tgindex
#CoretanHijrahEvee

#CoretanHijrahEvee

Статистика

tentang tareem, perkongsian ilmiah, dan apa-apa yang bermanfaat.

Последний пост
12 сент. 2025 г.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
15 авг.
Подписчики
485
0 за 1 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
167
20 постов
Вовлечённость
34,4%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • ✍🏻 —— jika sifat haya’ ( malu ) adalah perhiasan bagi wanita, maka gadhul bashar ( menundukkan pandangan ) adalah perhiasan bagi lelaki.

  • Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a. 119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a. 120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a. 121. Rafi’ bin Anjadah r.a. 122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a. 123. Tha’labah bin Hatib r.a. 124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a. 125. Ma’ni bin…

  • dalam pertemuan tersebut, Kiyai ‘Ali sekali lagi diminta untuk mengumandangkan Selawat al-Badriyyah gubahannya itu. maka bertambah masyhur dan tersebar luaslah Selawat Badar ini dalam masyarakat serta menjadi bacaan popular dalam majlis-majlis ta’lim dan pertemuan. maka tak hairan bila sampai sekarang Selawat Badar selalu masyhur. di Majlis Taklim Habib Ali bin Abdurrahman Alhabsyi sendiri di Kwitang tidak pernah tinggal pembacaan Selawat Badar tersebut setiap minggunya.

  • SEJARAH SELAWAT BADAR Selawat Badar adalah rangkaian selawat ber-isikan tawassul dengan nama Allah, dengan Nabi Muhammad SAW serta para mujahidin teristimewanya para pejuang Badar. selawat ini adalah hasil karya Kiyai Ali Manshur, yang merupakan cucu Kiyai Haji Muhammad Shiddiq, Jember. oleh itu, Kiyai ‘Ali Manshur adalah anak saudara Kiyai Haji Ahmad Qusyairi, ulama besar dan pengarang kitab "Tanwir al-Hija” yang telah disyarahkan oleh ulama terkemuka Haramain, Habib ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani, dengan jodol “Inarat ad-Duja”. diceritakan bahawa asal mula karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar tahun 1960an, pada waktu umat Islam Indonesia menghadapi fitnah Partai Komunis Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah pegawai bahagian Agama Banyuwangi dan juga seorang Pengurus Cabang Nahdhatul Ulama di situ. keadaan politik yang mencengkam saat itu dan kebejatan PKI yang bermaharajalela membunuh orang ramai, bahkan banyak kiyai yang menjadi mangsa mereka, maka terlintaslah di hati Kiyai ‘Ali, yang memang mahir membuat syair ‘Arab sejak belajar di Pesantren Lirboyo Kediri, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat memohon bantuan Allah SWT untuk meredam fitnah politik saat itu bagi kaum muslimin khususnya Indonesia. dalam keadaan tersebut, Kiyai ‘Ali tertidur dan dalam tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih – hijau, dan pada malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Nabi Muhammad SAW. setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar Banyuwangi dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan bahwa manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar. mendengar penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kiyai ‘Ali semakin bertekad untuk mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan para pejuang Badar tersebut. lalu malamnya, Kiyai ‘Ali menjalankan penanya untuk menulis karya yang kemudiannya dikenali sebagai “Selawat al-Badriyyah” atau “Selawat Badar”. maka terjadilah hal yang menghairankan keesokan harinya, orang-orang kampung mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan bahan makanan lain. mereka menceritakan bahwa pada waktu pagi subuh mereka telah didatangi orang berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah Kiyai ‘Ali untuk membantunya kerana akan ada suatu acara diadakan di rumahnya. itulah sebabnya mereka datang dengan membawa barang tersebut menurut kemampuan masing-masing. yang lebih menghairankan lagi adalah pada malam harinya, ada beberapa orang asing yang membuat persiapan acara tersebut namun kebanyakan orang-orang yang tidak dikenali siapa mereka. menjelang keesokan pagi harinya, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi Kwitang tiba-tiba datang ke rumah Kiyai ‘Ali tanpa memberi tahu terlebih dahulu akan kedatangannya. tidak tergambar kegembiraan Kiyai ‘Ali menerima para tamu istimewanya tersebut. setelah memulai pembicaraan tentang khabar dan keadaan muslimin, tiba-tiba Habib ‘Ali Kwitang bertanya mengenai syair yang ditulis oleh Kiyai ‘Ali tersebut. tentu saja Kiyai ‘Ali terkejut karena hasil karyanya itu hanya diketahui dirinya sendiri dan belum disebarkan kepada seorangpun. tapi beliau mengetahui, ini adalah salah satu kekeramatan Habib ‘Ali yang terkenal sebagai waliyullah itu. lalu tanpa banyak bicara, Kiyai ‘Ali Manshur mengambil kertas karangan syair tersebut lalu membacanya di hadapan para hadirin dengan suaranya yang lantang dan merdu. para hadirin dan habaib mendengarnya dengan khusyuk sambil menitiskan air mata kerana terharu. setelah selesai dibacakan Selawat Badar oleh Kiyai ‘Ali, Habib ‘Ali menyerukan agar Selawat Badar dijadikan sarana bermunajat dalam menghadapi fitnah PKI. maka sejak saat itu masyhurlah karya Kiyai ‘Ali tersebut. selanjutnya, Habib ‘Ali Kwitang telah mengundang para ulama dan habaib ke Kwitang untuk satu pertemuan, salah seorang yand diundang diantaranya ialah Kiyai ‘Ali Manshur bersama pakciknya Kiyai Ahmad Qusyairi.

  • TERJEMAHAN SELAWAT BADARIYAH Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Pesuruh Allah Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Kekasih Allah 1. Kami Bertawassul dengan Bismillah Dan Pembawa Petunjuk, Utusan Allah Semua yang berjihad di jalan Allah Khususnya pejuang Badar, Ya Allah 2. Ya Allah selamatkanlah Umat Islam Dari malapetaka dan kemurkaan Mu Dari segala kedukaan dan kesusahan Dengan berkat pejuang Badar, Ya Allah 3. Ya Allah lepas dan hilangkanlah Segala yang menyakiti dan balikkanlah Perdaya musuh, kasihanilah kami Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah 4. Ya Allah lepaskan kami dari kesusahan Dan kehancuran kerana maksiat Segala macam ujian dan penyakit dengan berkat pejuang badar, Ya Allah 5. Banyak rahmatMu sudah diterima Banyak kerendahan yang telah di singkir Banyak nikmatMu yang telah dikecap Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah 6. Cukup banyak kemampuan yang Engkau beri selama ini Cukup banyak kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat Cukup banyak kesalahan Engkau maafkan pada yang berdosa Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah 7. Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit Dalam dada orang yang tertimpa bala Lepaskan kami dari cubaan yang menyusahkan Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

  • KEUTAMAAN DAN FADHILAT SELAWAT BADAR banyak khasiat dan fadhilat dari membaca Selawat Badar ini, diantara faedah dan fadhilatnya antara lain sebagai berikut : kita meminta kepada Allah dengan bertawassul dengan Ahli Badar agar: 1. mendapat keselamatan dunia akhirat. 2. mendapat keselamatan dari bala / kecelakaan. 3. mendapat keselamatan dari gangguan manusia, jin, dan sebagai pembenteng diri beserta keluarga dan masyarakat. 4. dapat menghilangkan kesusahan, kesempitan kesedihan dan lainnya. akan selamat dari usaha jahat manusia dan musuhnya yang akan berbuat jahat padanya. 5. mendapat keselamatan dari bencana alam dan sejenisnya 6. mendapat keampunan dari Allah SWT dengan lantaran selawat badar, InshaAllah akan dilapangkan hatinya, rezekinya, dimudahkan segala urusannya serta mendapat keberkatan hidup dengan berkat selawat ahli badar, dan berdampingan dengan Nabi Muhammad SAW kelak di akhirat.

  • Bismillah NUZUL QURAN dan HAUL AHLUL BADR Malam 17 Ramadhan 1441 H malam ini, malam nuzul quran, malam badr, malam dimana Allah SWT kabulkan permintaan Rasulullah SAW. selain itu, malam diturunkannya Al Quran, juga malam Nabi Muhammad SAW berdoa meminta kemenangan di perang Badar, dimana 313 pasukan muslim melawan 1000 kafir quraish. maka malam inipun adalah malam dimana Allah SWT tidak akan menolak permintaan hambanya. berdoalah dengan sungguh-sungguh akan hajatnya, kalau perlu dengan menangis dan mengiba, kerana inipun dicontohkan Nabi Muhammad SAW di malam badar tersebut. mintalah kepada Allah pada malam 17 ramadhan dengan doa. " Ya Rabb, berikanlah kemenangan untuk kemampuan menghadapi hawa nafsu, sebagaimana Engkau telah memenangkan Nabi Muhammad SAW pada saat perang badr, maka menangkan kami dari hawa nafsu syaitan. ” perbanyakkan membaca Al-Quran dan selawat badr. semoga bermanfaat.

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Pesan Ustazah Halimah Alaydrus malam 17 Ramadhan kalau boleh baca nama-nama ahli badar. jika tak mampu jangan lupa baca selawat badar

  • Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a. 119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a. 120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a. 121. Rafi’ bin Anjadah r.a. 122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a. 123. Tha’labah bin Hatib r.a. 124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a. 125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a. 126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a. 127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a. 128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a. 129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a 130. Jubr bin ‘Atik r.a. 131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a. 132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a. 133. Abdullah bin Jubair r.a. 134. Asim bin Qais bin Thabit r.a. 135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a. 136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a. 137. Salim bin Amir bin Thabit r.a. 138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a. 139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a. 140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a. 141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a. 142. Sa’ad bin Khaithamah r.a. 143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a. 144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a 145. Al-Harith bin Arfajah r.a. 146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a. 147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a. 148. Abdullah bin Rawahah r.a. 149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a. 150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a. 151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a. 152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a. 153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a. 154. Abdullah bin Abbas r.a. 155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a. 156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a . 157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a. 158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a. 159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a. 160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a. 161. Abdullah bin Umair r.a. 162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a. 163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a. 164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a. 165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a. 166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a. 167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a. 168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a. 169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a. 170. Amir bin Salamah r.a. 171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a. 172. Amir bin al-Bukair r.a. 173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a. 174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a. 175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a. 176. Aus bin al-Somit r.a. 177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a. 178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a. 179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a. 180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a. 181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a. 182. Amru bin Iyas r.a. 183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a. 184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a. 185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a. 186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a. 187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a. 188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a. 189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a. 190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a. 191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a. 192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a. 193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a. 194. Dhamrah bin Amru r.a. 195. Ziyad bin Amru r.a. 196. Basbas bin Amru r.a. 197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a. 198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a. 199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a. 200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a. 201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a. 202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a. 203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a. 204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a. 205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a. 206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a. 207. Hubaib bin Aswad r.a. 208. Thabit bin al-Jiz’i r.a. 209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a. 210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a. 211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a. 212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a. 213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a. 214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a. 215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a. 216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a. 217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a 218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a. 219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a. 220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a. 221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a. 222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a. 223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a. 224.

  • Senarai nama para sahabat ( رضي الله عنهم )yang terlibat dengan Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan. Diketuai oleh panglima terhebat dunia 1.Sayyiduna Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم 2. Abu Bakar al-Siddiq r.a. 3. Umar bin al-Khattab r.a. 4. Uthman bin Affan r.a. 5. Ali bin Abu Tolib r.a. 6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. 7. Bilal bin Rabbah r.a. 8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a. 9. Abdullah bin Jahsyi r.a. 10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a. 11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a. 12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a. 13. Abdullah bin Mas’ud r.a. 14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. 15. Abu Kabsyah al-Faris r.a. 16. Anasah al-Habsyi r.a. 17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a. 18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a. 19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a. 20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a. 21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a. 22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a. 23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a. 24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a. 25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a. 26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a. 27. Sinan bin Muhsin r.a. 28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a. 29. Sinan bin Abi Sinan r.a. 30. Abu Sinan bin Muhsin r.a. 31. Syuja’ bin Wahab r.a. 32. ‘Utbah bin Wahab r.a. 33. Yazid bin Ruqais r.a. 34. Muhriz bin Nadhlah r.a. 35. Rabi’ah bin Aksam r.a. 36. Thaqfu bin Amir r.a. 37. Malik bin Amir r.a. 38. Mudlij bin Amir r.a. 39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a. 40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a. 41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a. 42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a. 43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a. 44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a. 45. Umair bin Abi Waqqas r.a. 46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a. 47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a. 48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a. 49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a. 50. Amir bin Fuhairah r.a. 51. Suhaib bin Sinan r.a. 52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a. 53. Syammas bin Uthman r.a. 54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a. 55. Ammar bin Yasir r.a. 56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a. 57. Zaid bin al-Khattab r.a. 58. Amru bin Suraqah r.a. 59. Abdullah bin Suraqah r.a. 60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a. 61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a. 62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a. 63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a. 64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a. 65. Amir bin Rabi’ah r.a. 66. Amir bin al-Bukair r.a. 67. Aqil bin al-Bukair r.a. 68. Khalid bin al-Bukair r.a. 69. Iyas bin al-Bukair r.a. 70. Uthman bin Maz’un r.a. 71. Qudamah bin Maz’un r.a. 72. Abdullah bin Maz’un r.a. 73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a. 74. Ma’mar bin al-Harith r.a. 75. Khunais bin Huzafah r.a. 76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a. 77. Abdullah bin Makhramah r.a. 78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a. 79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a. 80. Hatib bin Amru r.a. 81. Umair bin Auf r.a. 82. Sa’ad bin Khaulah r.a. 83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a. 84. Amru bin al-Harith r.a. 85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a. 86. Safwan bin Wahab r.a. 87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a. 88. Sa’ad bin Muaz r.a. 89. Amru bin Muaz r.a. 90. Al-Harith bin Aus r.a. 91. Al-Harith bin Anas r.a. 92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a. 93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a. 94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a. 95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a. 96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a. 97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a. 98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a. 99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a. 100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a. 101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a. 102. Abdullah bin Sahl r.a. 103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a. 104. Ubaid bin Aus r.a. 105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a. 106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a. 107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a. 108. Mas’ud bin Sa’ad r.a. 109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a. 110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a. 111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a. 112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a. 113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a. 114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a. 115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a. 116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a. 117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a. 118.

  • без подписи

  • без подписи