tgindex
Ahmad Nu'man Mazlan

Ahmad Nu'man Mazlan

Статистика

Pengurus Dunia Palestin Network numan@duniapalestin.net

Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
1
Всего постов
23
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
3 112
0 за 4 дн.
Сутки
+1
+0,03%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
324
22 постов
Вовлечённость
10,4%
к подписчикам
Постов в день
0,1
всего 23
Упоминаний
2
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
84
1/48двое суток
96
1/72трое суток
103

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Hamas akan menyertai pilihan raya Palestin akan datang melalui gabungan nasional secara seluas mungkin, kata seorang anggota biro politik gerakan itu pada Rabu, lapor Anadolu. Hussam Badran berkata dalam satu wawancara dengan Al-Aqsa TV bahawa Hamas serta kebanyakan kumpulan dan gabungan pilihan raya Palestin menolak pengenaan “syarat politik atau keperluan untuk calon bertanding menerima pakai program politik tertentu.” Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5652/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Gerakan Hamas pada Ahad menegaskan semula komitmennya terhadap pelan hala tuju yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan bagi melaksanakan fasa kedua pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Gaza, lapor Anadolu. Menurutnya, proses itu perlu membawa kepada gencatan senjata sepenuhnya, penghentian serangan Israel, penarikan penuh tentera Israel, pembukaan semula pintu lintasan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan, permulaan usaha pembinaan semula serta membolehkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza menjalankan tugasnya. Pada awal Ahad, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan Lembaga Keamanan untuk Gaza, sambil menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari wilayah Palestin itu sehingga Hamas dilucutkan senjata. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5644/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Resensi Buku Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh Pembentang: Ahmad Nu'man Mazlan Pengurus Dunia Palestin Network Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis) Masa: Bermula 8.00 malam Tempat: Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) Jemput semua hadir malam ini. Maklumat lanjut: t.me/duniapalestin/66766

  • 🇲🇾 BICARA NEGARA | Siri Diskusi Bulanan Ogos 2026 Negara yang hebat tidak dibina hanya dengan semangat, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kepimpinan. Sepanjang bulan Ogos ini, Bicara Negara membawakan tiga tokoh ilmuwan yang akan mengupas pelbagai isu penting berkaitan bangsa, negara, peradaban dan masa depan Malaysia. 📅 5 Ogos 2026 (Rabu), 8.00 malam YB Senator Datuk Seri Prof. Emer. Dr. Awang Bin Sariyan Tajuk: Etos Bangsa Melayu Teras Peradaban Negara 📅 6 Ogos 2026 (Khamis), 8.00 malam Ustaz Ahmad Nu'man Mazlan Tajuk: Resensi Buku: Petunjuk Jalan Ke Arah Pembebasan Palestin 📅 12 Ogos 2026 (Rabu), 8.00 malam Dr. Mohd Hazizi Bin Ab Rahman Tajuk: Maqasid Syariah Dalam Konteks Politik Malaysia 📍 Dewan Tun Perak, Lot 6C, Menara Hidayah, Wangsa Maju ✅ Penyertaan adalah PERCUMA. 📲 Imbas kod QR pada poster untuk mengesahkan kehadiran anda. Jom bersama-sama menimba ilmu, bertukar pandangan dan menyumbang kepada pembinaan pemikiran yang lebih matang demi agama, bangsa dan negara. "Warisan Ilmu. Masa Depan Negara." 🇲🇾

  • Jenazah Sebesar Sebuah Negara Di Gaza, ini bukan sekadar pengebumian 112 syuhada. Ia adalah pengebumian sebuah rumah, sebuah keluarga, sejumlah banyaknya impian, dan sebahagian daripada roh sebuah negara. Di tempat itu, tiada lagi batu yang tinggal di atas batu. Bangunan itu runtuh menghempap penghuninya, mengubah sebuah rumah menjadi kubur beramai-ramai. Dari bawah timbunan runtuhan, kedengaran jeritan kanak-kanak dan wanita memohon diselamatkan, mengharapkan ada tangan yang menghulur bantuan. Namun dunia terlalu tuli untuk mendengar dan terlalu tidak peduli untuk bertindak. Ambulans serta pasukan pertahanan awam bergegas ke lokasi dengan sisa harapan yang masih ada. Kami menunggu mereka pulang sambil mengharapkan ada mangsa yang terselamat, atau sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang diselamatkan secara ajaib. Sebaliknya, mereka kembali membawa kata-kata yang paling memilukan: "Doktor... tiada seorang pun yang terselamat." Ungkapan itu masih bergema dalam ingatan, seolah-olah merangkum seluruh tragedi ini dalam satu ayat. Bagaimana mungkin sebuah keluarga lenyap dalam sekelip mata? Bagaimana dunia mampu mendengar jeritan kanak-kanak yang terperangkap di bawah runtuhan, namun terus membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku? Hari ini, bukan hanya keranda yang memenuhi jalan-jalan. Sebaliknya, nilai kemanusiaan itu sendiri seakan-akan sedang diusung ke pusara. Seramai 112 syuhada daripada keluarga al-Hasayneh dan Abu Sharia diiringi ke tempat persemadian terakhir mereka, sementara sejarah mencatat sekali lagi satu jenayah yang akan terus menjadi noda hitam pada wajah kemanusiaan. Mereka telah pergi. Namun darah mereka akan terus menjadi saksi terhadap dunia yang meninggalkan mereka, membiarkan mereka menjadi mangsa kekejaman yang tidak mengenal belas kasihan. Ia akan terus mengingatkan generasi akan datang bahawa kanak-kanak, wanita dan lelaki pernah menjerit meminta pertolongan dari bawah runtuhan, tetapi yang mereka temui hanyalah kesunyian. Semoga Allah SWT merahmati para syuhada daripada keluarga al-Hasayneh dan Abu Sharia, mengangkat darjat mereka di syurga yang tertinggi, serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Salam sejahtera buat roh-roh yang gugur syahid dalam keadaan dizalimi, dan salam sejahtera buat bumi Gaza yang terus menulis lembaran sejarahnya dengan tinta darah para syuhada. Dr. Munir al-Barsh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Siri diskusi bulanan Bicara Negara anjuran Akademi Kepemimpinan Tun Perak (AKTP) Dijemput semua kenalan di sekitar Lembah Klang untuk menghadiri sesi resensi (bedah buku) Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh, salah seorang pengasas gerakan Hamas pada Khamis, 6 Ogos 2026, bermula jam 8.00 malam di Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) InsyaAllah pembentangan akan dimulakan dengan laporan perkembangan terkini situasi di Gaza dan seterusnya sesi resensi buku yang disebutkan. Jemput semua bersama hadir wacana ini dan juga siri diskusi Bicara Negara lain yang akan dibentangkan oleh tokoh dan pakar seperti YB Senator Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dr. Mohd Hazizi Ab Rahman.

  • Jemput rakan dan kenalan yang berhampiran hadir esok.

  • Perang naratif hari ini bukan lagi sekadar di media sosial atau televisyen. AI juga kini menjadi medan perebutan dan pertempuran. Satu laporan mendedahkan Israel membelanjakan kira-kira AS$46.5 juta untuk menjalankan kempen pengaruh digital secara rahsia bagi mempengaruhi bagaimana chatbot AI seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan Perplexity menjawab soalan berkaitan perang genosid di Semenanjung Gaza. Mereka dilaporkan mengupah syarikat Clock Tower X, yang diasaskan oleh bekas pengurus kempen Donald Trump, Brad Parscale, untuk membina rangkaian laman web dengan tujuan memberi maklumat tertentu kepada sistem AI. Konsep ini dikenali sebagai LLM poisoning iaitu menghasilkan kandungan dalam jumlah besar supaya ia dicari oleh enjin carian dan akhirnya ia digunakan oleh model AI ketika menjawab soalan pengguna mengikut naratif yang dikehendaki. Laporan ini memberi satu gambaran yang cukup jelas, pertempuran hari ini bukan sekadar untuk menguasai wilayah, tetapi juga untuk menguasai maklumat dan membentuk apa yang orang ramai percaya sebagai "kebenaran".

  • Dalam ucapan pertamanya selepas dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Khalil al-Hayya menyeru agar gencatan senjata kekal di Gaza dilaksanakan, pengunduran penuh tentera Israel dipercepatkan, serta usaha pembinaan semula dipercepat. Beliau turut menggesa penyatuan rakyat Palestin, menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin, dan menyeru agar hubungan serantau diperkukuhkan susulan perang Amerika Syarikat terhadap Iran. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin

  • Ketua Hamas, Dr Khalil al-Hayya menggariskan enam keutamaan gerakan tersebut bagi fasa akan datang dalam ucapan sulungnya: Keutamaan pertama: Menghentikan sepenuhnya pencerobohan, pembunuhan dan keganasan oleh penjajah Israel, serta memastikan pengunduran penuhnya dari Semenanjung Gaza. Kami menyeru negara-negara penaja proses rundingan agar memberikan tekanan sebenar terhadap kerajaan penjajah Israel yang berhaluan ekstrem supaya melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dipersetujui dan meneruskan peralihan ke fasa seterusnya. Keutamaan kedua: Memulihkan kehidupan kemanusiaan yang bermaruah untuk rakyat di Gaza, menggagalkan segala rancangan jahat khususnya pemindahan paksa, serta mempercepatkan usaha pembinaan semula. Pembinaan semula adalah hak mutlak rakyat Palestin, bukan suatu ihsan atau pemberian, dan tidak boleh dikaitkan dengan sebarang pertukaran, konsesi atau pendirian politik. Keutamaan ketiga: Memperkukuhkan perpaduan rakyat Palestin. Dari kedudukan kami yang bertanggungjawab, kami menghulurkan tangan kepada semua komponen dan kekuatan Palestin untuk bersatu di bawah satu kata sepakat berdasarkan program kebangsaan yang dipersetujui bersama, demi merealisasikan keutamaan dan matlamat rakyat kami. Fasa ini tidak menerima sikap memonopoli atau mengetepikan mana-mana pihak. Keutamaan keempat: Memperkukuhkan hubungan strategik gerakan dengan dunia Arab dan Islam. Kami adalah sebahagian daripada umat yang agung dan beriltizam untuk terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan tempat-tempat suci. Keutamaan kelima: Menyeru negara-negara Arab dan Islam supaya mengambil tindakan yang berkesan serta meningkatkan tekanan bagi menghentikan pembunuhan dan genosid terhadap rakyat kami, di samping memikul tanggungjawab persaudaraan, sejarah dan agama mereka. Keutamaan keenam: Menuntut masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melindungi rakyat Palestin serta memastikan penjenayah perang Zionis dipertanggungjawabkan atas jenayah mereka. Sumber: Hamas t.me/duniapalestin

  • Gerakan Hamas menegaskan pemilihan Dr Khalil al-Hayya sebagai Ketua Biro Politik yang baharu membuktikan komitmennya untuk terus berpegang teguh kepada sistem syura dan tadbir urus institusi, meskipun berdepan situasi peperangan serta cabaran keselamatan yang luar biasa. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Hamas memaklumkan al-Hayya dipilih menerusi proses pemilihan dalaman yang melibatkan wakil daripada pelbagai wilayah operasi pergerakan tersebut, termasuk Semenanjung Gaza, Tebing Barat, tahanan Palestin di penjara Israel dan anggota di luar Palestin. Menurut Hamas, kejayaan melaksanakan proses pemilihan itu ketika kepimpinan dan anggotanya terus menjadi sasaran serangan Israel membuktikan organisasi tersebut kekal dipandu oleh institusi serta prinsip syura yang menjadi asas pentadbirannya. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5617/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Hamas telah menamakan Khalil al-Hayya sebagai pemimpin baharunya, menggantikan Yahya Sinwar yang syahid dalam operasi tentera penjajah Israel pada Oktober 2024, lapor Al Jazeera. Al-Hayya, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas dan salah seorang daripada lima anggota majlis kepimpinan pergerakan itu, memenangi pemilihan dalaman dalam pusingan akhir menewaskan bekas Ketua Biro Politik, Khaled Meshaal, menurut kenyataan Hamas pada Isnin. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5611/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Jemput hadiri siri diskusi bulanan Bicara Negara anjuran Akademi Kepemimpinan Tun Perak (AKTP) bertempat di Dewan Tun Perak, Menara Hidayah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut: t.me/FauziAsmuni/1237

  • Kenyataan Media Hamas Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) mengumumkan pemilihan saudara mujahid Khalil al-Hayya sebagai Ketua Biro Politik pergerakan ini, menggantikan pemimpin yang syahid, Yahya al-Sinwar. Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) 20 Julai 2026 Sumber: Hamas t.me/duniapalestin

  • #MerekaTelahMenipuAnda #كذبوا_عليكم #TheyLiedToYou Kempen baharu dilancarkan secara global bagi menegaskan gencatan senjata di Gaza adalah penipuan dan genosid Israel terus berlangsung.

  • Ketua Hamas di Luar Negara, Khaled Meshaal menyifatkan pemergian Bapa Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Qatar, malah kepada Palestin, dunia Arab dan Islam, serta seluruh masyarakat yang memperjuangkan nilai kemanusiaan. Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Meshaal berkata beliau telah mengenali Sheikh Hamad sejak 1995 dan menyifatkan Almarhum sebagai seorang pemimpin yang berani, bijaksana serta teguh mempertahankan prinsip, khususnya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5607/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, bekas Emir Qatar telah mangkat hari ini pada umur 74 tahun, dalam suatu kenyataan oleh Diwan Amiri Qatar. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah memberi perlindungan kepada Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi, para pimpinan Ikhwan Muslimin dan Hamas, serta membenarkan pembukaan pejabat Biro Politik Hamas di Doha, Qatar. Beliau juga menjadi ketua negara pertama di dunia yang melawat Gaza sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah itu pada 2007. Lawatan pada 2012 tersebut dianggap bersejarah kerana telah memecahkan pengasingan diplomatik terhadap Gaza ketika itu. Sheikh Hamad juga merupakan pengasas kepada Al Jazeera, organisasi media antarabangsa yang menjadi suara utama dunia Islam serta kuasa lunak yang mampu bersaing dengan media barat. Semoga Allah merahmati Sheikh Hamad. إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم أغفرله وار حمه وعافه واعف عنه Ahmad Nu'man bin Mazlan Pengurus Dunia Palestin Network t.me/numanmazlan

  • 1,000 hari genosid Israel di Gaza. 73,000 dibunuh, 21,000 daripadanya kanak-kanak. 90% kawasan dimusnahkan, 232,000 tan bom dijatuhkan. Masjid al-Aqsa diceroboh, tanah-tanah di Tebing Barat terus dirampas, rumah diroboh. Tahanan dicabul, diseksa dan dibunuh. Negara serantau diserang tanpa henti. Tetapi ada manusia yang masih sibuk berkata semuanya salah Hamas. Saya tidak katakan mereka ini Zionis, mungkin hanya alas kakinya.

  • Genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel ke atas Gaza telah memasuki hari ke-1,000 pada Khamis, dengan lebih 73,000 rakyat Palestin dilaporkan syahid sejak ia bermula pada 7 Oktober 2023. Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, seramai 9,500 lagi individu masih dilaporkan hilang, manakala sekurang-kurangnya 21,500 daripada mereka yang terkorban ialah kanak-kanak. Pejabat itu turut memaklumkan bahawa lebih 90 peratus kawasan di seluruh Semenanjung Gaza mengalami kemusnahan akibat serangan berterusan, mengakibatkan kerosakan besar terhadap kediaman, infrastruktur awam, hospital, sekolah dan kemudahan asas. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5595/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Israel kini menceroboh lebih 80 peratus Semenanjung Gaza selepas 1,000 hari genosid, dengan lebih 223,000 tan bahan letupan digugurkan ke atas wilayah itu, menurut kemas kini statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Khamis, lapor Anadolu. Lebih 73,000 rakyat Palestin syahid, termasuk lebih 21,500 kanak-kanak dan 12,500 wanita, manakala 9,500 lagi masih hilang, menurut kenyataan pejabat itu. Seramai 173,514 rakyat Palestin cedera, termasuk 433 wartawan, manakala 5,400 individu telah menjalani amputasi, dengan 18 peratus daripada mereka merupakan kanak-kanak. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5599/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin