tgindex
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Статистика
@gsppmalaysiaРелигияиндонезийский

Kemas Kini Perang Palestin terkini. Dibawakan oleh Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) #TaufanAlAqsa #SebarkanKemenangan #AkhiriPenjajahan

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
9
Всего постов
125
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
12 авг.
Подписчики
22 534
мало замеров
Замеров пока мало
Сутки
 
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
777
40 постов
Вовлечённость
3,4%
к подписчикам
Постов в день
1,3
всего 125
Упоминаний
2
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝟯𝟱𝟬 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 Menerusi Kempen Bantuan Kecemasan Palestin 2026, sebanyak 350 pek Makanan Panas yang mengandungi nasi berserta 200 gram daging, air tin, dan air botol telah berjaya diagihkan pada 2 Ogos 2026 bertempat di Kem Sohbat Khair, Kawasan Al-Nasr, Tengah Bandar Gaza, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada 350 orang penduduk yang memerlukan. Sumber: Kelab Perwira Malaysia 🚨 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 bit.ly/kecemasanpalestin2026 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026

  • 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Kecemasan Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim penjajah Israel. Anjuran: Kelab Perwira Malaysia 🚨 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 bit.ly/kecemasanpalestin2026 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026

  • Hamas akan menyertai pilihan raya Palestin akan datang melalui gabungan nasional secara seluas mungkin, kata seorang anggota biro politik gerakan itu pada Rabu, lapor Anadolu. Hussam Badran berkata dalam satu wawancara dengan Al-Aqsa TV bahawa Hamas serta kebanyakan kumpulan dan gabungan pilihan raya Palestin menolak pengenaan “syarat politik atau keperluan untuk calon bertanding menerima pakai program politik tertentu.” Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5652/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗿𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗕𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝗮𝗱 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗦𝗛𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗔𝗦𝗦𝗔𝗗 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 "𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔". Ini fakta yang anda perlu tahu... . Sumber: BBC . #poster __ Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. t.me/bumimikraj

  • Israel menahan jenazah kira-kira 1,700 rakyat Palestin yang berkemungkinan digunakan dalam pertukaran tahanan pada masa depan, meskipun tiada tawanan Israel yang kini ditahan Hamas, lapor Anadolu memetik akhbar Haaretz pada Isnin. Angka itu dibangkitkan dalam perbincangan baru-baru ini dalam kalangan pihak keselamatan Israel, menurut akhbar berkenaan yang memetik dua sumber tanpa nama yang mengetahui perkara itu. Ketua Shin Bet, David Zini menyokong supaya jenazah tersebut terus disimpan sekiranya warga Israel ditawan atau hilang pada masa depan. Menurut laporan itu, pendirian berkenaan turut disokong tentera Israel. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5648/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Gerakan Hamas pada Ahad menegaskan semula komitmennya terhadap pelan hala tuju yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan bagi melaksanakan fasa kedua pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Gaza, lapor Anadolu. Menurutnya, proses itu perlu membawa kepada gencatan senjata sepenuhnya, penghentian serangan Israel, penarikan penuh tentera Israel, pembukaan semula pintu lintasan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan, permulaan usaha pembinaan semula serta membolehkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza menjalankan tugasnya. Pada awal Ahad, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan Lembaga Keamanan untuk Gaza, sambil menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari wilayah Palestin itu sehingga Hamas dilucutkan senjata. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5644/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝟯𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗟𝗜𝗧𝗘𝗥 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗭𝗔 Melalui Kempen Bantuan Kecemasan Palestin 2026, agihan Bantuan Air Bersih (Lori Air) telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2026 di beberapa lokasi penempatan pelarian di Gaza, termasuk Kawasan Kolam Sheikh Radwan, Jalan Al-Ayun, Kawasan Saed Seyam, Bulatan Abu Elba, Jalan Al-Yarmouk, dan Pasar Sheikh Radwan. Sebanyak 30,000 liter air bersih yang diangkut menggunakan 6 buah lori tangki (berkapasiti 5,000 liter setiap satu) telah disalurkan bagi memenuhi keperluan asas serta memberi kegembiraan kepada 6,000 orang penerima manfaat (1,000 keluarga) di kawasan berkenaan. 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026 Sumber: Kelab Perwira Malaysia

  • 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Infaq Air Bersih Gaza. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Anjuran: Kelab Perwira Malaysia 💧 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗚𝗔𝗭𝗔 bit.ly/infaqairgaza2026

  • 5 авг.из BumiMikraj

    Artikel | Yahya Sinwar dan Strategi Di Sebalik Operasi 7 Oktober Meskipun hampir dua tahun berlalu sejak kesyahidan as-syahid Abu Ibrahim, atau nama sebenarnya Yahya Ibrahim Hassan Sinwar pada 16 Oktober 2024. Namun sehingga saat ini, namanya masih mekar di lubuk hati setiap insan yang setia mengikuti perjuangan penentangan di Gaza dan Palestin keseluruhannya. Hakikatnya, Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan pada Subuh 7 Oktober 2023 bukanlah satu perancangan tiba-tiba yang dikatakan telah dicatur oleh Sinwar. Malah ia satu perancangan strategik yang telah pun dipersiapkan dengan penuh teliti, teratur dan berpandangan jauh, yakni dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan tindak balas serta implikasi jangka panjang terhadap tindakan yang diambil. [Baca artikel penuh disini] #artikelpalestin __ Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. t.me/bumimikraj

  • Rakyat Palestin di Gaza mengadakan solat jenazah dan pengebumian besar-besaran bagi 112 anggota keluarga Abu Sharia dan al-Hasayna, hampir tiga tahun selepas mereka terkorban dalam serangan Israel. Lebih 8,000 rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di seluruh Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin

  • Jenazah Sebesar Sebuah Negara Di Gaza, ini bukan sekadar pengebumian 112 syuhada. Ia adalah pengebumian sebuah rumah, sebuah keluarga, sekian banyak impian, dan sebahagian daripada roh sebuah negara. Di tempat itu, tiada lagi batu yang tinggal di atas batu. Bangunan itu runtuh menghempap penghuninya, mengubah sebuah rumah menjadi kubur beramai-ramai. Dari bawah timbunan runtuhan, kedengaran jeritan kanak-kanak dan wanita memohon diselamatkan, mengharapkan ada tangan yang menghulur bantuan. Namun dunia terlalu tuli untuk mendengar dan terlalu tidak peduli untuk bertindak. Ambulans serta pasukan pertahanan awam bergegas ke lokasi dengan sisa harapan yang masih ada. Kami menunggu mereka pulang sambil mengharapkan ada mangsa yang terselamat, atau sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang diselamatkan secara ajaib. Sebaliknya, mereka kembali membawa kata-kata yang paling memilukan: "Doktor... tiada seorang pun yang terselamat." Ungkapan itu masih bergema dalam ingatan, seolah-olah merangkum seluruh tragedi ini dalam satu ayat. Bagaimana mungkin sebuah keluarga lenyap dalam sekelip mata? Bagaimana dunia mampu mendengar jeritan kanak-kanak yang terperangkap di bawah runtuhan, namun terus membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku? Hari ini, bukan hanya keranda yang memenuhi jalan-jalan. Sebaliknya, nilai kemanusiaan itu sendiri seakan-akan sedang diusung ke pusara. Seramai 112 syuhada daripada keluarga al-Hasayneh dan Abu Sharia diiringi ke tempat persemadian terakhir mereka, sementara sejarah mencatat sekali lagi satu jenayah yang akan terus menjadi noda hitam pada wajah kemanusiaan. Mereka telah pergi. Namun darah mereka akan terus menjadi saksi terhadap dunia yang meninggalkan mereka, membiarkan mereka menjadi mangsa kekejaman yang tidak mengenal belas kasihan. Ia akan terus mengingatkan generasi akan datang bahawa kanak-kanak, wanita dan lelaki pernah menjerit meminta pertolongan dari bawah runtuhan, tetapi yang mereka temui hanyalah kesunyian. Semoga Allah SWT merahmati para syuhada daripada keluarga al-Hasayneh dan Abu Sharia, mengangkat darjat mereka di syurga yang tertinggi, serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Salam buat roh-roh yang gugur dalam keadaan dizalimi, dan salam buat bumi Gaza yang terus menulis lembaran sejarahnya dengan tinta darah para syuhada. Dr. Munir al-Barsh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Anggota perunding Hamas, Ghazi Hamad muncul dalam rancangan Piers Morgan bagi menjelaskan mengapa Hamas bersetuju untuk melucutkan senjata. Lembaga Keamanan yang diketuai Amerika Syarikat menyatakan bahawa Israel akan berundur dari Gaza sebaik sahaja Hamas melucutkan senjata sepenuhnya. Bagaimanapun, serangan Israel terus mengorbankan puluhan penduduk di seluruh Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin

  • 𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Siri diskusi bulanan Bicara Negara anjuran Akademi Kepemimpinan Tun Perak (AKTP) Dijemput semua pembaca Dunia Palestin di sekitar Lembah Klang untuk menghadiri pembentangan resensi (bedah buku) Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh, salah seorang pengasas gerakan Hamas pada Khamis, 6 Ogos 2026, bermula jam 8.00 malam di Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) Sesi resensi buku ini akan disampaikan oleh Ahmad Nu'man Mazlan, Pengurus Dunia Palestin Network. InsyaAllah pembentangan akan dimulakan dengan laporan perkembangan terkini situasi di Gaza dan seterusnya sesi resensi buku yang disebutkan. Jemput semua bersama hadir wacana ini dan juga siri diskusi Bicara Negara lain yang akan dibentangkan oleh tokoh dan pakar seperti YB Senator Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dr. Mohd Hazizi Ab Rahman. 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • Sepanjang dua hari lalu, pasukan Pertahanan Awam Gaza berjaya mengeluarkan jenazah 112 anggota keluarga Abu Sharia daripada runtuhan, yang akan dikebumikan esok dalam apa yang dijangka menjadi upacara pengebumian terbesar sejak bermulanya genosid di Gaza. Hampir 200 lagi ahli keluarga mereka dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, manakala sebahagian yang lain hancur akibat kekuatan letupan yang dahsyat sehingga tiada lagi bahagian jasad yang dapat ditemui untuk disemadikan atau diziarahi. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin

  • Hamas mendakwa Israel sengaja meningkatkan serangan ke atas Gaza bagi menggagalkan persefahaman yang dicapai dengan pihak pengantara serta pentadbiran Amerika Syarikat (AS) berhubung pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu. Dalam satu kenyataan pada Ahad, kumpulan Palestin itu memaklumkan bahawa serangan Israel sejak pagi Ahad telah mengorbankan lebih 18 rakyat Palestin serta “melenyapkan” seluruh anggota beberapa keluarga. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5635/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 🔥 JUALAN KILAT 216 JAM BERMULA SEKARANG! NOW OR NEVER 🔥 ✅ Kalau selama ini anda tunggu harga terbaik untuk Kurma Medjoul Palestin, inilah masanya. ❤️ Isi besar. ❤️ Lembut. ❤️ Manis berkaramel semula jadi. ❤️ Dijamin asli dari Palestin. ⏳ Sepanjang 216 jam sahaja, kami turunkan harga untuk menghabiskan stok sedia ada bagi memberi laluan kepada stok baru yang akan tiba😊 💥 1 Botol - RM15 💥 2 Botol - RM28 💥 3 Botol - RM39 💥4 Botol + FREE 1 - RM50 💥 8 Botol + FREE 2 - RM100 ✅ Setiap pembelian bukan sekadar anda membawa pulang kurma berkualiti, malah turut menyokong ekonomi rakyat Palestin melalui hasil bumi mereka. ⏳ Promosi berakhir 8 OGOS 2026 atau lebih awal jika stok habis😱 📲 Scan QR, Klik Link atau WhatsApp sekarang sebelum terlambat. 📌 Link Pembelian https://bit.ly/NakKurmaMedjoulSuperJimat 📌 Whatsapp https://wasap.my/60134287018/NakKurmaMedjoulSuperJimat Edaran: Rayhan Group Sdn Bhd

  • Gerakan Hamas: Persetujuan untuk memasukkan isu senjata berat dalam kerangka perjanjian itu dikaitkan dengan beberapa syarat utama, iaitu penghentian sepenuhnya segala bentuk pencerobohan, pengunduran tentera Israel dari Gaza, pelaksanaan fasa pemulihan awal, kemasukan Jawatankuasa Pentadbiran Gaza (NCAG), penempatan pasukan perlindungan antarabangsa, pembubaran kumpulan bersenjata yang ditubuhkan oleh Israel, serta pelaksanaan usaha pembinaan semula. Selain itu, perjanjian tersebut turut mensyaratkan jaminan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, penubuhan negara Palestin yang merdeka, dan perlindungan terhadap hak-hak rakyat Palestin. Sumber: Hamas t.me/duniapalestin