Seerah Center 🌙
СтатистикаHub pendidikan Sirah Nabi ﷺ & Sejarah Islam. Untuk pendaftaran, langganan dan tajaan - https://seerahcenter.yezza.store/ Sebarang urusan, boleh hubungi 0192574827 (Khubaib Akhi).
- Последний пост
- 5 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 332
- 1/48двое суток
- 380
- 1/72трое суток
- 410
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
24 JAM TERAKHIR Alhamdulillah, kali ini tak rasa lama sangat menuju ke hari kelas. Esok, akan bermulalah sesi pertama Hari-hari Sakit Nabi ﷺ. Sambutan luar biasa, di luar jangkaan kami juga sebenarnya kerana ini hanya kelas mini yang tidak kami susun asalnya dalam perancangan; terima kasih semua. Kepada yang sudah berdaftar, mohon segera hubungi admin sekiranya belum dapat jemputan rasmi ke sesi live kelas, atau jika belum terima rakaman add-on Seni Doa Nabi ﷺ. Bagi yang menunggu saat akhir, ini adalah 24 jam terakhir sebelum kami akan tutup borang pendaftaran. Terima kasih! https://seerahcenter.onpay.my/order/form/nabisakit
Komuniti Seerah Center di Whatsapp kita sangat meriah sebenarnya, jemput kawan-kawan di sini jika berminat sebab kita sudah sekian lama berkumpul tapi tak pernah berinteraksi. Jemput 👇🏻👇🏻 https://chat.whatsapp.com/DGnT3TDJ0ou2Q1VmR93HA6?s=qt&p=a&ilr=4
Seperti yang dijanjikan. Boleh mula jenguk-jenguk dulu, pendaftaran akan dimulakan petang ini tepat jam 2.30 petang, Insya-Allah. https://seerahcenter.onpay.my/order/form/nabisakit Sertai komuniti Seerah yang juga. https://chat.whatsapp.com/DGnT3TDJ0ou2Q1VmR93HA6?mode=gi_t
без подписи
без подписи
NAK DAPATKAN KELAS-KELAS SEERAH CENTER YANG LEPAS? Jika dicerakinkan dalam nombor, sejak tahun 2023, Seerah Center sudah menganjurkan; 51 sesi kelas 26 buah topik 85 jam kredit Sepanjang tempoh ini, ribuan pelajar telah mendokong kemajuan Seerah Center tahun demi tahun. Terima kasih atas kesudian, besar hati kami menyantuni setiap sesi. Ringkasnya, ada 5 kategori kelas yang telah dianjurkan; 1. Sirah 360° - kelas intensif pelbagai topik Sirah Nabi ﷺ 2. Sirah Anbiya' - kelas intensif khusus para Nabi AS 3. Sirah Surah - kajian al-Quran dari sudut pandang Sirah 4. Webinar - seminar online dengan topik yang tematik, perhubungan, kekeluargaan & pendidikan 5. Palestin Kebetulan, bulan 7 ini adalah bulan terakhir kami akan gunakan Yezza Store, selepas ini semuanya akan sepenuhnya ke OnPay. Oleh itu, kami sediakan diskaun sehingga 60% untuk semua kelas kami. Boleh klik di sini ya. 👇🏻👇🏻👇🏻 https://seerahcenter.yezza.store/ https://seerahcenter.yezza.store/ https://seerahcenter.yezza.store/ Terima kasih. وجزاكم الله خيرا
Ada program fizikal di Meru, jemput daftar, isi masa lapang Awal Muharam. https://tinyurl.com/DaurahMuharamMNJ
без подписи
PODCAST: PERANGAI PELIK ANAK Dari setiap rengekan ke hayunan tangan 'six seven', jom kita bertanya dengan empati kepada anak-anak; Awak ni kenapa pelik-pelik sangat? Boleh mula ditonton & dikongsikan. https://youtu.be/-Io0iuULMvU?si=XW_V3Y95XmNZRH6T
PENDAFTARAN PANIK Kelihatannya, ramai juga melakukan pendaftaran panik sejak malam tadi. Walaupun katanya pendaftaran sudah ditutup, link masih aktif sebenarnya untuk menerima sebarang pendaftaran baru. Maka, jika anda ingin sertai, masih sempat Insya-Allah. Kami dijangka akan deactivate link sekitar jam 6 petang. Silakan. https://seerahcenter.onpay.my/order/form/baniisrail
Insya-Allah, 5 hari terakhir untuk peluang bersama-sama menelusuri sejarah & ibrah Bani Israil. Yang lainnya, adalah POV yang dipilih untuk kelas kali ini kerana kita ingin lihat sejarah para Nabi melalui kaca mata Bani Israil. Dari anak-anak Nabi Ya'qub AS sendiri, kemudian menyaksikan tragedi dan perjuangan Nabi Musa & Nabi Harun, keagungan kuasa Nabi Daud AS & Nabi Suleiman AS, sehinggalah Nabi-nabi terakhir dalam kalangan Bani Israil; Zakaria, Yahya dan Isa AS. Jumaat ini, kita akan tutup pendaftaran. Daftar di sini: https://seerahcenter.onpay.my/order/form/baniisrail
без подписи
Alhamdulillah, setelah lama menunggu, kita semakin menghampiri tarikh kelas-kelas kita. Subjek kita sedikit unik kerana kita ingin membaca kisah para Nabi AS melalui kaca mata Bani Israil sepanjang Sejarah. Daripada zaman anak-anak Nabi Ya'qub AS, sehingga zaman Nabi Muhammad SAW. Segala naik-turun mereka, konflik dan resolusi, firman Allah SWT dan sabdaan Nabi SAW yang mengiringi perjalanan Sejarah. Insya-Allah, berbaloi untuk mendidik kita semua garisan-garisan merah agar tidak kita seberangi. **** Pendaftaran akan ditutup dalam masa 1 minggu saja lagi. Segera daftar, ajak lah kawan-kawan yang berminat. Kita hidupkan bulan mulia ini dengan majlis ilmu. Daftar di sini. https://seerahcenter.onpay.my/order/form/baniisrail
без подписи
KELAS PERCUMA PONDOK SIRAH Malam ini, kelas percuma 'Cerita Tentang Nabi ﷺ' terus dijalankan untuk sesi yang ke-7. **** Daftar masuk di sini. http://kliksini.my/daftarctn
10 PERKARA TENTANG HARI TERAWAL ZULHIJJAH BHG. 3 9. Distractions Ibn Abbas diriwayatkan, akan meninggalkan segala urusannya untuk memberikan tumpuan menyambut dan mengisi 10 hari terawal Zulhijjah dengan amal soleh khusus. Begitu juga para Saabat dan Tabi'in, generasi awal Islam yang lain. Ia adalah 'vibe' yang lebih kurang sama dengan bulan Ramadan. Maka, kurang-kurangkan menjamah 'content' di media sosial. Janganlah disibukkan dengan 'doom scrolling' yang tak henti-henti. Kembalikan kepada kesibukan beribadah khusus dan bermuhasabah kendiri. Barulah 'retreat' benar-benar bererti, membawa kita ke tahun 1448 Hijriah dengan diri yang baharu di hadapan-Nya. 10. Doa Akhir sekali, 10 hari ini juga adalah antara hari-hari mustahak untuk kita berdoa dan merayu kepada Allah SWT. Kemuncak kepada 'retreat', mestilah ada harapan yang kita mahu rafakkan kepada-Nya. خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ "Sebaik-baik doaku pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik doa yang pernah aku dan para Nabi sebelumku minta adalah; Tiada Tuhan selain Allah Dia satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan, bagi-Nya segala kesyukuran, dan pada setiap sesuatu itu Dia Maha Berkuasa." (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Melihat kepada doa ini, nampak seperti biasa-biasa saja disebutkan; tetapi cubalah bacanya dengan penuh pengayatan dan rayuan. Hakikatnya, kita sedang menyerahkan segala impian (untuk tahun baharu barangkali) kepada yang Maha Menentukan Takdir, Allah SWT. Maka, serahkanlah harapan kepada-Nya. **** Sertai Komuniti Seerah Center - https://shorturl.at/aERxF
10 PERKARA TENTANG 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH BHG. 2 6. Ibrah Haji Haji adalah ibadah fardu yang terbesar dengan kaifiat yang paling kompleks, lokasinya pula ditentukan secara khusus hanya di tanah suci Makkah. Barangkali sebahagian daripada kita berada di sana untuk melunaskan rukun Islam tersebut, sebahagian daripada kita pula diuji barangkali tidak kan pernah sempat menunaikannya; giliran yang tidak kunjung tiba, wang yang tidak cukup, atau kesihatan yang tidak mengizinkan. 10 hari terawal Zulhijjah seakan-akan hadiah daripada Allah SWT untuk semua bagi menikmati ibadah suci tersebut. Meskipun lokasinya tidak sama, tetapi kita sama-sama menfokuskan hari-hari ini dengan amal soleh. Malah, hari paling besar ibadah Haji, iaitu hari 'Arafah (الحج عرفة) adalah hari yang disyariatkan puasa khusus hari 'Arafah untuk kita. 7. Arafah صيامُ يومِ عَرفةَ إنّي أحْتسبُ على اللهِ أن يُكفّرَ السنَةَ التي بعدهُ ، والسنةَ التي قبلهُ "Puasa hari 'Arafah, dengan penuh harap kepada Allah, akan menghapuskan dosa tahun mendatang dan tahun sebelumnya." (Hadis Riwayat Muslim) Istimewanya Hari 'Arafah, ia termasuk dalam 'Hari Raya' kita, ia hari mustajabnya doa, ia hari dilepaskan manusia daripada azab api neraka. Allah SWT juga menawarkan keampunan tahun akan datang (1448 Hijriah) dan tahun lalu (1446 Hijriah). Sebab itu, nanti jangan lupa untuk lengkapkan ampunan dosa tahun ini (1447 Hijriah) dengan puasa 10 Muharram yang memberi fadilat tersebut. Segala kelebihan dan fadilat ini, kita ingin lihat sebagai isyarat daripada Allah SWT agar kita benar-benar buat sehabis baik amal soleh. Janganlah pula jadi alasan atau perlepasan untuk bermudah-mudah rasa dosa sudah diampuni pula ya. 8. Zikir ما من أيَّامٍ أعظمُ عندَ اللهِ ولا أحبُّ إليهِ العملُ فيهنَّ من هذِه الأيَّامِ العشرِ فأكثروا فيهنَّ منَ التَّهليلِ والتَّحميدِ والتسبيح والتَّكبيرِ "Tidak ada hari yang lebih besar disisi Allah, tidak yang disukai-Nya agar dilakukan amal padanya berbanding hari yang sepuluh ini (10 terawal Zulhijjah); justeru perbanyakkanlah tahlil (لا إله إلا الله), tahmid (الحمد لله), tasbih (سبحان الله) dan takbir (الله أكبر)." (Hadis Riwayat Ahmad) Zikir adalah sebuah amal soleh yang menuntut pengulangan dan tumpuan mendalam, agar kita dapat menghadirkan hati saat melafazkan setiap kalimah suci ini. Dalam sebuah 'retreat' hati dan jiwa, memang kita sungguh memerlukan saatnya kita berhadapan dengan diri sendiri bagi memuhasabah secara tulus dan jujur. Saat bertahlil, kita akan menyemak di manakah perilaku kita yang bertentangan dengan mengesakan Allah WT. Saat bertahmid, kita ingin menyenaraikan nikmat dan rezekinya yang masih belum benar-benar kita syukuri. Saat bertasbih, kita ingin menambah-nambah kekaguman kepada-Nya atas segala yang dikurnia sepanjang hayat kita. Lalu bertakbir, membesarkan-Nya, hanya Dia sahaja yang layak untuk disembah, Dia lah halatuju dan impian kehidupan kita. **** Sertai Komuniti Seerah Center - https://shorturl.at/aERxF
10 PERKARA TENTANG 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH BHG. 1 1. Ramai Tak Tahu & Tak Bersedia Alangkah ralatnya. 10 hari terbaik ini tidak mendapat liputan selayaknya, berbeza sekali dengan sambutan Ramadan yang gilang-gemilang. Bukanlah untuk bersaing pula. Tetapi, bukankah setiap hari yang Allah SWT pilih itu pasti ada kelebihan dan keutamaannya? Jom, sama-sama kempenkan. 2. 'Retreat' Akhir Tahun Sebelum era moden yang menggunakan kalendar Gregorian, umat Islam melalui tahun, bulan dan hari mereka menggunakan kalendar Hijri. Zulhijjah adalah bulan terakhirnya, sebelum ke Muharram, bulan yang pertama. Maka meraikan 10 hari terawal Zulhijjah seakan-akan sebuah 'retreat' spiritual pada hujung tahun ini (1447 Hijriah), sebelum masuk tahun baharu (1448 Hijriah). Jika kerjaya dan perniagaan kita memerlukan 'retreat' sebagai muhasabah dan perancangan untuk tahun baharu, hati dan jiwa kita juga memerlukan 'retreat' yang sama. 3. Sumpah Allah SWT الفجر وليال عشر "Demi waktu fajar, dan demi hari yang sepuluh." (Surah al-Fajr: 1-2) Apabila Allah SWT bersumpah, ia menandakan penegasan akan sesuatu perkara; kemuliaan, kesucian dan kedudukannya yang tinggi. Layālin 'asyr dalam ayat ini dirajihkan sebagai 10 hari terawal Zulhijjah menurut sebahagian Mufassir. Ada juga pandangan yang merajihkan bahawa ia merujuk kepada 10 malam terakhir Ramadan dan beberapa pandangan lain. 4. Mengenang Nabi Ibrahim AS Abul Anbiyā', Ibrahim AS adalah insan yang tidak boleh kita asingkan kehidupan dan legasinya saat melalui Zulhijjah. Bukan semata-mata kerana manāsik Haji, Baitullāh al-Haram, ibadah sembelihan, malah seluruh kehidupan Ibrahim AS adalah teladan khusus untuk hari-hari ini. Apatah lagi Rasulullah SAW sendiri merupakan keturunan langsung daripada Ibrahim AS. Dari Ur di Iraq dengan kisah dakwah Ibrahim AS kepada ayahnya sendiri, lalu berkembara ke Falastin & Mesir, lalu kisah Isma'il AS dengan Hajar yang ditinggalkan di lembah kosong, sehingga kisah Ibrahim AS dan Sarah dikhabarkan kelahiran anak (Ishaq) dan cucu (Ya'qub) oleh Malaikat. Kita ingin mendekat dengan Allah SWT sepertimana Ibrahim AS dan Muhammad SAW bergelar Khalīlullāh; yang akrab dan terhampir dengan Allah SWT. 5. Allah SWT Suka ما من أيَّامٍ العملُ الصَّالحُ فيهنَّ أحبُّ إلى اللهِ من هذه الأيَّامِ العشرِ . قالوا : يا رسولَ اللهِ ولا الجهادُ في سبيلِ اللهِ ؟ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ولا الجهادُ في سبيلِ اللهِ إلَّا رجل خرج بنفسِه ومالِه فلم يرجِعْ من ذلك بشيءٍ "Tidak ada hari yang amalan soleh yang paling disukai Allah untuk diilakukan melainkan hari-hari ini (iaitu) 10 hari (terawal bulan Zulhijjah)." Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulallah, walaupun berjihad di jalan Allah tidak akan menandinginya?" Baginda bersabda, "Walaupun mujahadah di jalan Allah tidak akan menandinginya, melainkan seorang yang keluar mujahadah bersama hartanya kemudian dia langsung tidak kembali." (Hadis Riwayat al-Bukhari) Allah SWT membandingkan keutamaan beramal pada 10 hari terawal Zulhijjah ini dengan mujahadah di jalan-Nya mengangkat senjata; begitulah bayangan besarnya perhatian Allah SWT terhadap amal soleh yang dilakukan. Takkan lah kita tidak ada di situ untuk mendapat perhatian-Nya? **** Sertai Komuniti Seerah Center - https://shorturl.at/aERxF
PENGUMUMAN KELAS Alhamdulillah, kami baru saja emailkan kepada batch kedua tempahan rakaman dua Siri Anbiya': Adam & Ibrahim AS kepada yang menempah. Boleh rujuk email masing-masing ya. **** Kelas Intensif Zulhijjah: Bani Israil masih dibuka pendaftarannya, anda boleh daftar terus di sini. https://seerahcenter.onpay.my/order/form/baniisrail