Info Bumi Syam
СтатистикаSebuah channel yang memberi sedikit informasi tentang bumi barakah dan sejarah disekitarnya.
- Последний пост
- 21 июл.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 23
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 529
- 1/48двое суток
- 606
- 1/72трое суток
- 653
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
#Nasyid #Sirah | MENUNGGU KEPULANGAN UMAR Satu video nasyid yang mengambarkan kisah perjuangan Para Sahabat Ridhwanullah A"jimain yang bernama Saidina Umar Al Khattab, beliau antara sahabat yang menjadi khalifah Rasulullah SAW yang kedua selepas kewafatan Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A. Jasa dan bakti beliau kepada perjuangan Islam dizahirkan dengan pengorbanan beliau hanya kerana Allah dan Rasul. Beliau juga tegas dalam agama namun disisi Allah beliau antara paling kerap menangis apabila beliau diangkat menjadi Amirul Mukminin. Saidina Umar Ibn Khattab merupakan putera dari suku kaum 'Adi yang amat kuat dan berpengaruh, pembukaan Baitul Maqdis juga berlaku di zaman pemerintahan beliau setelah paderi Safrenus Rom menerima kunjungannya untuk membuka kota tersebut tanpa berlakunya pertumpahan darah. Pada waktu itu Rom dan Parsi dibawah penguasaan kerajaan Islam Madinah Al Munawwarah. Saidina Umar Al Khattab dibunuh ketika beliau mengimamkan solat fardu subuh, beliau ditikam oleh seorang lelaki berbangsa parsi yang bernama Abu Lu'luah menyebabkan beliau syahid disisi anaknya Abdullah Ibn Umar R.A. Pada waktu itu juga, umat Islam telah kehilangan khalifah yang hebat dan selepas hari ketujuh, Saidina Uthman Ibn Affan diangkat menjadi Khalifah Islam yang ketiga. Jom sama-sama kita menghayati nasyid ini. Sumber video : Omar Series dan عودة عمر Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
без подписи
#LamanIlmu | DETIK BERDARAH BAITUL MAQDIS DIBAWAH KEKUASAAN SALIB 1) Pope Urban II ( 1088-1099 M) menyeru para hadirin di Dewan Claremont pada 26 November 1095 M untuk membebaskan kubur Jesus daripada umat Islam. Sekaligus merampas dan membersihkan Palestin daripada umat Islam. 2) Mac 1098 M, bala tentera salib dapat membentuk sebuah negara di kawasan Al Raha dibawah kepimpinan Paul Baldwin. Selepas mereka mengepung Antakia selama 9 Bulan, daerah tersebut berjaya ditawan oleh mereka pada Jun 1098 dibawah kepimpinan Bohemond dari Norway. 3) Raymond Tolouse ( Pembesar di Perancis ) memimpin perjalanan Salib menuju ke Baitul Maqdis. Jumlah tentera yang bersamanya 1,000 tentera berkuda dan 5,000 tentera infantri ( pejalan kaki ) Pada 1099 M, mereka berjaya memasuki Bumi Palestin pada musim bunga melalui Acre. Pada 7 Jun 1099 M, mereka berjaya mengepung kota Baitul Maqdis. 4) Kota Baitul Maqdis ditawan pada 15 Julai 1099 bersamaan (23 Syaaban 492 H ). Umat Islam disembelih selama seminggu dan 70 ribu umat Islam dibunuh di perkarangan Masjid Al Aqsa. Godfrey Of Boulion diangkat menjadi penguasa. *Nota Tambahan : Ahli sejarawan Islam menyatakan, "tatkala umat Islam dibunuh di dalam Masjid Al Aqsa, masih ada yang sempat melarikan diri dengan menyelamatkan Mushaf Al Quran yang berasal dari Madinah supaya dapat disembahkan dihadapan Khalifah Bani Abbasiyyah." Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
без подписи
#Sejarah | 29 MEI 1453 KEJATUHAN BYZANTINE TIMUR Detik yang bersejarah ini pasti sentiasa diingati oleh ahli sejarawan yang mana ia adalah salah satu peristiwa tentang kehebatan seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad II ( Al Fateh ) berjaya membuka kota tersebut. Siri pembukaan kota ini dahulunya dirancang oleh ayahandanya Sultan Murad II, namun hajatnya tidak tercapai akibat baginda telah meninggal dunia. Akhirnya Al Fateh menyambung akan hajat ayahnya untuk membuka kota tersebut dengan bersandarkan dengan sabda Rasulullah SAW. Siri-siri pembukaan kota ini tidak mudah bahkan peperangan tersebut berlangsung selama 54 hari, bahkan ada dikalangan tentera Uthmaniyyah mula hilang semangat untuk berperang. Tetapi bantuan Allah SWT telah tiba kepada tentera Uthmaniyyah dengan diilhamkan untuk mengalihkan 70 Buah kapal perangnya menuju ke Golden Horn (Tanduk Emas) dengan melintasi daratan yang berbukit. Selepas belakunya peristiwa tersebut, Kota Konstantinople dapat dikuasai dan Al Fateh menjadikan kota tersebut sebagai kota pentadbirannya yang baru. Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
без подписи
Tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, memuat naik video dipercayai mengejek aktivis dalam misi bantuan ke Gaza mengundang kecaman antarabangsa, termasuk dari Perancis. Menurut laporan, kerajaan Perancis mengambil langkah menyekat Ben-Gvir daripada memasuki negaranya selepas insiden membabitkan konvoi bantuan Global Sumud Flotilla yang dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza. Misi itu dilaporkan membawa ratusan aktivis dari pelbagai negara termasuk warga Perancis. Kontroversi tercetus apabila Ben-Gvir berkongsi rakaman dari lokasi tahanan yang memaparkan beberapa aktivis dalam keadaan tangan diikat dan melutut. Menteri Luar Perancis, Jean-Noël Barrot dilaporkan mengecam tindakan itu sambil menegaskan Paris tidak akan berdiam diri terhadap sebarang layanan melibatkan rakyatnya. Sumber: Kind Joe t.me/infobumisyam
Zikir terbaik pada hari Arafah. Ayuh perbanyakkan zikir kita kepada Allah SWT
HARI ARAFAH DIAMPUNKAN DOSA DAN WAKTU DOA MUSTAJAB Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” HR MUSLIM Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
Lebih 70,000 jemaah menunaikan solat Jumaat hari ini di Masjid Al-Aqsa meskipun pihak penjajah Israel terus mengenakan pelbagai sekatan dan prosedur ketat terhadap kemasukan para jemaah ke masjid tersebut. Perkarangan Masjid Al-Aqsa dipenuhi kehadiran ramai rakyat Palestin yang datang dari Jerusalem serta wilayah Palestin di dalam sempadan 1948, ketika pasukan penjajah dikerahkan secara intensif di sekitar Kota Lama dan pintu-pintu masuk masjid. Sumber: Assabeel / DP t.me/infobumisyam
Tentera penjajah Israel membunuh Pengarah Jabatan Siasatan Khan Younis, Wissam Abdul Hadi bersama pengiringnya Fadi Haikal dalam satu serangan udara yang menyasarkan kenderaan mereka di kawasan Hayy al-Amal. Serangan itu merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang mensasarkan anggota polis dan pasukan keselamatan di Gaza. Sumber : Rassd t.me/infobumisyam
Anak kepada Azzam Khalil Al-Hayya yang juga cucu kepada pemimpin Hamas Khalil al-Hayya, berkongsi tentang kata-kata terakhir bapanya kepadanya sebelum gugur. Dia menyebut bahawa bapanya sempat menasihatinya untuk menunaikan solat dan membaca al-Quran. Itulah amanat paling besar buat anak-anak. Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
Mujahidin Al-Qassam: Palestin hanya akan dibebaskan dengan al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran Sumber: Briged Al-Qassam t.me/infobumisyam
TERKINI: IRGC mendakwa serangan peluru hipersonik dan dron telah mengenai Kementerian Pertahanan Israel serta Lapangan Terbang Ben Gurion. Sumber: Iran English t.me/infobumisyam
Hari ini dalam sejarah umat Islam, detik 3 Mac 1924 merupakan akhir pemerintahan Turki Uthmaniyyah secara rasmi setelah Sultan Abdul Majid II merupakan khalifah ke 101 (terakhir) dibuang negeri. Info Bumi Syam t.me/infobumisyam
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, memaklumkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berada dalam keadaan “selamat dan sihat”. Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini yang menyebut Khamenei terbunuh dalam serangan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel. Sumber: CNBC t.me/infobumisyam
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump: ⭕️ Kami akan memusnahkan peluru berpandu Iran dan meratakan industri peluru berpandu mereka hingga ke tanah. Kami akan menghancurkan sepenuhnya angkatan laut mereka. ⭕️ Kami akan memastikan proksi-proksi ‘pengganas’ di rantau ini tidak lagi mampu menggugat kestabilan rantau ini atau dunia. ⭕️ Kami akan memastikan Iran tidak memperoleh senjata nuklear. Mesejnya sangat jelas dan mudah — mereka tidak akan pernah memiliki senjata nuklear. ⭕️ Rejim ini akan segera belajar bahawa tiada siapa sepatutnya mencabar kekuatan dan kehebatan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Sumber : MyNewsHub t.me/infobumisyam
без подписи
без подписи
без подписи