tgindex
Palestine terkini 2026

Palestine terkini 2026

Статистика
@palestine_kiniРелигияиндонезийский

Ikuti berita terkini di https://t.me/palestine_kini

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
25
Всего постов
89
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
6 257
−18 за 4 дн.
Сутки
−9
−0,14%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
83
40 постов
Вовлечённость
1,3%
к подписчикам
Постов в день
3,6
всего 89
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
49
1/48двое суток
56
1/72трое суток
60

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • User 7165590287 changed username from NicoleWilson0234 to Katherine_Vm

  • User 7165590287 changed name from Nicole Wilson to Katherine

  • KREDIT 👇 https://vt.tiktok.com/ZSVdAMUR5/

  • 14 авг.67удалён 14 авг.

    User 1849877056 changed username from Brittany6373 to ChristineHarris_cQk

  • 14 авг.68удалён 14 авг.

    User 1849877056 changed name from Brittany to Christine Harris

  • Pihak berkuasa Malaysia merampas sebuah kontena yang disyaki membawa barangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor pada 7 Ogos, menurut media tempatan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, sambil menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi laluan transit bagi perdagangan yang boleh menyokong Israel. Agensi berkenaan berkata, penghantaran itu disyaki melanggar Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang melarang eksport barangan ke Israel secara langsung atau tidak langsung. Malaysia juga telah melarang kapal Israel serta kapal yang membawa kargo menuju ke Israel daripada menggunakan pelabuhannya sejak Disember 2023. Sumber: TRT World

  • Forum Nasional bagi Menyokong Penentangan dan Melindungi Negara serta Barisan Nasional Popular Jordan mengecam keputusan Gabenor Amman melarang perhimpunan di hadapan Masjid al-Husseini pada Jumaat. Perhimpunan itu bertujuan membantah jenayah pendatang haram Israel di Tebing Barat dan perang genosid di Gaza. Mereka menegaskan bahawa pihak penganjur telah memaklumkan pihak berkuasa secara bertulis lebih dua minggu lebih awal, mengikut prosedur undang-undang. Mereka menggesa kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Gabenor Amman menarik balik larangan tersebut serta menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara secara aman. Mereka turut menuntut setiap keputusan berkaitan hak dan kebebasan dibuat secara bertulis, beralasan dan tertakluk kepada kedaulatan undang-undang. Sumber: Assabeel

  • Sumber media Israel mendedahkan pada Selasa bahawa seorang anggota tentera penjajah Israel, William Shakin yang memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat, telah membunuh diri semalam di New York City. Dia sebelum ini menyertai tentera penjajah Israel sebagai sukarelawan dan terlibat dalam pertempuran di Semenanjung Gaza. Menurut Channel 7 Israel, Shakin mengalami tekanan psikologi yang teruk selepas menjalani perkhidmatan ketenteraan. Dia tiba di Israel selepas peristiwa 7 Oktober dan menyertai tentera penjajah melalui program Mahal iaitu program untuk sukarelawan asing. Shakin ditempatkan dalam Batalion 13, Briged Golani dan berkhidmat di Gaza. Sepanjang tempoh pertempuran, beberapa rakannya yang berjuang bersamanya terbunuh sebelum keadaan psikologinya kemudiannya merosot dengan ketara. Dia menyeru rakyat Palestin supaya bersatu, tetap teguh di tanah mereka, mempertahankan harta serta hak mereka dan menentang keganasan pendatang haram serta tentera penjajah Israel. Sumber: Assabeel

  • Pihak berkuasa penjajah Israel sekali lagi memperbaharui perintah menghalang Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin, Syeikh Muhammad Hussein daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan. Dar al-Ifta’ menjelaskan bahawa Syeikh Hussein merupakan antara tokoh rujukan agama terkemuka di Baitulmaqdis dan tindakan yang dikenakan terhadap beliau merupakan pencerobohan terhadap para ulama umat Islam secara keseluruhannya. Dar al-Ifta’ turut menegaskan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel melalui tindakan tersebut bertujuan mengosongkan Baitulmaqdis daripada rakyat Palestin. Sumber: Assabeel

  • Pemimpin Hamas, Abdul Rahman Shadid, berkata pemusnahan rumah para syuhada dan pejuang Palestin di Tebing Barat tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah mereka. Beliau mengutuk tindakan meletupkan rumah syahid Farouk Ramadan di kampung Tal, barat daya Nablus sebagai bentuk kekejaman, keganasan dan hukuman kolektif oleh pihak penjajah Israel. Menurutnya, rakyat Palestin terus berdepan pembunuhan, pengusiran, rampasan tanah dan usaha mengubah identiti kawasan Palestin. Beliau menyeru rakyat Palestin supaya bersatu, tetap teguh di tanah mereka, mempertahankan harta serta hak mereka dan menentang keganasan peneroka serta tentera penjajah Israel. Sumber: Assabeel

  • Israel menahan jenazah kira-kira 1,700 rakyat Palestin yang berkemungkinan digunakan dalam pertukaran tahanan pada masa depan, meskipun tiada tawanan Israel yang kini ditahan Hamas, lapor Anadolu memetik akhbar Haaretz pada Isnin. Angka itu dibangkitkan dalam perbincangan baru-baru ini dalam kalangan pihak keselamatan Israel, menurut akhbar berkenaan yang memetik dua sumber tanpa nama yang mengetahui perkara itu. Ketua Shin Bet, David Zini menyokong supaya jenazah tersebut terus disimpan sekiranya warga Israel ditawan atau hilang pada masa depan. Menurut laporan itu, pendirian berkenaan turut disokong tentera Israel. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5648/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸

  • Tentera penjajah Israel merobohkan rumah seorang lelaki Palestin beberapa minggu selepas beliau dibunuh ketika bertempur dengan pendatang haram Israel di Tebing Barat. Tentera penjajah Israel turut memulakan kerja merobohkan kira-kira 20 kedai dan rumah milik rakyat Palestin di Anza, selatan Jenin, dengan alasan "tiada permit pembinaan". Sumber: Anadolu Agency

  • Kementerian Kesihatan Gaza: Seorang rakyat Palestin syahid akibat kecederaan yang dialaminya, manakala seorang lagi yang cedera telah tiba di hospital-hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sumber: Al-Jazeera

  • “Saya ayah kamu.” Dalam satu pertemuan penuh emosi di Gaza, seorang bapa Palestin memeluk anak-anaknya selepas terpisah selama tiga tahun, susulan kepulangannya dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza. Israel membatalkan permit kerja ribuan rakyat Palestin dari Gaza yang bekerja di wilayah Palestin yang dijajah, menahan ramai daripada mereka dan menyeksa mereka di penjara Israel. Pada masa sama, rakyat Palestin dari Gaza yang masih berada di Tebing Barat terus dipisahkan daripada keluarga mereka sejak 7 Oktober. Sumber: Quds News Network

  • Wartawan di Gaza mengadakan majlis memperingati satu tahun sejak serangan penjajah Israel yang mengorbankan wartawan Al Jazeera, Anas Al-Sharif, dan jurukamera Mohammed Qraiqea di Gaza, bersama beberapa lagi petugas media Palestin. Sumber: Al-Jazeera

  • Hampir 4,000 kes keguguran direkodkan di Gaza dalam tempoh enam bulan pertama 2026 ketika wanita hamil berdepan kehidupan serba kekurangan. Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/08/11/sarat-hamil-wanita-gaza-bertarung-derita-dalam-khemah-demi-bayi-dalam-kandungan/ Sumber: TV Pertiwi

  • Sejarah telah tercipta di Turkiye, dalam masa yang sama jika dilihat pada tahun-tahun yang lampau, babak ini agak mustahil. Parlimen Turkiye telah meluluskan rang undang-undang secara separa untuk memberi keampunan kepada bekas aktivis (atau dalam istilah Turkiye sebagai pengganas/golongan pemisah) Kurdistan's Workers Party (PKK). Sekali lagi babak ini dulu dilihat begitu mustahil kerana PKK dianggap sebagai musuh atau pembuat onar kepada keselamatan Turkiye. Seramai 468 dari 600 dari ahli parlimen telah mengundi untuk bersetuju dengan keputusan ini. Saya tidak pasti sejauh mana pengaruh Recep Tayyib Erdoğan di Turkiye akan bertahan sampai bila. Kerana tahun 2028 Turkiye akan memilih presiden yang baru. Dan jika diikutkan secara perlambagaan Erdogan sudah tidak boleh bertanding. Tetapi Erdogan sudah 2-3 kali bypass perlembagaan Turkiye. Usaha Turkiye ini dilihat selari dengan: - Perjanjian Saudi-Turkiye-Pakistan - Hubungan Syria-Kurdistan - Hubungan Syria-Lubnan-Hezbollah Seperti kata-kata beberapa analisis Turkiye melihat peluang dari konflik Iran vs Israel-USA dengan membina sesuatu di rantau itu. Maka selepas ini, kita perlu lihat Israel yang dilihat semakin terancam (atau konon-konon terancam) dengan Turkiye yang sedang membina sesuatu. Anas Latif Penyelidik Dunia Palestin 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸

  • Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai keadaan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, berkata bahawa genosid dan apartheid merupakan projek negara di Israel sambil berpandangan bahawa apa yang beliau sifatkan sebagai Nakbah masih belum berakhir. Albanese menyeru supaya sekatan dikenakan terhadap Israel, Israel diasingkan, perdagangan dengannya dihentikan serta bekalan senjata ke Israel dihentikan. Pada masa yang sama, pelapor khas PBB itu berdepan kritikan hebat daripada Israel, Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat yang menuduh beliau bersikap berat sebelah serta mempolitikkan peranannya. Sumber: Assabeel

  • Data Israel dan satu tinjauan pendapat menunjukkan peningkatan perhatian terhadap fenomena penghijrahan keluar dari Israel di tengah-tengah ketegangan keselamatan dan politik serta menjelang pilihan raya Israel yang dijadualkan pada Oktober depan. Dalam tinjauan tersebut, kira-kira 18% responden mengakui bahawa mereka pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Palestin yang dijajah dalam tempoh dua tahun lalu. Menurut satu kajian yang berdasarkan data Biro Pusat Perangkaan Israel, kira-kira 268,509 pendatang haram Israel telah meninggalkan Palestin yang dijajah antara tahun 2023 hingga 2025 untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. Jumlah tersebut merupakan kadar penghijrahan keluar tertinggi yang direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin

  • Hari ini setahun yang lalu, wartawan Anas al-Sharif syahid dibunuh Israel. Inilah yang diminta oleh Anas Al-Sharif untuk disiarkan apabila beliau syahid: Ini adalah wasiat dan pesanan terakhir saya. Jika kata-kata ini sampai kepada anda, ketahuilah bahawa Israel telah berjaya membunuh saya dan membisukan suara saya. Pertama sekali, salam sejahtera ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/4461/ 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin