tgindex
AlaydrusHawraa ๐Ÿ–Œ
@AlaydrusHawraaะธะฝะดะพะฝะตะทะธะนัะบะธะน

ุฎูŠุฑ ุงู„ู†ุงุณ ุฃู†ูุนู‡ู… ู„ู„ู†ุงุณ..โ™ก " Sebaik - baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain ".

ะŸะพัะปะตะดะฝะธะน ะฟะพัั‚
13 ะฐะฒะณ.
ะŸะพัะปะตะดะฝะตะต ั‡ั‚ะตะฝะธะต
13 ะฐะฒะณ.
ะŸะพัั‚ะพะฒ ะทะฐ ะฝะตะดะตะปัŽ
1
ะ’ัะตะณะพ ะฟะพัั‚ะพะฒ
20
ะขะธะฟ
ะพั‚ะบั€ั‹ั‚ั‹ะน
ะฏะทั‹ะบ
ะธะฝะดะพะฝะตะทะธะนัะบะธะน
ะ’ ะบะฐั‚ะฐะปะพะณะต ั
13 ะฐะฒะณ.
ะŸะพะดะฟะธัั‡ะธะบะธ
1ย 042
โˆ’2 ะทะฐ 4 ะดะฝ.
ะกัƒั‚ะบะธ
โˆ’1
โˆ’0,10%
ะะตะดะตะปั
โ€”
ย 
ะœะตััั†
โ€”
ย 
ะŸั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ ะฝะฐ ะฟะพัั‚
277
20 ะฟะพัั‚ะพะฒ
ะ’ะพะฒะปะตั‡ั‘ะฝะฝะพัั‚ัŒ
26,6%
ะบ ะฟะพะดะฟะธัั‡ะธะบะฐะผ
ะŸะพัั‚ะพะฒ ะฒ ะดะตะฝัŒ
0,1
ะฒัะตะณะพ 20
ะฃะฟะพะผะธะฝะฐะฝะธะน
0
ะบะฐะฝะฐะปะพะฒ
ะžั…ะฒะฐั‚ ั€ะฐะทะผะตั‰ะตะฝะธั
ะพั†ะตะฝะบะฐ
1/24ััƒั‚ะบะธ ะฒ ะปะตะฝั‚ะต
71
1/48ะดะฒะพะต ััƒั‚ะพะบ
81
1/72ั‚ั€ะพะต ััƒั‚ะพะบ
87

ะžั†ะตะฝะบะฐ ะฟะพ ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะฐะผ ะฝะตะดะฐะฒะฝะธั… ะฟะพัั‚ะพะฒ: ะฟะพัั‚ ะฝะฐะฑะธั€ะฐะตั‚ ะฟะพั‡ั‚ะธ ะฒัั‘ ะทะฐ ะฟะตั€ะฒั‹ะต ััƒั‚ะบะธ.

ะŸะพัั‚ั‹

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Jangan tinggalkan membaca solawat kepada Rasulullah..Kerana bacaan solawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat. ๐Ÿท๏ธAbuya as-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Dan tidak ada hal ghaib yang lebih dekat daripada kematian. ๐ŸชถAhli Hikmah

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ุจูŠู†ูƒ ูˆุจูŠู† ุงู„ูุฑุฌ ุฏุนูˆุฉุŒ ุจูŠู†ูƒ ูˆุจูŠู† ุงู„ุทู…ุฃู†ูŠู†ุฉ ูŠู‚ูŠู† ุจุงู„ู„ู‡ ู„ุง ูŠุฎูŠุจ.. Antara dirimu dengan jalan keluar adalah doa. Antara dirimu dengan ketenangan adalah keyakinan kepada Allah yang tidak pernah mengecewakan.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Awal kehancuran seorang murid adalah ketika ia merasa gurunya memerlukan dirinya, bukan dirinya yang memerlukan gurunya. ๐Ÿ”– Habib Ali Zainal Abidin Bin Ali Bin Thohir

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ุชุดุจู‡ูˆุง ูุฅู† ู„ู… ุชูƒู† ู…ุซู„ู‡ู… ูุฅู† ุชุดุจู‡ ุจุงู„ูƒุฑุงู… ูู„ุงุญ.. " Menyerupailah orang-orang mulia jika engkau belum benar-benar mampu seperti mereka. Sesungguhnya meniru orang-orang mulia adalah sebuah keberuntungan dan keberhasilan."

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ู„ูŽุง ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ู…ูุซู’ู‚ูŽุงู„ู ุฐูŽุฑู‘ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ูƒูุจู’ุฑู. ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ูŽ ูŠูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุซูŽูˆู’ุจูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ู‹ุง ูˆูŽู†ูŽุนู’ู„ูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุฌูŽู…ููŠู„ูŒ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ูƒูุจู’ุฑู ุจูŽุทูŽุฑู ุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ู ูˆูŽุบูŽู…ู’ุทู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู. Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar zarrah. Ada seseorang bertanya, Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan kasut yang bagus ? Baginda menjawab : Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan (maksudnya ia tidak dianggap sombong selama mana dia tunduk kepada kebenaran dan bersikap tawaduk sesama manusia.) Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ๐ŸชถRiwayat Muslim

  • โ€Ž๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ๐Ÿท Habib Umar bin Hafidz : โ€Ž โ€Ž" Asas agar seseorang mendapatkan kenikmatan dalam beribadah adalah dengan menyatukan tujuannya hanya kepada Allah, lalu memaksa hati agar selalu menghadirkan Allah Swt, dan bergaul bersama orang-orang soleh serta membaca biografi mereka. Melalui semua itu seseorang akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah. Seorang Arif ditanya : "Apakah mereka yang bermaksiat kepada Allah akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah ? " Ia menjawab : "Tidak, bahkan mereka yang memiliki perancangan untuk bermaksiat tidak akan mendapatkan nikmat ibadah." โ€Ž

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Dalam aturan langkah.. Jiwa yang retak ini Pulang mencari arah Mengharap secebis kekuatan DihadapanMu rebah kelesuan. Tuhan.. Izin hamba bersimpuh Di hamparan kasihMu Yang tidak pernah pudar Hanya diri ini menjauh tanpa sedar. Ampuni hamba yang sering alpa Disaat lelah hilang segala kembali mengetuk pintuMu yang sentiasa menanti pulang Hamba berdosa.. PanggilanMu penuh cinta. Jika langkah ini terhenti lagi ke mana lagi aku akan pulang..? Selain pelukanMu Tuhan..โ™ก ูู„ุง ุชูƒู„ู†ูŠ ุฅู„ู‰ ู†ูุณูŠ ุทุฑูุฉ ุนูŠู†.. "Janganlah Engkau serahkan aku pada diriku walau sekejap mata, dan tuntunlah tanganku kepadaMu..seperti tuntunan orang-orang mulia" ๐ŸชถAlaydrusHawraa

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Tawakkal.. Penyerahan tanpa keraguan, Melepaskan tanpa kerisauan, Kepada pemilikMu.. Pengatur seluruh kehidupan. Tawakkal itu penyerahan.. Tanpa ragu dan buruk sangkaan, Kepada TuhanMu Maha Rahman, Dijalannya, usaha tidak ditinggalkan. Tawakkal itu ketenangan.. Bagi hati hamba yang penuh keyakinan, Pemilikmu tidak akan pernah meninggalkan dirimu sendirian, Dan seluruh atur hidupmu dibawah cintaNya, Penuh kelembutan.. Keindahan sebuah kehidupan, Ketika dunia ditinggalkan, Ketenangan sekeping hati, Saat hamba hidup bertuhan..! ๐ŸชถAlaydrusHawraa

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ูŠูŽูƒู’ูููŠ ุงู„ู‚ูŽู„ู’ุจูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุณู’ู„ูู…ูŽ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู Cukuplah bagi hati itu untuk berserah kepada Allah. ููŽูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽูˆูŽูƒู‘ูŽู„ู ุณูŽูƒููŠู†ูŽุฉู‹ ุฎูŽูููŠู‘ูŽุฉ Kerana didalam bertawakal ada ketenangan yang tersembunyi. ู…ูŽุง ุถูŽุงุนูŽ ุฏูุนูŽุงุกู ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูุตูุฏู’ู‚ Tidak akan pernah sia-sia doa yang dipanjatkan dengan ikhlas. ููŽุงู„ุตู‘ูŽุจู’ุฑู ู…ููู’ุชูŽุงุญู ููŽุฑูŽุฌู ู‚ูŽุฑููŠุจู Sesungguhnya sabar itu adalah kunci kepada kelapangan yang dekat. ๐Ÿท๏ธ Syair

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ุตูŽุงุญูุจู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญููŠู†ูŽ.. ููŽุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฅูู†ู’ ุบูุจู’ุชูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’ ุงูู’ุชูŽู‚ูŽุฏููˆูƒูŽุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุบูŽููู„ู’ุชูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู„ู‡ู ู†ูŽุจู‘ูŽู‡ููˆู’ูƒูŽุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฏูŽุนูŽูˆู’ุง ู„ูุฃูŽู†ู’ููุณูู‡ูู…ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู†ู’ุณูŽูˆู’ูƒูŽุŒ ููŽู‡ูู…ู ุงู„ู†ู‘ูุฌููˆู…ู ุฅูู†ู’ ุถูŽู„ู‘ูŽุชู’ ุณูŽูููŠู†ูŽุชููƒูŽ ูููŠ ุจูŽุญู’ุฑู ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉู ุฃูŽุฑู’ุดูŽุฏููˆูƒูŽ.. "Bersahabatlah dengan orang-orang soleh. Jika engkau tidak kelihatan, mereka akan bertanya khabar tentangmu. Jika engkau lalai daripada mengingati Allah, mereka akan mengingatkanmu. Apabila mereka berdoa untuk diri mereka, mereka tidak akan melupakanmu. Mereka umpama bintang-bintang di langit, apabila perahumu hilang arah di lautan kehidupan, merekalah yang akan membimbingmu menuju jalan keselamatan." ๐Ÿ”– Ahli hikmah

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata : Jadilah orang yang tawadhuk dan janganlah engkau menyukai kemasyhuran. Namun, jangan pula berpura-pura tawadhuk sehingga terjatuh ke dalam riya'. Sesungguhnya apabila seseorang mengaku dirinya sebagai orang yang tawadhuk, maka pengakuan itu sendiri boleh mengeluarkannya daripada hakikat tawadhuk, kerana dengan cara itu dia sebenarnya sedang mencari pujian dan sanjungan manusia.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah menyatakan : ูˆู„ูˆู„ุง ุงู„ุนู„ู…ู ูƒุงู† ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูƒุงู„ุจู‡ุงุฆู…ูุŒ ูˆุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃุญูˆุฌู ุฅู„ู‰ ุงู„ุนู„ู…ู ู…ู†ู‡ู… ุฅู„ู‰ ุงู„ุทู‘ูŽุนุงู…ู ูˆุงู„ุดู‘ูŽุฑุงุจูุ› ู„ุฃู† ุงู„ุทู‘ูŽุนุงู…ูŽ ูˆุงู„ุดู‘ูŽุฑุงุจูŽ ูŠุญุชุงุฌู ุฅู„ูŠู‡ ููŠ ุงู„ูŠูˆู…ู ู…ุฑุชูŠู† ุฃูˆ ุซู„ุงุซุงู‹ุŒ ูˆุงู„ุนู„ู…ู ูŠุญุชุงุฌู ุฅู„ูŠู‡ ูƒู„ู‘ูŽ ูˆู‚ุชู. Kalau bukan kerana ilmu agama nescaya manusia itu menjadi seperti binatang. Manusia lebih memerlukan kepada ilmu agama dibandingkan keperluannya kepada makanan dan minuman. Kerana makanan dan minuman itu diperlukan olehnya sehari dua kali atau tiga kali sahaja. Sementara ilmu agama diperlukan olehnya sepanjang masa.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ Berterima kasihlah kepada orang yang telah melukai hatimu, kerana ia telah membuat hatimu kuat.. Berterima kasihlah kepada orang yang telah membohongimu, kerana ia menjadikan hidupmu semakin bijaksana.. Berterima kasihlah kepada orang yang membencimu, kerana ia yang mengasah ketegaranmu.. Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyayangimu, kerana itulah anugerah terindah dalam hidupmu. ๐Ÿ”– Ahli Hikmah

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ุนุด ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู…ูŽูŠู‘ูุชูŒุŒ ูˆูŽุฃูุญู’ุจูุจู’ ู…ูŽู†ู’ ุดูุฆู’ุชูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู…ูููŽุงุฑูู‚ูู‡ูุŒ ูˆูŽุงุนู’ู…ูŽู„ู’ ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู…ูŽุฌู’ุฒููŠ ุจูู‡ู Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ุฅู†ูŽู‘ ุงู„ุตู„ุงุฉูŽ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ๏ทบ ู‡ูŠ ุงู„ุจู„ุณู…ู ุงู„ุดูŽู‘ุงููŠ ูˆุงู„ู‚ูŽุจุณู ุงู„ู…ูู†ูŠุฑ. ู„ูŠุณุช ู…ุฌุฑู‘ุฏ ูƒู„ู…ุงุชู ู†ูุฑุฏูู‘ุฏูู‡ุง ุจุงู„ุนู‚ูˆู„ุŒ ุจู„ ู‡ูŠ : โ€‹ู†ูˆุฑูŒ ู„ู„ู‚ูู„ูˆุจ ุชุฌู„ุจู ุทู…ุฃู†ูŠู†ุฉ ุงู„ุฑูู‘ูˆุญ ูˆุณูƒูŠู†ุฉ ุงู„ู†ูŽู‘ูุณ. โ€‹ุฑุญู…ุฉูŒ ุฑุจูŽู‘ุงู†ูŠูŽู‘ุฉ ุจู‡ุง ุชู†ุฒูู„ู ุตู„ูˆุงุชู ุงู„ู„ู‡ู ูˆุฑุญู…ุงุชูู‡ ุนู„ูŠู†ุง. โ€‹ุถูŠุงุกูŒ ู„ู„ุฏูŽู‘ุงุฑูŠู† ุชูุถูŠุกู ู„ู†ุง ุฏุฑูˆุจูŽ ุงู„ุฏูู‘ู†ูŠุงุŒ ูˆุชูู…ู‡ูู‘ุฏู ู„ู†ุง ุทุฑูŠู‚ูŽ ุงู„ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ููŠ ุงู„ุขุฎุฑุฉ. โ€‹ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ. (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ูˆู…ุณู„ู…) Sesungguhnya selawat ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ adalah penawar yang menyembuhkan dan cahaya yang menerangi. Ia bukan sekadar kata-kata yang diucapkan oleh lidah, bahkan ia adalah : Cahaya buat hati, yang membawa ketenangan jiwa dan kedamaian dalam diri. Rahmat daripada Allah, yang dengannya limpahan selawat dan rahmat-Nya turun kepada kita. Cahaya untuk dunia dan akhirat, yang menerangi perjalanan hidup kita di dunia serta memudahkan jalan menuju syurga di akhirat.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ...." ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑูŠุจ".... Engkau lebih dekat dari urat nadiku, Dari gemetar bibir yang gagal merangkai namaMu. Dari rintik hujan yang jatuh di jendela resahku, Dari sunyi yang mencengkam gelapku. Aku berlari mengejar tenang, padahal ketenangan itu bersimpuh sujud di hadapanMu. Saat semua pintu tertutup, Engkau buka jalan dari arah yang tak kuduga. Saat semua bahu berpaling, Engkau tetap ada. JawapanMu sudah berbisik di dada. Engkau Maha dekat, sedekat doa yang belum sempat terucap. Jauh dariMu, Maka aku binasa. ๐ŸชถAlaydrusHawraa

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ู…ู† ุนู„ุงู…ุงุชู ู…ุญุจู‘ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ ู„ุนุจุฏูู‡ ุฃู† ูŠููˆูู‘ูู‚ูŽู‡ ู„ู…ุง ูŠูุฑุถูŠู‡ุŒ ูˆูŠุณุชุนู…ู„ูŽู‡ ููŠ ุงู„ุทุงุนุงุชุŒ ูˆูŠุฌุนู„ูŽ ุฃุซุฑูŽู‡ ุฎูŠุฑู‹ุง ุฃูŠู†ู…ุง ูƒุงู†. ูุฅุฐุง ุฑุฃูŠุชูŽ ุงู„ู„ู‡ ูŠูุชุญ ู„ูƒ ุจุงุจู‹ุง ู…ู† ุงู„ุฎูŠุฑุŒ ูˆูŠูุนูŠู†ูƒ ุนู„ู‰ ุงู„ุทุงุนุฉุŒ ูˆูŠูุญุจู‘ูุจ ุฅู„ูŠูƒ ู…ุง ูŠูู‚ุฑู‘ูุจูƒ ู…ู†ู‡ุŒ ูุงุญู…ุฏู‡ุŒ ูˆุงุณุฃู„ู‡ ุงู„ุซุจุงุช..ูุฅู†ู‘ูŽ ุฃุนุธู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุนู… ุฃู† ูŠุณุชุนู…ู„ูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠู…ุง ูŠูุญุจ. Diantara tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya bahawa Allah memberinya taufik untuk dia melakukan apa yang diredhai Allah, dan menjadikan dia sibuk dengan ketaatan. dan Allah menjadikan kehadirannya dimana sahaja membawa kebaikan. Maka apabila engkau dapati Allah membukakan untukmu pintu dari kebaikan, memudahkanmu dalam berbuat taat, dan menanamkan dalam hatimu kecintaan kepada perkara yang mendekatkanmu dengan-Nya, maka pujilah Dia dan mohonlah ketetapan ( Istiqamah ) Kerana sebesar-besar nikmat adalah apabila Allah menjadikanmu sebagai hamba yang digunakan-Nya untuk melakukan apa yang Dia cintai.

  • ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ ู„ุง ุชุฌุนู„ู’ ุถู…ูŠุฑูŽูƒูŽ ูˆู†ู‚ุงุกูŽ ู‚ู„ุจููƒ ูŠูู‚ุงุณุงู†ู ุจู†ุธุฑุฉู ุงู„ู†ุงุณู ุฅู„ูŠูƒ. ูู„ุง ุชูุตุฏู‘ูู‚ู’ ุฃู†ู‘ูŽูƒูŽ ุตุงู„ุญูŒ ู„ู…ุฌุฑู‘ูŽุฏู ุฃู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ุงุณูŽ ุฃุซู†ูˆุง ุนู„ูŠูƒุŒ ูˆุฃู†ุชูŽ ููŠ ู‚ุฑุงุฑุฉู ู†ูุณููƒูŽ ุชุนู„ู…ู ุบูŠุฑูŽ ุฐู„ูƒ. ูุงู„ู…ูŠุฒุงู†ู ุงู„ุญู‚ูŠู‚ูŠู‘ู ู„ูŠุณ ู…ุฏุญูŽ ุงู„ู†ุงุณู ูˆู„ุง ุฐู…ู‘ูŽู‡ู…ุŒ ูˆุฅู†ู‘ูŽู…ุง ุตุฏู‚ููƒูŽ ู…ุน ู†ูุณููƒูŽุŒ ูˆู…ุง ูŠุนู„ู…ูู‡ ุงู„ู„ู‡ู ู…ู† ุณุฑูŠุฑุชููƒูŽ. ุฑุญู…ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุงู…ุฑุฃู‹ ุนุฑููŽ ู‚ุฏุฑูŽ ู†ูุณูู‡. Jangan jadikan hati nuranimu dan kesucian hatimu diukur dengan pandangan manusia kepadamu. Oleh itu janganlah kamu meyakini bahawa kamu seorang yang soleh hanya kerana manusia memujimu, sedangkan di lubuk hatimu sendiri kamu tahu hakikat yang sebenar. Kerana timbangan yang sebenar bukanlah pujian manusia mahupun celaan mereka, tetapi kejujuranmu dengan dirimu sendiri, dan apa yang di ketahui oleh Allah tentang isi hatimu. Semoga Allah merahmati seseorang yang mengenal kadar dirinya.