MyAqsa Defenders
СтатистикаMyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 44
- Всего постов
- 58
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 273
- 1/48двое суток
- 312
- 1/72трое суток
- 336
Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.
Посты
Human Rights Watch melaporkan bahawa penutupan jalan raya yang dilaksanakan oleh pihak rejim Israel di Tebing Barat pada Julai 2026 telah mengganggu urusan pengangkutan seorang wanita Palestin hamil yang berada dalam keadaan kritikal, sekali gus menyebabkan kelewatan dalam tindakan kecemasan. HRW juga melaporkan bahawa janin tersebut tidak dapat diselamatkan semasa proses kelahiran kecemasan yang menyusul dan wanita itu menghadapi risiko perubatan tambahan selepas anggota tentera mengarahkan kru ambulans supaya menghentikan penggunaan peralatan perubatan selama sekurang-kurangnya 20 minit. Sumber: PALM
Dua rakyat Palestin dikejarkan ke hospital selepas diserang dengan kejam oleh pendatang haram Israel semasa satu serbuan di bandar Beit Furik, di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki. Sumber: Quds News Network
1️⃣ HARI 1️⃣ AYAT Kecil Di Mata Manusia, Besar Di Sisi Allah "Jangan Kata 'Aku Tak Mampu'. Mungkin Allah Sedang Menilai Perkara Yang Kita Remehkan." "Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah Az-Zalzalah: 7) Ramai yang berasa sumbangan mereka terlalu kecil untuk memberi kesan kepada Palestin. Ada yang berkata, "Sekadar doa, apa yang boleh berubah?" Ada pula yang merasakan infak beberapa ringgit tidak membawa makna. Namun Allah tidak pernah menilai sesuatu berdasarkan saiznya, tetapi berdasarkan keikhlasan dan ketaatan. Sejarah Islam dibina oleh ribuan amalan kecil yang dilakukan dengan istiqamah. Mungkin satu doa kita menjadi sebab Allah melindungi seorang anak di Gaza. Mungkin satu perkongsian kita menjadi sebab orang lain mula mengambil peduli. Jangan sekali-kali meremehkan amalan yang Allah tidak pernah remehkan. #1Hari1Ayat
DOA QUNUT NAZILAH 🤲🏻 Jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin ramadan ini. Teruskan lazimi qunut nazilah! 🤲
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata serangan Israel di Syria mengancam kestabilan negara itu dan menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel agar menghormati kedaulatan Syria. Fidan turut menuduh Israel menggagalkan usaha damai di Gaza dengan mendakwa kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu sengaja melengahkan pelaksanaan fasa seterusnya pelan gencatan senjata. Beliau menegaskan keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata secara kekal serta mempercepatkan usaha pembinaan semula Gaza. Sumber: Quds News Network
Jemput dengar & hayati lagu ini KUDUS PALESTIN 🇵🇸 🎙 Lah Ahmad X Inteam https://youtu.be/1gmFA98M_pg?si=aoq0ks8xRj1GLs9S Terbitan: Inteam Records Dibawakan oleh: MyAqsa Defenders 🇲🇾
🛑 Pengarah Serantau UNICEF bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Edward Beigbeder: Rejim Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak di Gaza sejak gencatan senjata diisytiharkan pada Oktober 2015 manakala ratusan lagi mengalami kecederaan, kebanyakannya kecederaan parah. ⚡ Gencatan senjata yang menyaksikan purata seorang kanak-kanak terkorban setiap hari bermakna kegagalan dalam melindungi kanak-kanak dan kanak-kanak di Gaza masih menantikan penamatan keganasan yang telah dijanjikan kepada mereka. ⚡ Kami menggesa semua pihak supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia. Sumber: PALM
Faisal Barbakh, kanak-kanak berusia enam tahun masih terlantar di khemah keluarganya di selatan Gaza selepas mengalami keretakan tulang belakang akibat runtuhan dinding yang menghempap tempat perlindungan itu. Keluarganya merayu agar dia dipindahkan segera ke luar negara untuk mendapatkan rawatan. Sumber: Quds News Network
Lebih dua pertiga penduduk Gaza mungkin mengalami kebuluran yang teruk menjelang akhir tahun ini memandangkan agensi-agensi kemanusiaan mengurangkan penghantaran bantuan akibat kekurangan dana, menurut sebuah kumpulan pemantau kebuluran global. Sumber: Days of Palestine
Rakaman menunjukkan tentera rejim Israel menutup jalan utama kepada lalu lintas kenderaan di tengah-tengah operasi perobohan yang sedang dijalankan berhampiran pusat pemeriksaan Qalandiya. Sumber: Shehab News Agency
Pasukan Pertahanan Awam Gaza bersama pasukan forensik menemui dan mengeluarkan jasad seorang rakyat Palestin yang belum dikenal pasti dari Blok C. Jasad tersebut kemudian dipindahkan ke Kompleks Perubatan Nasser bagi menjalani prosedur yang diperlukan. Sumber: Quds News Network
Terkini | 14 Ogos 2026 🇵🇸🕊 Dipecat Kerana Laung “Bebaskan Palestin”, Pekerja Burger King Diabadikan Dalam Mural Pelukis di Gaza menghasilkan sebuah mural sebagai tanda sokongan kepada Arianna Hamilton, bekas pekerja Burger King di Pennsylvania yang dilaporkan dipecat selepas menyebut “Bebaskan Palestin” kepada seorang pelanggan Israel Amerika di kaunter pandu lalu. Kejadian itu berlaku di sebuah cawangan Burger King di Breinigsville, Pennsylvania. Mural tersebut menjadi simbol sokongan rakyat Gaza terhadap Hamilton yang berdepan tindakan kehilangan pekerjaan selepas menyuarakan sokongan kepada Palestin. Kisah itu turut mendapat perhatian di media sosial, sekali gus menunjukkan bagaimana isu Palestin terus mendapat sokongan di luar Gaza. Sumber: Al Jazeera #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Kempen Reben Merah diteruskan di Copenhagen, Denmark bagi menuntut pembebasan tahanan Palestin. Lebih 9,500 rakyat Palestin masih ditahan oleh pihak penjajah Israel sementara para peserta mengulangi tuntutan agar mereka dibebaskan serta menarik perhatian umum terhadap penahanan mereka yang berterusan. Sumber: PALM
1️⃣ HARI 1️⃣ AYAT Jangan Berputus Asa Dengan Umat Ini "Kalau Allah Masih Memberi Peluang Kepada Umat Ini...Siapa Kita Untuk Berputus Asa?" "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87) Melihat keadaan umat Islam hari ini berpecah, lemah dan sering menjadi mangsa penindasan - ada yang mula hilang harapan. Ada yang berkata, "Umat ini sudah tiada masa depan." Namun Al-Quran mengajar sesuatu yang berbeza. Nabi Ya'qub AS mengucapkan ayat ini ketika baginda kehilangan Nabi Yusuf AS bertahun-tahun lamanya. Baginda tidak pernah berhenti berharap kerana baginda yakin rahmat Allah sentiasa mendahului segala kesulitan. Palestin juga mengajar kita perkara yang sama. #1Hari1Ayat
Mahkamah Israel membekukan sementara rancangan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir, untuk menempatkan buaya di sekitar Penjara Ketziot di Gurun Negev, selatan Israel, yang menempatkan tahanan Palestin dari Gaza. Perintah mahkamah itu dikeluarkan susulan cabaran undang-undang oleh sebuah pertubuhan hak haiwan yang berhujah bahawa rancangan tersebut membahayakan haiwan berkenaan serta tidak mempunyai asas perundangan, menurut laporan media Israel. Sumber: Anadolu Agency
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin meruncing. Menurutnya laporan kira-kira 67% penduduk kini berdepan masalah ketidakjaminan bekalan makanan manakala hampir 10% daripada mereka berada di ambang kebuluran. Sumber: Gaza Now
без подписи
без подписи
без подписи
Rejim Israel memaksa keluarga Abu Sarhan merobohkan dua unit pangsapuri kediaman di Jabal Al-Mukaber, Baitulmaqdis Timur menyebabkan 10 ahli keluarga kehilangan tempat tinggal. Pangsapuri yang dibina pada tahun 1994 itu menempatkan dua keluarga yang mendakwa mereka berdepan dengan cubaan berulang kali untuk merampas hartanah tersebut serta denda pembinaan selama bertahun-tahun. Sumber: Silwanic