Nadir Al-Nuri
СтатистикаRakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
- Последний пост
- 12 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 3
- Всего постов
- 23
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 5 451
- 1/48двое суток
- 6 246
- 1/72трое суток
- 6 737
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Ada satu projek yang akan diusahakan bersama rakan-rakan kita di negara terjajah, iaitu untuk peserta dari lima negara Eropah datang untuk bersama peladang pokok zaitun pada musim menuai akan datang bagi menjadi 'protective presence'. Pokok zaitun di P ada yang usianya lebih tua daripada negara penjajah itu sendiri dan setiap kali nak menuai hasil, akan dikacau penduduk haram yang membakar dan memsunahkan pokok. Sebab itu simbolik pokok zaitun ni sangat kuat. Kerajaan boleh bertukar. Tentera dan pendatang haram boleh datang. Tanah boleh dirampas. Rumah boleh dirobohkan. Tapi akar zaitun akan terus kuat mencengkam tanah. Bagi orang di sana, zaitun bukan sekadar buah. Ia asal-usul tanah, musim gotong-royong keluarga dan orang kampung, pendapatan dan warisan turun-temurun. Sebab itu juga saya namakan minyak zaitun kami TURATH. Turath bermaksud warisan. Setiap kali kita bawa sebotol minyak zaitun P ke rumah kita, sebenarnya ada sedikit cerita tanah itu yang ikut masuk bersama. Perjuangan P bukan hanya berlaku di demonstrasi atau pentas ceramah. Kadang-kadang ia berlaku di rumah sendiri, apabila hasil petani P masih dibeli, masih dimakan, masih ada pasaran. Kerana itu juga saya bersama rakan-rakan dari sana masih cuba memastikan warisan ini tak dilupakan. Minyak zaitun asli dari bumi Nablus, P yang diberkati, dengan jenama Turath, harganya RM110 untuk 500ml boleh didapati di http://www.wasap.my/60193799495/turath Orang Bangi boleh terus pickup di sini https://www.wasap.my/601153538139/minyakzaitunturath Orang Nilai pun senang nak dapatkan di https://wa.me/60193639719?text=Pickupthurathnilai 100 botol saja tinggal dari stok kali ni. Jangan biarkan warisan ini padam.
без подписи
Beberapa bulan lepas, Ben Gvir mencadangkan usul supaya dibina parit dipenuhi buaya di sekeliling penjara Ketziot (tempat tawanan P dan juga peserta Sumud ditahan) untuk mengelakkan tawanan cuba melarikan diri. Semalam cadangan tersebut ditolak mahkamah penjajah. Alasannya? Kerana ia bercanggah dengan hak asasi buaya! Hak asasi tawanan yang dilayan macam binatang, macam mana pula?
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Kalau ada negara yang boleh pecahkan rekod-rekod dunia, negara itu ialah negara P. Beberapa hari lepas penduduk mencatatkan rekod baru dalam sejarah negara mereka - majlis pengebumian paling besar pernah diadakan di sana. Upacara tersebut melibatkan 112 orang jenazah dari keluarga Abu Shariah dan Hasaynah. Yang dibunuh adalah 300 orang tetapi hanya 112 yang berjaya ditemui di balik runtuhan, 2 tahun selepas mereka dibunuh. Kepedihan mereka masih berlanjutan. Kesakitan mereka masih berpanjangan. Genosid, masih berterusan tanpa had dan batasan. Tetapi mereka akur dan faham, itulah harga pembebasan yang perlu terus dibayar, dengan penentangan bersenjata, tanpa mengalah dan tanpa putus asa.
PENCARIAN SUKARELAWAN CINTA GAZA MALAYSIA Nak tambah pengalaman? Nak bina kemahiran? Nak buat sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat? Volunteer4CGM memberi peluang kepada anda untuk: ✅ Sertai program kemanusiaan di seluruh Malaysia ✅ Bangunkan kemahiran kepimpinan ✅ Tambah pengalaman untuk resume ✅ Membina rangkaian bersama sukarelawan dari pelbagai negeri ✅ Menjadi sebahagian daripada sukarelawan Cinta Gaza Malaysia 📍 Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas. 🎯 Pendaftaran adalah PERCUMA. Klik pautan di bawah dan sertai Volunteer4CGM hari ini! https://www.cintagaza.my/Volunteer4CGM
Semalam, 7 Ogos 2026, CGM Meals berkolaborasi bersama Kelab Al-Azhar Members (ALAM) mengagihkan sebanyak 300 pek makanan percuma kepada jemaah Masjid al-Azhar, Universiti Islam Selangor. Semoga makanan yang diberi memberi manfaat kepada semua penerima. #CGMMeals #MakananPercumaCGM #Heroes4Hope
Francis, peserta Palestine Convoy dari Perancis memeluk Islam semalam di Turkiye. Alhamdulillah. Konvoi sedang bergerak menuju ke sempadan Iraq. Walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam konvoi ini, kita sama-sama menyokong penuh semua usaha ke arah pembebasan!
Alhamdulillah selesai lagi satu tanggungjawab sebagai seorang ayah, melengkapkan separuh lagi agama sang anak. Tahniah Naeem, the 'blue-eyed boy' yang saya tulis tentangnya di dalam buku saya. Jauh perjalanan kita bersama, akhirnya saya bersedia melepaskanmu menjadi milik orang lain. Perkahwinan perlu dibina dengan sasaran masa depan. Individu Muslim berkahwin membina keluarga Muslim, seterusnya membentuk masyarakat Islam yang membawa kesejahteraan dan kebaikan kepada orang lain. Kerana itu Naeem memilih pasangannya dari Al-Khalil, Hebron. Saya sebut kepada dia, aduh, seorang Shijaiyyah, seorang Al-Khalil. Kedua-dua tempat ini dikenali sebagai tempat orang 'bekeng', keras kepala di G dan Tebing Barat. Semoga Allah memberikanmu rahmah, mawaddah, sakinah sehingga ke anak cucu, melahirkan generasi pembebasan untuk negaramu dan seluruh ummah yang dizalimi, di mana sahaja. Ucapan terima kasih khas juga kepada Abi dan Che yang bersama kami dalam setiap langkah kami kali ini, menjiwai sikap kekeluargaan orang-orang P yang sangat dekat diikat.
без подписи
Menakutkan bagaimana isu-isu besar tapi tak berada dalam sfera perbincangan awam seperti ini betul-betul berisiko menggugat kedaulatan dan keamanan negara kita menjelang tahun 2027 - tahun berakhir Davidson window dan 100 tahun pembentukan PLA China. Baca di bawah 👇 https://www.facebook.com/share/p/1D7ARbnm22/
Jom teman kita sama-sama tambah ilmu pengetahuan, Isnin niendengar kupasan dari pasukan peguam CENTHRA dan Sumud Nusantara untuk pelbagai isu di dunia.
https://www.facebook.com/share/p/1BQY2or3Tc/ Saya kongsikan penulisan Saudara Syahmi yang pernah mengetuai team advokasi CGM sebab penulisan ini perlu lebih ramai yang membacanya. Memahami isu hari ini terkait Rohingya, ke mana sepatutnya disalurkan kemarahan dan langkah penyelesaian. InshaAllah kita buat sama-sama melalui undang-undang, tekanan diplomatik, kemanusiaan dan suara akar umbi, sama macam kita buat untuk P.
без подписи
без подписи