dakwahfaqeera
Статистикаاللهم صلي علي سيدنا محمد Tiktok: tiktok.com/@thefaqeera PS Tarim Yaman 🇾🇪: https://t.me/raudhatultarim Telegram: @alfaqeerailallah Everything here is halal to share with or without credit 🤍
- Последний пост
- 27 мая
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- английский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Eid Al-Adha Mubarak!✨ Rasulullah ﷺ telah bersabda, فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ Maksudnya: ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' (Riwayat Imam Ahmad: 12,362)
Perbanyakkan Doa di Hari Arafah رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِىٓ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir." (Ali-'Imran: 147)
без подписи
без подписи
Jom, Puasa Arafah! Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. (Riwayat Muslim: 1977)
Ahlan, Ya Zulhijjah Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung lagi disukai oleh Allah SWT amalan padanya berbanding 10 hari ini (awal Zulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid." (Hadis Riwayat Ahmad: 5446)
Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.
Jom Zikir! سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ "Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya."
Jangan Berbisik Daripada Ibnu Mas’ud R.A, Rasulullah ﷺ bersabda : إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً، فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ الْآخَرِ، حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ، مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهٍ Maksudnya: “Apabila kalian berada seramai tiga orang, maka janganlah berbisik-bisik berdua-duaan tanpa mengajak sekali orang ketiga, sehingga kamu bercampur gaul dengan manusia (bertambah jumlah). Hal ini kerana berbisik boleh membuat orang yang ketiga bersedih." (Riwayat Muslim: 2184)
Al-Quran Penawar Duka ❤️🩹 Firman Allah SWT: هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌ Maksudnya: "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman." (Surah Fussilat: 44)
Ringan di Lisan, Berat di Timbangan ⚖️ Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Nabi ﷺ bersabda; كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ Maksudnya: “Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu: Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim. (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).” (Bukhari: 7563)
Doa Agar Hari Menjadi Produktif اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عَمَلًا صَالِحًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا تُحِبُّهُ وَتَرْضَاهُ "Ya Allah, aku memohon kepadaMu amalan yang baik, rezeki yang halal lagi baik, dan pekerjaan yang Engkau cintai dan redhai."
Melewatkan Makan Sahur Daripada Sahl Bin Saad RA berkata: كُنْتُ أَتَسَحَّرُ فِي أَهْلِي، ثُمَّ تَكُونُ سُرْعَتِي أَنْ أُدْرِكَ السُّجُودَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم. Maksudnya: “Aku makan sahur bersama keluargaku kemudian aku bersegera agar mendapatkan sujud (solat) bersama Rasulullah ﷺ.” (Bukhari: 1920)
Pertahankan Al-Quran Satu Kemuliaan Rasulullah ﷺ bersabda: إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu Al-Quran) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.” (Muslim) 📌 Peringatan: ✍️ Janganlah kita merendahkan atau memperlekeh orang yang mempertahankan kemuliaan Al-Quran. Ini kerana, kemuliaan seseorang itu akan diangkat apabila dia memuliakan Al-Quran.
без подписи
Selamat berpuasa semua 🫶🏻, maaf lama tak on channel 😢
Contoh tasbih: Tasbih pendek > سُبْحَانَ الله Tasbih panjang > سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْم Gabungan Tasbih & Tahmid > سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Tasbih Nabi Yunus > لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Muslim 4/2073 Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir Sabdanya yang bermaksud: "Apakah kamu lemah untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?" Salah seorang dari sahabat yang ada bersama Baginda bertanya: "Bagaimana kami boleh melakukan kebaikan?" Sabdanya: "Ucaplah Tasbih 100 kali nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan".
Sunnah Menjamu Orang Berpuasa Diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا Maksudnya: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut." (Tirmidzi: 807)
Doa Apabila Ditimpa Musibah Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.” Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”. Hadis Riwayat Muslim, (918)