Dunia Palestin 🇵🇸
СтатистикаSaluran Informasi Palestin Portal: duniapalestin.net support@duniapalestin.net
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 64
- Всего постов
- 69
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 12 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 2 125
- 1/48двое суток
- 2 435
- 1/72трое суток
- 2 626
Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.
Посты
Pemain tengah Perancis, Paul Pogba, menggunakan Instagram Story minggu ini untuk menarik perhatian terhadap krisis kemanusiaan di Gaza. Beliau memuat naik gambar seorang kanak-kanak berdiri di tengah-tengah runtuhan sambil mengendong seekor kucing. Sumber: Ro’ya News t.me/duniapalestin
Menteri Perang Israel, Katz, mengarahkan agensi keselamatan Israel untuk memindahkan kuasa penguatkuasaan undang-undang di Tebing Barat daripada tentera kepada polis Israel. Keputusan tersebut disifatkan sebagai langkah awal ke arah pengilhakan de facto Tebing Barat, selain memberikan kebebasan kepada kumpulan pelampau pendatang haram Israel untuk menyasarkan rakyat Palestin tanpa akauntabiliti atau pengawasan. Langkah itu turut digambarkan sebagai sebahagian daripada rancangan paling berbahaya untuk pemindahan penduduk dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Haaretz melaporkan bahawa angkatan darat Israel sedang beralih kepada penggunaan dron dan robot secara lebih meluas sebagai sebahagian daripada perubahan menyeluruh dalam kaedah operasi ketenteraan, termasuk rancangan menghasilkan kira-kira 100,000 dron serangan setahun. Perubahan itu turut melibatkan pengurangan pergantungan kepada struktur tradisional berasaskan batalion serta penubuhan unit khusus untuk mengendalikan dron dan robot bersama briged, mencerminkan usaha menyusun semula unit tempur berasaskan sistem tanpa pemandu. Rancangan tersebut bukan sekadar meningkatkan pengeluaran. Angkatan darat Israel juga mahu mengintegrasikan dron dan robot dengan lebih menyeluruh dalam perancangan serta pelaksanaan operasi, menjadikannya bukan lagi sekadar alat sokongan tetapi komponen utama sistem tempur tentera. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Tentera penjajah Israel menyerang seorang rakyat Palestin yang matanya ditutup dan kemudian menculiknya ketika menyerbu bandar Al-Zawiya, di barat Salfit, utara Tebing Barat yang dijajah. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Kebakaran berlaku di sebuah bangsal ternakan di kawasan Juhr al-Dik, timur laut kem al-Bureij di tengah Gaza, susulan bedilan artileri pengganas Israel ke atas kawasan tersebut. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Khalil Al-Daqran berkata jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza telah melebihi 73,000 orang, termasuk lebih 23,000 kanak-kanak, manakala lebih 173,000 orang cedera sejak 7 Oktober 2023. Beliau berkata lebih 1,260 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan warga emas, terbunuh sejak gencatan senjata bermula pada 11 Oktober 2025, dengan lebih 4,000 orang cedera. Menurutnya, kelewatan Israel turut menyumbang kepada kematian 1,700 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan perubatan di luar Gaza. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
West Ham United menerima kritikan dalam talian daripada penyokong pro-Palestin susulan tindakan kelab itu menandatangani pemain sayap Israel Manor Solomon. Para penyokong tersebut membantah pengambilan pemain berkenaan kerana pendirian awamnya yang mempertahankan Israel ketika perang di Gaza masih berterusan. Sumber: Ro’ya News t.me/duniapalestin
Meta didakwa secara sistematik menyekat kandungan berkaitan Palestin di Facebook dan Instagram, termasuk menyekat akaun serta mengurangkan keterlihatan hantaran, menurut kajian bersama oleh pertubuhan hak digital Palestin, 7amleh, dan penyelidik Universiti Utrecht, Fabio Cristiano. Laporan bertajuk Platformicide of Palestine itu menganalisis 3,520 dakwaan pelanggaran hak digital yang dilaporkan kepada Palestinian Observatory of Digital Rights Violations kendalian 7amleh antara Januari 2021 hingga Disember 2025. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
без подписи
без подписи
без подписи
+3
𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝟯𝟱𝟬 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗚𝗔𝗭𝗔 Menerusi Kempen Bantuan Kecemasan Palestin 2026, sebanyak 350 pek Makanan Panas yang mengandungi nasi berserta 200 gram daging, air tin, dan air botol telah berjaya diagihkan pada 2 Ogos 2026 bertempat di Kem Sohbat Khair, Kawasan Al-Nasr, Tengah Bandar Gaza, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada 350 orang penduduk yang memerlukan. Sumber: Kelab Perwira Malaysia 🚨 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 bit.ly/kecemasanpalestin2026 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026
𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Kecemasan Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim penjajah Israel. Anjuran: Kelab Perwira Malaysia 🚨 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 bit.ly/kecemasanpalestin2026 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026
Video menyentuh hati memaparkan seorang pelancong Palestin bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak Indonesia yang bertanya dari mana asalnya. Sebaik sahaja mendengar jawapan Palestin, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi penuh kegembiraan dan keterujaan. Pelancong itu kemudian menawarkan untuk mengambil gambar bersama mereka menggunakan kamera cetak segera sebelum memberikan gambar yang telah dicetak kepada mereka sebagai kenangan. Sumber: Ro’ya News t.me/duniapalestin
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, kepada rakan sejawatnya dari Mesir: ▪️ Pihak Palestin telah memenuhi komitmen mereka berkaitan peralihan kepada fasa kedua perjanjian Gaza, namun Israel masih belum mengambil langkah yang diperlukan untuk meneruskan proses tersebut. ▪️ Kami menjangkakan Amerika Syarikat akan memberikan tekanan yang sewajarnya terhadap Israel. Jika tidak, Turkiye, Qatar dan Mesir akan mengambil langkah yang tegas berhubung isu ini. Sumber: Shehab News Agency t.me/duniapalestin
Meta didakwa secara sistematik menyekat kandungan berkaitan Palestin di Facebook dan Instagram, termasuk mengehadkan akaun serta mengurangkan keterlihatan hantaran. Kajian 7amleh dan penyelidik Universiti Utrecht, Fabio Cristiano, menganalisis 3,520 dakwaan pelanggaran hak digital antara Januari 2021 hingga Disember 2025. Laporan Platformicide of Palestine mendapati penguatkuasaan tidak telus, sekatan ketat, penjelasan tidak mencukupi dan kelewatan penyelesaian. Meta hanya mengenal pasti peraturan yang dilanggar dalam 1,144 kes. Polisi Organisasi dan Individu Berbahaya (DOI) melibatkan 654 kes, atau 57.2%. Laporan turut menyatakan kandungan Palestin dinilai melalui lensa keselamatan, menyebabkan hantaran mengenai kematian sering dianggap menyokong keganasan termasuk mendokumentasikan atau meratapi kematian orang awam Palestin. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, merasmikan sebuah penempatan baharu di kawasan Jenin pada Khamis, tidak lama selepas tentera penjajah Israel merobohkan kedai-kedai dan premis milik rakyat Palestin pada hari yang sama. Menurut laporan Al Jazeera, serangan Israel serta pembinaan penempatan haram dan pos penempatan baharu di seluruh wilayah Palestin terus berlaku. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
Aktivis pro-Palestin menyimbah cat merah pada dinding dan tingkap sebuah syarikat pengeluaran pertahanan Terma di Denmark. Para aktivis mendakwa bahawa syarikat tersebut mendapat keuntungan daripada senjata yang digunakan oleh penjajah Israel yang mereka sifatkan sebagai genosid di Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
Sekatan tentera penjajah Israel di Tebing Barat sejak Oktober 2023 melibatkan lebih 930 sekatan jalan raya dan pusat pemeriksaan, telah menjejaskan perkhidmatan perubatan kecemasan. Perjalanan ambulans ke hospital kini mengambil masa berjam-jam, menyebabkan kelewatan rawatan dan kematian termasuk dalam kes serangan jantung serta pendarahan. Ambulans turut berdepan pemeriksaan ketat, arahan mematikan enjin dan peralatan perubatan selain serangan pendatang haram ekstrimis Israel. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
MSF memberi amaran bahawa sekatan kemasukan minyak enjin dan alat ganti ke Gaza meningkatkan risiko keruntuhan hospital, ambulans, sistem bekalan air dan perkhidmatan asas lain. Harga minyak enjin kini melonjak 20 kali ganda kepada lebih AS$1,300 seliter, manakala pengeluaran air harian merosot daripada 600,000 kepada 350,000 liter. Tinjauan Julai pula mendapati 90% isi rumah di Gaza berdepan ketidakjaminan air sederhana hingga tinggi. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin