Aman Palestin Berhad 🇵🇸
СтатистикаTelegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas! Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
- Последний пост
- 12 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 34
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 565
- 1/48двое суток
- 647
- 1/72трое суток
- 698
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
🇲🇾 MERDEKA KALI NI, RAIHAN BELANJA! 🚚🔥 Kalau dah lama teringin nak beli, ini masa yang paling berbaloi. Sebab sekarang Raihan tengah buat PROMO MERDEKA — FREE POSTAGE! 🎉 Apa yang anda nak beli, pilih saja: 🕌 Sejadah 🫒 Minyak Zaitun 🌴 Kurma ❌Tak perlu tambah kos penghantaran. 👉 Postage Raihan belanja untuk anda. ❤️ Bayangkan… Barang sampai ke rumah, kos postage pula kami yang tanggung. 😍 Kalau memang dah ada dalam wishlist, tak perlu tunggu lagi. 🔥 PROMO MERDEKA INI TERHAD Bila promo tamat, caj penghantaran akan kembali seperti biasa. 👉 KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MERDEKA:🔥 https://bit.ly/RaihanBelanjaFreePostage https://bit.ly/RaihanBelanjaFreePostage https://bit.ly/RaihanBelanjaFreePostage 🇲🇾 Merdeka kali ni, biar Raihan belanja! Klik → Pilih item → Buat order → Postage kami tanggung. 🚚❤️ #Raihanbelanjapostage #Promomerdeka #MalaysiaPalestin #TerpalingPalestin #MinyaZaitunExtraVirginPalestin #MedjoulSuperJimat #SejadahAlaqsa
Bashar Al-Assad, bekas Presiden Syria yang melarikan diri dijatuhkan hukuman mati " in absentia" (penghakiman dijalankan tanpa kehadiran tertuduh di dalam dewan mahkamah) selepas didapati bersalah melakukan jenayah sepanjang 14 tahun perang di Syria. Mahkamah Jenayah di Damsyik sebulat suara mensabitkan Bashar Al-Assad dan adiknya Maher Al-Assad yang melarikan diri ke Rusia, serta sepupu mereka Atef Najib, bekas ketua keselamatan politik di Daraa atas kesalahan pembunuhan terancang, penyeksaan dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perbicaraan. Sumber: TRT World 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Rakyat Palestin di Gaza mengadakan solat jenazah dan pengebumian besar-besaran bagi 112 anggota keluarga Abu Sharia dan al-Hasayna, hampir tiga tahun selepas mereka terkorban dalam serangan Israel. Lebih 8,000 rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di seluruh Gaza. Sumber: Al-Jazeera 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) memberi amaran bahawa kebuluran melampau mengancam ratusan ribu rakyat Palestin di seluruh Semenanjung Gaza. Sumber: Days of Palestine 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Khaled Al-Ashram, seorang pelajar yang sedang berada di dalam bilik darjah berhadapan detik menyakitkan apabila tangannya ditembak oleh Tentera Israel laknatullah semasa Khaled duduk di meja belajarnya di Sekolah Al-Sawafir, Gaza City. Peluru tembakan itu menembak tangan Khaled semasa dia memegang pen dan peluru itu menembusi tangannya. Sumber: AP Media News 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin meruncing. Menurutnya, kira-kira 67% penduduk kini berdepan masalah ketidakjaminan bekalan makanan, manakala hampir 10% daripada mereka berada di ambang kebuluran. Pejabat itu turut menegaskan bahawa kemerosotan keadaan kemanusiaan yang berterusan serta kekurangan bekalan makanan terus memburukkan penderitaan penduduk. Sehubungan itu, OCHA menggesa usaha dipertingkatkan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan segera serta keperluan asas penduduk Gaza dipenuhi. Sumber: Assabeel 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
без подписи
без подписи
без подписи
KETABAHAN PENDUDUK GAZA HIDUP DI DALAM PENJARA TERBESAR DUNIA Setiap hari rakyat Gaza termasuk kanak-kanak berusaha mencari air untuk kehidupan seharian dan sumber makanan untuk dijadikan juadah. Meskipun susah, cuaca panas, risiko penyakit berjangkit, hidup mesti diteruskan. Sumber: Madji Fathi / AP Media News 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Menurut laporan mingguan Palestine Liberation Organization (PLO), lebih 93 peratus kes siasatan serangan penduduk haram yahudi Israel ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat ditutup tanpa sebarang dakwaan. Laporan itu menyatakan bahawa keganasan oleh penduduk haram Israel telah semakin memuncak sejak awal tahun 2026, menyifatkannya sebagai "lanjutan daripada dasar yang diselaraskan antara penduduk haram haram dengan tentera Israel laknatullah di bawah perlindungan jelas pihak kerajaan." Sumber: TRT World 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Euro-Med Monitor menjelaskan usaha membersihkan sisa runtuhan bangunan akan menghapuskan bukti-bukti jenayah perang. Organisasi Hak asasi manusia dan pakar perundangan memberikan peringatan bahawa pembersihan sisa runtuhan besar-besaran sebelum siasatan selesai akan menyebabkan bukti-bukti kukuh yang boleh dibawa sebagai bukti jenayah perang. Membersihkan tapak yang dibom sebelum pihak forensik melakukan siasatan berpotensi memadamkan bukti yang diperlukan dalam mengenal pasti senjata yang digunakan, kaedah serangan, faktor penyebab kematian dan mencari jejak biologi serta balistik. Sumber: Quds News Network 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Aktivis Pro-Palestin berarak di Netherlands dalam menzahirkan solidariti mereka buat rakyat Palestin dan mengutuk sebarang tindakan kejam dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang dilakukan oleh Israel laknatullah. Sumber: Days of Palestine 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
🔥 JUALAN KILAT 216 JAM BERMULA SEKARANG! NOW OR NEVER🔥 ✅ Kalau selama ini anda tunggu harga terbaik untuk Kurma Medjoul Palestin, inilah masanya. ❤️ Isi besar. ❤️ Lembut. ❤️ Manis berkaramel semula jadi. ❤️ Dijamin asli dari Palestin. ⏳ Sepanjang 216 jam sahaja, kami turunkan harga untuk menghabiskan stok sedia ada bagi memberi laluan kepada stok baru yang akan tiba😊 💥 1 Botol - RM15 💥 2 Botol - RM28 💥 3 Botol - RM39 💥4 Botol + FREE 1 - RM50 💥 8 Botol + FREE 2 - RM100 ✅ Setiap pembelian bukan sekadar anda membawa pulang kurma berkualiti, malah turut menyokong ekonomi rakyat Palestin melalui hasil bumi mereka. ⏳ Promosi berakhir 8 OGOS 2026 atau lebih awal jika stok habis😱 📲 Scan QR, Klik Link atau WhatsApp sekarang sebelum terlambat. 📌 Link Pembelian https://bit.ly/NakKurmaMedjoulSuperJimat 📌 Whatsapp https://wasap.my/60134287018/NakKurmaMedjoulSuperJimat Edaran: Rayhan Group Sdn Bhd #MedjoulSuperJimat #216JamSahaja #MakananSunnah #OrangSakitBolehMakan #IsiLembutRasaKaramel
Turkiye pada hari Ahad menyatakan bahawa serangan Israel laknatullah ke atas Gaza telah membuktikan dengan jelas bahawa kerajaan Netanyahu tidak ada niat dan usaha untuk mencapai keamanan dengan Palestin. Kementerian Luar Turkiye menyeru komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dalam melawan polisi Israel laknatullah. Israel laknatullah juga dilihat menghalang usaha mediasi dan mengusir rakyat Palestin. Sumber: Days of Palestine 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
RENTUNG DI DEPAN MATA Empat warga Palestin terkorban dalam serangan udara Israel laknatullah yang meletupkan sebuah kenderaan di kawasan Sayara, tengah Gaza City. Penduduk setempat berusaha untuk memadamkan api yang membakar kenderaan dan mangsa korban. Sumber: Middle East Eye 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Pejabat Kedutaan Israel laknatullah di Athens, Greece berdepan provokasi daripada penunjuk perasaan yang menggunakan bunga api dan dihalakan ke pejabat kedutaan, menuntut Greece untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel laknatullah. Sumber: Days of Palestine 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam siri serangan udara terbaru Israel di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa Palestin. Pihak Pertahanan Awam Gaza memaklumkan bahawa pesawat tentera Israel melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi termasuk Bandar Gaza, Khan Younis dan Deir el-Balah pada Ahad malam. Sumber: Astro Awani 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi dalam kandungan, manakala beberapa lagi cedera dalam siri serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Ahad. Serangan itu berlaku hanya dua hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bersama Board of Peace mengumumkan persetujuan untuk melaksanakan fasa seterusnya gencatan senjata di Gaza. Sumber: TV Pertiwi 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Serangan terbaharu di Iraq dan Mesir, berisiko membabitkan lebih banyak negara Asia Barat ke dalam konflik, selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman, minggu lalu mengisytiharkan sekatan laut ke atas Arab Saudi. Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/07/30/as-lancar-serangan-baharu-ke-atas-iran-perang-kini-libatkan-lebih-banyak-negara/ Sumber: TV Pertiwi 🇵🇸 Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad