. Encik Osman Sidin, 56 tahun, tidak teragak-agak bergelut dengan seorang lelaki yang berkali-kali menikam dirinya di khalayak ramai. Pada Selasa (11 Ogos), Encik Osman menerima wang sumbangan 22 penduduk menerusi AP GRC Jurong East-Bukit Batok David Hoe, bagi menampung perbelanjaan hariannya sementara beliau berehat akibat kecederaan di kepala. https://berita.mediacorp.sg/singapura/saya-bukan-wira-pekerja-pembersihan-sg-campur-tangan-tahan-lelaki-berpisau-di-clementi-mall-1059146

  • Peguam Lim Tean diberkas di Singapura sejurus diserahkan oleh pihak berkuasa Malaysia pada Selasa (11 Ogos), selepas ditahan di Johor Bahru pada minggu lalu. Lelaki berusia 61 tahun itu dikehendaki selepas meninggalkan Singapura secara haram ketika masih bebas dengan ikat jamin. Dia sebelum ini gagal menyerah diri di Mahkamah Negara pada 3 Ogos untuk mula menjalani hukuman penjara selama tiga bulan dan satu minggu kerana menyediakan khidmat guaman tanpa sijil yang sah.

  • Seramai 2,428 individu ditangkap memiliki dan menggunakan vape antara 1 April dengan 30 Jun. Daripada jumlah itu, 457 merupakan pesalah yang menggunakan vape mengandungi etomidate. Secara purata, 809 kes dikesan setiap bulan sepanjang tempoh tiga bulan itu, sekitar 30 peratus lebih rendah berbanding 1,219 kes sebulan antara Jun dengan Ogos 2025, sebelum langkah lebih ketat terhadap vape berkuat kuasa pada 1 Sep.

  • Anda akan ke Singapura dalam waktu terdekat? Ini berita baik buat anda... Grab akan menambah dua baucar perjalanan baharu pada 'Travel Pass' yang ditawarkan dalam aplikasi Grab. Baucar tambahan pertama boleh dimanfaatkan pelancong untuk mengunjungi kawasan seperti Katong-Joo Chiat, Mandai dan Sentosa. Baucar tambahan kedua pula menawarkan diskaun bagi perjalanan ke kawasan seperti Clarke Quay dan Boat Quay antara 7.00 malam dengan 4.00 pagi. Tawaran ini merupakan sebahagian daripada kerjasama di bawah MOU yang dimeterai STB dan Grab pada tahun lalu.

  • Penyertaan dan pencalonan bagi Anugerah Persuratan 2026 dibuka dari 11 Ogos hingga 15 September 2026. Edisi kali ini memperkenalkan beberapa pembaharuan, termasuk peluasan kategori Sastera Kanak-Kanak, perincian genre Esei/Kajian Sastera dan semakan hadiah wang tunai. Pemenang Hadiah Persuratan akan membawa pulang S$3,000, manakala penerima Anugerah Harapan akan menerima S$2,500. Karya yang diterbitkan antara 2023 hingga 2025 layak dipertimbangkan, tertakluk pada syarat yang ditetapkan. 🔗https://berita.mediacorp.sg/singapura/pencalonan-bagi-anugerah-persuratan-2026-dibuka-hingga-15-sep-1059036

  • Lebih 20 tahun lalu, Tan Khi Wie, 58 tahun, melarikan diri dari Singapura dengan menaiki bot nelayan untuk mengelak daripada menjalani hukuman penjara. Namun, meskipun dikehendaki pihak berkuasa, Tan beberapa kali kembali ke Singapura menggunakan pasport Indonesia atas nama palsu "Ken Srona". Tan akhirnya ditangkap di Lapangan Terbang Changi selepas kembali ke Singapura menggunakan identiti palsu itu. 🔗https://berita.mediacorp.sg/singapura/lelaki-sg-dihukum-penjara-14-bulan-susuli-penggunaan-identiti-palsu-selepas-larikan-diri-lebih-20-tahun-lalu-1059056

  • AP GRC East Coast Hazlina Abdul Halim mencuri perhatian netizen Malaysia dengan cara beliau berhujah di Parlimen baru-baru ini. Ramai memuji penyampaiannya yang dikatakan selesa didengar dan wajar dicontohi. Sebilangan netizen bahkan mahu saranan yang dibangkitkan Cik Hazlina turut dikaji di Malaysia. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/perbahasan-hazlina-abdul-halim-di-parlimen-curi-perhatian-warga-malaysia-1059026