tgindex
Marwan Bukhari

Marwan Bukhari

Статистика
@MarwanBukhariиндонезийский

Tentang buku dan keilmuan Islam

Последний пост
4 июл.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 275
−1 за 4 дн.
Сутки
−1
−0,08%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
368
21 постов
Вовлечённость
28,9%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Kristian Luaran Tapi Islam Dalaman: Kisah Fatwa Mufti Oran Kepada Muslim Tertindas di Granada *** Bayangkan kita selaku Muslim berada persimpangan jalan, antara meninggalkan agama atau terus kekal sebagai Muslim tapi dengan hukuman seksaan yang dahsyat termasuk…

  • Kalau dipaksa minum arak atau buat apa saja larangan syarak, lakukannya sebagai sekadar orang yang dipaksa. Syeikh Ibn Abi Jum’ah menutup fatwa beliau dengan doa agar mereka dapat kembali melaksana ajaran Islam sebagaimana sebelumnya tanpa sebarang penindasan dan paksaan. Dalam fatwa itu, beliau juga berharap Andalus akan kembali ke sebagaimana asal menerusi pertolongan Kerajaan Uthmaniyyah. Di hujung fatwa, Syeikh juga memujuk Muslim di Andalus dengan menyebut bahawa beliau akan menjadi saksi di hadapan Allah satu masa nanti tentang kejujuran dan keikhlasan mereka dalam berpegang dengan Islam. Namun pegangan taktikal ini lama-kelamaan dilupakan oleh generasi terkemudian. Meski begitu, beberapa amalan Islam yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi oleh nenek moyang mereka akhirnya menjadi sebahagian budaya tempatan masyarakat yang mereka sendiri tidak pernah sangka adalah bersumberkan budaya Islam yang dipraktikkan secara takut-takut semasa fasa penindasan inquisisi. Marwan Bukhari A Hamid dari jendela Alhambra

  • Kristian Luaran Tapi Islam Dalaman: Kisah Fatwa Mufti Oran Kepada Muslim Tertindas di Granada *** Bayangkan kita selaku Muslim berada persimpangan jalan, antara meninggalkan agama atau terus kekal sebagai Muslim tapi dengan hukuman seksaan yang dahsyat termasuk dibunuh. Inilah antara dilema yang dihadapi umat Islam di Andalus satu masa dahulu. Kemuncaknya adalah kejatuhan Granada, wilayah terakhir pemerintahan Muslim di Semenanjung Iberia pada tahun 1492 yang menamatkan riwayat hampir 800 tahun tamadun Islam di sana. Asalnya keterbukaan agama tetap diberikan sebagaimana perjanjian sebelum kota Granada diserahkan oleh raja terakhirnya. Namun tidak lama kemudian, gereja-gereja mula bertindak agresif memaksa masyarakat Muslim hingga menimbulkan kekecohan. Penindasan keagamaan berlangsung makin teruk setelah dasar pengKatalolikan paksa bermula pada tahun 1502. Tidak hanya dipaksa murtad menyertai agama Kristian Katolik, masyarakat Muslim di Andalus juga diwajibkan untuk membuktikan mereka sudah meninggalkan agama Islam yang dianuti mereka secara sukarela generasi demi generasi. Justeru, orang dewasa dan anak-anak dipaksa pergi ke gereja, bahasa Arab diharamkan, kena makan khinzir, dilarang melakukan sebarang amal ibadat orang Islam, dan sebagainya. Penganut Yahudi dan Kristian Protestan juga berhadapan cabaran yang sama. Jika tidak, mereka akan dikenakan tindakan inquisisi yang terkenal sebagai antara lambang penindasan keagamaan yang kejam dalam sejarah manusia. Cukup dengan tuduhan walau tanpa bukti, hukuman boleh dijatuhkan. Mata-mata pemerintahan Kristian berada di mana-mana. Banyak kajian berkenaan dasar inqusisi itu telah dibuat yang membuktikan kengeriannya. Bagaimana menyelamatkan keyakinan beragama dari penindasan keagamaan ini? Ada yang melarikan diri ke gunung-gunung, ada sebahagian Muslim yang berhijrah meninggalkan Granada dan wilayah-wilayah lain di Andalus lalu menuju ke wilayah Islam yang berdekatan. Namun, ramai yang tidak mampu berhijrah dan terpaksa meneruskan hidup sebagai penganut Kristian. Luaran Kristian tapi dalaman Islam, secara diam-diam mereka berusaha keras memelihara Islam dalam diri. Sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa sejak akhir abad ke-15 lagi ada masyarakat Muslim Andalus yang berpura-pura masuk Kristian kerana tekanan daripada pihak gereja terhadap mereka. Tetapi keresahan tentunya menemani tradisi beragama yang berbeza zahir dan batin sebegini. "Masih Islamkah kita?" Keresahan ini membawa mereka mengirim soalan kepada beberapa ulama di luar Andalus. Antaranya ialah ulama dan mufti dari wilayah Oran (Wahran) di Algeria bernama Abu ‘Abdillah Ahmad Ibn Abi Jum’ah al-Maghrawi al-Wahrani yang meninggal sekitar 1524-1534 Masihi. Berbeza dengan ulama lain, antaranya faqih hebat bernama al-Wansharisi, yang menegaskan kewajipan untuk berhijrah demi mempraktik agama di suasana aman, Ibn Abi Jum’ah pula mengeluarkan fatwa yang lebih ringan dan mungkin juga praktikal untuk masyarakat Muslim tertindas pada waktu itu. Bahasanya juga penuh dengan pujuk rayu umpama pesanan bapa penyayang yang cukup memahami cabaran luar biasa dihadapi anaknya. Fatwa Ibn Abi Jum’ah itu tersebar meluas -secara tersembunyi- termasuk diterjemahkan ke bahasa masyarakat Andalus ketika itu, bahasa Romance dalam aksara Arab atau dikenali sebagai tulisan ajamiado. Apa kandungan fatwa itu? Antaranya ialah menasihati mereka supaya bersabar atas ujian maha besar ini serta berpegang teguh dengan akidah dan ajaran Islam sambil turut mengajarnya kepada anak-anak mereka. Dalam berhadapan dengan penindasan keagamaan, mereka dipesan agar menghadapinya dengan berpura-pura sebagai Kristian Katolik. Upacara keagamaan Katolik yang dipaksakan pula lakukan saja sebagaimana diarahkan, tapi pastikan sebagai ‘orang terpaksa’ sambil hati tenteram dengan keimanan. Kalau disuruh sujud kepada selain Allah, niatkan sujud itu kepada Allah. Solat boleh ditunaikan secara isyarat, atau tangguhkan semuanya ke lewat malam ketika sudah tiada tentera dan mata-mata kekuasaan Kristian Katolik yang memandang.

  • без подписи

  • без подписи

  • THE HIKMAH EXCLUSIVE RETREAT 2026 A rare opportunity to study the Quran, Tafsir, and Sirah under one of the foremost Islamic scholars of our time. Join Shaykh Dr Mohammad Akram Nadwi for an intensive three-day retreat seeking a deeper engagement with the Quran and Prophetic tradition. 📖 What You Will Study • Ten Principles of Tadabbur • Tafsir of Surah Ibrahim • Lessons from the Life of the Prophet ﷺ 📅 24–26 July 2026 📍 Auditorium, Islamic Arts Museum Malaysia 🎟 Programme Fee • RM590 (Early Bird – before 30 June 2026) • RM690 (Normal Price) Your registration includes refreshments and admission to the Islamic Arts Museum. Whether you are a professional, educator, researcher, or student, this retreat offers a unique opportunity to reconnect with the Quran through knowledge, reflection, and Prophetic wisdom. Seats are limited. Secure your place today. 🔗 Register now: tinyurl.com/HikmahRetreat2026 Organised by TafsirMy and IBDE, in collaboration with Al-Salam Institute (UK).

  • Malam ini akan bermula sesi pertama kuliah Tafsir Surah al-Hajj inshaAllah. Banyak penemuan menarik nan indah dikutip daripada karya demi karya -turath mahupun kontemporari- sepanjang pembacaan persiapan sebelum kelas. Empat sesi tidak cukup sebenarnya untuk menyelami tafsir surah ini tapi kita cuba sebaiknya menerusi pendekatan tematik untuk menjelaskan tafsirannya. Saya akan selitkan juga kaedah-kaedah tafsir sepanjang kelas inshaAllah.

  • *Kelas Tafsir Surah Al-Hajj* Sempena bulan Haji yang bakal tiba, marilah kita belajar - Kenali tema surah Al-Hajj - ⁠Munabasah surah dan ayat-ayatnya - ⁠Penjelasan konteks penurunan Surah Al-Hajj - ⁠Hikmah ayat keizinan perang dalam surah al-Hajj - ⁠Hubungan Haji dan Kiamat. Tarikh dan waktu kelas boleh lihat di poster Kelas adalah *PERCUMA* Link Kelas hanya akan diberi di Whasapp Group Tafsirmy. Sertai group di link https://chat.whatsapp.com/HCMXKwSmIN065xzXy6Z1Kz?mode=gi_t

  • 8 апр.416112

    Sesetengah NGO kutip dana 🇵🇸 akhirnya menyebabkan orang takut sumbang kerana mereka kantoi songlap dana. Sesetengah aktivis angkat isu 🇵🇸 menyebabkan orang lagi jauh dari perjuangan 🍉 kerana sikap mengada dan menjengkelkan sebahagian aktivisnya. Begitulah NGO dan aktivis sendiri menjadi hijab dalam menyedarkan masyarakat ttg perjuangan 🇵🇸. Kalau mahu berada di baris hadapan, minda biarlah ada kelas. Baca buku, dengar podcast bermutu & cari circle cerdik. Barulah akan jadi pempengaruh yang mencerdaskan massa.

  • Apabila seseorang penguasa atau sesebuah kekuasaan semakin meninggi kesombongan, brutal dan terlampau yakin dengan kekuatan sendiri dalam mengganas rakyat lawan yg tak bersalah, hinggakan memperolok nama tuhan, maka bermaksud semakin dekat keruntuhan dan kejatuhan yang bakal dialaminya. Mereka akan berterusan dengan kesombongan itu sehingga datang detik keruntuhan yang tidak disangka-sangka. Begitulah naratif Quran tentang kisah-kisah kaum zalim yang dibinasa tuhan.

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengikut group Telegram ini. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Marwan Bukhari A Hamid

  • без подписи

  • без подписи

  • Abu Lahab berwajah tampan, tetapi pada akhirnya rupa dan luaran hanyalah sementara, apa yang kekal ialah hati yang beriman kepada tuhan dan beramal soleh sebagai bekalan di Hari Pembalasan. *** Manfaatkan enjin carian ayat Quran, terjemahan dan tafsir, serta pelbagai kandungan bermanfaat di laman web http://tafsir.my

  • без подписи

  • Siapakah yang menamakan surah-surah dalam Quran?

  • Bolehkah Orang Awam Tadabbur Quran? https://vt.tiktok.com/ZSm7KxcYf/

  • Sempena bulan Ramadan yang diberkati, kami melancarkan laman web TafsirMy untuk diakses secara percuma!✨ Apa keistimewaan laman web ini? 1) Mengandungi Tafsir Al-Mu’in oleh Sheikh Majd Makki dalam Bahasa Melayu per ayat Al-Quran (setakat ini 38 surah saja iaitu Al-Fatihah dan Juz 30, tafsir surah-surah lain akan dimasukkan secara bertahap). 2) Al-Quran digital dan terjemahan Bahasa Melayu Sheikh Abdullah Basmeih. 3) Carian sebarang ayat, surah, topik dalam beberapa saat. Anda boleh cari sebarang ayat atau perkataan dengan pantas. 4) Artikel rencam seputar al-Quran, Tafsir dan Tadabbur. Kita akan masukkan artikel secara mingguan. 5) Interaktif menerusi kotak "Tanya TafsirMy" - Anda ada soalan tentang al-Quran dan tafsir, hantar soalan di laman web kami! 6) Program dan kelas ilmu tafsir dan Ulum al-Quran secara berstruktur dan disusun mengikut pelbagai latar belakang khalayak. 7) Selesa diakses sama ada melalui telefon ataupun laptop! Silakan akses sekarang www.tafsir.my !

  • без подписи

  • без подписи