Masri's Channel
СтатистикаChannel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan sekali-sekala iklan produk yang saya jual.
- Последний пост
- 24 июл.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 210
- 1/48двое суток
- 240
- 1/72трое суток
- 259
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، dan sesiapa yang pergi pada jam kelima, maka seakan-akan dia berkrrban dengan sebiji telur. فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ “ Dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah). [Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jum'ah, hadis no: 881] Usahlah disalahkan khatib yang membaca khutbah yang ringkas. Sesungguhnya khatib itu telah melakukan perkara yang betul. قَالَ أَبُو وَائِلٍ خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ . Daripada Abu Wail, 'Ammar radiallahu 'anhu berkhutbah kepada kami. Beliau berkhutbah dengan ringkas dan sangat memberi kesan kepada pendengar. Apabila beliau turun dari mimbar, kami berkata kepada beliau: Wahai Abu al-Yaqzan, sesungguhnya engkau telah berkhutbah dengan ringkas dan sangat menarik pendengar. Bolehkah jika engkau panjangkan khutbah engkau? فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ سِحْرًا " . Beliau menjawab: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya panjangnya solat seseorang dan pendeknya khutbahnya adalah petanda kefahamannya. Panjangkanlah solat, dan ringkaskanlah khutbah. Sesungguhnya sebahagian penjelasan itu adalah sihir. [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 869]. #MMMR
*Nasihat buat kaum lelaki sempena hari Jumaat* Kadang-kala kita akan lihat sebahagian kaum lelaki datang lewat ke masjid. Adakalanya imam nak dekat iqamah baru mereka sampai. Pernah jua di satu tempat, hampir ramai yang terlepas solat Jumaat kerana sudah biasa datang lewat, dan tiba-tiba imam hari itu membaca khutbah yang pendek. *Kewajipan Mendirikan Solat Jumaat* يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (9) Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk mendirikan solat pada hari Jumaat, bersegeralah pergi untuk mengingati Allah, dan tinggalkanlah jual beli. Itu lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui [Al-Jumu'ah: 9]. Daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Umar radiallahu 'anhuma, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ " Hendaklah manusia berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutupi hati mereka dan mereka akan tergolongan daripada golongan yang lalai. [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 865]. Daripada Thoriq bin Syihab radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ " . Solat Jumaat wajib ke atas setiap Muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu: Hamba, wanita, kanak-kanak dan orang yang sakit. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, no: 1067. Imam Abu Daud berkata: Thoriq bin Syihab pernah melihat nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, akan tetapi tidak pernah mendengar daripada baginda. Akan tetapi ia tidaklah mencacatkan kesahihan hadis ini kerana ia termasuk dalam mursal sahabi]. Sewajarnya sebagai seorang Muslim, kita sudah berada di masjid sekurang-kurangnya apabila masuknya waktu Zuhur, atau paling kurang apabila azan kedua dilaungkan, kita sepatutnya sudah berada di masjid. Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha hadir awal ke masjid kerana terdapat dalil khas berkaitan hal ini. Daripada Aus bin Aus radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, وَغَدَا وَابْتَكَرَ dan dia pergi awal (ke masjid), وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan, وَدَنَا مِنَ الإِمَامِ وَأَنْصَتَ وَلَمْ يَلْغُ dia duduk berhampiran imam dan mendiamkan diri dan tidak berkata yang sia-sia, كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ " . Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi ganjaran beramal selama setahun. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1395]. Dalam riwayat lain: كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi pahala beramal selama setahun, iaitu puasa dan solat malam (selama setahun). [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1392]. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ، Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، sesiapa yang pergi pada jam yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ، dan sesiapa pergi pada jam yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، dan sesiapa yang pergi pada jam yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
*Kesan Dosa Kepada Yang Berterusan Melakukannya* Ibn al-Qayyim berkata tentang hal di atas: وَمِنْهَا : أَنَّ الْعَبْدَ لَا يَزَالُ يَرْتَكِبُ الذَّنْبَ حَتَّى يَهُونَ عَلَيْهِ وَيَصْغُرَ فِي قَلْبِهِ ، Antara kesannya ialah: Seseorang hamba itu berterusan melakukan dosa sehingga dosa itu remeh pada pandangannya, dan dianggap kecil pada hatinya. وَذَلِكَ عَلَامَةُ الْهَلَاكِ ، فَإِنَّ الذَّنَبَ كُلَّمَا صَغُرَ فِي عَيْنِ الْعَبْدِ عَظُمَ عِنْدَ اللَّهِ . Itu merupakan petanda kebinasaan. Sesungguhnya dosa apabila ia kecil di mata hamba, maka ia besar di sisi Allah. Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata: إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، Sesungguhnya orang beriman melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung lalu takut gunung itu menimpanya. وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ Orang yang jahat pula melihat dosa-dosanya seperti lalat yang lalu di hadapan hidungnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Da'awat, Bab al-Taubah, no: 6308] [Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Daa' wa Al-Dawaa', m/s 76]. #MMMR
видео или голосовое, без подписи
Pernah dengar kan pesanan Nabi SAW tentang ajar anak solat? . قال رسول الله صلى الله عليه و سلم " مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين، وفرقوا بينهم في المضاجع " . . Rasulullah SAW bersabda: "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika enggan) apabila berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (HR.Abu Daud:495) . Kerap kali, hadis ini difahami secara literal sekadar titik permulaan untuk ibu bapa mengeluarkan arahan. Namun, jika ditelusuri huraian para ulama, terdapat beberapa signifikansi dan faedah pendidikan yang jauh lebih mendalam: . 𝟭. 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗠𝗮𝘀'𝘂𝗹𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 (𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗮𝗻) Arahan mendidik anak untuk bersolat bukanlah satu kelonggaran, melainkan satu kewajipan mutlak yang terikat dengan konsep kepimpinan (Wilayah) ibu bapa. Mengarahkan anak bersolat adalah manifestasi penjagaan amanah, bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6, serta peringatan Nabi SAW bahawa setiap individu adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan ke atas pimpinannya. . 𝟮. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗱𝗶𝗴𝗺𝗮 '𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻' 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮'𝘇𝗶𝗺 Kewajipan mendidik ini terpakai untuk semua waktu solat, termasuklah solat Subuh. Terdapat kepincangan paradigma apabila sebahagian penjaga berasa 'kasihan' untuk mengejutkan anak yang sedang tidur. Hakikatnya, rahmat yang sebenar adalah memelihara mereka daripada kemurkaan Allah. Tambahan pula, arahan bersolat tidak seharusnya bersifat mekanikal. Ibu bapa perlu menjelaskan mengapa solat itu penting. Melalui keseimbangan pendekatan Targhib (galakan) dan Tarhib (peringatan), anak-anak akan dididik untuk mengagungkan syariat ini (Ta'zim as-Sya'a'ir), sekaligus melakukannya atas kesedaran, bukan semata-mata paksaan. . 𝟯. 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 (اصطبار) Di dalam al-Quran (Surah Taha: 132), Allah SWT menggunakan kalimah wastabir (وَاصْطَبِرْ) berbanding wasbir. Menurut tokoh bahasa dan tafsir, penambahan huruf pada struktur kalimah membawa kepada penambahan makna. Istibar bermaksud tahap kesabaran yang paling tuntas dan konsisten. Proses mengarahkan anak—sama ada lelaki mahupun perempuan—menuntut ketahanan emosi, keazaman, dan pengulangan yang berterusan daripada pihak ibu bapa. . 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶𝗺𝗶𝗹𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸? Menyedari bahawa proses mendidik anak bersolat memerlukan gabungan antara kesabaran (Istibar), kefahaman syariat, dan penguasaan ilmu psikologi perkembangan kanak-kanak, penyampaian metodologi yang tepat adalah amat kritikal. . Bagi mengupas wacana ini secara holistik, satu sesi pembentangan ilmu akan diadakan berpandukan teks asal karya tokoh psikiatri dan ulama terkemuka, Dr. Muhammad Ahmad Ismail Al-Muqaddam: 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 Kupasan modul ini akan disampaikan secara langsung oleh Ustaz Mohd Masri bin Mohd Ramli, memfokuskan kepada pendekatan yang meraikan fitrah emosi dan perkembangan kognitif kanak-kanak. . . 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗦𝗲𝘀𝗶: Tarikh: Ahad, 19 Julai 2026 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi Platform: Google Meet & YouTube Live Yuran Komitmen: RM15 . . 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗺𝗶: ✅ Akses E-Book PDF teks asal (beserta huraian Bahasa Melayu). ✅ Ruang interaksi dan soal jawab secara langsung. ✅ Akses kepada rakaman penuh seminar untuk rujukan berterusan. . Mendidik generasi yang mendirikan solat bermula dengan persediaan minda dan emosi pendidiknya. . Penyertaan ke sesi Google Meet adalah terhad. Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai wacana ini, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: 👉 https://forms.gle/jQgi2cwsdRRbfQjNAp
Menghalakan pandangan kepada perkara yang haram akan membawa kepada kesedihan, kegelisahan dan mencederakan hati. Orang yang berbahagia ialah orang yang menundukkan pandangannya serta takut kepada Tuhannya. - إطلاقُ النظرِ إلى الحرامِ يورثُ همومًا وغمومًا وجراحًا في القلبِ، والسعيدُ من غضَّ بصرَه وخافَ ربَّهُ. (Aidh al-Qarni, La Tahzan). #MMMR
Beginilah ibu Imam Ahmad bin Hanbal. Dr. 'Aidh al-Qarni dalam satu kuliah beliau menceritakan kisah kehidupan Imam Ahmad bin Hanbal, dengan ibunya Safiyyah binti Maimunah binti 'Abd al-Malik al-Syaibani. Beliau menyebutkan, Imam Ahmad berkata: “Ibuku akan mengejutkan aku sebelum masuk waktu solat Subuh dengan tempoh yang agak lama. Beliau memanaskan air untukku kerana cuaca di Baghdad ketika itu sangat sejuk. Beliau juga memakaikan aku pakaian, kemudian kami berdua menunaikan solat sunat selama yang kami mahu. "Selepas itu, kami berjalan menuju ke masjid. Ibuku keluar dengan menutup aurat sepenuhnya." Ini kerana jalan menuju ke masjid jauh, gelap dan sunyi. Beliau menemani Imam Ahmad untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid ketika usianya baru sepuluh tahun. Setelah itu, beliau tetap berada bersama Imam Ahmad sehingga separuh siang untuk memastikan beliau mempelajari ilmu dan mendapat didikan sebaik-baiknya agar anaknya itu menjadi insan yang soleh serta menjadi bekalan yang memberi manfaat kepadanya pada hari beliau menghadap Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Beliau berkata lagi: “Apabila usiaku mencapai enam belas tahun, ibuku berkata: ‘Wahai anakku! Bermusafirlah untuk menuntut hadis. Sesungguhnya menuntut hadis adalah satu hijrah di jalan Allah.’” ---- Begitulah kisah Imam Ahmad, yang merupakan anak yatim dan dibesarkan oleh ibunya. Jika seorang ibu mampu membawa anak lelaki mendirikan solat jemaah Subuh di masjid, lalu apa alasan kita kaum bapa untuk tidak mendirikan solat jemaah di masjid, dan tidak membawa anak lelaki kita solat jemaah di masjid? #MMMR Mari sertai Seminar Online: Bagaimana Mendidik Anak Kita Mendirikan Solat. Ahad 19 Julai 2026 | 9.00 pagi - 11.00 pagi Medium: Online. Daftar di sini -> https://forms.gle/jQgi2cwsdRRbfQjNA
18 Siri kuliah Ensiklopedi Kematian. Terjemahan kepada ringkasan kitab al-Tadzkirah oleh Imam al-Qurtubi. Membaca kitab ini banyak mengingatkan kepada kematian. Boleh tonton di sini -> https://www.youtube.com/playlist?list=PLf_GhUswl_p63-0mWcCLFtE8rlNBv1GSA
Beginilah generasi terbaik mendidik anak-anak mereka. Ibnu Abbas RA pernah berkata: "Kejutkanlah kanak-kanak itu untuk bersolat, walaupun sekadar untuk satu sujud." Umar lalu berdekatan dengan seorang wanita yang sedang mengejutkan anaknya yang masih kecil untuk bersolat, sedangkan anak itu dalam keadaan liat. Maka Umar berkata: "Biarkanlah dia, kerana belum ada kewajipan ke atasnya sehinggalah dia berakal." Ibnu Umar RA berkata: "Kanak-kanak itu diajar bersolat apabila dia sudah tahu membezakan antara kanan dan kirinya." Ibrahim al-Nakha'i berkata: "Kanak-kanak diajar bersolat apabila gigi susunya telah luruh." "Urwah bin al-Zubair RA mendidik anak-anaknya mendirikan solat apabila mereka telah berakal, dan melatih mereka berpuasa apabila mereka telah mampu." Abdul Rahman al-Yahsubi berkata: "Kanak-kanak diperintahkan bersolat apabila dia sudah boleh membilang sehingga dua puluh." Makhul berkata: "Kanak-kanak diperintahkan bersolat apabila mencapai usia tujuh tahun, dan dipukul kerana (meninggalkan)nya apabila mencapai usia sepuluh tahun." Maimun bin Mihran berkata: "Kanak-kanak diperintahkan bersolat apabila telah mencapai usia balighnya." Abu Ishaq berkata: "Kanak-kanak itu diajar bersolat dalam lingkungan usia antara tujuh tahun hingga sepuluh tahun." Ali bin al-Husain Zainal Abidin pernah memerintahkan kanak-kanak untuk bersolat Zohor dan Asar secara jamak, serta Maghrib dan Isyak secara jamak. Lalu dikatakan kepada beliau: 'Mereka mendirikan solat bukan pada waktunya?' Maka beliau menjawab: 'Ini adalah lebih baik daripada mereka tertidur lalu meninggalkannya'." Abdullah bin Mas'ud berkata: "Peliharalah anak-anak kamu dalam mendirikan solat." (Dinukilkan daripada Musannaf Ibn Abi Shaibah, 122- متى يؤمر الصَّبِيُّ بِالصَّلاَةِ. Bab: Bilakah masanya seorang kanak-kanak diperintahkan untuk bersolat). #MMMR Mari sertai Seminar Online: Bagaimana Mendidik Anak Kita Mendirikan Solat. Ahad 19 Julai 2026 | 9.00 pagi - 11.00 pagi Medium: Online. Daftar di sini -> https://forms.gle/jQgi2cwsdRRbfQjNA
"𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗶-𝗸𝗮𝗹𝗶... 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗶𝗮𝘁?" Ramai ibu bapa beranggapan mendidik anak solat bermula apabila anak berusia 7 tahun. . Hakikatnya, tarbiah solat bermula jauh lebih awal daripada itu. Sebelum anak mengenal hukum, sebelum dia tahu beza wajib dan sunat, bahkan sebelum dia mumaiyiz lagi, ibu ayah sebenarnya sedang membentuk hubungan anak dengan solat. . Persoalannya... ✔️ Bagaimana menanam rasa cinta kepada solat tanpa paksaan? ✔️ Apa yang perlu dilakukan pada setiap fasa umur anak? ✔️ Bagaimana Rasulullah SAW mendidik generasi yang menjadikan solat sebagai keperluan, bukan beban? . Semua ini akan dibincangkan secara tersusun dalam seminar: 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 . Seminar ini mengupas perjalanan tarbiah solat anak daripada usia belum mumaiyiz sehinggalah mencapai akil baligh, berdasarkan salah satu topik penting daripada siri kuliah "لماذا نصلي؟ (Kenapa Kita Solat?)" oleh Dr. Ismail al-Muqaddam. . Kupasan tersebut akan diperluaskan dengan huraian tambahan daripada al-Quran, hadis, pandangan para ulama serta perbincangan praktikal yang sesuai diamalkan oleh ibu bapa pada hari ini. . Keistimewaan pemilihan karya Dr. Ismail al-Muqaddam ialah pendekatan beliau yang menggabungkan latar belakang pengajian Islam, perubatan dan psikologi, menjadikan perbincangan lebih menyeluruh dan dekat dengan realiti pendidikan anak. . 📅 Ahad | 19 Julai 2026 🕘 9.00 pagi – 11.00 pagi 💻 Google Meet & YouTube Live 🎙️ Pembentang: Mohd Masri bin Mohd Ramli . Apa yang peserta akan peroleh? 📖 E-Book PDF teks asal Dr. Ismail al-Muqaddam berserta huraian lengkap dalam Bahasa Melayu. 🎥 Mengikuti seminar secara langsung melalui Google Meet atau YouTube Live serta berpeluang berinteraksi terus bersama pembentang. ▶️ Akses rakaman seminar supaya boleh diulang tonton pada bila-bila masa. 💰 Yuran:RM15 . Kadang-kadang, anak bukan tidak mahu solat. Mereka cuma belum dibimbing dengan cara yang sesuai mengikut perkembangan usia mereka. . Semoga seminar ini menjadi bekalan untuk membina generasi yang menjaga solat bukan kerana disuruh, tetapi kerana mereka mengenal Allah dan mencintai-Nya. . 📌 Pendaftaran dibuka sekarang. Daftar di sini: https://forms.gle/jQgi2cwsdRRbfQjNA
видео или голосовое, без подписи
Kita sudah mulakan kelas yang baru bulan lalu, iaitu Tadabbur Surah-Surah Yang Dibaca Dalam Solat. KIta berada pada surah al-Sajdah sekarang. Sirah pula kita sudah sampai ke tahun 7 Hijrah selepas perang Khaibar! Tadabbur Surah-Surah Yang Dibaca Dalam Solat Isnin - 6, 13, 20 dan 27 Julai Tadabbur Sirah Nabawiyyah Selasa- 7, 14, 21, dan 28 Julai. Tadabbur al-Asma' al-Husna Rabu- 8, 15, 22 dan 29 Julai. Medium - Gmeet dan Youtube Live. *Peserta akan mendapat nota kuliah, dan akses kepada rakaman kuliah. Insya-Allah Isnin ini kita akan mulakan kelas untuk bulan Julai. Pendaftaran kelas Julai boleh dilakukan di sini -> https://forms.gle/9yJbnTkhPhZHrpTM9
2 Orang Yahudi Bantu Nabi SAW Berhijrah? Ini pertama kali saya dengar dakwaan tersebut. Dinamakan 2 Yahudi itu ialah Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqit. 1- Amir bin Fuhairah. Dia adalah seorang hamba yang dibebaskan oleh Abu Bakr, sebagaimana Abu Bakr membebaskan Bilal bin Rabah RA. Dalam Tabaqat Ibn Sa'd disebutkan maklumat berikut: Amir bin Fuhairah ialah bekas hamba kepada Abu Bakar al-Siddiq RA dan beliau digelar dengan kunyah Abu 'Amr. Aisyah RA meriwayatkan dalam sebuah hadis yang panjang bahawa Amir bin Fuhairah merupakan hamba milik al-Tufail bin al-Harith, saudara Aisyah daripada sebelah ibunya, Ummu Ruman. Amir memeluk Islam, lalu Abu Bakar membelinya dan membebaskannya. Beliau juga ditugaskan menggembala kambing milik Abu Bakar. Diriwayatkan bahawa Amir bin Fuhairah memeluk Islam sebelum Rasulullah ﷺ memasuki Dar al-Arqam dan sebelum Baginda mula berdakwah di sana. Beliau termasuk dalam kalangan orang-orang mukmin yang lemah kedudukannya di Mekah. Oleh sebab itu, beliau turut menerima penyeksaan daripada kaum musyrikin agar kembali meninggalkan agamanya, namun beliau tetap teguh mempertahankan keimanannya. Beliau turut menyertai Perang Badar dan Perang Uhud. Kemudian beliau syahid dalam tragedi Bi'r Ma'unah pada tahun keempat Hijrah ketika berusia sekitar empat puluh tahun. Diriwayatkan bahawa Amir bin Fuhairah termasuk dalam rombongan para sahabat yang terbunuh dalam tragedi Bi'r Ma'unah. Menurut Urwah bin al-Zubair, setelah beliau dibunuh, jasadnya tidak ditemui ketika para syuhada dikebumikan. Urwah berkata bahawa orang ramai berpendapat para malaikatlah yang telah mengebumikan jasad beliau. 2- Abdullah bin Uraiqit Beliau menjadi penunjuk jalan. Beliau orang Musyrik, bukan Yahudi. Disebutkan dalam al-Isobah Fi Tamyiz al-Sahabah oleh Ibn Hajar al-Asqalani: Beliau berasal daripada kabilah Laits, kemudian daripada cabang al-Di'li. Beliau ialah penunjuk jalan kepada Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar al-Siddiq RA ketika kedua-duanya berhijrah ke Madinah. Perkara ini disebut secara sahih dalam kitab-kitab hadis, dan dinyatakan bahawa ketika itu beliau masih menganut agama kaumnya. Ibnu Hajar menyatakan tidak ditemui sesiapa yang menyenaraikannya sebagai seorang sahabat Nabi selain al-Dhahabi dalam kitab al-Tajrīd. Bahkan, Abdul Ghani al-Maqdisi menegaskan dalam kitab al-Sirah bahawa tidak diketahui beliau pernah memeluk Islam. Pendapat ini turut diikuti oleh al-Nawawi dalam Tahdhib al-Asma'. ---- Tidak pernah saya temui kisah orang Yahudi bantu Nabi SAW dalam hijrah ke Madinah. Ini satu tuduhan fitnah besar khususnya kepada sahabat mulia seperti Amir bin Fuhairah, seorang sahabat yang mulia, masuk Islam di zaman penyeksaan kepada golongan hamba yang masuk Islam. Penuduh beliau sebagai Yahudi perlu memohon maaf kepada umat Islam, dan bertaubat. #MMMR
Mereka ialah manusia yang dapat mengawal diri daripada mengikuti syahwat mereka. Sebahagian ulama menyatakan menunaikan kehendak seksual dengan pasangan yang haram merupakan kemuncak syahwat kerana ia hanya berlaku selepas melakukan maksiat-maksiat yang lain. Sesungguhnya ia perkara yang menjijikkan kerana ia tidak akan berlaku ketika seseorang bersendirian, dia akan berlaku dengan seseorang itu melakukan perbuatan terkutuk itu bersama manusia yang lain tanpa rasa malu kepada satu sama lain. . وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (32) وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ (33) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). (33) . Mereka ini manusia yang menjaga amanahnya dengan Allah. Bukan itu sahaja, mereka menjaga amanahnya dengan makhluk-makhluk yang lain apatah lagi amanah dengan manusia yang lain. Sifat amanah merupakan sifat manusia beriman, sebagaimana sifat khianat merupakan sifat munafiq sebagaimana diterangkan dalam hadis sahih bahawa salah satu ciri-ciri munafiq itu ialah apabila dia diberi amanah dia khianat. Mereka menjadi saksi yang baik dalam menegakkan keadilan. Mereka tidak menokok tambah cerita. Mereka tidak pula mengurangkan fakta atau menyembunyikan kebenaran. Mereka menyatakan perkara sebenar yang mereka lihat sehingga tersingkaplah kebenaran dan keadilan. . وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (34) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (34) . Allah memulakan ciri-ciri manusia yang terkecuali daripada sifat keluh kesah dengan menerangkan penjagaan kepada solat. Kemudian Allah menutup penjelasan tentang ciri-ciri manusia ini dengan mengulangi penjagaan kepada solat. Ini menunjukkan kemuliaan dan kepentingan solat. . أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُونَ (35) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan. (35) . Lalu apakah yang akan diperolehi oleh manusia-manusia yang jauh daripada perangai keluh kesah ini? Pastinya syurga. Satu tempat yang manusia akan memperolehi kejayaan sebenar kerana kejayaan sebenar itu ialah apabila kita mendapat semua perkara yang kita mahu, dan terhindar daripada segala yang kita tidak ingini. Ini hanya akan berlaku di syurga. . Hingga akhirnya kita menyedari bahawa manusia-manusia yang berjaya ini mempunyai ciri-ciri yang lengkap daripada sudut keimanan dan rasa takut kepada Allah, mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, menunaikan ibadah daripada segala sudut termasuk harta, menjauhi perkara-perkara yang keji. . Semoga kita tergolong dalam golongan yang terkecuali daripada sifat keluh kesah ini. . #MMMR
*Adakah kita manusia yang risau ketika susah dan kedekut ketika senang?* . Allah menerangkan di dalam al-Quran tentang hakikat sifat manusia: . إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. (19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. (21) [Al-Ma'arij : 19-21]. . Inilah manusia yang sentiasa di dalam kerisauan. Dia takut akan ditimpa penyakit, dia takut kehilangan orang yang tersayang, dia takut ditimpa kemiskinan. Perasaan takut, risau dan gelisah ini tidak membawa apa-apa kepadanya kecuali menambahkan rasa kedekut dalam dirinya. Ini kerana dia tidak menghadapi semua itu dengan sabar dan redha. Hatta apabila menerima nikmat dia enggan berkongsi nikmat itu kerana dia takut akan kehilangan nikmat tersebut. Dia memperolehi nikmat tetapi enggan bersyukur kepada Allah. Bukankah bersedekah itu satu arahan Allah, dan lambang bersyukur itu ialah dengan mentaati Allah? . Jadi, siapakah manusia yang terkecuali daripada sifat buruk di atas? Allah menerangkan. . إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (23) . Siapakah orang-orang yang دائم dalam mengerjakan solat? Iaitu orang yang solat pada waktunya dan menjaga rukun-rukunnya. Dikatakan jua ia bermaksud orang yang solat dalam keadaan khusyuk. Begitu juga sebahagian mufassir menyatakan ia bermaksud yang istiqamah mendirikan solat. Tidaklah dia mendirikan solat seperti orang yang tidak solat langsung, tidaklah jua dia melakukannya di luar waktunya, tidaklah jua dia mendirikannya dengan penuh kecacatan dan kekurangan. . وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. (24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (25) . Ini merupakan sifat yang berlawanan dengan sifat tercela manusia di atas iaitu sifat هلوع. Orang yang bersifat keluh kesah ini apabila dirinya susah dia sering risau seolah-olah tidak akan mendapatkan kebaikan selepas kesusahan itu. Apabila dia senang, dia masih lagi keluh kesah kerana takut akan menjadi susah kembali. Dia bukan sekadar risau dan resah, bahkan ia membawa kepada sifat kedekut kerana takut akan menjadi miskin. Orang yang berjaya akan menunaikan sedekah yang wajib iaitu zakat dan sedekah yang sunat. Dia memberi kepada yang layak menerima hatta kepada mereka yang tidak meminta-minta. . وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (26) وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (27) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (28) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). (26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. (27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. (28) . Keyakinan yang jitu kepada hari kiamat akan mendorong manusia melakukan amal soleh. Bahkan ia akan menyedarkan manusia bahawa kesusahan yang mereka sedang rasai itu terlalu kecil berbanding kesusahan yang menanti di akhirat. Ia jua menyedarkan manusia bahawa nilai harta yang hilang kerana bersedekah itu tidaklah setara dengan ganjaran yang menanti di akhirat. Ia membuatkan manusia menjauhkan diri daripada perkara yang mendekatkan mereka kepada azab Allah. . وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (29) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (30) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (31) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (31) .
Puasa 9 Muharram ‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Ayyu Yaum Yusomu Fi ‘Asyura, hadis no: 1134] 3- Usah cemari bulan mulia ini dengan dosa. Shaikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Tharifi berkata: الأشهر الحرم ذو القعدة وذو الحجة ومحرم ورجب، Bulan-bulan haram adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab. المعصية والطاعة فيهن أعظم من غيرهن (فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ) Kemaksiatan dan ketaatan di dalam bulan-bulan tersebut lebih besar daripada di bulan-bulan lain. Firman Allah: "Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu pada bulan-bulan tersebut" [Al-Tawbah : 36]. وإذا عظمت المعصية فيهن فالطاعة أعظم. Apabila kemaksiatan menjadi besar di dalam bulan-bulan haram, maka ketaatan lebihlah besar. #MMMR
Ada Apa Dengan Bulan Muharram? 1- Ia merupakan salah satu 'bulan Haram'. عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ “ الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Abu Bakrah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Zaman telah beredar sebagaimana keadaannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Setahun itu ialah dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram: Tiga yang berturut-turut iaitu: Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Al-Muharram, dan bulan Rejab pula yang berada antara Jamadil AKhir dan Sya’ban [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Khalq, hadis no: 3197] إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ (٣٦) Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Al-Tawbah : 36) 2- Apakah amalan yang perlu dilakukan dalam bulan Muharram? Secara umumnya, kita digalakkan membanyakkan amal ibadah dalam bulan-bulan haram. Khususnya pula, dalam bulan Muharram terdapat dalil-dalil khusus untuk membanyakkan puasa di dalamnya. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ” . Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163] Lebih-lebih lagi kita digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Puasa 10 Muharram/Asyura Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Puasa hari ‘Asyura, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Istihbab Siyam Tsalasah Ayyam Min Kulli Shahr wa Sawm Yaum ‘Arafah wa ‘Asyura wa al-Isnain wa al-Khamis, hadis no: 1162]
Rabu ni cuti Maal Hijrah kan? Kita akan adakan seminar online berkaitan keibu bapaan. Seminar online selama 2 jam ini akan membedah karya kecil Shaikh Abdul Razzaq al-Badr yang bertajuk: عشر ركائز في تربية الأبناء yang bermaksud 10 Asas Dalam Mendidik Anak-Anak. Apa yang akan peserta perolehi? Apakah yang akan diperolehi oleh peserta 1- Terjemahan dalam B. Malaysia buku '10 Asas Dalam Mendidik Anak-Anak' dalam format PDF. 2- Menghadiri seminar secara live melalui Medium Google Meet atau Youtube Live, dan boleh berinteraksi dengan pembentang secara terus ketika seminar. 3- Akses kepada rakaman seminar. Hari: Rabu 17 Jun 2026 Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi Medium: Gmeet dan Youtube Live. Pembentang: Mohd Masri bin Mohd Ramli. Daftar di sini -> https://forms.gle/LWE2YipQkKMSxYLv7
Kelas sesi bulan Jun akan mula minggu depan insyaAllah. Sirah kita dah masuk tahun 6 hijrah. Daftar di sini 👇🏻 https://forms.gle/dx6yy85KMvJREtpY7
видео или голосовое, без подписи