- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 10
- Всего постов
- 31
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 260
- 1/48двое суток
- 297
- 1/72трое суток
- 321
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
🌿 Jom Singgah ke Website Rasmi Mutiara Tadabbur Sedang mencari bahan pembelajaran al-Quran yang tersusun dalam satu tempat? Di website Mutiara Tadabbur, kami himpunkan pelbagai bahan untuk membantu perjalanan tadabbur al-Quran anda. Antaranya: 📖 Ebook percuma 🎥 Kuliah dan rakaman percuma 📚 Diskusi buku dan kupasan karya 📖 Buku-buku Tadabbur 🎓 Seminar dan rakaman pembelajaran 🤝 Komuniti Mutiara Tadabbur Matlamat kami sederhana, namun besar harapannya. Semoga platform ini dapat membantu lebih ramai mendekati al-Quran melalui tadabbur yang mudah difahami, praktikal dan dekat dengan kehidupan seharian. Jemput singgah, dan jika bermanfaat, kongsikan juga kepada keluarga serta sahabat. ⛓https://ezy.la/mutiaratadabbur
Kelas 2 & 3 berlangsung hari ini. https://zikra.org/order/form/kelasibrahim/1
Kelas sirah rumah tangga Rasulullah ﷺ & Aisyah r.a. Pelancaran dan pendaftaran dibuka Isnin, 17 Ogos. Masuk waiting list ini supaya anda tidak terlepas info 👇 http://www.wasap.my/60183717372/WLSirahRumahtanggaNabiSAW
без подписи
[Mengenang Imam Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur] Pada tarikh seperti hari ini, 12 Ogos 1973, telah kembali ke rahmatullah seorang imam dan ulama besar, Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur رحمه الله, Syeikh Jami‘ al-Zaytunah di Tunisia, Syeikh al-Islam dalam mazhab Maliki, serta salah seorang tokoh ulama Islam terkemuka pada zaman moden. Allah mengurniakan kepadanya keluasan dan keteguhan ilmu, ketelitian dalam penelitian, ketinggian pemikiran serta semangat pembaharuan dan islah. Beliau رحمه الله dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terkenal dengan ilmu dan kemuliaan. Keluarganya berasal daripada keturunan Andalusia. Beliau menuntut pelbagai disiplin ilmu di Jami‘ al-Zaytunah, sehingga akhirnya menjadi antara ulama dan tokoh terkemuka institusi tersebut. Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai mufti dan pada tahun 1932 dipilih sebagai Syeikh al-Islam bagi mazhab Maliki. Beliau turut dilantik sebagai Syeikh Jami‘ al-Zaytunah. Selepas Tunisia mencapai kemerdekaan pada tahun 1956, beliau dilantik sebagai Dekan Universiti al-Zaytunah. Ibn ‘Ashur رحمه الله merupakan seorang faqih Maliki yang sangat mendalam ilmunya, pakar usul fiqh yang teliti, ahli bahasa yang mahir serta sasterawan yang tinggi cita rasanya. Beliau berjaya menggabungkan keaslian khazanah tradisi Islam dengan kesedaran mendalam terhadap keperluan semasa. Beliau merupakan antara tokoh penting yang memperbaharui penelitian terhadap fiqh maqasid (Maqasid al-Shariah) serta berusaha menghidupkan kembali semangat ijtihad dan pembaharuan dalam umat Islam. Antara karya agung beliau yang kekal menjadi rujukan sehingga hari ini ialah al-Tahrir wa al-Tanwir (التحرير والتنوير). Tafsir yang besar ini dianggap antara karya tafsir terpenting yang dihasilkan pada zaman moden. Di dalamnya, Ibn ‘Ashur menggabungkan ketelitian ilmiah, keindahan bahasa dan kedalaman tadabbur, di samping menghubungkan makna ayat-ayat al-Quran dengan maqasidnya yang lebih luas. Antara karya beliau yang lain ialah: Maqasid al-Shari‘ah al-Islamiyyah (مقاصد الشريعة الإسلامية) Usul al-Nizam al-Ijtima‘i fi al-Islam (أصول النظام الاجتماعي في الإسلام) Alaysa al-Subh bi Qarib (أليس الصبح بقريب) Mujaz al-Balaghah (موجز البلاغة) al-Waqf wa Atharuhu fi al-Islam (الوقف وآثاره في الإسلام) serta pelbagai lagi karya ilmiah yang bermanfaat. Beliau رحمه الله juga dikenali sebagai seorang ulama yang teguh pendirian dan memiliki maruah keilmuan yang tinggi. Antara pendiriannya yang paling terkenal ialah ketika Presiden Tunisia, Habib Bourguiba, menyeru rakyat supaya berbuka puasa pada bulan Ramadan dengan alasan mahu meningkatkan produktiviti. Ibn ‘Ashur menolak untuk mengeluarkan fatwa yang membenarkan perkara tersebut dan menegaskan hukum Allah tentang kewajipan berpuasa. Dalam peristiwa itu, dinukilkan daripada beliau ungkapan yang masyhur: > «صدق الله وكذب بورقيبة» “Benarlah Allah, dan Bourguiba telah berdusta.” Pendirian tersebut kekal dikenang sebagai antara bukti keberanian dan keteguhan beliau dalam berhadapan dengan tekanan politik. Imam Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur رحمه الله meninggal dunia pada 12 Ogos 1973, setelah melalui kehidupan yang sarat dengan ilmu, pendidikan, pembaharuan dan penulisan. Beliau meninggalkan khazanah keilmuan yang sangat besar, karya-karya yang terus dimanfaatkan serta perjalanan hidup yang sewajarnya dibaca dan dikaji oleh generasi selepasnya. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang seluas-luasnya, membalas segala jasanya terhadap Islam, ilmu-ilmu syariah dan negaranya dengan sebaik-baik ganjaran, memberkati ilmu serta karya-karya peninggalannya, dan menjadikan segala ilmu bermanfaat yang ditinggalkannya sebagai pemberat timbangan amal kebajikannya. Adaptasi dan terjemahan bebas dari: Siyar A‘lam al-Mu‘asirin (سير أعلام المعاصرين) Mutiara Tadabbur
LIVE Kelas Pengenalan Daurah Surah al-Nur bersama Ustaz Syaari Ab Rahman https://www.facebook.com/share/v/1bCNsK4RVK/ Jemput daftar Daurah Surah Al-Nur bersama Ustaz Syaari Ab Rahman yang akan bermula pada 2 September. Daurah setiap Rabu, Jam 8-10 malam, secara online di Zoom. https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/NUR_UMUM/3
Ibu & Ayah Nabi SAW, ke Syurga atau Neraka? Betul ke Nabi ada anak yang lahir bukan daripada isteri Nabi? Betul ke Abu Bakar sebelum Islamnya ceti, Umar sebelum Islamnya pembunuh? Dua orang Yahudi; Ibn Uraiqit & Amir bin Fuhairah bantu Hijrah Nabi? Isteri Nabi SAW berapa orang sebenarnya? Jemput sertai Kelas Salah Faham Dalam Sirah yang akan berlangsung Jam 9 malam ini. Daftar sebelum Jam 5 petang ini ‼️ https://pondoksirah.onpay.my/order/form/salahfaham/2
[Hidup Antara Syukur dan Sabar] Hidup kita ini adalah antara syukur dan sabar. Allah SWT berfirman: ﴿وَاشكُروا لي وَلا تَكفُرونِ يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا استَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّابِرينَ﴾ [البقرة: ١٥٢-١٥٣] “Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” Ibn Kathir rahimahullah berkata: «لما فرغ تعالى من بيان الأمر بالشكر، شرع في بيان الصبر، والإرشاد إلى الاستعانة بالصبر والصلاة؛ فإن العبد إما أن يكون: في نعمة فيشكر عليها، أو في نقمة فيصبر عليها». "Setelah Allah SWT selesai menjelaskan perintah untuk bersyukur, Dia kemudian menjelaskan tentang sabar serta memberi petunjuk agar memohon pertolongan dengan kesabaran dan solat. Hal ini kerana seorang hamba sentiasa berada dalam salah satu daripada dua keadaan: sama ada dia berada dalam nikmat, lalu dia bersyukur atasnya; atau dia berada dalam kesusahan, lalu dia bersabar menghadapinya." Rujukan : Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim Moga bermanfaat. Jemput sebarkan. t.me/mutiaratadabbur
Renungan hari ini. Jemput sebarkan. Moga bermanfaat. https://www.facebook.com/share/p/1BcdPQcJ62/
Live Surah Al-Mukminun https://vt.tiktok.com/ZS9k1YcLeGdhH-ZIV1U/
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи