𓂆 يَــا مُقَلِّـبَ الْقُلُوبــــ 𓂆
СтатистикаRandom Edit • Perkongsian Fawaid Bulan-Bulan Islam • Malaysia 🇲🇾 Ahlan wa Jazakumullah Khayr Jaza' sudi menjengah channel kecil ini ✨ 📌 Kini diuruskan oleh pengganti admin 📥 Hubungi : Instagram.com/nsabrin__zahro
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 87
- 1/48двое суток
- 99
- 1/72трое суток
- 107
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
TUJUAN MAULID BUKAN UNTUK PISAHKAN HATI PARA MANUSIA ❝ Kalau ada seseorang yang memilih untuk tidak menyambut maulid, itu bukanlah bermakna mereka tidak cintakan Rasulullah ﷺ atau kamu merasakan kamu itu orang yang lebih beriman dari mereka. Begitu juga kalau seseorang itu memilih untuk menyambut maulid, mereka tak boleh dikatakan sebagai seorang yang syirik atau pelaku bid'ah. Maulid ini tujuannya bukan untuk pisahkan hati para manusia. Bahkan maulid ini tujuannya untuk menyatukan hati (para manusia).❞ — Shaykh Mohammed Aslam (UK) اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم t.me/nsabrinzahro
💫🌱💫🌱💫🌱💫🌱💫🌱💫🌱💫 مرحبا أهلا وسهلا مرحبا ياشهر ربيع الأول ربيع أقبل علينا مرحبا بالربيع Bulan Rabiul awwal telah datang kepada kita Selamat datang duhai rabiul awwal ربيعنا ذكر من جاهه لدى الله وسيع Di Bulan ini bulan kami mengingat hamba yang kedudukannya luas di sisi allah المصطفى الزين اكرم بل واول شفيع Manusia Pilihan yang paling mulia beliau lah pemberi syafaat pertama مرحبا ياشهر حبيب رب العالمين ... مرحبا ياشهر سيد المرسلين ... مرحبا ياشهر امام المتقين ... مر حبا ياشهر جد الحسن والحسين ... مرحبا ياشهر شفيع المذنبين ... مر حبا ياشهر مولد خلق اللّه اجمعين ... t.me/nsabrinzahro
Ramai ingat puasa Asyura hanya 10 Muharam. Tapi tahukah anda… ulama fiqah menyusun tiga martabat puasa yang lebih lengkap dan sempurna? ✅ Paling afdal — 9, 10 & 11 Muharam ✅ Sederhana — 9 & 10 Muharam ✅ Minimum — 10 Muharam sahaja Kenapa penting? Sebab ini bukan sekadar puasa biasa. Ini peluang Allah beri untuk hapus dosa setahun lalu, dan ikut jejak sunnah Rasulullah ﷺ yang menyelisihi amalan kaum Yahudi. 📌 Hari Tasu’a (9 Muharam) — Sabtu 📌 Hari Asyura (10 Muharam) — Ahad Jangan lepaskan. Ajak ahli keluarga dan kawan-kawan. Jom kita rebut pahala luar biasa ini. Moga jadi asbab diampunkan dosa kita.
✨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H ✨ ✨ كل عام و أنتم بخير وإلى الله أقرب ✨ Semoga kita tergolong diantara mereka yang benar-benar berhijrah dari dunia kejahilan seperti mana hijrahnya Rasulullah ﷺ Hijrah dari kejahilan adalah dengan menuntut ilmu yang wajib ain (fardu ain). Kita adalah mukallaf yang dituntut berhijrah daripada kejahilan dan mengajak manusia berhijrah daripada kejahilan. Moga ALLAH jaga setiap langkah kita dalam mendapatkan keredhaan ALLAH disepanjang tahun t.me/nsabrinzahro
DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRIYYAH
PANDUAN RINGKAS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN HIJRIYYAH 📚 Susunan : Al Fadhil Ustaz Dr Abdullah Jalil PDF ⤵️⤵️⤵️
TO DO LIST AMALAN 1 MUHARAM ✅ 1) Membaca ayat Kursi Hari pertama bulan Muharram untuk membaca AYAT KURSI sebanyak tiga ratus enam puluh kali (360 KALI), diawali setiap kalinya dengan Basmalah. Dan ketika telah selesai membaca Ayat Kursi tersebut hendaknya membaca doa berikut ini sekali: اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ ، حَوِّلْ احَوالنا إِلَى أَحْسَنِ اْلأَحْوَالِ ، بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا غفار يا رب العالمين ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ Ertinya: Wahai Tuhan Yang Maha mengubah keadaan-keadaan, ubahlah keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik, dengan dayaupaya dan kekuatan-Mu jua wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun Serta Pemelihara sekelian Alam. Berkata Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan (Mufti Syafi’iyyah asal Makkah) sebagaimana bersumber dari beberapa ulama: “Barang siapa yang membaca dan mengamalkan yang demikian tersebut di atas maka di tahun itu merupakan benteng yang kukuh baginya dari syaitan”. ✅ 2) Menulis Bismillah Menulis 113 Bismillah di Awal Muharram Imam Muhammad Haqqiy an-Naziliy rahimahullah mencatatkan dalam kitabnya Khazinatul Asrar Jalilatul Adzkar halaman 92: Siapa saja yang menulis: بسم الله الرحمن الرحيم Sebanyak 113 kali pada tanggal 1 Muharram di kertas, maka dirinya dan keluarganya akan diberikan perlindungan dari segala musibah dan keburukan selama seumur hidup. ADAPUN CARANYA : ▪Hendaknya menulis kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim (tulisan arab) pada tanggal 1 Muharram ▪Dilakukan dalam keadaan berwudhu, ▪Menghadap qiblat, ▪Menutup aurat dan tidak berbicara ▪Niat lidaf'ul bala (tolak bala), Tahshin (benteng) dan jalbul manafi' (memperoleh manfaat) semata-mata bertabarruk dengan ayat al-Qur'an Bismillahir Rahmanir Rahim dan salah satu bulan yang dimuliakan yaitu bulan Muharram. Syekh Muhyiddin Zadah dalam kitab Hasyiyah Tafsir al-Baidhawiy juz 1 halaman: 45 mengutip riwayat dari Khalifah Umar Bin Abdul Aziz Rahimahullah yang menyatakan: طولوا الباء وأظهروا السين ودوروا الميم تعظيما لكتاب الله Panjangkan huruf Ba dan (perjelas) huruf Sin dengan giginya dan bulatkan huruf Mim dengan lubang ketika menulis بسم الله sebagai bentuk penghormatan kepada al-Qur'an. Boleh dimulakan waktu penulisannya sejak adzan maghrib ketika sudah muncul hilal (bulan muda) hari pertama pergantian tahun tanggal 1 bulan Muharram dan berakhir ketika adzan besok malamnya. Setelah menulis 113 bismillahir rahmanir rahim dianjurkan untuk membaca doa sesuai hajat yang diinginkan kemudian tulisan 113 bismillah tadi disimpan di dalam tempat yang layak . Kenapa sebanyak 113 ada rahsia apa pada bilangan 113? Jawapannya: Sebab jumlah surat dalam al-Qur'an ada 114 surah dan surah-surah tersebut semuanya diawali dengan bismillahir rahmanir rahim kecuali satu surat saja yakni surat at-Taubah. Jadi yang diawali dengan bismillah hanya 113 surah. Doa setelah menulis 113 Basmalah antara lain: اللهمّ انّى اسألك بفضل بسم الله الرحمن الرحيم وبحقّ بسم الله الرحمن الرحيم وبهيبة بسم الله الرحمن الرحيم وبمنزلة بسم الله الرحمن الرحيم ارفع قدري ويسّرلى امري واشرح صدري يامن هو كهيــعص حمعسـق المّ المّص المر حـم الله لااله الاهو الحيّ القيّوم بسرّ الهيبة والقدرة وبسرّ الجبروت والعظمة اجعلنى من عبادك المتّقين واهل طاعتك المحـبّين وارزقنى علمانافعا ياربّ العالمين وصلّى الله على سيّدنامحمّد وعلى آله وصحبه وسلّم Diambil dari kitab Ittihaful Amajid Binafaisil Fawaid karya Abu Mun'yah as-Syakunjiy. ✅ 3) Minum air susu putih Moga permulaan awal tahun dengan putih, maka sepanjang tahun kita dalam keadaan putih dari dosa. Ia disebut sebagai optimis ✅ 4) Berazam Biasanya awal tahun kita dikaitkan dengan memasang azam baru. Marilah kita melafazkan azam berikut: " Sesungguhnya aku ..... (Sebut nama masing-masing) berazam untuk sentiasa taat kepada Allah dan Rasul, dan saya berazam meninggalkan maksiat dan kezaliman sepanjang hidup saya" Ini disebut sebagai azam umum sepanjang hidup kita. Himpunan Fawaid : Al Fadhil Ustaz Muhammad Shahir Shah Budin (Channel Darul Fath Wal Madad) t.me/nsabrinzahro
MENUTUP AKHIR TAHUN DENGAN BERTAUBAT 🍃 ❝ Tutuplah akhir tahun ini dengan taubat dan istighfar sungguh-sungguh kepada ALLAH, juga dengan berpuasa dan bersedekah. Sambutlah tahun baru dengan niat-niat yang baik, niatkan agar tahun yang akan datang menjadi tahun yang diberkati dengan menjaga diri dari maksiat, ghibah, bohong, dll.. Dan niatlah memegang kuat sunnah-sunnah Nabi ﷺ dan berpuasa 3 hari setiap bulannya. Kerana jika niat kita telah baik, maka amalnya pun akan baik.❞ — Kalam Hubabah Ummu Salim t.me/nsabrinzahro
JADUAL PUASA SUNNAH BULAN MUHARRAM 1448H
без подписи
DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN HIJRIYYAH
MINUM SUSU PUTIH DI AWAL TAHUN HIJRIYAH Dan diantara kebiasaan orang-orang sholeh (Min Da’bis sholihin) meminum susu pada malam 1 Muharram dan juga kebiasaan ini selalu di amalkan Oleh Abuya Sayyid Muhammad Bin Alawy Al Maliki. Dan beliau juga apabila masuk 1 Muharram, membagikan susu kepada santri-santrinya. WAKTU : Malam 1 Muharram sebelum Shubuh FADHILAT : TAFA'ULAN (Melakukan sesuatu dengan harapan mirip dengan sesuatu itu) : Tafa'ulan meminta agar sepanjang tahun dijadikan tahun yang putih, tahun yang bersih, tahun melakukan kebaikan-kebaikan. Hal ini selalu di Amalkan oleh Abuya Sayyid Muhammad bin Alawy Al Maliki. DO'A MINUM SUSU PUTIH اللهم بارك لنا فيه و زدنا منه (Ya Allah berikan Barokah pada kami dalam Susu ini dan tambahilah di dalamnya) Di dalam Susu terdapat Anugerah yang telah dipersiapkan Allah Ta’ala untuk Umat Rasulullah ﷺ khususnya untuk anak. Kerana Susu menentukan kesempurnaan pertumbuhan Anak. Oleh sebab itu dalam Do'a ditambah dengan menyebut وزدنا منه. Tambahan Doa ini hanya khusus pada minuman Susu, tidak pada minuman lainnya meskipun Madu. Susu adalah makanan pokok yang paling sesuai dari Anak. Susu lebih afdhol dari Madu. Keutamaan Susu ada dalam Kitabullah dan Hadits Rasulullah ﷺ. FADHILAT SUSU, diantaranya : 1. Menumbuh kembangkan pertumbuhan Anak. 2. Susu mencukupi (Mengenyangkan) keperluan makan minum Anak. 3. Susu tidak menyebabkan perut anak memulas 4. Saat Isra' Mi'raj, Susu adalah pilihan Baginda Rasulullah ﷺ yakni saat Malaikat Jibril memberikan antara Khomr (arak) dan Susu. Dan Susu adalah tanda Kefitrahan Umat Rasulullah ﷺ. Subhanallah... Sunnah minum Susu pun dilakukan oleh Abuya Sayyid Muhammad Al Maliki dan para awliya’ Allah lainnya. Tidak ada satupun Sunnah Rasul ﷺ yang di dalamnya tidak mengandung Hikmah... Semuanya ada Fadhilat dan Kebaikannya.
без подписи
MUJARRABAT AWAL MUHARRAM ✍🏻 Oleh : محمد اسيف الجاوي 1) Membaca ayat kursi 360 kali pada awal hari 1 Muharram. setiap kali membaca ayat kursi hendaklah dimulai dengan Basmalah. kemudian membaca doa( doa yang disebut dalam kitab Kanzu Najah) 2) Menulis basmalah sebanyak 113 pada awal hari 1 Muharram Berkata al-Bujairami : Berkata guru kami al-Jauhari, beliau menaqalkan daripada guru-gurunya; Disyaratkan pada menulis azimat 1) Penulis hendaklah suci dari hadas 2) Menulis pd tempat yang suci 3) Jangan taraddud (ragu-ragu) pd kesahihan azimat yg hendak ditulis 4) Jangan niat untuk menguji azimat 5) Hendaklah berlafaz kalimah yg ditulis 6) Melindungi azimat daripada dilihat setelah selesai ditulis 7) Melindungi azimat daripada pancaran matahari 8) Menulis azimat kerana Allah 9) Jangan dibariskan dan jangan dibutakan hurufnya 10) Jangan dititikkan huruf 11) Azimat tdk boleh bersentuh dgn besi 12) Jangan terkena tanah 13) Jangan tulis lepas asar Nota ; Jangan tanya mana dalil????? Kerana ini berlaku atas tajribah (Pengalaman yang dilalui orang soleh)
HARI PUTIH BULAN ZULHIJJAH 🌖 An-Nafais al-Rahmaniyyah 48 Biasanya puasa hari putih 13,14,15 hb pada setiap bulan Islam. Untuk bulan Zulhijjah, puasa hari putihnya adalah 14,15,16 kerana 13 hb adalah hari tasyriq. نعم الأوجه خلافا للجلال البلقيني أنه في الحجة يصوم السادس عشر أو يوما بعده بدل الثالث عشر ت م وفي ق ل على الجلال قوله: وهي الثالث عشر. . . إلخ أي في غير ذي الحجة لأنه من أيام التشريق فيبدل بالسادس عشر اهـ. حاشية الجمل على المنهج ✍🏻 Perkongsian : Pok Mang Signature t.me/nsabrinzahro
🔔 REMINDER 🔔
☀️ BERSYUKUR DI HARI TASYRIQ ☀️ Hari Tasyriq ini adalah hari kita kena bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH bagi. Sebab itu Ulama dan orang-orang soleh menggalakkan berzikir dan berdoa dengan doa yang baik setiap masa di Hari Tasyriq. Ianya sebagai bukti atau tanda bahawa kita bersyukur. Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah ﷺ bersabda : أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ “Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Abu Daud & Imam Nasa’i) ✍🏼 t.me/nsabrinzahro
Amalan dari Orang Soleh sempena Aidiladha & Hari Tasyrik. Doa yang ringkas tapi pukul rata keperluan dua negeri. Negeri dunia & negeri Akhirat
без подписи
PENAMAAN HARI TASYRIK