tgindex
Tadabbur Centre

Tadabbur Centre

Статистика
@tadabburcentreРелигияиндонезийский

Untuk lebih info, klik pautan tertera: linktr.ee/tadabbur_centre

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
33
Всего постов
496
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
14 638
+54 за 5 дн.
Сутки
+10
+0,07%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
299
40 постов
Вовлечённость
2,0%
к подписчикам
Постов в день
4,7
всего 496
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
по 13 постам
1/24сутки в ленте
281
1/48двое суток
322
1/72трое суток
347

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Surah al-Kahfi: Jangan Jadi Generasi yang Malas Mencari Kebenaran  Kita hidup pada zaman yang tidak pernah kekurangan informasi. Bangun sahaja daripada tidur, telefon berada di tangan. Dalam beberapa minit, kita sudah boleh mengetahui apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Ilmu juga semakin mudah dicari. Buku boleh dibaca secara digital, kuliah boleh didengar di mana-mana, tafsir boleh dirujuk hanya dengan download aplikasi. Namun persoalannya, adakah banyaknya informasi menjadikan kita semakin berilmu? Tidak semestinya. Kadangkala masalah kita bukan kerana tiada ilmu, tetapi kita tidak mahu mencarinya. Kita lebih selesa mendengar apa yang orang lain katakan, kemudian menerimanya tanpa menyemak kesahihannya. Lebih membimbangkan apabila sikap yang sama berlaku terhadap ilmu yang paling penting dalam kehidupan kita, iaitu al-Quran. Al-Quran berada dekat dengan kita, tetapi sejauh mana kita benar-benar membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya? Pada hari Jumaat ini, mari kita renungi satu ayat daripada Surah al-Kahfi yang memberikan teguran besar tentang manusia yang telah didatangi petunjuk, tetapi masih memilih untuk berpaling. Allah SWT berfirman: وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤْمِنُوٓا۟ إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّهُمْ إِلَّآ أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ ٱلْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ ٱلْعَذَابُ قُبُلًۭا Maksudnya: Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi. (Surah al-Kahfi, 18:55) Menurut Ibn ‘Atiyyah, ungkapan وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ merujuk kepada golongan kafir Quraisy yang terkenal dengan keingkaran mereka. Manakala Imam al-Alusi menjelaskan bahawa ungkapan: إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰ merujuk kepada al-Quran yang membawa manusia menuju jalan keimanan dan segala bentuk kebaikan. Ia juga ditafsirkan sebagai merujuk kepada Nabi SAW yang membawa petunjuk tersebut. Kebenaran sudah berada di hadapan mata mereka. Al-Quran dibacakan kepada mereka. Rasulullah SAW berdakwah kepada mereka. Bahkan orang yang membawa wahyu itu bukanlah seseorang yang asing. Baginda ialah insan yang mereka sendiri kenali sebagai al-Amin, seorang yang dipercayai dan tidak pernah berdusta. Namun semua itu masih belum cukup untuk mengubah mereka. Mengapa? Kerana masalah sebenar mereka ialah hati yang enggan menerima kebenaran. Imam Ibn ‘Asyur ketika menghuraikan ungkapan: تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ ٱلْأَوَّلِينَ menjelaskan tentang jalan yang pernah ditempuh oleh umat terdahulu. Mereka memilih kesesatan dan terus mengikut jalan yang salah. Begitulah juga sebahagian Musyrikin Mekah. Mereka memilih mempertahankan kepercayaan nenek moyang walaupun kebenaran sudah sampai kepada mereka. Mereka mengikut secara membuta tuli tanpa mahu membuka hati untuk menilai apa yang benar. Di sinilah ayat ini menjadi sangat dekat dengan kehidupan kita. Hari ini kita mungkin tidak menyembah berhala seperti mereka. Tetapi kita juga boleh terperangkap dengan sikap yang sama apabila menerima sesuatu hanya kerana: “Orang ramai kata begini.” “Dari dulu memang macam ini.” “Saya dengar orang cakap begitu.” Sedangkan kita sendiri tidak pernah mahu membaca, belajar dan menyemaknya. Lebih-lebih lagi apabila perkara itu berkaitan agama. Jangan sampai kita mempunyai al-Quran di rumah, aplikasi al-Quran di telefon, kelas agama di mana-mana dan pelbagai kitab boleh diakses dengan mudah, tetapi kita masih memilih untuk tidak belajar. Bacalah al-Quran. Fahamilah al-Quran. Tadabburlah al-Quran. Dan yang paling penting, berusahalah untuk mengamalkannya. Kerana hidayah tidak sepatutnya hanya kita dengar. Hidayah perlu kita sambut. Wallahu A'lam...

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи