tgindex
Ibrah 114

Perkongsian Motivasi, Tadabbur Tazakkur dan Ibrah Daripada Al-Quran. Dibawakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. www.akademisinergi.com

Последний пост
30 мар.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
23
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 575
+2 за 4 дн.
Сутки
+2
+0,08%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
605
23 постов
Вовлечённость
23,5%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 23
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 30 мар.61976из akademi_sinergi

    Niat adalah titik mula, tetapi istiqamah adalah perjuangan yang membuktikan kejujuran iman. Seringkali kita bersemangat di awal bulan, namun layu di pertengahan jalan. Ingat, konsistensi bukan soal motivasi semata, tapi soal ketaatan pada perintah Tuhan. Mari kita audit QSI (Quran. Solat. Infaq.) agar ia tetap dalam radar taat dan istiqamah tanpa mengira Ramadan atau tidak. 🎁 SIRI LIVE BORAK QSI: Sepanjang April ini. Simpan tau tarikh-tarikh ini, setiap Rabu & Jumaat. 1, 10, 15 & 24 April | 8.30 Pagi | Zoom Semua sesi ini adalah PERCUMA. Istimewa untuk anda. Yang mahal adalah ilmu dan perubahan yang bakal anda rasakan nanti selepas amal. Mudah-mudahan, dengan izinNya. Bantu kongsi juga pada grup sebelah, ya? » ezy.la/BORAKQSI #AkademiSinergi #BorakQSI

  • 21 мар.577из akademi_sinergi

    Keindahan hikmah Eidul Fitri ✨ Allah menyebutkan hikmah di sebalik Eid dalam firmanNya: وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ "...dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan) serta hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah 2:185) Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita dalam golongan yang bertakwa. Selamat Hari Raya! 🌙✨ Akademi Sinergi Ikhlas, 1 Syawal 1447H

  • 17 мар.5013из akademi_sinergi

    Ramadan akan tinggalkan kita.. Namun al-Quran… tetap setia andai kita juga setia padanya. Syawal yang bakal tiba.. jadi permulaan perjuangan sebenar kehidupan bersama al-Quran. "Terus Bersama al-Quran" dalam #BorakQSI , Rabu ini. » ezy.la/BORAKQSI

  • 20 февр.5793из akademi_sinergi

    🔊 Kurang 5 minit lagi kita LIVE BORAK QSI bersama Coach Jamil 😊 Jom bersedia (100 terawal di zoom)! LINK ZOOM: Borak QSI. Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/83212782655?pwd=E3Z8NyK7pDrtO31RSNiTBsDbf7Hb6Q.1 Meeting ID: 832 1278 2655 | Passcode: 629240 Jumpa kejap lagi, inshaAllah kita fikir & zikir bersama 🤍 #AkademiSinergi #BorakQSI #AjakKawan

  • 20 янв.6201из akademi_sinergi

    #BorakQSI | LIVE 21 Jan 2026 Al-Quran tidak dikurniakan pada kita sekadar untuk dibaca, tapi untuk memimpin cara kita berfikir, memilih dan bertindak. Bahkan, proses tadabbur itu sendiri bukan untuk menambah maklumat, tapi meluruskan arah hidup & membina akhlak mulia. Topik: Hidup Yang Dipandu Al-Quran 🗓 Rabu | 21 Januari 2026 ⏰ 8.30 pagi 🎙 Live di ZOOM Percuma. Santai, tapi sampai. Jom, ezy.la/BORAKQSI #AkademiSinergi #tadabburtazakkur

  • 19 дек.6411из akademi_sinergi

    Dari telaga hingga ke penjara, Nabi Yusuf diiringi nikmat disebalik musibah Jangan sesekali kita melihat gelapnya musibah tetapi kita belajar untuk melihat cahaya dibelakangnya. 📺 Dengarkan perkongsian lengkap di: https://youtube.com/shorts/1S8rGgX_kMg?si=sbwOjIInjsClACIG Jumpa dalam kelas Jejak Ibrah Siri 8 (Surah Yusuf) untuk kita sama-sama "build-up" ketahanan jiwa dengan motivasi surah ini. 🔗 InshaAllah, 20 Disember (Sabtu) ini ya. ezy.la/jejakibrah #AkademiSinergi #JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

  • 25 нояб.1 13332

    Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil… Tapi boleh jadi Allah apa yang dirasa atau dinilai kecil di mata manusia, ia besar di sisi-Nya, jika dilakukan dengan adab dan hati yang ikhlas. Nabi Ibrahim AS menjadi contoh sempurna. Layanan baginda kepada tetamu dirakam dalam al-Quran, walaupun tetamu itu membawa berita besar dan berat. Santun, ikhlas, dan penuh perhatian itulah cara seorang hamba memuliakan amanah yang Allah titipkan. Jadi hari ini, bila kita melayan tetamu, rakan, atau sesiapa sahaja, ingat bahawa adab + ikhlas = nilai besar di sisi Allah. "Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

  • Kenapa Allah merakamkan kisah Nabi Ibrahim AS menerima tetamu di dalam al-Quran? Kerana nilai menyantuni tetamu bukan sekadar adat masyarakat, tapi ibadah yang mencerminkan akhlak seorang mukmin. Nabi Ibrahim AS menyambut tetamunya dengan penuh santun, menyediakan hidangan terbaik yang baginda mampu, walaupun tidak mengetahui siapa mereka sebenarnya. Tiada pilih kasih. Tiada rasa terbeban. Hanya hati yang ikhlas memuliakan manusia kerana Allah. Hari ini, kita juga diuji dengan "tetamu" dalam pelbagai jenis orang yang datang ke rumah, pelanggan, klien, jiran, atau sesiapa yang hadir dalam hidup kita. Soalnya bukan siapa yang datang…Tetapi bagaimana kita menyantuni mereka. "Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #JejakIbrah

  • Sekejap je masa berlalu, dah nak habis dah siri Jejak Ibrah untuk kelas bulanan sepanjang 2025🥹 Nak masuk siri kedua terakhir dah. InshaAllah, 29 November ini ya 🤲🏽 #AkademiSinergi #JejakIbrah

  • 23 нояб.33717из akademi_sinergi

    📑 al-Quran itu melatih kita menggunakan akal - 'aqala itu maksudnya mengikat Jika ada yang pandai dalam segala bidang, namun tidak baca al-Quran bermakna ia tidak mengikat dirinya dengan akidah Ilmu setinggi apa pun, jika tak kembali kepada Allah, tetap akan dipanggil sebagai orang yang tidak benar-benar menggunakannya akalnya sebagaimana yang dituntut Allah dalam al-Quran. Jadi, adakah kita nak semata-mata pandai? atau nak semata-mata hebat? Atau kerana Allah? Wallahu'alam. 👨🏼‍🏫 Ustaz Harfiz Hamzah ✍🏼 CMFAQ: Konsistensi Iman Menuju Ramadan 🔗 https://ezy.la/GetReadyRamadan1447H #AkademiSinergi #tadabburTazakkur

  • Iman bukan yang tersimpan di hati, tapi juga yang terlihat melalui amanah dalam perbuatan. Apabila seseorang beriman itu amanah, orang di sekeliling merasa selamat dan yakin mempercayainya. Adakah iman kita sudah menghadirkan rasa aman kepada diri dan orang lain? Mari bina iman dengan nilai al-Quran dalam Cara Mudah Faham al-Quran (CMFAQ) ❤️🤲🏽 #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #BantuSebarkan

  • Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil… Tapi Allah ingin kita sedar apa yang kecil di mata manusia, boleh menjadi besar di sisi-Nya, jika dilakukan dengan adab dan hati yang ikhlas. Nabi Ibrahim AS menjadi contoh sempurna. Layanan baginda kepada tetamu dirakam dalam al-Quran, walaupun tetamu itu membawa berita besar dan berat. Santun, ikhlas, dan penuh perhatian itulah cara seorang hamba memuliakan amanah yang Allah titipkan. Jadi hari ini, bila kita melayan tetamu, rakan, atau sesiapa sahaja, ingat: adab + ikhlas = nilai besar di sisi Allah. "Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

  • 🌙 1447H Ramadan Journey kini bermula Reboost iman & rebuild momentum menuju Ramadan bersama al-Quran. Dua modul utama Akademi Sinergi yang diberi sentuhan topik baharu dengan kaedah tadabbur tazakkur untuk menyatukan hati dan amal dalam perjalanan menuju Ramadan 1447H. 📘 1. Cara Mudah Faham al-Quran (CMFAQ): Konsistensi Iman Menuju Ramadan - Sesi berkenalan dengan konsep tadabbur tazakkur melalui ayat-ayat iman, dalam al-Quran. 📙 2. Berinteraksi Dengan al-Quran (BDQ): Ramadan KickStart! - Modul lanjutan untuk mengukuhkan kemahiran tadabbur tazakkur dengan ayat-ayat amal soleh yang akan mengisi Ramadan nanti. 💥 TAWARAN JIMAT BERGANDA! Pakej Advance Kombo CMFAQ + BDQ Hanya RM120 sahaja seorang! 📍NOVEMBER INI bermula dengan CMFAQ Ahad, 23 November 2025 | 2 Jamadil Akhir 1447H 🕣 Sesi 1: 8.30 – 11.30 pagi 🕑 Sesi 2: 2.00 – 4.00 petang 🔴 LIVE di Zoom & YouTube 🔗 Baca info lengkap di: 👉 https://ezy.la/GetReadyRamadan1447H 🧕🏼 Admin : https://wasap.my/60125051357/BANTURamadan1447H #AkademiSinergi

  • 6 нояб.4792из akademi_sinergi

    Rasa Ramadan masih lama lagi? Tak sebenarnya. Pejam celik, eh lebih kurang 3 bulan je lagi. Kalau nak rasa indahnya kehidupan dalam bulan Ramadan dengan barakah & rahmat yang melimpah , kena mula dari sekarang. Macam Nabi, para sahabat & salafussoleh ❤️ Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: ﻗَﺎﻝَ ﺑَﻌْﺾُ ﺍﻟﺴَّﻠَﻒُ : ﻛَﺎﻧُﻮْﺍ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻥَ ﺍﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳُﺒَﻠِّﻐَﻬُﻢْ ﺷَﻬْﺮَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ، ﺛُﻢَّ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻧَﺎﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳَﺘَﻘَﺒَّﻠَﻪُ ﻣِﻨْﻬُﻢْ Sebahagian salaf berkata: “Dahulu mereka (para salaf) berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar mereka dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Kemudian mereka juga berdoa selama 6 bulan agar Allah menerima amalan mereka (yang dilakukan di bulan Ramadhan)”. ⌛️ NANTIKAN, ada sesuatu yang istimewa ESOK MALAM. 📅 7 Nov (Jumaat), 8:30pm https://youtube.com/shorts/gnBYsyNkrgM?feature=share #GetReadyForRamadan #BoostIman #REbuildMomentum #CMFAQ

  • 🔖 Menanti Jamadil Awal 1447H ini "Bukan setiap masa jalan hidup kita mudah dan selesa. Pasti ada momen kecewa, jatuh, serabut & resah gelisah." Namun, babak kisah Musa a.s. dalam Surah al-Qasas membuktikan: 👉 Daripada kesusahan, lahirnya peluang. 👉 Daripada pertolongan kecil, membuka pintu jodoh. 👉 Daripada ujian, membina kepimpinan. Inilah seminar Jejak Ibrah tawarkan 25 Oktober ini. InshaAllah nak bawa diri kita melihat dengan yakin bahawa Allah tidak pernah silap menyusun hidup kita. JEJAK IBRAH SIRI 6: PERNIKAHAN NABI MUSA YANG TAK DISANGKA 📅 Tarikh: 25 OKT 2025 3 Jamadil Awal 1447H ⏰ Masa: 9.00 pagi - 1 petang 📍 LIVE : Online (Zoom) 🎥 Rakaman & Nota disediakan 👉 Daftar segera di: https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Perlu bantuan admin? https://wasap.my/60125051357/jejakibrah #AkademiSinergi #Ibrah114

  • 23 сент. 2025 г.67842из akademi_sinergi

    Ingat, apa sahaja yang Allah jaga, pasti lebih selamat daripada apa yang kita cuba genggam sendiri. Kita juga diuji untuk melepaskan sesuatu yang paling kita sayang. Boleh jadi anak, pasangan, harta, jawatan, bahkan rasa selesa kita. Persoalannya, adakah kita mampu melepaskan itu kerana yakin & taat kepada janji Allah? Tak dinafikan, ada je antara kita saat diuji untuk “melepaskan”, lebih memilih untuk berpegang pada dunia. Padahal, jika ibu Nabi Musa hanya bergantung pada rasa “keibuannya”, pasti tidak akan sanggup. Namun kerana yakin dengan wahyu Allah, dia sanggup melepaskan. Wallahu'alam. ____ Bersama dalam kelas Jejak Ibrah Siri 5: Ibu yang Melepaskan Tuhan Yang Menjaga untuk dibimbing cara jaga keluarga dengan surah al-Qasas. 🗓 Sabtu, 27 September 2025 ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 📍 Live di Zoom & YouTube 📲 ezy.la/jejakibrah #AkademiSinergi #ibrah114 #jejakibrah

  • ⏳ [5 HARI LAGI] Silap kita. Sebab sering mengukur janji Allah dengan logik kita, manusia yang lemah daripada segala sudut. Sedangkan logik kita tidak akan mampu menutup ruang kuasa dan kehendakNya. 😞 Apa doa yang kita sangka mustahil, hingga kita lupa Allah boleh melaksanakannya di luar jangkaan kita? 📍 Ambil ruang faham dan usaha amal pengajaran daripada Kisah Maryam عَلَيْهِ ٱلسَّ لَامُ pada 24 Ogos (Ahad) nanti. Ada mesej besar untuk jaga iman di akhir zaman ini. 🔗 Info kelas : bit.ly/JejakIbrah 🧕🏽 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/kisahMaryamdalamQuran #AkademiSinergi #JejakIbrah

  • Ramai didik anak untuk cemerlang di dunia, tapi lupa bina mereka untuk hidup yang kekal. Sertai Jejak Ibrah: Surah Ali Imran, Bongkar blueprint keluarga pilihan Tuhan dalam Surah Ali 'Imran. #surahAliImran #JejakIbrah

  • Ayat ini menunjukkan bahawa anak-anak tidak cukup dibesarkan dengan cinta dan kasih ibu ayah semata-mata. 👉🏼 Mereka juga memerlukan: 1) Penerimaan spiritual Allah sendiri menerima Hannah dan niatnya, kerana pendidikan bermula dengan doa yang ikhlas. 2) Pertumbuhan yang menyuburkan iman Anak bukan sekadar diberi makan dan pakai, tapi dibesarkan dalam suasana yang subur dengan ilmu dan akhlak. 3) Bimbingan seorang qudwah Maryam dibimbing oleh Nabi Zakaria. Bukan hanya dijaga fizikalnya, tapi dibentuk ruh dan fikirannya. Rumah yang penuh kasih belum tentu membina iman. Tapi bila kasih itu dibalut dengan sistem tarbiah dan suasana yang menghidupkan ruh, di situlah lahir anak seperti Maryam, wanita pilihan Tuhan. Jejak Ibrah: Surah Ali-Imran – Blueprint Sistem Soleh Keluarga Imran Info lanjut: wasap.my/60125051357/KeluargaImran #surahAliImran #JejakIbrah

  • Allah tak sebut keluarga yang gah di mata dunia. Bukan keluarga Qarun yang hartanya buat manusia kagum. Bukan keluarga Firaun yang bina istana dan kuasa. Bukan keluarga Namrud yang disebut-sebut manusia. Tapi Allah sebut dan angkat nama keluarga Imran. Kerana mereka tak sibuk bina nama, mereka sibuk bina iman dalam rumah tangga. 🌱 Mereka bukan keluarga nabi yang terkenal. Tapi dari mereka lahir wanita termulia, Maryam dan nabi besar, Isa AS. Semua bermula dari niat seorang ibu yang ikhlas, doa yang jujur dan sistem yang membentuk generasi Rabbani. Kita mungkin keluarga biasa. Tapi dengan usaha, kita pun boleh jadi keluarga pilihan Allah. 💬 Nak gali lebih dalam tentang blueprint keluarga ini? 📍 Sertai kami dalam Jejak Ibrah: Surah Ali-Imran – Blueprint Sistem Soleh Keluarga Imran wasap.my/60125051357/KeluargaImran #surahAliImran #JejakIbrah