tgindex
Dr Rozaimi Ramle's Channel

Dr Rozaimi Ramle's Channel

Статистика
@drRozaimiРелигияиндонезийский

Saluran Informasi Terkini Kuliah dan Mesej dari Dr. Rozaimi Ramle

Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
3
Всего постов
25
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
9 578
−2 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 480
25 постов
Вовлечённость
15,5%
к подписчикам
Постов в день
0,4
всего 25
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
598
1/48двое суток
685
1/72трое суток
739

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • [Saya Jadi Pembaris?] Sesetengah pemikiran masyarakat kita, apabila menyebutkan Amar Ma'ruf Nahy Munkar, perkara awal yang terlintas dalam pemikiran manusia ialah tangkap orang orang berkhalwat. Ya benar, namun itu hanya salah satu daripadanya. Kadang-kadang ada yang tersalah sebut "Amal Ma'ruf". Yang sebetulnya "Amar Ma'ruf" Nak bagi faham secara ringkas: Amar Ma'ruf: Ajak orang buat baik. Nahy Munkar: Cegah orang buat dosa. Amar Ma'ruf ini lebih dekat dengan hati manusia. Seperti mengajak orang melakukan kebaikan dan ajar tentang galakan beramal dengan perkara yang bertepatan dengan sunnah. Ini tanggungjawab kita bersama untuk lakukan dalam masyarakat dan keluarga. Contohnya kita ajar orang tentang bagaimana sunnah ketika makan, sunnah dalam rumahtangga, anjuran untuk melakukan itu dan ini. Orang yang melakukan Amar Ma'ruf ajak kebaikan kebiasaannya akan disayangi orang dan lebih dekat dengan masyarakat. Tapi Al-Quran tidak hanya menyebutkan tentang ajak orang buat baik sahaja. Allah juga menyebutkan tentang golongan yang melakukan Nahy Munkar iaitu mencegah orang melakukan kemungkaran. Dalam Sunan Ibn Majah, bab awal diletakkan ialah: بَابُ اتِّبَاعِ سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "Bab Ittiba (mengikut) Sunnah Rasulullah". Namun Ibn Majah tidak hanya meletakkan bab itu sahaja dalam sunannya. Beliau juga ada meletakkan bab lain, antaranya: بَابُ اجْتِنَابِ الْبِدَعِ وَالْجَدَلِ "Bab menjauhi Bidaah dan Jidal". Bahkan ini antara bab yang awal juga diletakkan oleh beliau. Mengajar kepada kebaikan sahaja tidak cukup. Perlu juga untuk ingatkan tentang bahaya amalan bidaah, syirik, khurafat rekaan dalam agama. Dalam masyarakat kita masih banyak lagi amalan menghantar santau atau sihir. Tidak kurang juga yang masih pakai memakaikan gelang atau benang hitam pada bayi yang suka menangis dengan kepercayaan tertentu. Kepercayaan sebegini masih wujud dan ada dalam masyarakat. Sebab itu penting dan perlu juga Nahy Munkar iaitu mencegah kemungkaran. Mengajak agar meninggalkan kemungkaran kebiasannya tidak disukai orang. Kita boleh berteori di atas kertas bahawa perlu lakukan itu dan ini. Namun kita kena sedar, orang semulia dan sehebat baginda juga mendapat tentangan besar daripada keluarga dan kaum sendiri apabila mula dakwah tauhid dan menentang kesyirikan. Bukan hanya orang luar lawan, termasuk keluarga sendiri. Demikian juga ujian yang berlaku pada Nabi Ibrahim, beliau disuruh berhenti daripada menganggu amalan nenek moyang mereka. Jika tidak, mereka akan mengambil tindakan keras terhadap beliau. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/1YQJ1de1L7/

  • Sebahagian pihak mendakwa hadis yang ada khilaf pada statusnya tidak boleh dihukum sebagai palsu. Mereka menggunakan teks al-Dhahabi dalam al-Muqizah untuk menyokong dakwaan itu. Persoalannya benarkah itu pendirian al-Dhahabi? Artikel saya dan sahabat-sahabat saya dalam jurnal ini menganalisis dakwaan tersebut beserta petunjuk (qarain) daripada al-Dhahabi sendiri dan ilmuwan hadis lain. Jemput baca di pautan ini: https://www.internationalsped.com/index.php/ijse/article/view/5188/1763 Dr Rozaimi Ramle

  • Sedih mendengar pembentangan Menteri Agama dan Menteri Kewangan 2 berkenaan laporan RCI Tabung Haji. Begitu banyak duit umat Islam yang rugi. Saya tidak faham dengan tindakan sebahagian Ahli Parlimen yang meninggalkan dewan. Diharapkan kali ini kita semua ketepikan sentimen politik kepartian untuk sama-sama melihat isu ini sebagai isu umat. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/1NWBHA5jsR/

  • 8 авг.1 641

    Tuan-tuan, saya mohon sesiapa yang mengenali pemilik FB bernama Ashraf ini untuk PM saya di inbox sebab ada surat yang saya nak kirimkan kepada beliau. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/19TJ4CxFo5/

  • 8 авг.1 5251

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝟒𝟎 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐆𝐇𝐀𝐈𝐁 *&* 𝐀𝐉𝐀𝐈𝐁 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝟐𝟎 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐨𝐧𝐲𝐞𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮,𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟗 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/86928929574?pwd=wme2ccda3OYRmZXkBFxbLUYSHbTeSU.1 Meeting ID: 86928929574 Passcode: TF_Rora Mohon war warkan kepada keluarga dan rakan taulan زادنا الله علما وحرصا ‘Zadanallah ilman wa hirsha

  • 6 авг.1 4063

    Benar, memang terdapat hadis berkaitan pelacur beri minum anjing dengan ikhlas mendapat keampunan dari Allah. Tapi tidak ramai yang sebut bahawasanya dalam hadis juga membenarkan kita melenyapkan "al-kalb al-'aqur" iaitu anjing yang ganas sehingga mencederakan manusia. Mempertahankan nyawa manusia lebih utama berbanding anjing. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap anjing-anjing liar yang menganggu dan memudaratkan manusia. Bukan hanya bahaya untuk kanak-kanak, termasuklah juga bahaya terhadap penunggang motosikal. Pencinta haiwan perlu mencintai manusia juga. Dr Rozaimi Ramle P.S: ini bukan gambar ketika memburu anjing ganas ;) https://www.facebook.com/share/1ByQscLJ1f/

  • 4 авг.1 378

    https://www.facebook.com/share/p/191f5Pjqh4/

  • 3 авг.1 5892

    Beliau Pernah Berkhidmat Untuk Dakwah, Kini Tiba Giliran Kita Berkhidmat Untuknya السلام عليكم ورحمة الله .. Sebelum ini, saudara Ahmad Shahir Nordin banyak berada di belakang tabir. Beliaulah antara individu yang merakam dan membantu menyebarkan kuliah-kuliah dakwah sunnah sehingga ilmu tersebut dapat sampai kepada kita semua. Hari ini, Allah mentakdirkan beliau pula diuji. Maklumat ringkas beliau: Nama: Ahmad Shahir Nordin (35 tahun) Pekerjaan: Kru Media PMT, Kuala Lumpur Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang juga menghidap sakit jantung berlubang, asthma kronik, eczema kronik Isteri tidak bekerja. *SEJARAH PENYAKIT*: Kanser paru-paru tahap 3 (berjaya dirawat) Kanser otak (berjaya dirawat) Kini sedang berjuang melawan kanser pankreas tahap 4 dan baru menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi. Keadaan kesihatannya kini semakin merosot, badan semakin lemah dan pergerakannya juga agak terbatas. Kini tiba pula giliran kita untuk membalas sedikit jasa beliau. Jika sebelum ini beliau membantu menyampaikan ilmu kepada kita, hari ini marilah kita bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang beliau dan keluarganya tanggung, sama ada dengan sumbangan, doa, atau berkongsi maklumat ini kepada orang lain. Bank Muamalat | 12020003854718 | Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia Ref: Shahir Semoga Allah ﷻ mengangkat segala kesakitan beliau, mengurniakan kesembuhan, memberikan ketabahan kepada seluruh keluarganya, dan membalas setiap kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin. - Admin

  • 3 авг.1 147

    видео или голосовое, без подписи

  • 2 авг.1 362

    Sebahagian info dari kamar mahkamah ketika perbicaraan Drmaza dan Nawawi Razak. Jemput baca di link di bawah: https://www.facebook.com/share/p/1BwxVbBeVY/

  • 1 авг.1 4911

    Apa kaitan saya dengan kes saman DrMaza terhadap Nawawi Razak? Biar saya jawab. Klik link di bawah untuk membaca: https://www.facebook.com/share/p/181L4fvq5h/

  • 31 июл.1 5401

    Berita terkini. SS Mufti Perlis Prof Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin menang saman fitnah ke atas Nawawi Abdul Razak. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Nawawi perlu membayar total RM300,000 kepada Profesor Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (DrMaza) Nanti saya akan hurai lanjut. In sya Allah. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/182LzSYYcE/

  • 28 июл.1 9081

    Jom ziarah ke Perlis. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/r/1DXfuzsToF/

  • Sambungan Siri Pengajian Hadis Bersama Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle Penasihat Glokal Ihsan Malaysia Kitab: Adabul Mufrad Oleh Imam Al Bukhari Siri 108 Jam 9.15 malam Untuk Zoom Klik Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/86315423433?pwd=OEZUZXZQck9hQkdqNEEya0Y4aXkwUT09 Meeting ID: 863 1542 3433 Passcode: 836595 Juga boleh diikuti FB Live di Page Glokal Ihsan! https://m.facebook.com/glokalihsan/ Link Pembelian Kitab: https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1

  • 1. Status saya yang ringkas begini pun ada yang cuba membawa kepada perkara yang langsung saya tidak sebutkan. Contohnya seperti sikap Kongres Athari dan lain-lain yang cuba mengaitkan status saya seolah-olah menghukum seluruh kaum. 2. Status saya yang ringkas ini, bertepatan dengan kisah asal berdasarkan Asbabul Wurud hadis ini. Tidak ada apa-apa percanggahan. Jelas saya sebut sebelum ini: "Ya, ADA golongan pendatang yang perlu diajar (dengan undang-undang) APABILA TELAH MELAKUKAN KEROSAKAN" Dalam hadis itu jelas baginda menghukum mereka setelah mereka melakukan kerosakan. Setelah mereka murtad dan mengkhianati unta baginda, baru mereka dihukum. Jadi bertepatan dengan apa saya tulis: "APABILA TELAH MELAKUKAN KEROSAKAN". 3. Ada pula yang bawa naratif melawan tulisan saya bahawa baginda tidak hukum seluruh kaum. Bila pula saya dakwa baginda hukum seluruh kaum? Sekali pun saya tidak tulis begitu. 4. Apa hujah yang menunjukkan saya tidak fokuskan isu kaum? Dalam hadis tersebut, perawi sebut dengan jelas golongan yang dihukum itu datang dari kabilah mana. Diriwayatkan mereka dari golongan عكل ('Ukl) atau عرينة ('Urainah). Bahkan pihak yang mengkritik saya pun siap sebut siapa golongan yang dihukum baginda. Tapi saya tidak sebut langsung golongan dari mana yang dihukum itu, mengapa? Kerana isu saya fokuskan bukan kaum tertentu atau kabilah tertentu. Sebab itu saya guna perkataan "pendatang". Jika saya sebut kabilah 'Ukl atau 'Urainah secara pukal, ya itu akan membawa kepada hukum puak atau bangsa. Tapi saya elakkan sebut, kerana tidak mahu pukal terhadap sesebuah kaum. Ini membatalkan hujah kononnya saya menghukum secara pukal. Saya juga tidak memutlakkan semua pendatang perlu dihukum, saya sebut "apabila telah melakukan kerosakan". 5. Saya lihat selain bahaya golongan yang asobiyah menghukum bangsa secara pukal, bahaya juga golongan yang enable kesalahan sesebuah puak atas alasan sesama agama. Mereka akan guna apa sahaja alasan untuk membela golongan tertentu. Setiap kritikan kepada sebahagian puak akan dilihat celaan kepada satu kaum seluruhnya. Walaupun di bibir tidak mengatakan begitu dan mereka menafikannya, namun dari segi tindakan dan tulisan balas jelas menampakkan sedemikian rupa. Asal ada orang kritik sebahagian daripada golongan tersebut, terus dianggap kritik seluruh puak walaupun orang itu tidak pun mengkritik satu bangsa itu secara pukal. Contoh macam status saya tadi, langsung tidak menyebutkan bangsa tertentu bahkan saya cuba untuk tidak sebutkan daripada mana golongan yang dihukum baginda kerana untuk elakkan pukalisme, itu pun ada pihak yang buat kesimpulan kononnya saya menghukum seluruh bangsa. Bertakwalah kepada Allah. Jangan apa yang kalian perjuangkan menyebabkan berlaku tidak adil. Kalian tidak setuju orang pukul rata kepada sesuatu kaum bahkan itu juga pendirian kita sebagai muslim, tapi kalian juga melakukan hal yang sama meletakkan perkataan yang tidak disebutkan oleh seseorang. 6. Kita tidak setuju pihak yang bergembira dengan berita puak tertentu lemas di laut. Kita juga tidak setuju ada pihak ceroboh privasi mereka tanpa izin. Tetapi kita juga tidak boleh nafikan ada tindakan yang perlu diambil segera ke atas mereka yang melakukan kesalahan. Saya tinggal di Selayang empat tahun sebelum ini. Saya pernah lihat apa yang berlaku di sana. Saya tahu ada penguatkuasaan yang perlu diperkemaskan ke atas mereka. 7. Memang kita di persimpangan sekarang antara kesian dan membendung kesalahan dengan tindakan undang-undang. Sekalipun saya tidak pernah menulis memburukkan bangsa tersebut dalam laman sosial kerana saya berpendirian tidak boleh menghukum kesalahan sebahagian ke atas keseluruhan bangsa. Malangnya saya juga dituduh membawa kepada isu perkauman. Dr Rozaimi Ramle

  • видео или голосовое, без подписи

  • 25 июл.1 5482

    Ada golongan dari luar datang jumpa Rasulullah. Mereka masuk Islam. Mereka ada masalah kulit dan perut kembung. Baginda melayani mereka dengan baik. Setelah itu, mereka khianat dengan mengorbankan unta Rasulullah dan kufur lalu mereka dihukum. Ya, ada golongan pendatang yang perlu diajar (dengan undang-undang) apabila telah melakukan kerosakan. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/161DXzweJHQ/

  • Saya dapat tahu sahabat saya yang selalu merakam kuliah saya ketika di Lembah Klang iaitu Syahir PMT menghidap penyakit kanser pankreas. Semalam saya pergi melawat beliau di HKL. Bila melihat keadaan beliau air mata saya jatuh. Saya kenal beliau sejak beliau bujang sehinggalah sekarang. Dari badan yang sihat sekarang sudah sangat cengkung. Tapi semangat beliau kuat. Sempat saya bacakan ruqyah dari hadis untuk beliau. Saya memohon agar rakan-rakan doakan kesembuhan beliau. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/1GrR85pPMP/

  • Saya pernah pergi Spain. Itu saja nak kabor. FIFAntina saya belum pernah sampai. ;) Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/19C2TVMXq9/

  • 19 июл.2 2162

    Mereka ialah antara sahabat yang dijamin syurga. Sudah tentu ada sebab mengapa Baginda Rasulullah SAW menjamin mereka masuk syurga. Jom dengarkan. Kredit video: Dakwah Corner Bookstore — Admin Dapatkan Buku ini di pautan ini https://ezy.la/f1y

Dr Rozaimi Ramle's Channel — tgindex