Empayar Saham
Статистика- Последний пост
- 12 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 5
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 243
- 1/48двое суток
- 278
- 1/72трое суток
- 300
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Malam ni!
ORANG KAYA BELI MASA, ORANG BIASA BELI BARANG. Apabila pendapatan meningkat, ramai orang tertarik menaikkan gaya hidup sebab merasakan dah tiba masanya untuk reward selepas sebelum ni bertahun-tahun bekerja. Kereta ditukar kepada ansuran lebih tinggi, rumah ditambah komitmen, telefon dan barangan dibeli untuk memenuhi kehendak semasa. Cuma, apabila komitmen bertambah lebih laju daripada peningkatan aset, besar mcmana pun pendapatan kita akan tetap rasa sempit. Sudahnya, kita terpaksa terus bekerja kuat untuk menampung gaya hidup yang sudah dibina. Orang kaya yang bijak pula melihat wang sebagai alat untuk membeli masa dan pilihan dalam hidup. Mereka tak semestinya kedekut atau takde gratification. Cuma, mereka pastikan setiap kenaikan pendapatan turut meningkatkan pegangan aset. Mereka gunakan sebahagian duit untuk membeli saham syarikat berkualiti, hartanah yang ada aliran tunai, perniagaan yang boleh berkembang, atau membina sistem yang menjadikan kerja lebih cekap. Berbanding dengan orang biasa yang terpaksa trade masa mereka dengan wang melalui pekerjaan aktif, aset berpotensi terus memberi hasil walaupun ketika tidur. Ini menyebabkan orang kaya tak perlu trade masa mereka untuk wang. Dalam saham, tujuan utama saham bukan sekadar nak profit. Tujuannya ialah memiliki sebahagian daripada perniagaan sebagai aset yang mampu menambah jualan, keuntungan dan memberikan nilai kepada pemegang saham dari semasa ke semasa. Jika syarikat berkembang, nilai pegangan boleh meningkat. Jika syarikat membayar dividen, dividen itu boleh digunakan untuk menambah pegangan aset. Ini ialah proses yang perlahan, tetapi semakin kuat apabila modal dan tempoh pelaburan bertambah. Mungkin RM500 nampak kecil pada awalnya. Namun selepas beberapa tahun, dengan tambahan modal yang konsisten dan pulangan yang baik, ia boleh menjadi asas pelaburan yang lebih kukuh. Bina aset dahulu. Bila aset bertambah, masa dan pilihan hidup juga akan bertambah. Remisier Coach Naji.
BERAPA LAMA KENA INVEST BARU UNTUNG? BACA SINI! Skrg ni pelabur2 saham, terutama sekali client2 saya sudah semakin bijak. Kalau dulu, kita cuma nampak trading saja sebagai satu jalan untuk meraih keuntungan dalam saham. Hari ni, ramai dah sedar yang trading bukan satu2nya cara. Bahkan bergantung penuh kepada trading sangat berisiko tinggi sebab trading tu sendiri pun berisiko tinggi. Ramai juga yang dah mula sedar trading adalah untuk income generation dan supplementary wealth creation. Trading bukanlah alat yang paling sesuai untuk real wealth creation. Jadi, ramai dah mula cari jalan untuk ke arah investing pula sebab tak nak lagi sia2kan masa untuk wealth creation. Bagi saya, perubahan ni sangat mengujakan. Saya gembira bila ada client sudah mula bertanya pasal investing. Tapi, bila masuk bab investing, ramai yang masih belum dapat gambaran what it takes to invest. Ramai yang masih tanya bila baru dapat untung. Ramai kemudian yang tak tahan, jual awal. Jadi, kat sini saya akan bagi gambaran berapa lama masa diperlukan untuk investing mula memberikan pulangan. Untuk investing mula memberikan pulangan, biasanya dalam 3 tahun. Sebelum tu, pelabur2 saham akan berdepan dengan naik turun pulangan di antara positif dan negatif. Itu sebab utk 3 tahun pertama investing, saya kata tak payahla beriya sgt dengan pulangan investment anda. Buat sakit hati je nnt. Di antara 3 ke 5 tahun, profit akan mula kelihatan dan compounding pula akan bermula tetapi kesan compounding terlalu kecil untuk memberi kesan kepada pulangan keseluruhan. 5 tahun ke 10 tahun, compounding semakin besar, tapi masih lagi tak signifikan sangat kepada pulangan keseluruhan. 10 tahun ke atas, ketika ini barulah compounding mula memberi kesan kepada pulangan keseluruhan. Kerana ketika ini, kesan compounding boleh jadi lagi besar daripada simple capital appreciation + dividend income. Masa ni yang orang kata makan tak habis tu. But lupakan semua tu dulu. Kita pergi kepada perkara pertama yang paling menggusarkan : bila baru nampak untung utk investing? Kita ambil contoh BETA. Untuk BETA mula memberikan pulangan, ia memerlukan masa lebih kurang 2.5 tahun! Jadi, untuk sesiapa yang berminat dengan investing, kalau you masih rugi walaupun belum 3 tahun, itu perkara biasa. Dengan syarat : 1. Saham you beli adalah saham yang betul. 2. Harga you beli adalah harga yang betul. Remisier Coach Naji.
без подписи
KENAPA PERLU BELAJAR SAHAM SEBELUM TERLAMBAT? Adakah anda rasa saham hanya untuk orang kaya, ahli perniagaan atau mereka yang sudah ada modal besar? Adakah anda rasa anda bukanlah orang yang sesuai untuk saham kerana modal anda kecik? Sebenarnya, itu antara salah faham paling besar tentang pasaran saham. Orang kaya memang melabur dalam saham, tetapi mereka tak menjadi kaya hanya kerana sudah mempunyai banyak duit. Mereka menjadi lebih kaya kerana mereka beli aset yang boleh berkembang. Ramai orang bekerja setiap bulan untuk mendapatkan gaji. Tetapi bila gaji tu habis digunakan untuk komitmen, perbelanjaan dan simpanan yang memberi pulangan rendah, proses membina kekayaan menjadi sangat perlahan. Saham memberi peluang kepada orang biasa untuk memiliki sebahagian daripada syarikat besar. Saham memberi peluang kepada orang biasa untuk membeli aset. Saham memberi peluang kepada orang biasa untuk bermain game orang kaya. Anda tak perlu bina bank sendiri untuk dapat manfaat daripada pertumbuhan sektor perbankan. Anda tak perlu membuka kilang sendiri untuk ambil peluang dalam sektor teknologi atau semikonduktor. Anda juga tak perlu bina hospital untuk mendapat pendedahan kepada pertumbuhan industri kesihatan. Melalui saham, anda boleh menjadi pemilik kecil kepada syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut. Tetapi pemilikan saham perlu dibuat dengan cara yang betul. Jangan beli saham hanya kerana harga murah. Jangan beli hanya kerana kawan kata akan naik. Jangan masuk hanya kerana takut terlepas peluang. Belajar untuk tengok bisnes syarikat, keuntungan, hutang, aliran tunai, prospek industri dan harga belian yang sesuai. Untuk trading pula, belajar kenal trend, support, resistance, volume dan cutloss. Belajar untuk membeli pada harga yang sesuai. Saham tak menjamin keuntungan. Harga boleh naik dan turun, malah pelabur boleh mengalami kerugian. Tetapi tak belajar langsung tentang saham juga mempunyai risiko. Kita mungkin terus bergantung kepada satu sumber pendapatan dan membiarkan wang simpanan berkembang terlalu perlahan berbanding kenaikan kos hidup. Mula dengan ilmu. Mula dengan modal yang mampu ditanggung. Mula dengan pelan. Kalau anda mahu belajar bagaimana membuka akaun saham dan membina asas pelaburan atau trading dengan lebih tersusun, boleh hubungi saya. Remisier Coach Naji
PELUANG PRIVATE PLACEMENT. Private placement ialah penerbitan saham baru oleh syarikat tersenarai kepada pelabur terpilih. Dana yang dikumpulkan biasanya digunakan untuk pengembangan bisnes, modal kerja, pembelian aset, pengurangan hutang atau projek baru. Berbeza dengan IPO, private placement tak melalui proses balloting biasa. Jika allocation telah diluluskan, pelabur menerima jumlah yang diperuntukkan, tertakluk kepada terma peluang tersebut. Ini membolehkan pelabur mengambil posisi lebih besar dan menikmati keuntungan nominal yang lebih tinggi jika harga saham naik. Namun, minimum pelaburan bagi satu private placement sangat besar. Jika harga turun 10%, kerugian kasar boleh mencecah berpuluh ribu ringgit. Diskaun harga placement juga tidak menjamin untung kerana harga pasaran boleh jatuh selepas saham disenaraikan. Sebab itu, private placement bukan untuk semua orang. Pelabur perlu ada modal yang mencukupi, faham kewangan syarikat, tahu tujuan dana digunakan dan mempunyai pelan exit. Kena ambil kira juga kos placement fee, financing, brokerage, clearing dan stamp duty. Malam Rabu ni, saya akan present secara eksklusif kepada client2 saya peluang pelaburan private placement. Remisier Coach Naji.
без подписи
KENAPA MENGAWAL CUTLOSS LEBIH PENTING DARIPADA MENJANGKAKAN PROFIT. Kebiasaan bagi newbies, bila trade, benda pertama yang dia akan fikir ialah profit. Tanyalah apa target mereka pasal saham, mereka akan jawab "Saya nak target profit 50% setahun" "Saya nak target 20% profit dalam satu swing trade" "Saya nak target 5% profit daily untuk tampung belanja FTT saya" Cuba kalau kita ubah sikit soalan "Dalam setahun, berapa kau sanggup loss?" "Dalam trade ni, berapa kau target loss?" "Dalam sehari, berapa loss yang kau control?" Nescaya takde jawapan! Sebab, mana ada orang trade nak rugi? Semua orang trade nak untung, kan? Tapi, kerana inilah punca ramai trader boleh win trade beberapa kali, tetapi loss capital eventually. Dalam trading, sebaik mana pun analisis kita, sebaik mana pun setup kita, kita tak boleh kawal sama ada saham akan naik atau turun selepas kita beli. Apa yang kita boleh kawal ialah jumlah kerugian jika trade tu tak menjadi. Contohnya, kalau kita boleh tetapkan yang dalam satu trade, kerugian yang kita sanggup terima ialah RM100. Jadi, dengan mengenalpasti risiko maksimum pada trade yang kita nak ambil tu ialah 1%, kita boleh kira berapa modal yang kita patut gunakan supaya loss kita benar2 RM100 bila kita cutloss. Ini namanya position sizing. Position sizing = RM100 / 1% = RM10,000. Bila kita kawal loss kita, kita ada stamina untuk bertahan dalam trade. Trader yang menjaga risiko boleh melakukan banyak percubaan. Jika tiga trade tak menjadi, modal masih ada untuk peluang seterusnya. Tetapi trader yang membiarkan satu posisi rugi 20% atau 30% akan memerlukan keuntungan yang jauh lebih besar hanya untuk kembali ke modal asal. Loss 10% memerlukan untung 11% untuk pulih. Loss 30% memerlukan untung sekitar 43%. Loss 50% pula memerlukan untung 100%. Buang mindset yang cutloss adalah tanda kita gagal. Sebaliknya cutloss sebenarnya melindungi modal kita. Selagi modal masih ada, peluang untuk membina keuntungan sentiasa ada. Remisier Coach Naji.
https://www.reuters.com/world/asia-pacific/deepseek-invests-208-million-unitrees-shanghai-ipo-2026-08-06/
https://www.reuters.com/world/asia-pacific/deepseek-invests-208-million-unitrees-shanghai-ipo-2026-08-06/
HARGA MAKANAN DUNIA NAIK KE PARAS TERTINGGI TIGA TAHUN. INI BUKAN SEKADAR ISU CUACA. Dunia sedang berdepan satu risiko inflasi yang ramai terlepas pandang. Harga makanan global pada Julai 2026 mencecah paras tertinggi dalam lebih tiga tahun. Indeks Harga Makanan FAO berada pada 131.1 mata, naik 0.6 peratus berbanding Jun. Harga bijirin pula naik 3.4 peratus dalam sebulan, manakala harga minyak sayuran berada pada paras tertinggi sejak Jun 2022. Puncanya bukan satu faktor sahaja. Gelombang haba dan kemarau menjejaskan hasil gandum serta jagung di beberapa negara pengeluar utama. Konflik di rantau Laut Hitam pula mengganggu eksport bijirin. Pada masa sama, ketegangan Timur Tengah menaikkan kos tenaga dan baja. Sekarang muncul pula ancaman El Niño yang kuat. Corak cuacanya boleh membawa kemarau ke sesetengah negara Asia dan hujan melampau di Amerika Selatan. Kedua-duanya boleh mengurangkan hasil pertanian, mengganggu logistik dan menolak harga makanan lebih tinggi. Malaysia tak terkecuali. Kita mengimport banyak bahan makanan serta bahan mentah untuk industri makanan. Bila harga gandum, jagung, minyak masak, makanan ternakan dan baja meningkat di pasaran dunia, kesannya lambat atau cepat akan sampai kepada pengguna. Syarikat pengguna juga berdepan dilema. Jika mereka serap kenaikan kos, margin keuntungan mengecil. Jika harga produk dinaikkan, permintaan pengguna boleh perlahan. Sebab itu saham consumer tidak semestinya defensif apabila inflasi makanan kembali meningkat. Bagi pelabur, isu ini membuka mata bahawa inflasi bukan datang daripada minyak sahaja. Cuaca, perang, laluan perdagangan dan harga baja boleh menentukan berapa mahal barang dapur kita dalam beberapa bulan akan datang. Pantau harga komoditi, margin syarikat pengguna dan tindakan bank pusat. Ini antara petunjuk awal untuk melihat sama ada tekanan inflasi akan kembali kuat. Remisier Coach Naji.
APA BEZANYA SAHAM MURAH DENGAN SAHAM UNDERVALUED. Dulu masa saya mula dengan saham, inilah soalan yang saya struggle nak jawab. Saya selalu tanya - semahal mana saham tu baru dikira mahal, semurah mana saham tu baru dikira murah? Bila dah bertahun dalam saham, baru saya tahu saham mahal belum tentu mahal, saham murah belum tentu murah, malah saham mahal sebenarnya boleh jadi murah, saham murah boleh jadi mahal. Pening?... Hahaha... Sebenarnya ada 2 istilah penting dalam saham yang nampak sama tapi tak serupa : Murah dan undervalued. Saham murah tak semestinya undervalued, saham undervalued tak semestinya murah. Saham murah bermaksud harga seunitnya rendah. Namun, tak bermaksud saham tu undervalued sebab syarikat mungkin mempunyai keuntungan lemah, hutang tinggi atau prospek yang semakin merosot. Saham undervalued pula ialah saham yang harga pasarannya berada di bawah fair value dia. Namun, tak bermaksud saham tu murah sebab syarikat mungkin mempunyai keuntungan yang kukuh, hutang rendah atau prospek yang semakin cerah. Kenapa saham murah berbeza dengan saham undervalued? Sebab saham murah ditentukan persepsi market. Saham undervalued pula ditentukan fundamental syarikat. Market pula tak semestinya sentiasa bersetuju dengan fundamental. Tapi, perbezaan inilah yang mewujudkan peluang untuk dapat diskaun. Kita boleh kenalpasti diskaun bila market terlalu memandang rendah terhadap saham tu sedangkan fundamentalnya taklah begitu. Itu sebab investor masuk market semasa market jatuh. Korang boleh guna metrik seperti P/E, P/B, EV/EBITDA, dividend yield, ROE, free cash flow dan kadar pertumbuhan keuntungan untuk buat penilaian. Remisier Coach Naji. Inshaa Allah... boleh profit.
DIALOG. DIALOG ni antara company yang bagi saya bagus untuk invest. Dia ada Pengerang Deepwater Terminals. Terminal penyimpanan dan pengendalian produk petroleum. Terminal ni memberikan pendapatan berulang dalam bentuk sewaan. Dia terlibat dalam sektor tenaga. Upstream, midstream, downstream, sustainable and renewables, semua tempat dia ada. Dia berkembang ikut perubahan dalam industri tenaga. Dia buat kerja EPCC - engineering, procurement, construction, commissioning, maintenance dan plant turnaround. Dia jugak ada hubungan lama dengan syarikat minyak, petrokimia dan pelanggan antarabangsa. Pengalaman lebih 30 tahun dalam industri. Terkini, prestasi kewangan dia mula pulih. FY2025 mencatatkan hasil RM2.50 bilion dan keuntungan selepas cukai RM310 juta. 2QFY2026 pula, hasil meningkat 11.2% tahun ke tahun kepada RM756.3 juta, manakala syarikat kembali mencatatkan keuntungan bersih RM137.7 juta selepas kerugian pada tempoh sama tahun sebelumnya. Sedangkan kerugian sebelum ni banyak dipengaruhi oleh impairment dan bukan semata-mata kemerosotan operasi. Jadi, bagi yang invest kat DIALOG, saya cadangkan korang tgk 5 faktor ni yang boleh mempengaruhi pergerakan price. 1. Capex O&G meningkat: projek EPCC dan maintenance bertambah. 2. Penggunaan terminal meningkat: pendapatan berulang DIALOG naik. 3. Harga minyak stabil atau tinggi: syarikat O&G lebih yakin berbelanja. 4. Margin projek meningkat: keuntungan DIALOG bertambah. 5. Kadar faedah Malaysia: memberi kesan kepada kos pembiayaan dan valuation. Remisier Coach Naji. Inshaa Allah... boleh profit.
Apa masalah kat sini? Berita ini menunjukkan US sedang membantu Jepun mempertahankan nilai yen yang jatuh ke paras paling lemah dalam kira-kira 40 tahun. Untuk pertahankan yen daripada jatuh, Jepun perlu beli yen dan jual mata wang asing. Masalahnya, rizab asing Jepun pula banyak disimpan dalam bentuk US Treasury. Kalau Treasury dijual secara besar-besaran, harga bon US boleh jatuh dan bond yield naik. Ini akan menaikkan kos pinjaman kerajaan US dan memberikan tekanan kepada market saham dan market kredit. Jadi yang tersiratnya ialah US bukan sekadar menyelamatkan yen. US sebenarnya nak mengelakkan masalah yen merebak ke market bonnya sendiri. Sebab tu Scott Bessent nak Fed besarkan FIMA Repo Facility. FIMA ialah kemudahan pinjaman Federal Reserve kepada bank pusat dan pihak berkuasa kewangan asing yang pegang US Treasury. Melalui kemudahan ini, Jepun serahkan Treasury sebagai cagaran kepada Fed. Fed bagi pinjam dolar kepada Jepun. Jepun gunakan dolar tu untuk beli yen. Campur tangan ini boleh menguatkan yen buat sementara, tetapi tak boleh menghapuskan punca asasnya seperti perbezaan kadar faedah, hutang Jepun yang tinggi dan dasar monetari yang longgar. Itulah dia ekonomi kapitalis. Ekonomi yang berasaskan hutang. Bila hutang dah sangat besar, market menjadi sangat sensitif sampaikan polisi monetary negara lain sangat mudah mempengaruhi US. Kita pun semakin susah nak trade sebab market terus berhati-hati. US cuba tutup kesan hutang ni untuk redakan market. Tapi pusing la banyak mana pun, hutang tetap hutang. Cara untuk selesaikan hutang ialah bayar hutang, tapi satu dunia tahu US mana ada duit nak bayar hutang. Kalau tak kerana dunia gunakan dolar, dah lama US bankrap. Itu sebab dia gelabah bila dunia nak beralih kepada multi-currency. Pada masa sama, langkah ni menunjukkan garisan antara Treasury dan kebebasan Fed semakin hilang. Fed sepatutnya bebas daripada tekanan politik. Tugas utamanya ialah mengurus inflasi, pekerjaan dan kestabilan kewangan US. Tapi dalam isu ini, Treasury sedang meminta Fed ubah program pinjaman untuk bantu dasar mata wang Jepun. Adakah ini masih tindakan menjaga kestabilan kewangan global, atau dah bertukar menjadi bantuan kepada agenda fiskal dan geopolitik kerajaan US? Remisier Coach Naji. Top Licensed Remisier CGS International Malaysia.
без подписи
Apa masalah AI? Walaupun AI boleh buat analisis saham, ramai masih belum mempercayainya 100% sebab dia kekurangan human side. Masalah utama AI dalam analisis saham ialah AI boleh baca data, tapi dia tak faham manusia. AI takkan faham rasa takut bila market jatuh. AI takkan faham bagaimana berdepan tekanan bila modal sendiri sedang rugi. AI juga tak faham sepenuhnya emosi, disiplin dan perangai setiap pelabur. Dalam market saham, pengalaman sangat penting. Manusia yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan market biasanya mampu membaca sentimen, mengenal pasti perubahan suasana dan membuat pertimbangan berdasarkan pengalaman sebenar. AI boleh menjadi alat yang sangat berguna. Namun, ia masih belum dapat menggantikan sentuhan manusia sepenuhnya. Selagi client perlukan bantuan saya, saya akan support. Remisier Coach Naji. Top Licensed Remisier. CGS International Malaysia.
без подписи
Membina Portfolio Saham Yang Seimbang Dan Tahan Volatiliti Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin) Masa: 8:30 mlm - 10:00 mlm Dalam webinar ini, anda akan mempelajari: ✅ Kepentingan struktur portfolio dalam jangka panjang ✅ Cara menentukan weightage dan risiko setiap saham dalam portfolio ✅ Menyusun portfolio yang lebih seimbang dan tahan volatiliti ✅ Memahami struktur risiko untuk setiap sektor dan saham ✅ Mengukur risiko melalui beta, drawdown dan correlation ✅ Membangunkan strategi jangka panjang yang lebih konsisten ✅ Contoh portfolio sasaran untuk risiko sederhana dan pulangan mampan Level : Advance. Daftar Sekarang: https://us02web.zoom.us/webinar/register/8017732190845/WN_i3jhP1ayTZ2HSzw1HNBY8g Remisier Coach Naji. Top Licensed Remisier. CGS International Malaysia.
без подписи
CIRI-CIRI BREAKOUT YANG BERKUALITI. Buat mereka yang suka trade breakout, ini hadiah tips daripada saya. Breakout biasanya lebih meyakinkan apabila: 1. Harga melepasi resistance yang jelas - clean breakout. 2. Volume meningkat berbanding purata sebelumnya. 3. Candle breakout ditutup berhampiran paras tertinggi. 4. Sektor saham tersebut turut menunjukkan kekuatan. 5. Harga berada di atas MA20, MA50 dan MA200. 6. Breakout tak berlaku selepas harga naik terlalu jauh. 7. Harga mampu bertahan di atas resistance selepas breakout. Remisier Coach Naji. Top Licensed Remisier. CGS International Malaysia.