tgindex
Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir

Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir

Статистика

قناة الشيخ محمد نزرول الماليزي Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir شيخ الزاوية الناصرية بماليزيا للمتابعة: فيسبوك/ https://www.facebook.com/SyeikhNazrulNasir

Последний пост
10 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 413
+1 за 4 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
806
20 постов
Вовлечённость
57,0%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
123
1/48двое суток
140
1/72трое суток
152

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 10 авг.1013из shhawe

    Selamat Datang ke Pahang Darul Makmur | Sheikh Abdul Aziz Ahmad Rizq al-Shahawi Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) bersama rakan-rakan institusi turath mengalu-alukan kehadiran al-Shaykh al-‘Allāmah Abdul Aziz Ahmad Rizq al-Shahawi, Shaykh al-Syāfi‘iyyah al-Misriyyah, ke Pahang Darul Makmur pada 20–25 Ogos 2026. Kunjungan ini menjadi wadah memperkukuh hubungan keilmuan serta menyuburkan tradisi turath dan keilmuan Islam antara ulama al-Azhar dan institusi pondok di Malaysia, khususnya dalam membina generasi pewaris ilmu yang berakar pada tradisi Ahli Sunnah wal Jamaah.

  • 8 авг.1786из shhawe

    Selamat datang ke Malaysia. Khabar gembira buat rakyat Malaysia. Buat julungkalinya, Syeikh Abdul Aziz Al-Shihawi hafizahullah taala, Syeikh Syafiyyah dan Guru Besar Mazhab Syafie di Masjid Al-Azhar Al-Syarif dan Republik Arab Mesir akan mengunjungi tanah air kita sepanjang 22 Ogos sehingga 9 September 2026. Jadual perjalanan Syeikh Abdul Aziz Al-Shihawi hafizahullah taala secara terperinci akan dikemaskini dari masa ke semasa. Semoga kita semua dapat mengambil peluang dan manfaat dari kedatangan Fadhilatul Syeikh ke Malaysia kali ini

  • 🔴 SAKSIKAN PODCAST BALAI HIKMAH | EPISOD 1 Bersama Syeikhuna Syeikh Nazrul Nasir Tajuk: “Jejak Rahsia Menuju Cahaya” Dalam episod pertama ini, Syeikhuna berkongsi sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk langkah beliau dalam menuntut ilmu. Bermula dengan didikan penuh kasih sayang daripada Ibunda dan Ayahanda, seterusnya pengalaman menuntut ilmu sehingga melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, serta mengimbau sejarah awal penubuhan Zawiyah Nasiriyyah. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi manfaat buat semua, menyuburkan kecintaan terhadap ilmu, memuliakan para guru, serta menjadi inspirasi kepada setiap penuntut ilmu. 🎥 Saksikan Podcast Balai Hikmah Episod 1 dan hayatilah setiap perkongsian yang sarat dengan hikmah dan ibrah. https://youtu.be/i8Dkt6cchwg?si=gmc986HS94WGoZLI

  • https://vt.tiktok.com/ZS93YwGMC

  • Unit media Zawiyah Studio sedang merancang untuk menaiktaraf kualiti media dari sudut live, podcast, studio dan sebagainya. Jika ada yang ingin berkongsi rezeki boleh infaq ke akaun: 5520 2299 4775 ZN Studio Maybank Semoga dengan adanya alat-alat ini, lebih banyak ilmu dan panduan dihasilkan untuk generasi akan datang. Semoga dengan keikhlasan semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat buat yang terlibat. Sila maklumkan resit kepada Ustaz Zakwan atau Admin di 👇🏻 https://linktr.ee/zawiyahstudio

  • 🌙✨SAMPUL RAYA ZAWIYAH NASIRIYYAH CLEARANCE SALE Dapatkan sampul raya dari batik Zawiyah Nasiriyyah, stok dah tak banyak, limited terhad!! Harga: 10 pcs - RM3 *Setiap Pembelian Percuma Kad Amalan Pada Hari Raya😍* 📦Dapatkan segera di Shopee Zawiyah Nasiriyyah👇🏻: https://s.shopee.com.my/8KkgZK97mw https://s.shopee.com.my/8KkgZK97mw - Admin -

  • https://vt.tiktok.com/ZSurDwsEb

  • Pengajian Kedua (4) kitab Qami' at-Tughyan ( karangan Al-Imam Nawawi al-Jawi ) syarahan keatas Manzumah Syu'ab al-Iman ( karangan Al-Imam Zaynuddin al-Malaibari ). https://vt.tiktok.com/ZSHEHEMJtBcgq-V7wSc/

  • 27 дек.7872из Saadani9

    قريبًا بإذن الله بمعرض القاهرة الدولي للكتاب 2026

  • без подписи

  • Kata beliau, inilah peri penting mengkaji serta meluaskan bacaan agar kita kurang percanggahan dengan realiti. 5. Beliau juga menyebutkan, bahawa majlis konvokesyen ini adalah salah satu bentuk pemuliaan kepada para penuntut ilmu, bukan haqiqat keilmuan seseorang, kerana ilmu itu bukan hanya diukur dengan kecerdikan, tetapi diukur juga dengan amal serta luhurnya adab seseorang ilmuan tadi. Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian sijil serta anugerah khas kepada para santri dan santriwati Zawiyah Nasiriyyah. Bilangan graduan Santri 'Aliyah yang hadir : 12 orang Bilangan graduan Santriwati yang hadir : 55 orang Bilangan tetamu yang mendaftar : 66 orang 🎖️Anugerah khas Santri 'Aliyah : 🥇Anugerah al-Imam al-Ghazali (pertama) : Santri Aminul 'Aseem Bin Jawawi 🥈Anugerah al-Imam al-Bajuri (kedua) : Santri Abdullah Zahid Bin Mohamad 🥉Anugerah al-Imam Nawawi al-Jawi (ketiga) : Santri Muhammad Alif Najmi Bin Mohamed Kamel 🎖️Anugerah khas Santriwati : 🥇Anugerah al-Imam al-Ghazali (pertama) : Nurul Hasanah Binti Azizan 🥈Anugerah al-Imam al-Bajuri (kedua) : Yuhaniz Binti Zahirud-din 🥉Anugerah al-Imam Nawawi al-Jawi (ketiga) : Siti Nur Sakinah Binti Muhamad Salim Pihak Az-Zawiyah An-Nasiriyyah sekali lagi megucapkan setinggi tahniah kepada seluruh graduan serta setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh yang telah menjayakan majlis yang penuh dengan ingatan dan keberkatan ini. Semoga ZN diberikan kemudahan dan keberkahan untuk memperjuangkan manhaj ilmu yang telah ditinggalkan oleh para Ulama terdahulu.

  • MAJLIS ADAT ISTIADAT KONVOKESYEN ZAWIYAH NASIRIYYAH KALI PERTAMA 2025 Syukur ke Hadrat Ilahi atas kurniaan serta pertolonganNya, Zawiyah Nasiriyyah berjaya menganjurkan Majlis Adat Istiadat Konvokesyen Zawiyah Nasiriyyah buat pertama kalinya bagi meraikan kejayaan Santri peringkat 'Aliyah angkatan pertama (4 tahun pengajian : 2020-2024) serta Santriwati angkatan pertama (2 tahun pengajian : 2022-2025). Majlis mulia ini diadakan pada tarikh 24 Ogos 2025 yang bertempat di Dewan 3, Raia Hotel, Alor Setar, dengan kehadiran 80 orang graduan. 🎙️⭐️Ucaptama majlis disempurnakan oleh tetamu jemputan AL-FADHIL DR. AKLI BIN AHMAD. A.M.K ,Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS). Antara isi penting ucapan beliau adalah : 1. Ucapan setinggi tahniah kepada Zawiyah Nasiriyah yang telah berjaya mengadakan majlis sebegini, dan majlis konvokosyen ini adalah salah satu bentuk pengiktirafan dan pemuliaan kepada para penuntut ilmu. 2. Pesanan kepada para Santri dan Santriwati agar terus menuntut ilmu, dan tidak menjadikan konvokesyen ini sebagai penamat, bahkan permulaan bagi menempuh pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3. Proses pengajian ini tidak akan pernah berakhir selagi hayat dikandung badan, sehinggakan ketika kita sudah mati, masih ditalqinkan sebagai isyarat bahawa pesanan dan ilmu itu tidak akan pernah terputus. 4. Majlis konvokesyen Zawiyah Nasiriyyah ini adalah salah satu bentuk hubungan dengan Institusi lain khususnya ketika pihak Zawiyah Nasiriyyah menjemput beliau mengahadiri majlis, secara tidak lansung membina ikatan hubungan pendidikan dengan pihak UNISHAMS. 🎙️⭐️Seterusnya ucapan disempurnakan pula oleh AL-FADHIL SYEIKH MOHD NAZRUL BIN ABD NASIR AL-AZHARIY, Pengerusi Yayasan Az-Zawiyah An-Nasiriyyah, Syeikh Az-Zawiyah An-Nasiriyyah. Antara isi penting ucapan beliau adalah : 1. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan, para penyumbang dan pendokong ZN samada secara material atau ruhani. 2. Beliau juga berterima kasih kepada waris para santri dan juga berterima kepada para santriwati yang telah memberikan kepercayaan yang penuh kepada Zawiyah Nasiriyyah ketika ZN belum ada apa-apa, sehinggakan pada awal penubuhan ZN, pengajian-pengajin hanya diadakan di rumah peribadi beliau. Kata beliau, beliau melakukan perkara tersebut kerana berpegang dengan kata-kata guru Mulia al-Imam 'Ali Jum'ah hafizahullah, Mantan Mufti Mesir : ‎الإنسان قبل البنيان "pembinaan jati diri insan itu diutamakan daripda pembinaan bangunan" Memang benar ucapan tersebut, jika pembinaan jatidiri dan ilmu itu didahulukan terlebih dahulu, maka pembangunan zahir ini akan ikut serta setelahnya. 3. Beliau juga berpesan, bahawa gerak kerja, niat tuntut ilmu, dan semua niat yang dilakukan adalah diniatkan seperti apa yang diniatkan oleh Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Kata beliau: "Jika kita ingin melakukan sesuatu perkara, maka perlu kita fikirkan didalam benak hati kita, adakah perkara ini disukai dan diredhai oleh Rasululllah jika kita melakukannya?" Jika semua yang menggerakkan ZN berniat sebegitu, maka insyaAllah ZN akan dijaga serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah Ta'ala. Beliau juga mengatakan, pemikiran ini juga wajib ada pada setiap jiwa Syeikh Az-Zawiyah An-Nasiriyyah yang akan datang setelah beliau. 4. Beliau juga ada menyebutkan tentang falsafah asal usul pemakaian jubah dan topi mortar board graduan serta ahli senat konvokesyen. Kata beliau, topi Mortar board yang dipakai graduan itu adalah lambang kepada dijunjung kitab Suci al-Quran serta kitab-kitab ilmu, dan ianya adalah adaptasi golongan eropah yang telah datang belajar di universiti-universiti khusunya Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi yang ditubuhkan pada tahun 859M. Lalu sifat jubah konvokesyen yang luas bukaan lengan bajunya adalah tanda intelektual islam seperti yang disebutkan oleh al-Imam Abu Hanifah rahimahullah : ‎عظموا عمائمكم، ووسعوا أكمامكم "besarkan olehmu akan serbanmu, dan luaskan olehmu akan lengan bajumu"

  • Ikuti Live Syeikhuna https://vt.tiktok.com/ZSB7KRvpL/

  • 6 июл. 2025 г.883из shhawe

    ✨ قناة واتساب لدروس شيخنا الإمام العلامة عبد العزيز الشهاوي شيخ الشافعية 👇 https://whatsapp.com/channel/0029Va6cZf9Jf05X9CXd7i0D

  • HUKUM PENGGUNAAN KULIT BANGKAI YANG TELAH DISAMAK Umum diketahui bahawa kulit bangkai yang disamak dihukum sebagai suci zahir dan batin. Pun begitu, terdapat perincian pada hukum penggunaanya. HUKUM JUAL BELI Telah sepakat para ulama’ Syafiieyyah pada keharusan mengambil manfaat dengannya seperti dipakai sebagai pakaian atau sebagainya. Adapun khilaf berlaku pada hukum menjualnya. MUKTAMAD di dalam mazhab adalah Qaul Jadid, iaitu HARUS JUAL BELI kulit bangkai yang telah disamak kerana ia juga termasuk dalam salah satu bentuk mengambil manfaat. Ini juga diguna pakai di sisi Mazhab al-Imam Abu Hanifah. Qaul Qadim pula tidak mengharuskan jual beli kerana sabit di dalam hadith Nabi adalah khusus keharusan pada mengambil manfaat, tanpa kesarihan akan keharusan jual beli. HUKUM MEMAKAN KULIT YANG DISAMAK Pada hukum memakannya, terdapat perincian seperti berikut - Jika kulit tersebut daripada bangkai haiwan yang boleh dimakan seperti lembu dan kambing: 1. Qaul Jadid : Harus memakannya kerana hukumnya sama seperti kulit yang suci dari haiwan yang disembelih. 2. Qaul Qadim : HARAM memakannya kerana sabit di dalam hadith : (إنما الحرام في الميتة أكلها) “Sesungguhnya yang haram pada bangkai adalah memakannya” Hadith ini memberi penegasan pengharaman memakan bangkai, hal keadaan Baginda Nabi memerintahkan untuk disamak kulit tersebut agar diperoleh manfaat selain makan. Ini merupakan pendapat yang SHAHIH dan MUKTAMAD seperti yang disebut oleh al-Imam Ibnu Sobbagh, dan ini juga merupakan salah satu daripada beberapa siri hukum yang ditarjih padanya Qaul Qadim. - Jika kulit tersebut daripada haiwan yang tidak boleh dimakan seperti keldai dan sebagainya: 1. Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali dan para ulama’ Syafieyyah Baghdad mengatakan HARAM memakannya kerana samak yang menyucikan kulit tidak menjadi lebih kuat hukumnya dari sembelihan, maka jika disembelih haiwan yang tidak boleh dimakan, tetap haram memakannya. Begitu juga samak, meskipun harus menggunakannya tetapi tetap haram dimakan. 2. Pun begitu, Al-Imam Al-Qoffal dan Al-Qadhi Abu al-Qasim mengatakan pada hukumnya berlaku 2 pendapat sama seperti hukum memakan kulit yang disamak dari haiwan yang boleh dimakan, kerana samak menyucikan kulit haiwan yang tidak boleh dimakan sama seperti ia menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan. Kesimpulannya, MUKTAMAD di dalam Mazhab Syafie, HARAM memakan kulit yang telah disamak, samada dari haiwan yang boleh dimakan atau tidak. Rujuk: البيان في مذهب الإمام الشافعي للإمام العمراني. (٧٢/١) باب الآنية، مسألة: الانتفاع بجلد الميتة، فرع: أكل جلد الميتة بعد الدبغ. *Faedah dari pengajian Matan Abi Syuja’ bersama Syaikhuna .

  • ‎Follow the Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhariy channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb5OXZ1DZ4LfUs3Ysy1f

  • ( PETIKAN PENGAJIAN AL-IQNA SYARAH MATAN ABI SYUJA’ ) Apakah perbezaan di antara Faedah ( الفائدة ) , Ghayah ( الغاية ) ، al-Illah ( العلة ) ، dan al-Gharad ( الغرض ) ? Kita lihat dulu apakah maksud keempat-empat kalimah ini daripada Istilah para Ulama. Faedah ialah : ‎المصلحة المترتبة على الفعل من حيث إنها ثمرته و نتيجته Maksudnya : Kebaikan yang berkesinambungan ke atas perbuatan tertentu dari segi ianya ( kebaikan tersebut) adalah hasil dan natijah ( daripada perbuatan tersebut) Manakala jika Maslahah atau Kebaikan itu berada pada kemuncak perbuatan ( طرف الفعل ) maka ianya tidak disebut sebagai Faedah tetapi disebut al-Ghayah. Maka difahami di sini bahawa Faedah dan Ghayah itu adalah satu pada zatnya tetapi berbeza pada ibarahnya. Mudahnya : Faedah itu Kebaikan atau maslahahnya pada perbuatan itu sendiri ( على الفعل ) manakala Ghayah pula kebaikan atau maslahahnya itu dikemuncak perbuatannya atau dihujung perbuatannya ( فى طرف الفعل ). Al-Illah ( العلة ) pula maksudnya ialah : ‎المصلحة المترتبة على الفعل من حيث إنها باعثة للفاعل على الفعل . Maksudnya : Kebaikan atau Maslahah yang berkesinambungan ke atas perbuatan dari segi ianya ( kebaikan itu) adalah sebagai pendorong kepada pembuat @ pelaku ke atas melakukan perbuatan tersebut. Manakala jika Kebaikan atau Maslahah itu adalah maksud atau tujuan ( bukan semata-mata dorongan) kepada pelaku atau pembuat ke atas melakukan perbuatan tersebut maka ianya disebut sebagai al-Gharad ( الغرض ). Keempat-empat istilah ini boleh berada pada satu contoh dan terkadang boleh berasingan. Contohnya : Seseorang menggali telaga untuk mendapatkan air. Selepas sempurna penggalian maka keluarlah air. (Air) di dalam contoh ini disebut sebagai Faedah kerana ianya adalah hasil daripada galian. ( Air ) Di dalam contoh ini juga disebut sebagai al-Ghayah melihat kepada keadaannya yang berada pada hujung atau kemuncak penggalian. ( Air ) di dalam contoh ini juga disebut sebagai al-Illah kerana ianya adalah pendorong kepada proses penggalian itu berlaku. Dan ( Air ) di dalam contoh ini juga disebut sebagai al-Gharad melihat kepada ianya sebagai maksud dan tujuan kepada penggalian itu dilakukan. Kesimpulan daripada contoh ini : Air di dalam contoh ini boleh disebut sebagai Faedah, al-Ghayah, al-Illah dan al-Gharad berdasarkan sisi pandang yang berbeza. Terkadang, boleh disebut sesuatu itu dengan Faedah dan Ghayah tetapi tidak boleh disebut ianya sebagai al-Illah dan al-Gharad. Contohnya : Seseorang menggali telaga dengan tujuan untuk mendapatkan air , setelah selesai penggalian dia bertemu harta Qarun. ( Harta Qarun) di dalam contoh ini disebut sebagai Faedah kerana ianya adalah hasil daripada galian. ( Harta Qarun ) ini juga boleh disebut Ghayah kerana ianya berada pada kemuncak atau hujung proses penggalian. Namun harta Qarun ini tidak boleh dipanggil Illah dan Gharad kerana ianya bukanlah pendorong utama dan tujuan utama proses penggalian itu dilakukan. Fahmilah perkara ini dengan baik kerana padanya terdapat Faedah yang sangat halus. MOHD NAZRUL ABD NASIR AL-AZHARI , SYAIKH ZAWIYAH NASIRIYYAH PEDU KEDAH .

  • Fadhilat solat di Malam Ramadhan https://youtu.be/qIS8aP7pI8I?si=7VcJ5bZeR-Y5QnK9

  • 26 янв. 2025 г.1 32151из ammaryasser78

    📢 بمناسبة معرض القاهرة الدولي للكتاب ترشيحات لمجموعة من الكتب الحديثة: ١) تبيين العجب في ترجمة ومآثر سيدي عبد الشافي رجب ومعه: نبذة عن تاريخ القراءة والإقراء في مصر ٢) الإفتاء بالقول الضعيف في المذهب الشافعي "ضوابطه ـ مسوغاته محاذيره" ٣) النهاية في شرح اختصار الغاية "النهاية الصغرى" ٤) المد المستطاع لمقاصد مختصر أبي شجاع ٥) متممة التحفة السنية في أحوال الورثة الأربعينية ٦) بغية الثاوي في ترجمة سيدي عبد العزيز الشهاوي ويليه: اللآلي الذهبية في مناقب أعيان الشهاوية ٧) المراتب العلية في سير رجال الطريقة الشهاوية ٨) مجموع رسائل ومؤلفات الشيخ عبد العزيز الشهاوي ٩) فيض الحرم في آداب المطالعة = قاعة 4 ، جناح 38 A ، جناح 9 c #معرض_القاهرة_الدولي_للكتاب_2025

  • https://youtu.be/zqWUstM5CLo?si=Y7WLclJVNR4VT7-1 ‘Jangan Jadi Wahabi’