tgindex
Refleksi Nadia

Refleksi Nadia

Статистика
@refleksinadiaРелигияиндонезийский

Perbaiki Kehidupan dengan al-Quran. ♥️

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
10
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
5 628
−3 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
603
19 постов
Вовлечённость
10,7%
к подписчикам
Постов в день
1,4
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
393
1/48двое суток
450
1/72трое суток
485

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Semua Tafsir al-Azhar dah jumpa pemilik baharu. Jadi saya delete post tadi. Terima kasih! ☺️✨

  • Kalau ada terfikir macam tu, cepat-cepat tepis tau! Baca ta'awwuz: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ "Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam."  Kita tak nak terikut hasutan syaitan dan desakan nafsu sendiri. Tak pasal-pasal terikut perangai orang Yahudi yang tuduh Allah seberat itu. Sedangkan dalam ayat yang sama Allah jelaskan bahawa kurniaan-Nya sangat luas. Jauh sungguh daripada sifat kedekut. Tak logik kalau Allah kedekut kerana Dia sendiri menamakan diri-Nya ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).   Bahkan, sumber semua rezeki yang kita dapat selama ini pun datang daripada-Nya semata-mata. Ya. Memang kita bekerja keras. Ada yang berniaga, membina kerjaya dan mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan rezeki. Tetapi semua itu hanyalah sebab. Yang membuka jalan, memberi peluang dan mengizinkan rezeki itu sampai kepada kita tetap Allah.  Jadi, jika ada hajat kita yang belum termakbul, tepislah sangkaan-sangkaan buruk kepada Allah dengan usaha mengingati nikmat-nikmat yang pernah terwujud sama ada melalui doa yang kita minta atau tidak. Agak-agak hati mula terdetik sangka buruk, ingatkan diri yang kita tidak mahu mengikut perangai macam sebahagian orang Yahudi ni okay? 👍🏼

  • Waktu mengaji tadi saya terhenti pada Surah al-Maidah: Ayat 64. Dalam ayat ni Allah bongkar perangai buruk sebahagian orang Yahudi yang tuduh Allah kedekut. Amboi beraninya! 😩 Sekarang, cuba kita periksa diri sendiri. Barangkali sudah lama kita berdoa, meminta sesuatu yang kita anggap penting bagi kita. Tapi belum dapat lagi. Ada tak kita rasa macam Allah kedekut dengan kita? 😔

  • Ada yang tanya, "Apa yang paling suka tentang al-Quran?" Dulu saya jawab sebab dapat ketenangan. Tapi bila go deeper, sebenarnya lebih daripada itu. "Al-Quran tak judge sesiapa yang kembali kepadanya untuk berubah ke arah kebaikan." 🥹 Al-Quranlah sahabat sejati kita. Dia bukan hanya menegur kita, bahkan ada kasih sayang Tuhan yang sangat luas. Dan al-Quran tidak pernah mengkhianati kita. Jika di dunia dia diam membisu, bermula di alam barzakh nanti, dialah yang paling sibuk mempertahankan kita di hadapan Allah.

  • Refleksi Nadia pinned «Ada apa dalam ebook ni? Boleh tengok video ya ☺️ https://youtube.com/shorts/lpiJHWLAPCU?si=cBHTHgAmvWCGcTyg»

  • Refleksi Nadia pinned a photo

  • Ada apa dalam ebook ni? Boleh tengok video ya ☺️ https://youtube.com/shorts/lpiJHWLAPCU?si=cBHTHgAmvWCGcTyg

  • без подписи

  • без подписи

  • Salam semua! ☺️ Sebelum ni ramai yang tanya tentang ebook zine 'Tuhanmu Tidak Meninggalkanmu' sebab jauh nak pos. Postage pun tak murah. Jadi, atas permintaan, zine sekarang ada dalam bentuk digital. Boleh baca dengan app Google Slides. Kali ni tiada PDF. Jika berminat, boleh DM saya di link bawah: https://t.me/puannadia

  • 7 авг.730401

    Woman to women, Tadabburlah al-Quran setiap hari sehingga kita semakin yakin bahawa dunia ini hanya sementara. Letaklah dunia di tangan untuk diuruskan, bukan letak di hati sehingga melalaikan. Kerana akhirat itu jauh lebih baik bagi orang yang melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya ketika di dunia. Semoga Allah SWT terus membimbing kita. ❤️❤️❤️

  • 24 июл.1 0515

    без подписи

  • 24 июл.1 128175

    Kawan-kawan, kita bukan sahaja diperintahkan untuk menjaga mata daripada melihat perkara yang haram, tetapi juga menjaga mata daripada terlalu lama memandang nikmat yang Allah SWT beri kepada orang lain. Kadangkala, kita rasa hidup kita baik-baik sahaja sehinggalah kita buka media sosial. Melihat seorang demi seorang berkongsi kejayaan, rumah baharu, kereta baharu, bercuti ke sana sini, atau berkongsi pencapaian mereka. Tanpa sedar, hati mula terdetik, “Kenapa hidup aku macam biasa je. Takde apa yang berubah?” Sedangkan Allah SWT sudah mengingatkan bahawa semua itu hanyalah perhiasan dunia yang menjadi ujian. Mengagumi kejayaan orang lain jangan sampai kita hilang rasa syukur terhadap rezeki yang Allah SWT telah berikan. Moga Allah SWT menjaga hati kita daripada terlalu sibuk memandang apa yang ada di tangan orang lain, sehingga terlupa menghargai apa yang sudah ada dalam genggaman sendiri. Jaga diri okay? 🤍

  • Siapa yang baca Surah al-Kahfi 110 ayat sekali gus pada Hari Jumaat, akan mendapat cahaya antara dua Jumaat.✨ Apa maksud cahaya antara dua Jumaat? Direkod oleh Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.” Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996) 1. Limpahan cahaya yang Allah beri terlihat pada wajah, penglihatan, hikmah atau pada peribadi pembaca. 2. Cahaya yang menaik tinggi ke langit amalan yang dikerjakan itu dan dilihat para malaikat. 3. Cahaya itu di akhirat. Dia akan lebih menyinar di akhirat berbanding orang yang tidak membaca. 4. Cahaya ini yang akan melindungi pembaca, tanda diterima amalan bacaan tersebut oleh malaikat, serta mengelak gangguan syaitan. Rujukan: https://dorar.net/hadith/sharh/146478 Semoga Allah SWT permudahkan untuk kita semua amalkan al-Kahfi ☺️

  • без подписи

  • Selamat membaca Surah al-Kahfi, kawan-kawan ☺️ Semoga kita antara yang mendapat 'cahaya antara dua Jumaat' dan dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

  • 🗣️: "Macam mana ya nak dapat balik feel dengan Quran, rindula nak baca dia berterusan macam dulu, ada tips tak 😔." ✨Jawapan: Upgrade level daripada mengaji sahaja kepada tadabbur al-Quran sekali. Tak perlu banyak; tadabbur satu ayat sehari. Bila tadabbur, kita semakin faham apa yang kita baca. Insya-Allah lebih seronok nak baca al-Quran setiap hari. Tambahan pula dalam al-Quran ada banyak kisah menarik. Insya-Allah tak jemu baca. Dan setiap kali kita tadabbur, akan dapat kefahaman dan pencerahan baru walaupun tadabbur ayat yang sama. Bila kita faham, kita akan lebih menghargai al-Quran. Siapa lagi rasa macam ni? ☺️

  • Boleh pilih belajar tentang hari-hari sakit Nabi ﷺ dan juga seni berdoa cara Nabi ﷺ Ini link ya : https://seerahcenter.onpay.my/order/form/nabisakit/nb Jom jadi online classmate!☺️

  • Kali ni kita ambil pengajaran dan kekuatan daripada kisah Nabi ﷺ Insya-Allah ❤️

  • 6 dan 7 Ogos depan Ustaz Khubaib buat dua kelas ni. Belum pernah nampak lagi topik ni dibincangkan dalam mana-mana kelas 🥹