tgindex
Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Статистика

#SebarManfaat #FawaidAgama https://t.me/joinchat/VGlxXJ4tXjpKxnPx

Последний пост
31 июл.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
26
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
13 333
−9 за 5 дн.
Сутки
−2
−0,01%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
5 416
25 постов
Вовлечённость
40,6%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 26
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1 156
1/48двое суток
1 324
1/72трое суток
1 428

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 31 июл.1 304521

    Nilai yang manusia berikan kepada diri seseorang sama sekali tidak menjadi kayu ukur tentang hakikat sebenar dirinya. Nabi Yūsuf عليه السلام dijual dengan harga beberapa dirham sahaja (sebahagian ulama tafsir kata dengan harga 22 dirham). وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ Yūsuf (20) Namun, Allah SWT menilai baginda dengan sifat bijaksana dan berilmu. Bahkan menggolongkan baginda dalam kalangan muhsinīn (golongan yang berbuat kebaikan). آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ Yūsuf (22) ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

  • 30 июн.2 62218

    Bab Ādāb Al-Fatwa wal Mufti wal Mustafti dalam Muqaddimah Al-Majmu’ diringkaskan dari penulisan tiga orang tokoh yang berkaitan dengan bab yang sama iaitu : 1- Abū Al-Qasim Al-Soimari. 2- Al-Imām Al-Khatīb Al-Baghdādi 3- Al-Hāfiz Abū ‘Amr Ibn Al-Solāh Kata Al-Imām Al-Nawawi رحمه الله : وقد طالعتُ كتب الثلاثة ولخصت منها جملة مختصرة مستوعبة لكل ما ذكروه من المهم Terjemahan : Aku telah mentelaah tiga kitab tersebut, lalu aku rumuskan darinya beberapa perkara dalam bentuk ringkasan yang mencakupi seluruh perkara penting yang telah mereka sebutkan. Rujuk Muqaddimah Al-Majmu’ (199). Cetakan Arūqah ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli #FaedahKitab

  • 4 апр.3 969192

    без подписи

  • 18 мар.5 207504

    ‎Renungan di penghujung Ramadān. ‎Al-Hāfiz Ibnu Rajab Al-Hanbali رحمه الله (w. 795 h) berkata : ‎كيف لا يجري للمؤمن على فراقه دموع، وهو لا يدري هل بقي له في عمره إليه رجوع ‎Bagaimana tidak mengalirnya air mata seorang mukmin disebabkan perpisahannya dengan Ramadan, ‎Dalam keadaan dirinya tidak tahu adakah masih berbaki umurnya untuk kembali bertemu Ramadan pada tahun hadapan. ‎Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibnu Rajab (Halaman 381) ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli https://t.me/ustazfahmirusli

  • 14 мар.4 5327611

    Bagi yang sedang berada dalam iktikaf, usahalah untuk memastikan diri sentiasa berhubung dengan Allah SWT menerusi pelaksanaan amalan soleh. Kurang-kurangkanlah berbual kosong dengan para jemaah lain di dalam masjid. Apatah lagi tenggelam berjam-jam bermain ‘game’ dalam ‘handphone’. Jangan sesekali melayan ‘movie’ saat sedang beriktikaf di dalam masjid. Iktikaf itu menurut Al-Hāfiz Ibnu Rajab merupakan suatu khalwat yang syar’ie (الخلوة الشرعية). Dalam bahasa mudahnya, iktikaf adalah berdua-duaan dengan Tuhan. Justeru tidak wajar ia disibukkan dengan pihak yang ketiga. Kata Ibnu Rajab رحمه الله : فمعنى الاعتكاف وحقيقتُهُ قطعُ العلائقِ عن الخلائقِ للاتِّصالِ بخدمةِ الخالقِ Makna dan hakikat iktikaf itu adalah memutuskan segala ikatan dengan makhluk dengan tujuan untuk menghubungkan diri berkhidmat kepada Sang Pencipta. Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibnu Rajab (439) ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

  • 9 февр.4 611661

    Di sisi Al-Syāfi’eyyah, tidak ada solat yang hukumnya fardu kifayah kecuali solat jenazah. Adapun solat fardu secara berjemaah, yang fardu kifayah adalah berjemaah dan bukannya solat. - Mafhum kata-kata Syaikh Dr. Labib Najib حفظه الله

  • 2 февр.5 291765

    Kata Al-Imām Al-Hāfiz Ibn Rajab Al-Hanbali رحمه الله (w. 795 h.) : Hendaklah seorang mukmin itu memenuhkan keseluruhan waktunya pada malam tersebut (malam nisfu Sya’bān) dengan berzikir kepada Allah, serta berdoa agar Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, menutup segala aibnya, serta melapangkan segala kesulitannya. Hendaklah dia mendahulukan semuanya itu dengan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat pada malam nisfu Sya’ban bagi mereka yang bertaubat. فينبغي للمؤمن أن يتفرغ في تلك الليلة لذكر الله ودعائه بغفران الذنوب وستر العيوب وتفريج الكروب ، وأن يقدم على ذلك التوبة فإن الله يتوب فيها على من يتوب Kemudian beliau menambah : ويتعين على المسلم أن يجتنب الذنوب التي تمنع من المغفرة وقبول الدعاء في تلك الليلة Terjemahan : Menjadi satu tuntutan ke atas seorang muslim untuk menjauhi dosa-dosa yang menghalang keampunan serta kemustajaban doa pada malam tersebut (malam nisfu Sya’bān). Rujuk Latā’if al-Ma’ārif, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 249 - Cet. Al-Maktab Al-Islami). ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

  • 1 февр.3 667244

    без подписи

  • 31 янв.3 530161

    Ayuh bersama saya dan beberapa asātizah lain dalam Kelas Online Bedah 20 Hadis Ramadan. Sesi saya pada 21 Februari In syā Allah. Sempena Ramadan kali ini, ayuh kita mendalami hadis-hadis tentang Ramadan agar amalan kita lebih menepati sunnah Rasulullah SAW. ➡️ Tarikh: 21 & 28 Februari 2026 (Sabtu) ➡️ Masa: 8:00 - 11:00 pagi ➡️ Live di Zoom (Rakaman disediakan) 💡Barisan asatizah: * Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi * ⁠Dr. Amiruddin Mohd Sobali * ⁠Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim * ⁠Ustaz Muhammad Fahmi Rusli 👉🏻Daftar segera https://quranhour.onpay.my/order/form/kob20hr Jangan lupa kongsi dan ajak kawan-kawan !

  • 30 янв.2 680484

    Kata Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله : واجتهد أن تتصدق في هذا اليوم بما تقدر عليه وإن قل “Bersungguhlah kamu dalam bersedekah pada hari ini (Jumaat) dengan kadar yang kamu mampu sekalipun sedikit nilainya”. - Bidāyah Al-Hidāyah (Hlm. 50).

  • 30 янв.2 754537

    Kata Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله : واجعل هذا اليوم من الاسبوع خاصة لآخرتك؛ فعساه أن يكون كفارة لبقية الاسبوع “Jadikanlah hari ini (Jumaat) khusus untuk akhiratmu. Mudah mudahan ia menjadi penghapusan dosa untuk hari-hari yang lain dalam seminggu”. - Bidāyah Al-Hidāyah (Hlm. 50)

  • 26 янв.4 100124

    Ayuh bersama saya dalam program ini. Ramadan tidak datang untuk disambut secara biasa-biasa. Ia hadir untuk diisi dengan ilmu. Puasa yang sah dan ibadah yang tenang bermula dengan kefahaman fiqh yang betul — baik untuk diri sendiri, pasangan dan seluruh keluarga. ✨ PAKEJ KOMBO ISTIMEWA DAURAH PERSEDIAAN RAMADAN 2026 📖 Fiqh Ramadan 🗓 29 Januari 2026 📖 Fiqh Darah Wanita 🗓 9 & 10 Februari 2026 🕘 9.00 – 11.00 malam 💻 Platform: Zoom 🎁 Peserta akan menerima: ✔️ Handout kitab (2 program) ✔️ Rakaman kelas (2 sesi) ✔️ Nota ringkasan (2 set) ✔️ Kit Ramadan YPU 2026 💰 Harga istimewa pakej kombo: ✨ RM50 sahaja 📌 Lebih jimat. Lebih lengkap. Persediaan Ramadan untuk seisi keluarga, dalam satu pakej. 🤍 Ramadan yang diberkati bermula dengan ilmu yang betul. 👉 Daftar sekarang melalui link di bawah: https://yayasanpermataummah.onpay.my/order/form/127

  • 12 дек.5 500253

    Saya dijemput untuk memimpin program daurah Kitab 40 Hadis Hukum karangan Al-Hāfiz ‘Abdul ‘Azīm bin ‘Abdul Qawiy Al-Munziri رحمه الله (w. 656 h.) yang dianjurkan oleh Masjid Bangsar Kuala Lumpur. Buat rakan-rakan yang ingin turut serta, jemput daftar pada pautan berikut https://forms.gle/KdkKZKFH899eoqML7 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡: Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, dengan kerjasama 𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒏𝒕𝒂𝒅𝒃𝒊𝒓𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅/𝑺𝒖𝒓𝒂𝒖 𝒁𝒐𝒏 6 𝑱𝑨𝑾𝑰. MOHON SEBAR LUASKAN INFO INI 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

  • без подписи

  • Kata Al-Imām Al-Nawāwi رحمه الله (w. 676 h.) : وحفظتُ كتاب «التنبيه» في نحو أربعة أشهر ونصف Terjemahan : Aku menghafal kitab Al-Tanbīh dalam masa sekitar 4 bulan setengah. Rujuk Tuhfat Al-Tālibīn, Ibnu Al-‘Attār (46) Kitab apa yang telah kita hafal dalam tempoh lebih kurang 135 hari untuk tahun ini ? ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

  • Channel photo updated

  • без подписи

  • Seorang ulama bernama ‘Abdullāh bin Ghālib رحمه الله dilihat di dalam mimpi. Lalu ditanyakan kepadanya : فَمَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ الَّتِي تُوجَدُ مِنْ قَبْرِكَ؟ Terjemahan : “Bau wangi apakah yang terdapat pada kubur kamu ini ?”. Beliau menjawab : تِلْكَ رَائِحَةُ التِّلَاوَةِ وَالظَّمَأِ Terjemahan : “Itu merupakan bau bacaan Al-Quran dan dahaga (kesan banyak berpuasa)”. Rujuk Hilyatul Awliyā’, Abu Nu’aim Al-Asbahāni (6/247) ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

  • 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐄𝐂𝐀𝐇 Perbalahan dan perpecahan merupakan salah satu sebab yang membawa ke arah kebinasaan. Al-Faqīh Ibnu ‘Abdi Rabbih Al-Andalusi رحمه الله (w. 328 h) menukilkan : وقيل لبعض بني أمية: ما كان سبب زوال ملككم؟ قال: اختلاف فيما بيننا واجتماع المختلفين علينا Terjemahan : Ditanyakan kepada sebahagian Bani Umayyah : “Apakah sebabnya kamu kehilangan kekuasaan kamu ?”. Beliau menjawab : “Kerana perselisihan yang berlaku sesama kami dan kesepakatan musuh kami ke atas kami”. Rujuk Al-‘Iqd Al-Farīd, Ibn ‘Abd Rabbih Al-Andalusi (5/218) ✍🏻Muhammad Fahmi Rusli

  • Dalam mazhab Al-Imam al-Syafi’e, kita disunatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan amal soleh. Al-Imam Al-Nawawi رحمه الله (w. 676 h) berkata : قَالَ أَصْحَابُنَا يُسْتَحَبُّ إحْيَاءُ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ بِصَلَاةٍ أَوْ غَيْرِهَا مِنْ الطَّاعَاتِ Terjemahan : Para ashab kami berkata : Disunatkan untuk menghidupkan dua malam raya (Aidul Fitri & Aidul Adha) dengan solat atau amalan ketaatan selainnya. Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab Al-Nawawi (5/42) Ashab al-Syafi’eyyah berdalilkan sebuah riwayat yang menyebut : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدَيْنِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ Terjemahan : Sesiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dengan mengharapkan ganjaran pahala (daripada Allah SWT), jantung hatinya tidak akan mati pada hari yang mati padanya jantung-jantung hati. Riwayat Ibn Majah (1782) Hadis ini dinilai daif oleh Al-Imam Al-Nawawi. Menghidupkan malam itu terhasil ganjarannya dengan melakukan sekurang-kurangnya solat Isya’ secara berjemaah pada malam raya dan berazam untuk menghadiri solat subuh berjemaah pada pagi harinya. Demikian digalakkan untuk berdoa pada malam-malam raya. Kata Al-Imam Al-Syafi’e رحمه الله (w. 204 h) : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ فِي رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ Terjemahan : Telah sampai kepada kami (riwayat) bahawa dikatakan, sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam Jumaat, malam raya korban, malam raya puasa, malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban. ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli