Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
СтатистикаHidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)
- Последний пост
- 23:24
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 12
- Всего постов
- 42
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 996
- 1/48двое суток
- 1 141
- 1/72трое суток
- 1 231
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Perubahan di Pantai Gaza ● Dalam genosid yang dilancarkan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023, lebih 73,000 rakyat Palestin telah terbunuh manakala lebih 174,000 lagi cedera. ● Sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lebih 1,258 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 4,110 lagi cedera. ● Majoriti mereka yang terbunuh dan cedera terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. ● Di Gaza, ketika rumah-rumah musnah sepenuhnya, orang awam yang tidak berdosa terus berjuang untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan dan penderitaan yang berterusan. Sumber: Yeni Safak t.me/duniapalestin
U.S. Surgeon Describes Amputating Gaza Girl's Leg Without Anesthesia Dr. Mark Perlmutter, an American orthopedic surgeon, shared on the Sumud Podcast how he performed the procedure on the child in a Gaza hospital amid severe shortages. The emergency room floors were covered with dozens of limbless babies, and the team prayed she would faint from the pain. “I did a leg amputation on a 5-year-old girl, and the only anesthesia that we had was the anesthesia doctor singing to her. She stayed awake the whole amputation.” 🔗 Telegram: t.me/doamuslims
Lebih 2.15 juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal kini hidup dalam keadaan terdesak di seluruh Gaza, dengan lebih 867,000 daripada mereka berlindung di khemah sementara yang tidak lagi sesuai untuk didiami, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Isnin. Keadaan itu berlaku ketika Israel terus melancarkan serangan ke atas wilayah berkenaan serta menyekat kemasukan bantuan, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Ibu dan empat anaknya di bawah ini telah dibunuh secara kejam dalam serangan terbaru Israhell ke selatan Lubnan. Pesawat pejuang negara haram itu sasarkan sebuah rumah tumpangan dan rumah keluarga tidak bersalah ini. Mereka teruskan serangan udara ke atas sebuah bangunan di lebuh raya utama pada hari Sabtu. Pembunuhan beramai-ramai oleh Israhell laknatullah ini akibatkan ramai yang syahid. Dalam dua serangan ini sekurang-kurangnya sembilan orang syahid dan 11 cedera. - MM
*KEM GEMILANG SPM 2027 | SBPI SELANDAR* Amani Care melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Amani Travel berbesar hati dapat bekerjasama dengan *Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar* dalam menjayakan *Kem Gemilang SPM 2027*. Program ini merupakan salah satu usaha Amani Care dalam menyokong pembangunan generasi muda, khususnya dalam aspek *pembentukan jati diri, motivasi, sahsiah dan kecemerlangan diri* sebagai persediaan menghadapi cabaran akademik serta kehidupan. Para peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian daripada barisan panel yang berpengalaman dan berkaliber: *• Tn. Hazwan Mohamad* *• Tn. Hj. Ir. Khoushaini, PETRONAS* *• Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin* Perkongsian yang disampaikan memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar untuk melihat kejayaan bukan semata-mata daripada pencapaian akademik, tetapi turut dibentuk melalui nilai, disiplin, kepimpinan dan kekuatan jati diri. Amani Care merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada *pihak SBPI Selandar, Dr. Hidayah Azam, Ts Hazlin*, para penceramah serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga Kem Gemilang SPM 2027 menjadi satu pengalaman bermakna buat para pelajar dan menjadi titik permulaan kepada pembentukan generasi yang *berilmu, berakhlak dan berjiwa besar*. *Amani Care* #AmaniCare #AmaniTravel #KemGemilangSPM2027 #SBPISelandar #CSR #Pendidikan #JatiDiri #GenerasiGemilang
без подписи
As-Syahid Suhaib baru berusia 16 tahun ketika beliau gugur di medan jihad.. Tanpa persiapan ketenteraan yang lengkap, hanya dengan senjata RPG di tangannya, beliau menjadikan kereta kebal Merkava antara sasaran yang dihadapinya di Gaza. Klip-klip video yang dikongsikan oleh media Briged Q semalam benar-benar mengejutkan. Pandangannya seolah-olah babak daripada sebuah filem perang. Tetapi ini bukan sebuah filem. Ini realiti di medan perang Gaza. Seorang pemuda berusia 16 tahun, berpakaian sederhana, mara dengan keberanian yang luar biasa. Tubuhnya masih tubuh seorang remaja, tetapi tekadnya begitu keras…lebih keras daripada besi. Beliau terlibat dalam serangan terhadap aset ketenteraan musuh sehingga sebahagiannya musnah. Dialah Suhaib Labad. Seorang pemuda yang dengan pakaian biasa telah melakukan sesuatu yang luar biasa. Namun di sebalik keberanian seorang anak muda ini, ada persoalan yang jauh lebih besar untuk kita renungkan. Apakah pendidikan yang melahirkan manusia seperti ini? Dari tengah-tengah gambaran peperangan ini, satu persoalan seakan-akan ditujukan kepada tentera-tentera Arab dan Muslim: Apa ertinya pakaian seragam, pangkat, senjata dan belanjawan ketenteraan yang besar, jika jiwa telah dikuasai ketakutan dan keberanian untuk mempertahankan prinsip telah hilang? Kerana kekuatan sesebuah umat bukan hanya terletak pada jumlah senjata yang dimilikinya. Bagaimana sebuah masyarakat Gaza mampu melahirkan generasi muda yang begitu kuat jiwanya? Tidak ada promosi kemewahan sekiranya mereka berjuang.. Tidak ada ganjaran dunia yang besar bakal menanti keluarga mereka.. Namun masih ada anak-anak muda yang sanggup mempertaruhkan kehidupan mereka kerana mereka percaya bahawa hidup mereka mempunyai tujuan yang lebih besar daripada sekadar mengejar kesenangan dunia. Apakah pendidikan yang mampu membentuk jiwa seperti itu? Apakah pendidikan yang mampu membina manusia yang tidak mudah tunduk kepada ketakutan? Apakah pendidikan yang mampu melahirkan manusia yang mempunyai prinsip, maruah dan keberanian untuk mempertahankan apa yang diyakininya benar? Dan lebih penting lagi… Apakah peranan al-Quran dalam membentuk jiwa manusia seperti ini? Inilah yang sepatutnya menjadi bahan renungan kita. Kerana tarbiyah al-Quran bukan sekadar mengajar manusia membaca ayat-ayat Allah. Ia membina iman, keberanian, kesabaran, disiplin, pengorbanan dan rasa bertanggungjawab terhadap umat manusia. Ia mendidik manusia agar tidak menjadi hamba kepada ketakutan, harta, pangkat ataupun kuasa kezaliman yang menindas mereka… Pemikiran inilah menjadi musuh utama mereka.. Mereka akan cuba menyekat pemikiran yang melawan dominasi sistem Barat… Mereka hanya mahu pendidikan yang boleh melahirkan manusia yang tunduk kepada sistem mereka.. Mereka mahu pendidikan yang menjadikan musuh Allah sebagai sahabat utama.. Mereka mahu ulama’ yang mengubah syariat Allah agar umat Islam tunduk di bawah sistem dominasi barat di atas nama kelemahan.. Mereka yang memerangi dominasi barat akan dihapuskan sehingga akar umbi.. Namun.. selagi mana pendidikan ini masih wujud..perwira akan terus dilahirkan…. Inilah musuh sebenar mereka… Kredit : Dr Hairul Anuar https://t.me/hairulenver
без подписи
Despite ongoing Israeli genocide, Palestinian child Baraa Abu Omar from Gaza has successfully memorised the entire Holy Quran. 🔗 Telegram: t.me/doamuslims
بسم الله الرحمن الرحيم *إعلان مناقشة* سيتم بمشيئة اللّٰه تعالى مناقشة رسالة التخصص (الماجستير) في أصول الفقه *الباحث*: زيد زين الرشيد الجنسية: ماليزيا *الموضوع*: الاجتهاد المقاصدي في كتاب بداية المجتهد ونهاية المقتصد من أول كتاب الاجارات إلى آخر كتاب الأقضية دراسة مقاصدية تطبيقية *وتتكون لجنة المناقشة والحكم على الرسالة من سادة الأساتذة*: أ.د/ مجدي حسن أبو الفضل شقوير أستاذ أصول الفقه المتفرغ بكلية الشريعة والقانون بطنطا ورئيس القسم الأسبق (مشرفا) أ.د/ أحمد محمد بيومي الرخ أستاذ أصول الفقه المساعد بكلية الشريعة والقانون بالقاهرة(مناقشا) أ.د/ أحمد محمد بيبرس أستاذ أصول الفقه المساعد بكلية الشريعة والقانون بتفهنا الأشراف(مناقشا) * التاريخ*: يوم الأحد 10 ربيع الأول 1448 هـ الموافق 23 أغسطس 2026 م ⏰ *الوقت*: الساعة العاشرة صباحا 📍 *المكان*: قاعة الإمام أحمد الطيب شيخ الأزهر الشريف بالكلية. *يشرفنا حضوركم ودعاؤكم*
𝗕𝗔𝗜𝗧𝗨𝗟𝗠𝗔𝗤𝗗𝗜𝗦 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗨𝗥 𝗗𝗜 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 Daripada Muadz bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: عمرانُ بيتِ المقدسِ ، خرابُ يثربَ ، وخرابُ يثربَ ، خروجُ المَلحمةِ ، وخروجُ الملحمةِ ، فتحُ قسطنْطينيَّةِ ، وفتحُ القسطنطينيةِ خروجُ الدجالِ . ثم ضربَ بيدِهِ على فخذِ الذي حدَّثَ أو منكبِهِ ثم قال : إن هذا لحقٌّ كما أنَّك هنا ، أو كما أنك قاعدٌ . يعني : معاذَ بنَ جبلٍ “Makmurnya Baitulmaqdis kemudian musnahnya Yathrib, musnahnya Yathrib berlakunya perang besar, berlakunya perang besar berlakunya pembukaan Konstantinopal, berlakunya pembukaan Konstantinopal keluarnya Dajjal. Kemudian baginda memukul dengan tangannya ke atas peha atau bahu orang berbicara dengannya kemudian berkata: Sesungguhnya perkara ini adalah benar, sepertimana engkau berada di sana, atau sepertimana engkau duduk. Orang yang dimaksudkan: Mu’adz bin Jabal.” (HR Abu Daud) 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
Mahkamah Jenayah di Damsyik pada hari Selasa menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, saudaranya Maher al-Assad serta bekas ketua Keselamatan Politik di Daraa, Atef Najib selepas mereka didapati bersalah atas jenayah pembunuhan dengan sengaja. Mahkamah berkata bahawa para tertuduh melakukan jenayah yang boleh dikategorikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang. Menurut keputusan mahkamah, Atef Najib didapati terlibat dalam penyeksaan sejumlah besar tahanan, selain bertanggungjawab terhadap kematian sebahagian daripada mereka ketika berada dalam tahanan. Sumber: Assabeel t.me/suarasyria
Kenangan, Selama 10 tahun mulai 2005 - 2015, saya berkhidmat bakti sebagai penceramah, trainner dan penulis tentang isu Palestin. Beberapa kali ke Gaza, Lubnan, Syria dan Mesir di sepanjang tempoh tersebut. Kali terakhir berjaya masuk ke Gaza adalah pada 2013, semasa Presiden Mursi mengepalai kerajaan Mesir. Semoga berpeluang untuk masuk ke Gaza semula, tidak terlalu lama di masa akan datang. Di antara semulia-mulia perjuangan generasi terdahulu adalah perjuangan pembebasan Masjid al Aqsa, kiblat pertama umat dan bumi Palestin, tanah wakaf milik umat sejagat. Kekal berazam dan bertekad untuk ke Gaza dan Baitul Maqdis, dengan izinNya bersama pasukan yang akan membangunkan semula Gaza dan generasi kepimpinan di masa depan mereka. Semoga Allah pilih kita dan keluarga di kalangan pembela dan pendokong perjuangan pembebasan al Aqsa dan bumi Palestin yang dijajah.
Konvoi Palestin, yang disertai lebih 500 aktivis dari 20 negara, meneruskan perjalanan solidariti menuju ke wilayah Palestin selepas tiba di bandar Şanlıurfa, selatan Turkiye. Ia merupakan persinggahan ke-15 sejak konvoi tersebut memulakan perjalanan dari Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina, pada akhir Julai lalu. Penganjur konvoi menegaskan bahawa inisiatif tersebut bertujuan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin serta meningkatkan tekanan bagi menghentikan genosid di Semenanjung Gaza. Konvoi itu dijadualkan meneruskan perjalanan dari Turkiye ke Iraq, kemudian Jordan sebelum menuju ke wilayah Palestin. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin
Masa adalah kehidupan, Saban hari kita dihidangi berita sakit dan kematian. Orang yang berusia, orang yang sebaya dan mereka yang lebih muda juga pergi mendahului kita. Kita adalah sebahagian daripada kandungan cerita mengenai dunia dan kehidupan. Kisah yang sama bakal berlaku kepada kita semua. Marilah bersama kita sibukkan diri kita, fikir kita dan amal kita dengan persiapan buat umat dan negara di masa depan, tatkala sedang membuat persiapan terhadap pertemuan denganNya. Usah disibukkan diri dan fikiran kita dengan perkara dan tanggapan yang bukan-bukan, kerana pastinya ia akan mengganggu persiapan dan perjalanan kita untuk menuju ke arahNya. Fokus, fokus, fokus... Berfikir, berzikir, merancang, beramal dan bermuhasabah secara berterusan. Giliran kita pastinya akan tiba. Salam ukhuwah dan salam perjuangan, Zainur Rashid Z Seremban
"We’re not leaving… we are the people of this land. The land belongs to us." A Palestinian from Gaza breaks down in tears following the funeral of 112 martyrs from the Abu Shreia and Al-Hassaina families, whose bodies were recovered from under the rubble in Al-Sabra neighbourhood in Gaza City. 🔗 Telegram: t.me/doamuslims
Korban tertinggi, Palestinians in Gaza held funeral prayers on Tuesday for 112 people recovered from under the rubble of homes destroyed during Israel’s genocidal war on the enclave, Anadolu reports. Thousands of Palestinians took part in the funeral in Gaza City’s Sabra neighborhood, where the bodies were draped in Palestinian flags and placed near the ruins of the destroyed homes, according to an Anadolu reporter. The victims are set to be buried at the Baptist Cemetery in the Zeitoun neighborhood, south of Gaza City, after the funeral procession. The victims were members of the the Al-Hasayneh and Abu Sharia families, who were killed when the Israeli army bombed their homes while they were inside on Nov. 23, 2023. The funeral is considered one of the largest in Palestinian history due to the high number of victims. The bodies were retrieved from the rubble by civil defense teams on Saturday. “The victims included 40 children, 38 women and seven people with disabilities,” the Civil Defense said in a statement. “The teams were unable to find 157 bodies still missing under the rubble,” Civil Defense official Mohammad Abu Dan said. Israel has killed more than 73,000 people and injured over 174,000 others in a brutal war in Gaza since October 2023. Despite the ceasefire agreement in effect since Oct. 10, 2025, Israel has continued its attacks across the enclave, killing 1,250 Palestinians and injuring 4,110 others, according to Gaza’s Health Ministry. Palestinian authorities in Gaza estimate that around 9,500 people remain under the rubble of destroyed buildings destroyed by Israel across Gaza. https://www.middleeastmonitor.com/20260804-palestinians-mourn-112-people-retrieved-from-rubble-in-gaza/
без подписи
14. Namun tidak dinafikan apa yang berlaku hari ini adalah gelombang yang sangat baik pada peringkat ini, dan kini identiti Melayu Islam secara amnya kembali menjadi sebuah prinsip yang diterima semula dalam realiti politik negara، samada disukai atau tidak. هذا وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين Zaid ZR
Identiti, & Kepimpinan Melayu Islam بسم الله وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم، أما بعد 1. Akidah dan tasawwur membentuk tujuan hidup, penilaian terhadap dunia, dan dorongan-dorongan. 2. Ia juga membentuk kesedaran diri (Idrak Dzat). 3. Dia mengenali hakikat dirinya, hakikatnya sebagai hamba Allah taala, hakikatnya di dalam medan dunia, dan juga hakikatnya sebagai sebahagian dari Umat Islam dan memori sejarah mereka (kesedaran kolektif). 4. Tasawwur ini membentuk satu rasa cukup dari dalam. 5. Maksudnya, kesedaran diri ini juga membentuk satu identiti dan dorongan, yang berpusat pada diri orang Islam itu sendiri, ia tidak bergantung kepada pengiktirafan luar, dan tidak boleh diberikan , dipengaruhi atau dihapuskan oleh agen luar. 6. Lihat bagaimana Allah subhanahu wataala menegaskannya berkali-kali: وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ Dan kemuliaan itu milik Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya أَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ “kamulah yang lebih tinggi sekiranya kamu beriman.” يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu. Orang yang sesat tidak akan memudaratkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ Mereka yang menyampaikan risalah-risalah Allah, takut kepada-Nya dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah. 7. Bahkan Allah seringkali menegaskan untuk melihat realiti yang lebih besar, dan bagaimana penolakan sebahagian manusia adalah tidak relevan sama sekali: أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسۡجُدُۤ لَهُۥۤ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِي ٱلأرۡضِ وَٱلشَّمسُ وَٱلقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٞ مِّنَ ٱلنَّاسِۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيهِ ٱلعَذَابُۗ وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكرِمٍۚ Tidakkah engkau melihat bahawa kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok, segala binatang yang melata, serta ramai daripada kalangan manusia? Dan ramai pula yang telah tetap atas mereka azab. Sesiapa yang dihinakan oleh Allah, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat memuliakannya. 8. Lalu apakah dorongannya yang utama untuk keluar berpolitik? Ia juga terbentuk dari dorongan akidah iaitu ubudiah, melaksanakan tugas mewarisi khilafah dan risalah, dan merasa rahmat dan isyfaq terhadap umat manusia, serta menjaga ummah. 9. Ia tidaklah bercanggah dengan konsep psikologi politik yang dikemukakan dalam wacana Politik Identiti, bahawa seseorang itu digerakkan oleh keperluannya pada pengiktirafan, atau mahu kesucian agamanya dihormati dalam ruang sosial (konsep ini juga wujud seperti hamiyah, ghirah, atau mewaris amanah, dalam penulisan ulama). 10. Ia boleh jadi sebahagian dari dorongan, namun ia adalah konsep dalam sebuah manzumah/kerangka yang lebih besar, ia menerangkan fenomena-fenomena pada peringkat politik yang tertentu, bukan keseluruhannya. 11. Membaca konsep itu (politik identiti) dan mufradatnya secara bersendirian seperti megalothymia contohnya, tanpa melihat keseluruhan kerangka, akidah, tujuan dan dorongan politik Islam, akan menghasilkan bacaan tempang terhadap politik umat Islam dan menjatuhkannya dengan unsur-unsur reaktif yang lain seperti tindak balas psikologi dan tuntutan identiti semata-mata. 12. Ia juga tidak cukup menerangkan pertembungan politik pada aras peradaban, dan sekiranya orang islam sendiri terperangkap dalam konteks itu, gelombang politik umat Islam sendiri akan bersifat reaktif, sementara dan tiada agenda serta program yang lebih besar diisi. 13. Jika ia tiada isi yang serius, ia akan menghadapi bahaya diisi oleh perkara lain, atau bersifat rapuh dan sementara.