tgindex
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Статистика

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
8
Всего постов
28
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
44 418
−32 за 5 дн.
Сутки
−11
−0,02%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
3 504
28 постов
Вовлечённость
7,9%
к подписчикам
Постов в день
1,1
всего 28
Упоминаний
7
каналов
Охват размещения
по 3 постам
1/24сутки в ленте
1 847
1/48двое суток
2 166
1/72трое суток
2 336

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • 14 авг.2 34018

    Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ ======= 1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti. 2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih) 3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ: كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah) 4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ: أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 14 авг.2 08617

    без подписи

  • 14 авг.2 09016

    без подписи

  • 14 авг.2 09416

    без подписи

  • 14 авг.2 11217
  • 13 авг.2 53710

    Allah Tidak Sia-siakan Amalan Seseorang ====== 1. Suatu hari al-Rabi bin Khuthaim meminta isterinya membuatkan mereka makanan sedangkan jarang-jarang dia meminta sedemikian. Kata Munzir al-Thauri: قَالَ الرَّبِيعُ بْنُ خُثَيْمٍ لِأَهْلِهِ: اصْنَعُوا لَنَا خَبِيصًا. قَالَ: وَكَانَ لَا يَكَادُ يَتَشَهَّى عَلَيْهِمْ شَيْئًا، al-Rabi bin Khutaim berkata: (Wahai isteriku), buatkanlah kami khabis (sejenis makanan) sedangkan dia jarang-jarang meminta dan berkehendak sedemikian.” (al-Tabaqat) 2. Khabis ini merupakan makan tradisi yang sukar dibuat dan manis rasanya. Ia pada kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu yang istimewa. Lalu isterinya menyangka bahawa al-Rabi’ menjemput tetamu istimewa. 3. Tidak lama setelah makanan itu disiapkan al-Rabi’ menjemput jirannya yang mempunyai masalah akal (barangkali OKU atau gila). Kata Munzir: وَأَرْسَلَ إِلَى جَارٍ لَهُ مُصَابٍ، كَانَ بِهِ خَبَلٌ، فَجَعَلَ يُلْقِمُهُ وَلُعَابُهُ يَسِيلُ “Kemudian beliau memanggil seorang jirannya yang ditimpa gangguan akal. Al-Rabīʿ menyuapkan makanan kepadanya sementara air liurnya meleleh.” 4. Tindakan al-Rabi ini menjadikan isterinya sangat hairan dan tertanya-tanya. Mengapa al-Rabi menyantuni orang gila atau OKU ini sedangkan dia tidak mengetahui apa-apa. Kata isterinya: تَكَلَّفْنَا وَصَنَعْنَا، ثُمَّ أَطْعَمْتَ هَذَا، مَا يَدْرِي هَذَا مَا أَكَلَ Kami telah bersusah payah menyediakannya, kemudian engkau memberikannya kepada orang ini; dia pun tidak tahu apa yang dimakannya! 5. Al-Rabi dengan tenang menjelaskan bahawa setiap kebaikan yang kita buat, Allah mengetahui walaupun orang yang kita santuni itu tidak mengerti apa-apa. Kata al-Rabi: وَلَكِنَّ اللَّهَ يَدْرِي “Tetapi Allah Maha Mengetahui.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://40hadithsanusi.wordpress.com/2026/08/13/menyuap-makanan-pada-orang-gila/

  • 12 авг.2 72414

    Hanya Amalan Yang Akan Dihitung ===== 1. Rasulullah membayangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan didatangkan seorang lelaki yang berjawatan tinggi dan bertubuh besar. Namun jawatan dan tubuh itu tidak akan memberatkan timbangan amal. Sabda Nabi: إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، اقْرَؤُوا إِنْ شِئْتُمْ: ﴿فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا﴾ “Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang lelaki yang (berpangkat) besar lagi gemuk, tetapi dia tidak mempunyai nilai di sisi Allah walaupun seberat sayap seekor nyamuk. Bacalah jika kamu mahu: ‘Maka Kami tidak akan memberikan sebarang timbangan kepada mereka pada hari kiamat.’” (HR al-Bukhari) 2. Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa perkataan al-Azim itu merujuk kepada kedudukan lelaki tersebut manakala perkataan al-Samin pula merujuk kepada fizikalnya. Kata beliau: «لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ» أَيْ جَاهًا وَمَالًا، أَوْ لَحْمًا وَشَحْمًا، فَيَكُونُ قَوْلُهُ: «السَّمِينُ» عَطْفَ بَيَانٍ لَهُ. "Lelaki yang besar” boleh merujuk kepada besar dari segi kedudukan dan harta, atau besar dari segi daging dan lemak tubuh; kemudian perkataan السَّمين menjadi penjelas kepada sifat tersebut. 3. Sekalipun mempunyai kedudukan di sisi manusia atau pun dia mempunyatubuh yang besar, Baginda menjelaskan bahawa timbangan amalnya tidak lebih berat dari sayap nyamuk. 4. Malah lebih membimbangkan hitungan amalan seseorang itu akan dipersembahkan di hadapan manusia. Sabda Rasulullah: إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا، كُلُّ سِجِلٍّ مِثْلُ مَدِّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَقُولُ: أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا؟ أَظَلَمَكَ كَتَبَتِيَ الْحَافِظُونَ؟ “Sesungguhnya Allah akan memilih (menyelesaikan) seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat. Lalu dibentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan catatan (dosa), setiap satu catatan sejauh mata memandang. Kemudian Allah berfirman: ‘Adakah kamu mengingkari sesuatu daripada catatan ini? Adakah para pencatat-Ku yang menjaga (amalmu) telah menzalimimu?’” 5. Hadis ini memberikan kita peringatan yang menggerunkan bahawa hanya amalan kita yang akan dihitung. Ayuh tingkatkan amalan, teruskan bekerja untuk dakwah kerana Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 12 авг.2 50717

    без подписи

  • 6 авг.4 7134

    Jom ngaji Sahih al-Bukhari sambil berjalan di Uzbekistan. Hubungi segera di dengan klik link ini: https://wa.link/ga2giq atau call: +60163577784

  • 6 авг.4 2161

    🇺🇿🇺🇿 EKSPLORASI ISLAMIK DAN KUPASAN HADIS SAHIH DARI IMAM BUKHARI UZBEKISTAN 9DAYS/7NIGHTS (PRIVATE TRIP) (TASHKENT - BUKHARA- SAMARKAND) PRICE PACKAGE 📌(15 PAX - 20 PAX): RM 6,980.00/PAX 📅DATE: 30 SEP 26 - 8 OCT 26 Rujuk jadual itinerary lengkap disini 👇 https://drive.google.com/file/d/1Stavu61XU24VR1oZnuHQQhNquG-FqDi3/view?usp=sharing Package Include:- ✅Bimbingan serta aktiviti bersama Pembimbing Prof Sanusi ✅Tiket penerbangan pergi & balik ✅ In Flight Meals (1x pergi & 1x balik) ✅ 7 kg Bagasi Kabin ✅ Termasuk Bagasi - 23KG pergi/ balik ✅ Penginapan 7 malam di Hotel 3* (Double/Twin/Triple Sharing) ✅ Makan & Minum Fullboard (Hotel & Restoran Halal) ✅ Pengangkutan persendirian + pemandu ✅ Pemandu pelancong yang berpengalaman (Berbahasa melayu & English) ✅ Tiket lawatan seperti yang dinyatakan di dalam itinerari ✅ FREE Bullet Train (Tashkent - Bukhara)                                       Package Excluded:- ❌TIPPING untuk pemandu pelancong (USD 10/pax/day) TOTAL - USD80 ❌ Bagasi Tambahan ❌ Makan Tengahari pada Day 7 ❌ Compulsory Entry Visa (Non-Malaysian) ❌ Perbelanjaan peribadi ❌ Personal Travel Insurance ❌ Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, servis bilik dan lain-lain ❌ Bayaran tambahan semasa musim cuti ❌ Lawatan Tambahan ❌ Lain-lain yang tidak dinyatakan dalam itinerari _*price valid untill 11 AUG 2026_*

  • 6 авг.3 1782

    без подписи

  • 6 авг.4 10015

    Mengapa Allah Tangguhkan Balasan Pelaku Dosa? ===== 1. Rasulullah mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah: ((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ)) “Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud) 2. Barangkali ada yang bertanya, mengapa mereka ini masih kekal melakukan kemungkaran? Apakah mereka tidak takut akan azab Allah ke atas mereka? Pada hakikatnya, keseronokan melakukan maksiat itu adalah salah satu bentuk hukuman dan balasan yang Allah berikan kepada manusia. Allah menghukum mereka dengan mencabut rasa takut kepada Allah. Inilah seberat-berat azab bagi seorang muslim sehingga mereka tidak rasa gentar melakukan dosa. Kata Abu Hazim bin Dinar: إذا رأيت ربك يتابع عليك نعمة وأنت تعصيه فاحذره “Sekiranya engkau perhatikan Tuhanmu kerap mengurniakan nikmat setelah engkau melakukan maksiat, maka berhati-hatilah.” (Ṣifah al-Ṣafwah, 1/386) 3. Perkara ini diperincikan oleh al-Imam Ibn al-Jauzi yang menyebutkan: أعظم المعاقبة أن لا يحس المعاقبُ بالعقوبة, وأشدَّ من ذلك أن يقع السرور بما هو عقوبة, كالفرح بالمال الحرام, والتمكن من الذنوب, “Hukuman Allah yang paling besar (ke atas seorang muslim) ialah pelaku dosa itu tidak merasakan yang dia sedang dihukum oleh Allah. Dan lebih dahsyat dari itu lagi, mereka merasa seronok dengan hukuman (hati mereka dicabut rasa takut tadi) seperti mereka merasakan seronok dengan memakan harta yang haram, atau kekal melakukan dosa.” (Ṣayd al-Khātir, 27) 4. Ibn al-Jauzi turut menceritakan kisah seorang lelaki pada zaman Bani Israel yang konsisten melakukan maksiat tetapi beliau kekal atas nikmat dan Allah tidak memberikan sebarang hukuman ke atasnya. Lalu dia bertanya: يا رب كم أعصيك ولا تعاقبني؟ فقيل له: كم أعاقبك وأنت لا تدري؛ أليس قد حرمتك حلاوة مناجاتي؟ “Wahai Tuhanku, berapa banyak dosa yang telah aku lakukan tetapi mengapa Tuhan masih belum memberikan aku hukuman? Lalu dikata kepadanya: Sesungguhnya Tuhanmu telah memberikan azab dalam keadaan yang tidak engkau sedari. Bukankah telah dicabutkan dari hatimu untuk merasakan keseronokan bermunajat kepada Tuhanmu? (Ṣayd al-Khātir, 27) 5. Benarlah kata al-Imam Ibn Hajar, adakalanya Allah memberikan tempoh panjang buat seseorang itu agar dia kekal dalam pendustaannya dalam hukuman yang tidak dia sedari. Kata Ibn Hajar: وأخر من كذب للعقاب الطويل “(Adakalanya) Allah menangguhkan masa buat para pendusta agar hukuman itu lebih panjang buat mereka.” (Fatḥ al-Bārī) 6. Semoga Allah jauhkan kita dari sebarang maksiat dan hukuman-hukuman yang tidak kita sedari. Ini tidak lain hanyalah muhasabah buat diri kita sendiri. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 6 авг.3 28418

    без подписи

  • 5 авг.4 18515

    Rumah Tangga Yang Paling Rapuh ============ 1. Dalam al-Quran, Allah menggambarkan bahawa rumah yang paling lemah atau rapuh itu adalah rumah labah-labah. Firman Allah: إنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ “Sesungguhnya selemah-lemah rumah itu adalah rumah labah-labah.” (al-Ankabut) 2. Ayat ini pada hakikatnya menceritakan tentang sifat Qurasyh yang mengambil berhala sebagai tuhan mereka. Tindakan syirik Quraysh ini adalah seumpama labah-labah yang membina rumah mereka yang lemah, rumah yang disifatkan sebagai rumah yang paling lemah. Timbul persoalan disini, mengapa rumah labah-labah dikatakan sebagai rumah yang paling lemah? 3. al-Imam al-Suyuti di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa sarang labah-labah adalah sangat rapuh dan lemah kerana ia adalah seperti berhala kerana tidak mampu memberikan perlindungan kepada isi rumahnya daripada panas dan hujan. Kata la-Suyuti: لا يدفع عنها حراً ولا برداً كذلك الأصنام لا تنفع عابديها “(rumah atau sarang labah-labah disifatkan sebagai rumah yang paling lemah) kerana ia tidak mampu melindungi isi rumahnya daripada sebarang (ancaman) kepanasan maupun kesejukan. ia seperti sifat berhala yang tidak mempunyai manfaat buat manusia.” (Tafsir al-Jalalain) 4. Manakala penafsiran moden pula memberikan sudut pandangan yang berbeza. Rumah labah-labah dikatakan lemah kerana proses persenyawaan (mengawan) bagi menghasilkan telur akan mengorbankan labah-labah jantan. Kajian yang dijalankan oleh Spain's Experimental Station of Arid Zone mendedahkan bahawa bagi menghasilkan telur, labah-labah betina akan membunuh labah-labah jantan bagi mendapatkan nutrisi keperluannya untuk menghasilkan telur. 5. Ini bererti rumah tangga labah-labah, bukan sahaja dilihat lemah dari aspek fizikalnya, bahkan rumah tangga mereka dilihat rapuh kerana labah-labah betina akan memakan labah-labah jantan dalam proses mengawan untuk menghasilkan telur (proses yang turut digelar sebagai Sexual Canibalisme). 6. Bahkan sekiranya diperhatikan di dalam hadith, rumah tangga turut boleh menjadi goyah dan lemah apabila si lelaki bersikap dayus, iaitu membiarkan perlakuan maksiat di dalam rumahtangga. Sabda Rasulullah: ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي . “Terdapat tiga golongan yang Allah haramkan kepada mereka syurga iaitu: Mereka yang ketagih arak, penderhaka terhadap ibu bapa dan orang yang Dayus, iaitu yang membiarkan perlakuan jahat (atau maksiat) di dalam ahli keluarganya. (HR al-Nasa’i) 7. Begitu indah perumpaan yang dipersembahkan oleh al-Quran bagi membuka hati manusia supaya mendekatkan diri dengan Allah Pencipta sekalian makhluk. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 5 авг.3 4968

    без подписи

  • 4 авг.4 0001

    𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Siri diskusi bulanan Bicara Negara anjuran Akademi Kepemimpinan Tun Perak (AKTP) Dijemput semua pembaca di sekitar Lembah Klang untuk menghadiri pembentangan resensi (bedah buku) Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh, salah seorang pengasas gerakan Hamas pada Khamis, 6 Ogos 2026, bermula jam 8.00 malam di Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) Sesi resensi buku ini akan disampaikan oleh Ahmad Nu'man Mazlan, Pengurus Dunia Palestin Network. InsyaAllah pembentangan akan dimulakan dengan laporan perkembangan terkini situasi di Gaza dan seterusnya sesi resensi buku yang disebutkan. Jemput semua bersama hadir wacana ini dan juga siri diskusi Bicara Negara lain yang akan dibentangkan oleh tokoh dan pakar seperti YB Senator Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dr. Mohd Hazizi Ab Rahman. 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin

  • 4 авг.3 8411

    без подписи

  • 3 авг.5 57336

    Lapangkan Rumah Dengan Quran ====== Hidupkan rumah kita dengan bacaan al-Quran. Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah pernah berpesan bahawa: "Rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran, akan diberikan kelapangan (keluasan jiwa) buat ahlinya, bertambah kebaikannya dan dihadiri oleh para malaikat." (Musannaf Ibn Abi Syaibah) Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 31 июл.5 5235

    Jom ngaji Sahih al-Bukhari sambil berjalan di Uzbekistan. Hubungi segera di dengan klik link ini: https://wa.link/ga2giq atau call: +60163577784

  • 31 июл.5 4806

    🇺🇿🇺🇿 EKSPLORASI ISLAMIK DAN KUPASAN HADIS SAHIH DARI IMAM BUKHARI UZBEKISTAN 9DAYS/7NIGHTS (PRIVATE TRIP) (TASHKENT - BUKHARA- SAMARKAND) PRICE PACKAGE 📌(15 PAX - 20 PAX): RM 6,980.00/PAX 📅DATE: 30 SEP 26 - 8 OCT 26 Rujuk jadual itinerary lengkap disini 👇 https://drive.google.com/file/d/1Stavu61XU24VR1oZnuHQQhNquG-FqDi3/view?usp=sharing Package Include:- ✅Bimbingan serta aktiviti bersama Pembimbing Prof Sanusi ✅Tiket penerbangan pergi & balik ✅ In Flight Meals (1x pergi & 1x balik) ✅ 7 kg Bagasi Kabin ✅ Termasuk Bagasi - 23KG pergi/ balik ✅ Penginapan 7 malam di Hotel 3* (Double/Twin/Triple Sharing) ✅ Makan & Minum Fullboard (Hotel & Restoran Halal) ✅ Pengangkutan persendirian + pemandu ✅ Pemandu pelancong yang berpengalaman (Berbahasa melayu & English) ✅ Tiket lawatan seperti yang dinyatakan di dalam itinerari ✅ FREE Bullet Train (Tashkent - Bukhara) Package Excluded:- ❌TIPPING untuk pemandu pelancong (USD 10/pax/day) TOTAL - USD80 ❌ Bagasi Tambahan ❌ Makan Tengahari pada Day 7 ❌ Compulsory Entry Visa (Non-Malaysian) ❌ Perbelanjaan peribadi ❌ Personal Travel Insurance ❌ Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, servis bilik dan lain-lain ❌ Bayaran tambahan semasa musim cuti ❌ Lawatan Tambahan ❌ Lain-lain yang tidak dinyatakan dalam itinerari _*price valid untill 11 AUG 2026_*