tgindex
Portal Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Portal Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

ะกั‚ะฐั‚ะธัั‚ะธะบะฐ

Portal Informasi Palestin duniapalestin.net

ะŸะพัะปะตะดะฝะธะน ะฟะพัั‚
13 ะฐะฒะณ.
ะŸะพัะปะตะดะฝะตะต ั‡ั‚ะตะฝะธะต
15 ะฐะฒะณ.
ะŸะพัั‚ะพะฒ ะทะฐ ะฝะตะดะตะปัŽ
1
ะ’ัะตะณะพ ะฟะพัั‚ะพะฒ
22
ะขะธะฟ
ะพั‚ะบั€ั‹ั‚ั‹ะน
ะฏะทั‹ะบ
und
ะšะฐั‚ะตะณะพั€ะธั
ะ ะตะปะธะณะธั (ะฟะพ ะฟะพั…ะพะถะธะผ)
ะ’ ะบะฐั‚ะฐะปะพะณะต ั
13 ะฐะฒะณ.
ะŸะพะดะฟะธัั‡ะธะบะธ
6ย 387
โˆ’6 ะทะฐ 5 ะดะฝ.
ะกัƒั‚ะบะธ
โˆ’1
โˆ’0,02%
ะะตะดะตะปั
โ€”
ย 
ะœะตััั†
โ€”
ย 
ะŸั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ ะฝะฐ ะฟะพัั‚
1ย 581
22 ะฟะพัั‚ะพะฒ
ะ’ะพะฒะปะตั‡ั‘ะฝะฝะพัั‚ัŒ
24,8%
ะบ ะฟะพะดะฟะธัั‡ะธะบะฐะผ
ะŸะพัั‚ะพะฒ ะฒ ะดะตะฝัŒ
0,1
ะฒัะตะณะพ 22
ะฃะฟะพะผะธะฝะฐะฝะธะน
1
ะบะฐะฝะฐะปะพะฒ
ะžั…ะฒะฐั‚ ั€ะฐะทะผะตั‰ะตะฝะธั
ะพั†ะตะฝะบะฐ
1/24ััƒั‚ะบะธ ะฒ ะปะตะฝั‚ะต
587
1/48ะดะฒะพะต ััƒั‚ะพะบ
672
1/72ั‚ั€ะพะต ััƒั‚ะพะบ
725

ะžั†ะตะฝะบะฐ ะฟะพ ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะฐะผ ะฝะตะดะฐะฒะฝะธั… ะฟะพัั‚ะพะฒ: ะฟะพัั‚ ะฝะฐะฑะธั€ะฐะตั‚ ะฟะพั‡ั‚ะธ ะฒัั‘ ะทะฐ ะฟะตั€ะฒั‹ะต ััƒั‚ะบะธ.

ะŸะพัั‚ั‹

  • Hamas akan menyertai pilihan raya Palestin akan datang melalui gabungan nasional secara seluas mungkin, kata seorang anggota biro politik gerakan itu pada Rabu, lapor Anadolu. Hussam Badran berkata dalam satu wawancara dengan Al-Aqsa TV bahawa Hamas serta kebanyakan kumpulan dan gabungan pilihan raya Palestin menolak pengenaan โ€œsyarat politik atau keperluan untuk calon bertanding menerima pakai program politik tertentu.โ€ Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5652/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Israel menahan jenazah kira-kira 1,700 rakyat Palestin yang berkemungkinan digunakan dalam pertukaran tahanan pada masa depan, meskipun tiada tawanan Israel yang kini ditahan Hamas, lapor Anadolu memetik akhbar Haaretz pada Isnin. Angka itu dibangkitkan dalam perbincangan baru-baru ini dalam kalangan pihak keselamatan Israel, menurut akhbar berkenaan yang memetik dua sumber tanpa nama yang mengetahui perkara itu. Ketua Shin Bet, David Zini menyokong supaya jenazah tersebut terus disimpan sekiranya warga Israel ditawan atau hilang pada masa depan. Menurut laporan itu, pendirian berkenaan turut disokong tentera Israel. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5648/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Gerakan Hamas pada Ahad menegaskan semula komitmennya terhadap pelan hala tuju yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan bagi melaksanakan fasa kedua pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Gaza, lapor Anadolu. Menurutnya, proses itu perlu membawa kepada gencatan senjata sepenuhnya, penghentian serangan Israel, penarikan penuh tentera Israel, pembukaan semula pintu lintasan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan, permulaan usaha pembinaan semula serta membolehkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza menjalankan tugasnya. Pada awal Ahad, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan Lembaga Keamanan untuk Gaza, sambil menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari wilayah Palestin itu sehingga Hamas dilucutkan senjata. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5644/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak dilaporkan dibunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh 300 hari sejak gencatan senjata diumumkan pada Oktober lalu, lapor Anadolu memetik UNICEF. โ€œGencatan senjata yang masih menyaksikan purata seorang kanak-kanak dibunuh setiap hari adalah kegagalan terhadap kanak-kanak,โ€ kata Pengarah Serantau UNICEF bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5640/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • ๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก Resensi Buku Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh Pembentang: Ahmad Nu'man Mazlan Pengurus Dunia Palestin Network Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis) Masa: Bermula 8.00 malam Tempat: Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) Jemput semua hadir malam ini. Maklumat lanjut: t.me/duniapalestin/66766

  • Podcast Palestin Bangkit episod ke-2 Kali ini bersama dengan Ustaz Syamil Esa bagi membincangkan peri pentingnya kita membangunkan generasi al-Quran di bumi Malaysia. Perbualan 2 jam ini berkisar tentang bagaimana untuk kita masuk ke dalam alam al-Quran dan perbincangan apa itu erti sebenar tadabbur Quran. Jemput menonton pada jam 12.00 tengah hari ini di Youtube Komuniti Dakwah Tarbiah. Podcast ini dibawakan oleh Bumi Mikraj dan Dunia Palestin. Membangun Generasi al-Quran - Ustaz Ahmad Syamil Esa https://youtu.be/LnOEr8MbG3E

  • ๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก Siri diskusi bulanan Bicara Negara anjuran Akademi Kepemimpinan Tun Perak (AKTP) Dijemput semua pembaca Dunia Palestin di sekitar Lembah Klang untuk menghadiri sesi resensi (bedah buku) Petunjuk Jalan ke Arah Pembebasan Palestin tulisan Dr. Ibrahim al-Maqadmeh, salah seorang pengasas gerakan Hamas pada Khamis, 6 Ogos 2026, bermula jam 8.00 malam di Dewan Tun Perak, Lot 6C, Tingkat 6, Menara Hidayah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhadapan AEON Mall Wangsa Maju, mudah parkir di sini) Sesi resensi buku ini akan disampaikan oleh Ahmad Nu'man Mazlan, Pengurus Dunia Palestin Network. InsyaAllah pembentangan akan dimulakan dengan laporan perkembangan terkini situasi di Gaza dan seterusnya sesi resensi buku yang disebutkan. Jemput semua bersama hadir wacana ini dan juga siri diskusi Bicara Negara lain yang akan dibentangkan oleh tokoh dan pakar seperti YB Senator Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dr. Mohd Hazizi Ab Rahman. ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Hamas mendakwa Israel sengaja meningkatkan serangan ke atas Gaza bagi menggagalkan persefahaman yang dicapai dengan pihak pengantara serta pentadbiran Amerika Syarikat (AS) berhubung pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu. Dalam satu kenyataan pada Ahad, kumpulan Palestin itu memaklumkan bahawa serangan Israel sejak pagi Ahad telah mengorbankan lebih 18 rakyat Palestin serta โ€œmelenyapkanโ€ seluruh anggota beberapa keluarga. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5635/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—›๐—œ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—ฌ๐—˜๐—› 31 JULAI 2024 Pada 31 Julai 2024, dunia dikejutkan dengan berita kesyahidan Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas bersama pengawal peribadinya dalam satu serangan yang disasarkan ketika beliau berada di Tehran, Iran. Beliau diberikan majlis penghormatan di Tehran sebelum jenazahnya di bawa ke Doha, Qatar untuk pengebumian di Makam Diraja Lusail. ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Israel didakwa membelanjakan AS$46.5 juta bagi membiayai kempen digital yang bertujuan mempengaruhi cara sistem kecerdasan buatan (AI) menjawab soalan berkaitan genosid di Gaza, menurut laporan diterbitkan oleh Drop Site News. Laporan itu mendakwa Israel telah mengupah syarikat Clock Tower X yang diasaskan bekas pengurus kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Brad Parscale, untuk membangunkan rangkaian laman sesawang yang mempromosikan naratif pro-Israel serta mempengaruhi platform AI seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan Perplexity. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5631/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza masih berterusan walaupun perjanjian gencatan senjata telah diumumkan pada Oktober tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala. Menurut beliau, dakwaan bahawa perang telah berakhir adalah tidak tepat kerana tentera penjajah Israel masih meneruskan pembunuhan, sekatan dan kemusnahan terhadap penduduk Gaza. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5627/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Ketua Biro Politik Hamas yang baharu, Dr Khalil al-Hayya menggariskan enam keutamaan gerakan tersebut bagi fasa akan datang dalam ucapan sulungnya, dengan penekanan terhadap usaha menamatkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, mempercepatkan pembinaan semula wilayah itu serta memperkukuh perpaduan rakyat Palestin. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5621/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Gerakan Hamas menegaskan pemilihan Dr Khalil al-Hayya sebagai Ketua Biro Politik yang baharu membuktikan komitmennya untuk terus berpegang teguh kepada sistem syura dan tadbir urus institusi, meskipun berdepan situasi peperangan serta cabaran keselamatan yang luar biasa. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Hamas memaklumkan al-Hayya dipilih menerusi proses pemilihan dalaman yang melibatkan wakil daripada pelbagai wilayah operasi pergerakan tersebut, termasuk Semenanjung Gaza, Tebing Barat, tahanan Palestin di penjara Israel dan anggota di luar Palestin. Menurut Hamas, kejayaan melaksanakan proses pemilihan itu ketika kepimpinan dan anggotanya terus menjadi sasaran serangan Israel membuktikan organisasi tersebut kekal dipandu oleh institusi serta prinsip syura yang menjadi asas pentadbirannya. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5617/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mengucapkan tahniah kepada gerakan Hamas atas kejayaan melaksanakan proses pemilihan kepimpinan secara syura yang menyaksikan Dr Khalil al-Hayya dipilih sebagai Ketua Biro Politik yang baharu. Pengerusi GSPP, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata pelantikan itu mencerminkan keteguhan institusi syura yang menjadi asas kepada gerakan Islam walaupun rakyat Palestin terus berhadapan dengan genosid, kepungan dan pelbagai bentuk penindasan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5614/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Hamas telah menamakan Khalil al-Hayya sebagai pemimpin baharunya, menggantikan Yahya Sinwar yang syahid dalam operasi tentera penjajah Israel pada Oktober 2024, lapor Al Jazeera. Al-Hayya, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas dan salah seorang daripada lima anggota majlis kepimpinan pergerakan itu, memenangi pemilihan dalaman dalam pusingan akhir menewaskan bekas Ketua Biro Politik, Khaled Meshaal, menurut kenyataan Hamas pada Isnin. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5611/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • #MerekaTelahMenipuAnda #ูƒุฐุจูˆุง_ุนู„ูŠูƒู… #TheyLiedToYou Kempen baharu dilancarkan secara global bagi menegaskan gencatan senjata di Gaza adalah penipuan dan genosid Israel terus berlangsung. ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Surat ini ditulis melalui sudut pandang Widad Asfoura terhadap suaminya, Mohamed Al-Deif, seorang komander Briged Al-Qassam. Widad dan anak mereka yang masih bayi, Ali, telah syahid dalam serangan Israel yang bertujuan untuk membunuh suaminya semasa perang Asfi Maโ€™kul pada tahun 2014 di Gaza. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/3785/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Ketua Hamas di Luar Negara, Khaled Meshaal menyifatkan pemergian Bapa Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Qatar, malah kepada Palestin, dunia Arab dan Islam, serta seluruh masyarakat yang memperjuangkan nilai kemanusiaan. Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Meshaal berkata beliau telah mengenali Sheikh Hamad sejak 1995 dan menyifatkan Almarhum sebagai seorang pemimpin yang berani, bijaksana serta teguh mempertahankan prinsip, khususnya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5607/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • Rejim penjajah Israel pada Jumaat melarang Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein daripada memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama seminggu selepas menahannya sejurus selesai solat Jumaat, lapor Anadolu memetik Pentadbiran Baitulmaqdis. Dalam satu kenyataan, pentadbiran itu berkata tentera penjajah Israel menahan Hussein selepas beliau menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat di Masjid al-Aqsa. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5604/ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin

  • ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—ง๐—ง๐—œ๐—ก 4 JULAI 1187 Pada 4 Julai 1187, tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib dalam Perang Hittin di Palestin, pertempuran yang membawa kepada pembebasan Baitulmaqdis serta sebahagian besar tanah umat Islam yang dijajah oleh Tentera Salib. Kekalahan besar dalam Perang Hittin merupakan tamparan hebat buat Tentera Salib, kerana Raja Baitulmaqdis telah ditangkap dan tentera terbesar yang mereka kumpulkan untuk pertempuran itu telah dimusnahkan. ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin