#TerkiniPalestin 🇵🇸🇲🇾
СтатистикаMelaporkan berita yang sahih dan terkini di Palestin. Untuk sumbangan kemanusiaan ke Palestin, salurkan ke » https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 26
- Всего постов
- 254
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 570
- 1/48двое суток
- 653
- 1/72трое суток
- 704
Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.
Посты
без подписи
Pesakit kanser di Gaza kini meninggal dunia pada kadar dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum perang. Keadaan ini berlaku berikutan sekatan Israel yang menghalang mereka keluar mendapatkan rawatan, selain kemusnahan satu-satunya pusat rawatan khas kanser di kawasan tersebut. 📌 Menurut Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr. Muhammad Abu Salmiya, antara 3 hingga 5 pesakit kanser meninggal dunia setiap hari di wilayah itu kerana tidak dapat mengakses rawatan kemoterapi yang sangat diperlukan. 📌 Sementara itu, pegawai perubatan memberitahu Reuters bahawa terdapat 20,000 lagi pesakit—termasuk 5,000 pesakit kanser—yang telah mendaftar untuk berawat di luar negara, namun masih belum dibenarkan keluar. Sumber: PalPostN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
#TerkiniGaza Perkhidmatan Ambulans dan Kecemasan: Tiga orang nelayan cedera terkena tembakan kapal perang Israel di perairan bandar Gaza. Sumber: AJA #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Lagi Kerugian untuk AS! 🔥 Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik tiga orang pegawai AS mengakui bahawa Tentera AS telah kehilangan sekurang-kurangnya 45 buah dron MQ-9 Reaper sepanjang perangnya terhadap Iran, iaitu kira-kira 25% daripada keseluruhan jumlah dron yang ada. Berdasarkan laporan yang sama, antara dron yang digunakan oleh pihak AS adalah dron ‘Reaper’ yang dikerahkan untuk melakukan serangan bersasar dan juga pengawasan. Kos kepada satu dron ini sahaja mampu menelan kos antara $30 juta hingga $50 juta bergantung kepada jenis ‘sensor’ dan senjata yang dilengkapkan padanya. Oleh itu, kerugian terkini berkenaan boleh mencecah lebih daripada $1.3 bilion kos pembayar cukai untuk sistem dron itu sahaja. Dron-dron tersebut telah digunakan secara meluas di sekitar Selat Hormuz. Walau bagaimanapun, kelajuannya yang agak perlahan dan operasinya yang kerap dilakukan pada altitud rendah menjadikannya terdedah kepada serangan tentera Iran, serta penentangan di Yaman dan Iraq. Namun, tidak semua dron Reaper yang hilang itu telah ditembak jatuh. Pegawai AS memberitahu bahawa sebilangan dron yang tidak dinyatakan jumlahnya telah terhempas selepas pengendali terputus sambungan komunikasi dengan dron tersebut. Sumber: Al Mayadeen #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Seramai 300 peserta Palestine Convoy dari 20 negara terkandas di Lintasan Ibrahim Al-Khalil ketika dalam perjalanan menuju ke Tebing Barat. Perunding Media Alkhair Malaysia, Razali Awang dalam kenyataan memaklumkan, rundingan dengan pihak berkuasa berkaitan masih berlangsung bagi membolehkan konvoi meneruskan perjalanan. “Proses menunggu dan mendapatkan permit untuk melintasi sempadan itu masih berjalan di pihak Iraq, dengan masalah visa sebahagian peserta turut dikaitkan sebagai antara faktor yang menyebabkan kelewatan. “Pihak kami telah melengkapkan segala keperluan undang-undang, status awam serta persiapan yang diperlukan bagi meneruskan misi berkenaan,” menurut kenyataan itu. Menurut Razali yang juga merupakan peserta tunggal dari Malaysia berkata, misi berkenaan bukan untuk mencetuskan ketegangan politik, sebaliknya menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di Gaza. Sementara itu, Palestine Convoy turut mendakwa kelewatan berkenaan mungkin dipengaruhi tekanan politik dan diplomatik Israel terhadap negara-negara di rantau berkenaan. Bagaimanapun, rundingan dengan pihak berkuasa masih diteruskan dengan harapan konvoi berkenaan dibenarkan meneruskan perjalanan secara aman. Sumber: RTM #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Selepas 21 tahun pengosongannya, rejim penjajah mendirikan semula penempatan 'Ganim' di atas tanah milik warga Palestin di Jenin. Sumber: PalPostN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
MyCARE telah melaksanakan Program Agihan Pek Makanan pada 28 hingga 29 Julai 2026 di 3 kem pelarian sekitar An-Nuseirat. Inisiatif khas ini berjaya menjangkau 456 keluarga yang meliputi seramai 2,736 individu terjejas di tiga buah kem pelarian di kawasan selatan Gaza. Setiap pek dilengkapi beras, minyak masak, makanan tin, dan keperluan asas lain bagi mengembalikan nutrisi serta mengurangkan beban kewangan isi rumah yang daif. Usaha memulihkan krisis keterjaminan makanan kekal menjadi antara keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza. Setinggi-tinggi penghargaan kami titipkan kepada semua penyumbang MyCARE yang terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin. Moga setiap sen yang diinfakkan menjadi asbab mengalirnya rezeki, mengurangkan penderitaan, dan mengembalikan harapan serta senyuman buat mereka yang memerlukan. "Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik..." [Surah Al-Baqarah: 267] Sempena hari Jumaat, jom bantu di: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin #MyCARE #Gaza #BantuanMakanan #KemPelarian #Palestin
Rejim Zionis telah memusnahkan lebih daripada 93% tanah perkuburan di sekitar Semenanjung Gaza, memadamkan bukti penting jenayah yang dilakukan. Pengarah Rangkaian NGO Palestin, Mohammed Salha memberikan amaran bahawa pemusnahan menggunakan jentolak yang dilakukan oleh rejim mampu menghancurkan sisa manusia, barangan peribadi dan bekas senjata yang amat diperlukan untuk mengenalpasti mangsa dan menyiasat perlanggaran undang-undang. Salha telah menyeru kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk segara menghantar pasukan mereka ke lapangan untuk mencari fakta dan memberi amaran bahawa kemusnahan berterusan ini akan selamanya memadamkan bukti yang diperlukan untuk mengheret rejim ke muka pengadilan. Sumber: QNN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
без подписи
Keadaan selepas rejim Laknatullah membedil sebuah kenderaan yang dinaiki oleh Ketua Polis Gaza, Jamal Abu Kumeil di Bandar Gaza, sekaligus membunuh beliau. Sehingga saat ini, rejim Laknatullah masih melancarkan serangan, membunuh anggota keselamatan Gaza bagi mencetuskan lagi huru-hara di sana. Sumber: QNN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
“Si Bodoh” Wartawan British Piers Morgan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh penjenayah perang, Benjamin Netanyahu dan menggelarnya “si bodoh” selepas Netanyahu memanggil Britain sebagai “Republik Islam Britain”. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Netanyahu sebagai serangan terhadap pendirian Britain ke atas Israel dan bagaimana negara tersebut semakin mengkritik dan mengecam genosid negara haram Laknatullah di Gaza. Sumber: QNN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
#Rangkuman : Antara yang terjadi sepanjang semalam iaitu pada 13/8/2026 ✍️ Timbalan Presiden AS, JD Vance, menyatakan bahawa Washington berhasrat untuk menstabilkan harga tenaga Amerika, menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear, dan keluar daripada konflik Iran ini dalam posisi yang kuat. ✍️ Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata bahawa AS mampu mengekalkan sekatan maritimnya terhadap Iran "sampai bila-bila". ✍️ Tentera Iran mempertikaikan dakwaan AS bahawa lalu lintas maritim beroperasi seperti biasa menerusi Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa tiada kapal yang boleh lalu tanpa kebenarannya. ✍️ Dua buah kapal milik Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi diserang ketika melintasi Selat Hormuz, dengan media rasmi UAE melaporkan tiada kecederaan berlaku dan mengesahkan keadaan kini terkawal. ✍️ Menurut agensi berita Saba, Houthi Yaman menyasarkan Selat Bab al-Mandeb di bahagian barat negara itu dengan dua buah peluru berpandu. (Terjemahan dan Susun Kata oleh #TerkiniPalestin)
Angka korban/syahid setakat jam 8:15 Pagi, 14/8/2026, Jumaat. Dalam tempoh kemaskini terakhir, 13 Ogos 2026, seorang penduduk awam disahkan syahid manakala 7 orang yang cedera telah tiba di hospital. Setakat ini, kru ambulans dan pertahanan awam masih gagal menghampiri sejumlah mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan berada di jalanan. Jumlah keseluruhan sejak gencatan senjata pada 10 Oktober adalah, 1,260 orang syahid, 4,154 orang cedera dan 808 jenazah berjaya ditemui. Hasbunallah Wanikmal Wakil Gaza masih perlukan kita Sama-sama kita mendoakan segala kebaikan untuk saudara kita di sana 🤲🇵🇸 *** Teruskan mengikuti perkembangan terkini di #TerkiniPalestin SHARE berita-berita kami agar lebih ramai cakna dan maklum. SUBSCRIBE #TerkiniPalestin di 👉 https://t.me/terkinipalestin Ikuti ANALISIS terkini Taufan al-Aqsa di 👉 https://www.7oktober.net/ TONTON Podcast kami di 👉 https://www.youtube.com/@AkademiAqsaSyarif2 Untuk MENYUMBANG ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Ben Gvir adalah antara watak paling jahat dalam sejarah negara Zionis. Mulutnya lantang dengan ucapan yang seakan-akan tidak pernah jemu menggesa tindakan keras dan pertumpahan darah terhadap rakyat Palestin. Ben Gvir juga pernah meraikan kelulusan undang-undang hukuman mati terhadap tahanan Palestin dengan membuka botol champagne di Knesset. Lelaki inilah yang seolah-olah menjelmakan watak-watak zalim yang sering disebut dalam al-Quran. Firaun, sebagai contohnya, mengaku membunuh anak-anak lelaki Bani Israel. Begitulah juga Ben Gvir yang berbangga dengan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan membunuh lebih ramai rakyat Palestin. Terbaru, Ben Gvir mahu menggunakan buaya untuk mengelilingi penjara yang menempatkan tahanan Palestin. Rancangan tersebut bahkan mendapat tentangan daripada pihak alam sekitar dan kebajikan haiwan kerana keadaan geografi serta suasana di lokasi berkenaan dikhuatiri tidak sesuai untuk buaya. Pada awal Ogos, sebuah mahkamah Israel akhirnya menggantung sementara pemindahan buaya ke Penjara Ketziot selepas cabaran undang-undang berkaitan kebajikan haiwan. Ironinya, apabila nasib buaya dipersoalkan dan kebajikannya diberi perhatian, bagaimana pula dengan nasib rakyat Palestin yang berada dalam tahanan? Tonton kupasan penuh di Youtube Aqsa Syarif. Tonton episod penuh di sini: https://youtu.be/RFWBQ_YE-D4 💵Untuk MENYUMBANG ke Palestin, KLIK: 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Liga bola sepak domestik Palestin telah bersambung semula pada 4 September selepas digantung selama tiga tahun berikutan genosid oleh Israel dan usaha untuk melumpuhkan sukan Palestin. Musim baharu yang dinamakan "Kejohanan 1,000 Syuhada" itu akan menampilkan 226 buah kelab, dengan perlawanan pembukaan diadakan secara serentak di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan kem pelarian Ein El-Hilweh di Lubnan. Sumber: QNN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Menurut portal Politico, seorang pegawai Majlis Keamanan memberitahu bahawa perbincangan khas dengan Israel mengenai pelan Trump masih diteruskan. Matlamat utamanya adalah untuk melucutkan senjata di Gaza secara menyeluruh agar ia tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel seperti pada 7 Oktober. Beliau menegaskan rancangan ini sedang berjalan rancak dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik. Sumber: AJA #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Usia atok ini mungkin lebih tua daripada umur negara haram ZIonis, namun lihatlah, pada 11 Ogos 2026, atok ini dihalang oleh seorang askar Zionis daripada menggunakan jalan pulang ke rumahnya yang terletak di Bandar Lama Al-Khalil (Hebron) di Tebing Barat yang dijajah. Ironinya, ‘karpet merah’ dibentangkan kepada pendatang haram untuk melancarkan serangan dengan ‘izin’ pihak berkuasa Zionis, namun penduduk asal kawasan tersebut disusahkan seribu kali ganda. Sumber: PalPostN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berucap pada hari Rabu telah menuduh kerajaan Perdana Menteri Zionis sedang berusaha dengan cukup keras untuk “membuang Palestin” daripada mana-mana agenda dunia. “Kerajaan Netanyahu sengaja mengambil kesempatan atas kekecohan dan konflik baharu di rantau itu. Niat mereka adalah untuk membuatkan dunia lupa dan tidak lagi peduli tentang isu Palestin.” Ujar Erdogan dalam persidangan akhbar bersama rakan sejawatnya dari Palestin, Mahmoud Abbas di Ankara. “Mereka tidak akan berjaya dengan apa cara sekalipun. Pejuangan Palestin akan terus menapak dan membara di hati-hati masyarakat walaupun pelbagai usaha untuk menghapuskannya” Tambah beliau dan berikrar bahawa Turkiye akan kekal memperjuangkan penubuhan negara Palestin yang berdaulat. Sumber: MEE #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Sekatan dan kepungan haram Zionis masih diteruskan di bumi Gaza Menurut sumber Euro-Medi Human Rights Monitor, rejim Zionis telah melakukan pelbagai strategi bagi memastikan ‘kesukaran’ unruk memberikan bantuan kepada penduduk Gaza dengan menyerang lori-lori, gudang agihan dan infrastruktur logistik. Ini termasuklah dengan menyasar serta menahan pemandu dan menghalang sebarang alatan gantian kenderaan untuk membaiki lori yang rosak. Setakat hari ini, sebanyak 300 berbanding 1,200 buah lori yang masih beroperasi dengan had masing-masing. Sekitar 150 lori telah rosak atau musnah sepenuhnya, lebih daripada 20 pemandu lori telah dibunuh dan 15 lagi disyaki diculik. Kemusnahan sekitar 150 pejabat pengangkutan dan gudang menyebabkan kelewatan, kerosakan logistik, serta kerosakan bahan makanan dan ubat-ubatan. Rejim juga telah merampas 23 buah lori yang baharu diimport, sekali gus membendung penggunaannya. PBB memberi amaran bahawa lebih daripada 1.4 juta penduduk di Gaza berdepan risiko keterjaminan makanan pada tahap Krisis atau lebih buruk sehingga Disember 2026, manakala 212,000 orang lagi kekal dalam keadaan Kecemasan dan perlu tindakan segera. Kira-kira 83% isi rumah tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tanpa bantuan, seramai 1.9 juta orang di khuatiri berdepan dengan masalah ketakjaminan makanan yang teruk. Harus diingatkan, bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa mewajibkan rejim penjajah untuk memastikan bekalan asas dan penghantarannya dapat dilakukan dengan pantas. Namun seperti biasa, rejim Zionis memungkiri ‘amanah’ tersebut tanpa ada sebarang tentangan Sumber: QNN #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin
Central Intelligence Agency (CIA) dilaporkan ‘kurang keyakinan’ dengan makluman berkaitan ancaman Iran yang dikatakan mahu membunuh Presiden AS, Donald Trump di Turkiye. Laporan risikan 'ancaman' tersebut juga tidak langsung dikeluarkan oleh CIA sebaliknya melalui agensi risikan Israel. Penganalisis CIA tidak menganggap maklumat risikan itu meyakinkan dan menyampaikan keraguan mereka kepada pegawai-pegawai pentadbiran Trump. Nota: Macam biasa, Israel mestilah nak jadi batu api supaya AS terus bergaduh dengan Iran Sumber: AA #TerkiniPalestin https://t.me/terkinipalestin