tgindex
Последний пост
9 июн.
Последнее чтение
14 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
3 096
−5 за 4 дн.
Сутки
+1
+0,03%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 444
21 постов
Вовлечённость
46,6%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 9 июн.1 00799

    Masih ada orang ke dekat sini?

  • 15 апр.2 13471

    InsyaAllah, saya akan mengendalikan kelas terbaru iaitu Syarahan Hadis-Hadis Mencintai Allah SWT. Kelas ini akan berlangsung pada: 🗓 Sabtu & Ahad ⏰ 7.30 pagi Dalam kelas ini, kita akan bersama-sama memahami bagaimana untuk benar-benar mengenal Allah melalui hadis-hadis Nabi ﷺ sehingga hati kita mampu merasai dan jatuh cinta kepada-Nya. Sekiranya berminat untuk ikuti pengajian hadis bersama kami, dijemput untuk mendaftar melalui link di bawah: —> https://ezy.la/CintaAllah Semoga Allah pilih kita untuk terus berada dalam majlis ilmu ini

  • 15 апр.1 032134

    Bukan kerana mereka salah mencintai, tetapi kerana mereka meletakkan harapan pada sesuatu yang tidak kekal. Kita sangka dia akan sentiasa ada, kita sandarkan bahagia sepenuhnya padanya hingga lupa, hati manusia bukan milik kita. Kita letak sepenuh jiwa pada sesuatu yang terbatas. Bila ia berubah, kita pun turut kecewa seolah seluruh dunia runtuh bersama. Padahal dari awal lagi, hati ini sebenarnya tidak dicipta untuk bergantung pada yang sementara. Sedangkan cinta yang sebenar… hanya ada pada Allah. Dia tidak pernah berubah, tidak pernah pergi, tidak pernah mengecewakan. Semakin kita bersandar kepada-Nya, semakin kuat hati kita bukan semakin rapuh. inilah makna dari pesanan yang sehingga ke harini ia membekas di hati , guru kami Sayyid al-Habib Umar pesan: مَنْ تَعَلَّقَ بِالْبَاقِي بَقِيَ رَجَاؤُهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ بِالْفَانِي فَنِيَ رَجَاؤُهُ. Barangsiapa yang bergantung pada Yang Kekal, maka kekallah harapannya. Dan barangsiapa yang bergantung pada yang fana, maka fana jugalah harapannya.

  • Dua tiga minggu ni, saya sibuk membelek kitab-kitab hadis untuk buat kajian sebelum kelas Hadis Mencintai Allah bermula, Ahad ini. Buka satu, jumpa satu. Buka lagi, jumpa lagi. Hadis demi hadis… dan sejujurnya, ada sesuatu yang buat saya termenung lama. Rupanya, saya jumpa satu perkara yang kita selalu terlepas: cara kita beragama, sebenarnya ada yang tak sempurna. Kita solat, kita puasa. Kita buat semua. Tetapi tetap rasa kosong. Macam dah buat… tapi tak rasa apa-apa. Padahal dalam hidup, kita penuh dengan perasaan setiap hari. Kita makan — kita rasa sedap, rasa bahagia. Kita kerja — kita boleh enjoy, fokus, bahkan sanggup penat. Tapi bila dengan Allah… why does it feel different? Kenapa bila beribadah… kita tak rasa apa-apa? Sedangkan dalam agama ini, antara core yang paling penting adalah: perasaan. Berperasaan dengan Allah. Rasa dicintai. Rasa berharap. Rasa rindu. Allah… Dan bila perasaan itu hidup, ibadah bukan lagi beban. Tapi jadi sesuatu yang kita nak ulang lagi dan lagi. Mungkin inilah yang Nabi ﷺ maksudkan: “Akan merasai kemanisan iman: orang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya…” — Sahih al-Bukhari Dan mungkin… inilah rasa yang dinikmati oleh Nabi, para sahabat, dan mereka yang benar-benar dekat dengan Allah. Sebab itu saya usahakan kelas ini. agar kita belajar bagaimana nak jatuh cinta dengan Allah daripada orang sangat mencintai Allah, iaitu Baginda Nabi Muhammad. Kita akan go through hadis-hadis yang Nabi ﷺ benar-benar tekankan tentang kasih sayang Allah. Yang pernah join kelas sebelum ini tahu saya akan belajar slowly, step by step. kita tak pernah rushing. We take it slow, but it stays. moga Allah bantu agar setiap niat, usaha dan apa yang diperjuangkan semuanya kerana Allah.

  • 20 дек.1 5153412

    Esok malam doa mustajab. Saya kongsikan sedikit adab berdoa yang sering diamalkan orang-orang soleh. Pada doa mereka, ada satu pattern yang konsisten. Barangkali di situlah tersimpan rahsia kemustajaban. Mereka memulakan dengan memuji Allah, lalu memohon dengan Nama-Nama-Nya yang indah, memanggil Allah sesuai dengan keperluan jiwa _Ya Razzaq, Ya Ghaffar, Ya Latif._ Dalam doa itu, mereka merendahkan diri sepenuhnya mengaku lemah, tidak berdaya, hamba yang serba kekurangan dan sangat bergantung kepada Allah. Memohon keampunan itu antara kewajiban dalam setiap kali berdoa, kerana dosa ialah hijab paling tebal antara hamba dan langit. Doa mereka tidak sempit. Ia melangkaui diri, merangkul keluarga, umat, bahkan manusia seluruhnya. Apapun, doa mustajab tidak semestinya dijawab serta-merta. Ia dijawab pada waktu terbaik, menurut perhitungan dan kebijaksanaan Allah. Akhirnya, mereka mengikat doa dengan selawat ke atas Baginda ﷺ kerana selawat itu pintu yang hampir pasti diterima, dan doa yang diapit dengannya lebih layak untuk diangkat ke langit. اللهم صلِّ وسلم على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Alhamdulillah. Pagi ini merupakan hari terakhir Habib Umar berada di Malaysia. Rehlah beliau di bumi ini berakhir dengan kuliah subuh Madani di Masjid Putrajaya. Alhamdulillah, Allah izinkan saya hadir mengikuti, menadah nasihat, mencicip barakah, dan menyerap semangat daripada wajah yang sentiasa mengingatkan kita kepada Rasulullah ﷺ. Saya hadirkan juga tuan-puan semua dalam majlis ini dalam niat dan doa mudah-mudahan sanad ilmu dan tarbiyah yang mengalir dari Habib Umar turut bersambung kepada kita semua. InsyaAllah, selepas Subuh ini saya akan berangkat ke Singapura untuk menyertai sambungan rehlah Habib bagi mengkhatamkan Kitab Nurul Iman sebelum beliau meneruskan perjalanan dakwah ke Indonesia. اللهم اجعلنا من الذين يُحبّون الصالحين ويُحشرون معهم. Ya Allah, jadikan kami antara mereka yang mencintai orang-orang soleh, dan dihimpunkan bersama mereka di akhirat nanti.

  • без подписи

  • Gagasan Fiqh al-Watan diperkenalkan sebagai jalan untuk membimbing masyarakat memahami cara hidup beragama di tanah air sendiri. Ia berasaskan kerangka Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, dengan tradisi Ashā‘irah dan Māturīdiyyah sebagai teras. Kita mewarisi sebuah tanah air yang unik: ada sistem kesultanan, adat resam yang erat dengan syariat, serta persekitaran yang membuka ruang kepada pembangunan tanpa menanggalkan roh Islam. Perpaduan ini menjadikan kehidupan di sini punya corak tersendiri yang perlu difahami dan dipelihara. Masalah timbul apabila kefahaman agama diselewengkan oleh pengaruh luar. Ia melahirkan kekeliruan dalam cara kita memahami akidah, kecuaian dalam mengikuti mazhab, dan penyimpangan dalam amalan tasawuf. Lama-kelamaan, hal yang asas iman, Islam, dan ihsan jadi kabur walaupun ia sepatutnya menjadi fardu ‘ain yang jelas. Nampak mudah untuk menyebut tiga teras ini. Tapi impaknya sangat deep. Jangan pandang rendah ilmu fardhu ‘ain.

  • Orang yang bersetuju dan bergembira dengan apa yang berlaku di Indonesia, Nepal, atau negara jiran lain, lalu bercita-cita supaya rakyat Malaysia bangkit dan bertindak sebagaimana di sana, sebenarnya adalah golongan yang paling jahil. Jahil dalam agama, dangkal dalam ilmu, dan rendah dalam akal fikirannya. Mengapa? Kerana tindakan sebegitu tidak akan membawa sebarang faedah untuk rakyat. Sebaliknya, ia hanya akan menghancurkan negara sendiri. Sejarah telah membuktikan, lihatlah apa yang berlaku selepas kejatuhan Muammar Gaddafi di Libya dan Saddam Hussein di Iraq. Negara mereka hancur, rakyat menderita, dan keamanan hilang entah ke mana.

  • Cinta itu, lahir daripada ma‘rifah iaitu daripada mengenal Rasulullah ﷺ. Kerana cinta yang sejati tidak mungkin hadir tanpa pengenalan. Semakin dalam seseorang mengenal Baginda, semakin membara cintanya. Dan semakin membara cintanya, semakin bertambah pula pengenalan dan ma‘rifahnya. Demikianlah ia saling menguatkan hingga tiada berpenghujung. Para sahabat Rasulullah ﷺ dahulu ada yang kaya raya dan memilik kehidupan sendiri. Namun setelah kenal dan jatuh cinta terhadap Baginda, mereka sanggup berkorban segala-galanya untuk agama dan untuk Baginda. Lihatlah , bagaimana cinta mengubah seseorang. Kita hari ini mungkin jauh dari makna cinta yang sebenar dan mungkin kita baru nak kenal bagaimana indahnya rasa cinta itu. Cinta yang membuatkan para sahabat rela hilang segala-galanya yang penting mereka bersama dengan Baginda. Moga nanti kita juga dianugerahkan cinta sebesar itu. Apabila hati benar-benar mengenal akhlak Baginda, rahmat Baginda, kesabaran Baginda maka lahirlah cinta yang luhur.

  • Jarak antara Mekah dan Madinah sekitar 410 kilometer. Hari ini, dengan menaiki kereta pada kelajuan 80km/j, kita boleh sampai dalam kira-kira 4 jam sahaja. Namun, bayangkanlah Rasulullah ﷺ bersama Abu Bakar As-Siddiq r.a. menempuh separuh perjalanan itu dengan menunggang unta, dan separuh lagi dengan berjalan kaki, dalam tempoh lapan hari, di bawah terik panas yang membakar. Beban yang Baginda pikul adalah kebimbangan, tanggungjawab, dan amanah yang tidak mampu dipikul oleh sesiapa pun di dunia ini semata-mata agar agama ini sampai kepada kita hari ini. Maka, wahai orang yang beriman, jangan biarkan pengorbanan ini berlalu tanpa balasan. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan Nabi ﷺ. saya jemput semua sertai Daurah Mengenal Rasulullah pada kali ini. Dalam daurah ini kita akan menyingkap sisi-sisi kehidupan Baginda yang boleh menjadi cerminan hidup kita hari ini. Sehingga akhirnya, kita akan merasakan bahawa Rasulullah ﷺ terlalu dekat dengan kehidupan kita. Hakikatnya, Baginda tidak pernah jauh yang jauh itu adalah hati kita daripada Baginda. Allah telah pun berfirman: "وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِۚ Ketahuilah, sesungguhnya di sisimu ada Rasulullah..(Al-Ḥujurāt: 7). Jemput sertai ya. —> ezy.la/DaurahRasulullah

  • Di sinilah makna kemerdekaan yang lebih dalam: merdeka bukan sekadar bebas dari penjajahan luar, tetapi bebas dari perhambaan daripada rasa kurang, cemburu dan perlumbaan palsu. Merdeka ialah ketika kita memilih syukur berbanding rungut, memberi nilai pada yang ada berbanding mengejar bayang yang tiada. Bila hati merdeka, kita membina, bukan membanding; kita meraikan nikmat, lalu nikmat itu bertambah. Selamat menyambut kemerdekaan: semoga setiap hari kita merdeka untuk menghargai, mensyukuri, dan memaknai hidup seadanya.

  • Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah menyokong hasil kerja seni saya. Mudah-mudahan tulisan-tulisan yang sederhana ini cukup memberi makna. Insya-Allah, bagi yang telah membuat pembelian, saya dah turunkan tandatangan siap siap dan menitip doa. Kami juga akan kongsikan pautan rakaman Daurah Refleksi Solat yang pernah diadakan sebelum ini—sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Bagi yang belum berkesempatan mendapatkannya, sudilah menekan pautan di bawah atau pm saya pun boleh. Terima kasih atas sokongan kalian semua. —> https://ezy.la/dkx

  • без подписи

  • без подписи