Usaid Subki
СтатистикаHanya insan biasa yang cuba berkongsi sekelumit apa yang dirasa bermanfaat buat semua.
- Последний пост
- 20 июл.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 554
- 1/48двое суток
- 634
- 1/72трое суток
- 684
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Assalamualaikum wbt. Saya baru buka akaun Substack. Salah satu sebabnya, saya terfikir saya perlukan satu ruang untuk mengumpulkan tulisan-tulisan saya dengan lebih tersusun. Selama ini saya banyak menulis di Facebook, Telegram, blog dan pelbagai tempat lain. Ada yang mudah ditemui, ada yang tenggelam, dan ada juga yang saya sendiri mungkin sudah terlupa. Jadi insya-Allah, saya nak jadikan Substack ini sebagai satu tempat untuk mengumpulkan semula tulisan-tulisan lama yang masih bermanfaat, di samping terus menulis perkara-perkara baru. Saya melihat penulisan sebagai salah satu bentuk tinggalan dan amal jariah. Mungkin hari ini orang baca sepintas lalu. Tapi siapa tahu, satu tulisan kecil yang kita tulis hari ini boleh terus memberi manfaat bertahun-tahun kemudian. Moga ruang ini menjadi sebahagian daripada usaha kecil saya untuk terus menulis, berkongsi ilmu dan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat. Anggaplah ini rumah baru untuk tulisan-tulisan saya. Boleh follow dan subscribe ya kalau berminat untuk membaca dari semasa ke semasa. https://usaidsubki.substack.com/p/bermula-semula-di-substack
Di bawah ini saya nukilkan semula beberapa dapatan saya daripada perkongsian syeikh Saeed al-Kamali semasa kedatangan beliau ke Malaysia sebelum ini untuk manfaat kita bersama: 1. Peringatan tentang kesungguhan menuntut ilmu https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223070251087079 2. Kisah yang menusuk jiwa dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223085339104270 3. Bait syair yang merangkumkan 7 orang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048398420776 4. Kisah unta yang meruntun hati dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223077772675114 5. Bagaimana kehidupan Rasulullah SAW bersama-sama dengan orang di sekelilingnya: https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223049582690382 6. Hadis lembah emas https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223054107003487 7. Al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223071080387811 8. Kupasan hadis niat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223047103108394 9. Maksud perkataan Ghabuq https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048046211971 10. Nisbah al-Namari https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223075535739192 11. Kesalahan membaca ayat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223046818581281 Moga-moga ada manfaatnya.
https://www.threads.com/@usaid.subki/post/Da4NyEDmkbJ?xmt=AQG0NTqBvJO59fiqgRhYqGZbUYgvX13Be31QoQMvct_UGasz4BxY0DfUv9HHaRGcCoAUwnKC&slof=1
[Salah Faham Mengenai Waktu Mustajab Doa Hari Arafah] Agak lama tidak mencoret di ruangan ini. Namun saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang salah faham berkaitan waktu mustajab doa pada hari Arafah. Sebenarnya isu ini bukanlah perkara baharu, bahkan hampir berulang setiap tahun menjelang Hari Arafah. Sejak dua tiga hari ini pula, banyak tersebar di media sosial poster-poster yang menyatakan bahawa waktu mustajab doa Hari Arafah bagi rakyat Malaysia adalah sekitar 5.18 petang hingga 11.55 malam. Tambahan pula sekarang sangat mudah menghasilkan poster melalui aplikasi AI, lalu banyak juga kandungan yang tersebar tanpa semakan yang tepat. Perkara ini sebenarnya pernah disentuh oleh sahabat saya, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, sejak beberapa tahun lalu bahawa kenyataan tersebut tidak tepat. Sahabat saya Ustaz Fakhri juga ada menulis tentang perkara yang sama di Thread beliau semalam. Sahabat saya Ustaz Muzuza Muhammad Zulhusni Zaki juga ada mengingatkan perkara yang sama sebelum ini. Saya sertakan sekali video daripada Ustaz Azlan Shah NK dalam Slot Assalamualaikum TV Al-Hijrah pagi tadi yang telah merangkumkan isu ini dengan sangat baik dan jelas. Sangat digalakkan untuk dengar penjelasan penuh beliau. Ringkasnya, ibadah kita berkait dengan waktu di tempat kita berada. Kita solat, berpuasa, berbuka dan sebagainya mengikut waktu tempatan, bukan mengikut waktu Mekah. Begitu juga dalam soal doa pada Hari Arafah. Tidak ada dalil khusus yang menetapkan bahawa kita hanya perlu menunggu waktu tertentu berdasarkan waktu wukuf di Mekah untuk berdoa. Bahkan Nabi SAW bersabda: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” Riwayat al-Tirmizi (3509) Hadis ini datang dalam bentuk umum, tanpa menghadkan waktu tertentu. Maka berdoalah sepanjang hari Arafah. Tulisan ini bukanlah untuk mengatakan bahawa waktu petang itu tidak baik untuk berdoa atau melarang orang mengambil kesempatan berdoa ketika itu. Cuma yang ingin diperbetulkan ialah apabila waktu mustajab itu dihadkan kepada tempoh tertentu sahaja sehingga seolah-olah menyempitkan keluasan yang disebut oleh hadis Nabi SAW. Seperti yang disebut oleh Ustaz Syaari Ab Rahman di ruangan komen slot Assalamualaikum tersebut: “Hargailah matahari Malaysia.” 😄 Jika diikutkan waktu tempatan kita, Hari Arafah sudah bermula sejak Maghrib semalam dan akan berakhir pada Maghrib hari ini. Justeru, rugi jika kita menunggu waktu petang baru hendak berdoa. Jom mulakan berdoa sejak pagi ini, basahkan lidah dengan zikir dan munajat, kemudian tingkatkan lagi kesungguhan menjelang petang sebelum berakhirnya hari yang mulia ini. Semoga Allah menerima doa-doa kita semua. Usaid Subki
Imam Ibn al-Jawzi dalam kitabnya Wada' Ramadhan berkata: "فيا أيها المقبول هنيئًا لك بثوابه، Wahai yang diterima amalnya, tahniah bagimu dengan ganjarannya, وبُشراك إذا أَمَّنكَ ربُّك من عقابه Dan khabar gembira buatmu apabila Tuhanmu memberi keamanan kepadamu daripada azab-Nya, وطوبى لك حيث استخلصتك لياليه، dan berbahagialah engkau kerana malam-malamnya telah memurnikanmu, وفخرٌ لك حيث شغلك بكتابه Dan suatu kebanggaan buatmu kerana Dia telah menyibukkanmu dengan kitab-Nya, فاجتهد في بقية شهرك هذا قبل ذهابه، Maka bersungguh-sungguhlah pada baki bulanmu ini sebelum ia pergi, فرب مؤمل للقائه مثله ما قدر له ولا اتفق. kerana berapa ramai yang berharap bertemunya lagi, namun tidak ditakdirkan. فيا إخواني: Wahai saudara-saudaraku: قد دنا رحيل هذا الشهر وحان، Telah hampir pemergian bulan ini dan tiba waktunya, فرب مؤمل لقاء مثله فاته الإمكان، maka berapa ramai yang berharap bertemunya lagi tetapi tidak sempat, فودعوه بالأسف والأحزان. maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh kesedihan dan dukacita. واندبوا عليه بالأنين والأسى والأشجان. Dan ratapilah pemergiannya dengan rintihan, kesedihan dan kedukaan. السلام عليك يا شهر رمضان سلامُ مُحِبٍّ أودى به القلق. Salam buatmu wahai bulan Ramadan, salam seorang pencinta yang dihanyutkan oleh kegelisahan." Semoga Allah menerima semua amalan ketaatan kita sepanjang Ramadan ini dan moga-moga Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadan² yang seterusnya.
DOSA MENUTUP PINTU TADABBUR AL-QURAN Kata Syeikh 'Abd al-'Aziz al-Tarifi: الذنوب تمنع العقل من تدبر القرآن وفهمه، وتحجب عن القلب قوّة التأمل "Dosa-dosa akan menghalang akal daripada mentadabbur al-Quran dan memahaminya, serta menutup hati daripada keupayaan berfikir dan merenung." Firman Allah taala: لَّوۡ نَشَآءُ أَصَبۡنَٰهُم بِذُنُوبِهِمۡۚ وَنَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ "Kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)? [Surah Al-Aʿrāf: 100] Moga-moga Allah jauhkan kita dari segala dosa terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini, ampunkan segala kesalahan kita serta melapangkan hati kita agar dapat memahami dan merenung intipati al-Quran.
Terjentik dengan kata-kata Syeikh Sa'id al-Kamali mengenai Ramadhan kali ini. Pendek sahaja, tapi sangat bermakna. Kata beliau: فهذا رمضان، نسأل ربنا سبحانه كلما أدركنا أن يوفقنا فيه لما يترتب عليه المغفرة والرضوان، وألا يجعل حظنا من هذا كله الكلام فقط. “Inilah Ramadan… Setiap kali Allah mempertemukan kita dengannya, kita memohon kepada-Nya agar dikurniakan taufiq untuk mengisinya dengan amalan yang membawa kepada keampunan dan keredaan-Nya. Dan janganlah kiranya bahagian kita daripada Ramadan ini sekadar kata-kata di bibir semata-mata." Moga Allah memberikan kita taufiq untuk mengisi sepenuhnya Ramadhan kali ini dengan amalan yang membawa kepada keampunan dari-Nya.
[Semak Hadis Chrome Extension] Alhamdulillah, pasukan developer Semak Hadis telah berjaya mencipta satu Chrome Extension untuk Semak Hadis. Ini bermaksud, kalau dah pasang chrome extension ni di browser, akan memudahkan sesiapa sahaja untuk semak hadis dengan pantas. Hanya perlu pilih apa-apa teks di website, klik kanan dan tekan semak hadis. Nanti akan keluar pop-up yang tunjukkan carian hadis beserta rujukan. Tak perlu log in apa-apa. Lepas install dah boleh guna insya Allah. Oh ya, mungkin ada yang bertanya nanti, kenapa asyik keluar hadis yang palsu dan lemah je dalam tu? Ini kerana peringkat awal database Semak Hadis sejak beberapa tahun kebelakangan ini menumpukan kepada hadis-hadis palau dan lemah yang diekstrak satu persatu daripada banyak kitab-kitab yang hanya menumpukan kepada hadis yang palsu dan lemah. Alhamdulillah setakat ini ada kira-kira 14,326 database hadis, lengkap dengan penjelasan panjang mengenai status hadis tersebut. Sekarang Semak Hadis sedang beralih kepada fasa seterusnya iaitu memasukkan database hadis-hadis yang sahih pula. Proses penterjemahan, semakan dan entry data sedang rancak dijalankan. Ini melibatkan ramai ilmuwan serta pelbagai pihak yang menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Moga Allah rahmati mereka semua. Mohon doakan agar urusan ini dipermudahkan seterusnya menjadikan Semak Hadis sebagai laman utama dan terkemuka untuk carian dan semakan hadis insya Allah. ----- Extension tersebut boleh diakses di sini: https://chromewebstore.google.com/detail/semak-hadis/idkjnjhgigmmjjnjddojkafeccmflkcm
Pernah baca doa sebelum tidur yang ini? كان ﷺ إذا أوى إلى فراشه قال: Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW apa berbaring di tempat tidur baginda akan berkata: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum. Serta telah memberikan kami kecukupan serta tempat berlindung. Nabi SAW menyambung: فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْوِيَ Betapa ramai orang yang dalam serba tidak cukup, dan tidak ada tempat berlindung." Sahih Muslim Kalau biasa baca doa tidur versi yang biasa kita hafal dari kecil, cuba amalkan doa dan sunnah ini pula. Doa ini akan mengingatkan kita pada saudara-saudara kita di sana yang dibom sepanjang hari, dalam serba tidak cukup dan tiada lagi tempat berlindung, setiap kali kita mahu melelapkan mata. Agar kita senantiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak lupa nasib yang menimpa mereka di sana.
Saya ada siapkan satu video mengenai Doa untuk Global Sumud Flotilla ini. Boleh tonton video doa tersebut di sini ya: https://vt.tiktok.com/ZSD3rb7No/ Audio asal & matan adalah daripada Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Saya hanya bantu tukar ke bentuk video beserta terjemahan untuk memudahkan sahaja. Moga bermanfaat. Mohon sebarkan pada semua.
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
[Doa Khusus Untuk Global Sumud Flotilla: Versi Poster Berangkai dan Berbaris] Semalam saya ada post berkenaan dengan doa khusus untuk Global Sumud Flotilla. Cuma saya baru perasan doa itu tidak berbaris, kebetulan ada yang bertanya tentang baris doa ini semalam jadi saya letakkan dan betulkan baris untuk memudahkan doa ini dibaca. Saya terbitkan semula doa ini dalam bentuk poster berangkai untuk memudahkan ia dibaca. Moga usaha kecil ini bermanfaat buat kita semua memandangkan saudara-saudara kita dalam Global Sumud Flotilla sudah mula menghampiri zon merah. Mereka amat mengharapkan doa kita semua sekarang. Mohon bantu sebarkan ya kepada semua, moga ada manfaatnya.
[Doa Khusus Untuk Global Sumud Flotilla] Seluruh dunia kini sedang berdebar menantikan perkembangan terkini GSF yang telah mula memasuki zon kuning. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan memanjatkan doa agar Allah kurniakan keselamatan buat mereka. Doa ini diterbitkan oleh al-Ittihad al-'Alami li Ulama' al-Muslimin, iaitu Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, semalam. Ia asalnya dalam bentuk video, jadi saya mengambil inisiatif untuk menyalin semula doa tersebut beserta terjemahannya: _____ اللهم يا من نجيت نوحا ومن معه في الفلك المشحون وفلقت البحر لموسى ومن معه فكان كالطود المكنون، نسألك يا ربنا أن تحفظ هذا الأسطول وأن تجعله رحمة ونورا وأملا لإخواننا المحاصرين في غزة وفلسطين Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya dalam bahtera yang sarat, dan membelah laut untuk Nabi Musa dan pengikutnya sehingga seolah-olah menjadi gunung yang kukuh, kami memohon kepada-Mu, ya Tuhan kami, jagalah armada ini dan jadikanlah ia rahmat, cahaya, dan harapan bagi saudara-saudara kami yang terkepung di Ghazzah dan Filastin. اللهم يا ناصر المستضعفين ويا جابر المنكسرين ويا مؤيد الصادقين نسألك في هذه اللحظات أن تبارك في هذا الأسطول وأن تجعله سببا لفك الحصار عن أهلنا في غزة وفلسطين Ya Allah, Penolong orang yang lemah, Penyembuh mereka yang patah, dan Pemberi pertolongan kepada orang-orang yang benar, pada saat-saat genting ini, berkatilah armada ini dan jadikanlah ia sebab untuk membuka sekatan bagi saudara-saudara kami di Ghazzah dan Filastin. اللهم اجعله محملاً بالنصر قبل الطعام، وبالرحمة قبل الدواء وبالحرية قبل الماء Ya Allah, jadikanlah armada ini penuh dengan kemenangan sebelum makanan, penuh dengan rahmat sebelum ubat, dan penuh dengan kebebasan sebelum air. اللهم أنت خير حافظ وأنت أرحم الراحمين، إنا نستودعك إخواننا في أسطول السمود، لا تسلط عليهم ظالمًا ولا جبارًا، يا من لا تضيع وديعته ولا تضل أمانته، اجعل أمواج البحر لهم سلمًا لا خطرًا، ورياحه عونا لا كدرًا، وملائكته حرساً من كل شر ومكر Ya Allah, Engkau Penjaga yang terbaik dan Maha Penyayang di antara semua penyayang, kami titipkan saudara-saudara kami dalam Global Sumud Flotilla kepada-Mu. Jangan biarkan mereka ditindas oleh mereka zalim. Ya Allah, yang tidak pernah mengabaikan amanah dan tidak pernah menyelewengkan kepercayaannya, jadikan gelombang laut sebagai keselamatan, angin sebagai pertolongan, dan malaikat-Mu sebagai pelindung dari segala bahaya dan tipu daya. اللهم إن كانوا مسلمين فثبتهم على الحق والدين وازدهم إيماناً ويقيناً، وإن كانوا غير ذلك فاهد قلوبهم إلى نور الإسلام وقربهم إلى دينك الذي ارتضيته للأنام، واجعل هذا الموقف العظيم لهم باباً للهداية للإسلام Ya Allah, jika mereka Muslim, teguhkanlah mereka di atas kebenaran dan agama, serta tambahilah iman dan keyakinan mereka. Jika mereka bukan Muslim, tunjukkanlah hati mereka kepada cahaya Islam dan dekatkanlah mereka kepada agama-Mu yang Engkau redhai untuk seluruh manusia. Jadikanlah detik yang mulia ini sebagai pintu hidayah bagi mereka kepada Islam. اللهم واحفظهم من بين أيديهم ومن خلفهم، وعن أيمانهم وعن شمائلهم، ونعوذ بك أن يغتالوا من فوقهم أو من تحتهم Ya Allah, lindungilah mereka dari hadapan dan belakang, dari kanan dan kiri, dan kami berlindung kepada-Mu supaya mereka tidak diserang dari atas atau bawah. وصَلِّ اللهم وسلِّم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، اللهم آمين، اللهم آمين، اللهم آمين Ya Allah, limpahkan rahmat dan keselamatan kepada Nabi kami Muhammad, keluarganya dan seluruh sahabatnya. Ya Allah, Amin, Ya Allah, Amin, Ya Allah, Amin. ___ Marilah sama-sama kita sebarkan doa ini agar seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dapat panjatkan doa ini bersama-sama.
Meremang dengar speech Mehdi Hasan ni. Diucap pulak dalam Stadium Wembley, stadium ikonik di tengah bandaraya London. Mehdi Hasan ni kira frontliner umat Islam dalam melawan propaganda rejim. Dia mungkin tak pernah angkat senjata, tapi lidah lebih tajam dari sebilah pedang yang dihunus di medan peperangan.