tgindex
Hi Edu MARA

MARA Higher Education Division

Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
8
Всего постов
343
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
11 801
−20 за 4 дн.
Сутки
−7
−0,06%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 583
40 постов
Вовлечённость
13,4%
к подписчикам
Постов в день
1,1
всего 343
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
по 4 постам
1/24сутки в ленте
811
1/48двое суток
929
1/72трое суток
1 001

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • 🥉 TAHNIAH & SYABAS! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Aniq Albar bin Razali, pelajar Diploma in Accounting, Semester 3, Kolej Profesional MARA Ayer Molek atas kejayaan meraih Pingat Gangsa bagi acara Judo dalam SUKMA Selangor XXII 2026. 🥋 Beliau telah mewakili Negeri Kedah dan mempamerkan semangat juang, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan. 🏅 Pencapaian: Quarter Final — Wilayah Persekutuan Semi Final — Johor Gangsa — Sabah Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPM Ayer Molek untuk terus berusaha, mencabar kemampuan diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Syabas Aniq! Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama KPM Ayer Molek. 💪✨ #SUKMA2026 #SUKMASelangorXXII #Judo #TeamKedah #StudentAchievement #MARA #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗔𝗡 MARA tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga bagi urusan tajaan dan pengajian. Pastikan urusan dibuat melalui saluran rasmi MARA bagi mengelakkan sebarang penipuan. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah

  • 13 авг.1 43310

    KEPUTUSAN CEMERLANG A LEVEL KOLEJ MARA SEREMBAN Tahniah kepada Warga Kolej MARA Seremban atas pencapaian membanggakan dalam peperiksaan A Level Ambilan 2024/2026. Kolej MARA Seremban berjaya mencatatkan 100% Certificate Award Rate. Seramai 111 calon berjaya mencapai 15 mata, manakala 90.77% calon memperoleh sekurang-kurangnya 13 mata. Pencapaian ini mencerminkan usaha gigih para pelajar serta komitmen tinggi para pensyarah dan seluruh warga kolej dalam membudayakan kecemerlangan akademik. Lebih membanggakan, Danish Faisal bin Mohd Faiz muncul sebagai High Achiever dengan memperoleh keputusan cemerlang 4A*. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej MARA untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Tahniah kepada Danish dan seluruh warga Kolej MARA Seremban #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 12 авг.1 3023

    🎙️ JOM SAKSIKAN PODCAST “ANDA TANYA, KAMI JAWAB”! 🇨🇳 Pernah terfikir untuk belajar bahasa Mandarin tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana? Atau anda mempunyai persoalan tentang cara pembelajaran, tips mudah dan peluang kerjaya yang berkaitan dengan kemahiran bahasa Mandarin? Ayuh, seluruh warga maya! Sertai kami dalam sesi podcast santai, informatif dan penuh perkongsian menarik bersama: 🎤 Taufek Laoshi — Moderator 🎤 Syafiqah Laoshi — Panel 1 🎤 Wani Laoshi — Panel 2 📅 13 Ogos 2026 (Khamis) ⏰ 2.30 petang 📲 LIVE di TikTok @KPMBERANANG Antara topik menarik yang akan dikupas: ✅ Soal jawab pembelajaran bahasa Mandarin ✅ Peluang kerjaya dan keperluan industri ✅ Tips serta strategi mudah belajar Mandarin Ada soalan? Tinggalkan di ruangan komen atau ajukan secara langsung semasa sesi berlangsung. Kami sedia berkongsi dan menjawab persoalan anda! Jangan lupa follow TikTok @KPMBERANANG, tetapkan peringatan dan kongsikan hebahan ini kepada keluarga serta rakan-rakan. Jumpa anda secara langsung! 🙌

  • без подписи

  • 12 авг.1 1191

    ⚓ 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗘𝗝𝗘𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗔𝗠 (𝗞𝗘𝗞) | 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥 Sertai Kursus Ejen Kastam (KEK) untuk persediaan ke arah pematuhan Seksyen 90, Akta Kastam 1967! Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pegawai Berpengalaman Akademik Kastam Malaysia (AKMAL). 📅 Tarikh: 14 - 24 September 2026 (9 Hari) ⏰ Masa: 8:30 Pagi - 5:30 Petang 📍 Lokasi: KPM Bandar Penawar, Johor 📜 Sijil: Dikeluarkan oleh Akademik Kastam Malaysia (AKMAL) 💰 YURAN: • Umum: RM 2,000 • Pelajar MARA: RM 1,400 (Dapatkan rebat RM600!) (Sarapan pagi disediakan) ✨ Topik merangkumi 14 Modul Pembelajaran utama termasuk Prosedur Import/Eksport, Pengklasifikasian Kod HS, FTA/ROO, Cukai Jualan & Perkhidmatan, dan banyak lagi. 📲 Imbas Kod QR pada gambar untuk mendaftar sekarang! 📞 Hubungi: • En. Fakharuddin: 010-828 8932 • Pn. Syakirah: 017-256 5366 • Pejabat: 07-884 2222 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMADANI #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia #CILT #EjenKastam

  • 🎓 9 HARI LAGI! 🎓 Semakin dekat, semakin terasa debarannya! Hanya 9 hari lagi sebelum para graduan Kolej MARA melangkah ke pentas bagi meraikan sebuah pencapaian yang penuh bermakna. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. ✨ Teruskan menghitung detik menuju hari gemilang! #GraduasiKolejMARA2026 #KolejMARA #MARA #CountdownGraduasi

  • 11 авг.1 3544

    Jom Sertai kami sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru MARA). Terokai di website MARA untuk ketetangan lanjut. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 🎓 10 HARI LAGI! 🎓 Detik yang dinanti semakin hampir! Tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Majlis Graduasi Kolej MARA 2026. ✨ Satu perjalanan penuh usaha, cabaran dan kenangan bakal diraikan bersama. Ayuh kita sama-sama menghitung detik menuju hari istimewa ini! 🎓 10 hari lagi. 10 hari menuju sebuah pencapaian. ❤️ #GraduasiKolejMARA2026 #MajlisGraduasiKolejMARA2026 #KolejMARA #MARA #CountdownGraduasi

  • 9 авг.1 60172

    🥉 𝐓A𝐇N𝐈A𝐇 𝐎M𝐀R M𝐔A𝐙! 🇲🇾✨ Satu lagi detik membanggakan buat Kolej MARA Seremban dan Majlis Amanah Rakyat 🔘 MARA Higher Education Division Tahniah diucapkan kepada Omar Muaz bin Fakhrullah, wakil Malaysia di International Nuclear Science Olympiad (INSO) 2026 di Jeddah, Arab Saudi, atas kejayaan meraih PINGAT GANGSA! 🥉🇲🇾 Dari KMS ke pentas antarabangsa, Omar membuktikan bahawa usaha, ilmu dan keberanian untuk mencabar diri mampu membawa kita lebih jauh daripada yang kita sangkakan. Satu perjalanan. Satu pengalaman. Satu pencapaian yang akan dikenang. Tahniah Omar! Kami bangga denganmu. ❤️‍🔥 KMS proud. Malaysia proud. 🇲🇾🥉 #KolejMARASeremban #OmarMuaz #INSO2026 #MalaysiaBoleh #ProudKMS #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 9 авг.1 3051

    MATHEMATICAL OLYMPIAD BOOTCAMP 2026 Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA sentiasa mencari dan memberi yang terbaik untuk pembelajaran profesional. Seramai 20 orang pelajar terbaik Kolej MARA yang berjaya melepasi ujian saringan telah terpilih untuk menyertai Mathematical Olympiad Bootcamp 2026 yang berlangsung di Kolej MARA Banting pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Program ini bertujuan memperkukuh penguasaan Matematik, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta mengasah pemikiran aras tinggi sebagai persediaan menghadapi International Mathematical Olympiad National Selection Test (IMONST). Sepanjang program, para peserta mengikuti latihan intensif dan sesi bimbingan bersama jurulatih berpengalaman dalam bidang Matematik Olimpik. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 6 авг.1 56114

    TAHUKAH ANDA? Sekiranya anda merupakan pelajar anak kelahiran Pulau Pinang dan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Negeri Pulau Pinang. Tarikh permohonan 1 Julai - 30 September 2026 Syarat permohonan 1. Ibu / bapa / penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang. 2. Permohonan hanya layak ditawarkan ke program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada tahun semasa sahaja. 3. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Untuk maklumat lanjut, sila klik https://ibita.penang.gov.my untuk mengisi borang secara dalam talian daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

  • 6 авг.1 7972

    TAHNIAH & SYABAS! 🌟 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudari Uulfathuna Umaira binti Allmauzi dan saudari Liyana Mardhiah binti Mohamad Nor Aluwi atas kejayaan memulakan langkah dalam kerjaya profesional sebagai Audit Assistant di EY Centralized Audit Delivery Team (CADeT), EY Kuala Lumpur. Pencapaian ini merupakan bukti bahawa usaha, komitmen dan dedikasi sepanjang menuntut ilmu di Kolej Profesional MARA Beranang telah membuahkan hasil. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada keluarga dan pensyarah, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPM Beranang untuk terus melakar kecemerlangan. Semoga terus cemerlang dalam dunia profesional, mengamalkan integriti yang tinggi, memperkaya ilmu dan kemahiran, serta menjadi graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan organisasi, industri dan negara. Selamat maju jaya dan teruskan mengharumkan nama KPM Beranang serta MARA di persada profesional. Ikhlas daripada Pengurusan Pensyarah dan Seluruh Warga Kolej Profesional MARA Beranang

  • 5 авг.1 92319

    MANDARIN LANGUAGE CENTRE (MLC) @ KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG Program Awam 2026/2027 🌏 Buka Pintu Kejayaan Global Melalui Bahasa Mandarin Dalam era ekonomi digital dan hubungan perdagangan antarabangsa yang semakin berkembang, penguasaan Bahasa Mandarin bukan lagi satu kelebihan, malah menjadi satu keperluan. Seiring dengan aspirasi melahirkan graduan berdaya saing global, Mandarin Language Centre (MLC), Kolej Profesional MARA Beranang menawarkan siri program pembelajaran yang komprehensif bagi membantu peserta menguasai Bahasa Mandarin secara sistematik serta mencapai pensijilan antarabangsa HSK & HSKK. ✨ Mengapa Sertai MLC? * Pensijilan Bahasa Mandarin bertaraf antarabangsa (HSK & HSKK). * Modul pembelajaran yang praktikal dan berorientasikan industri. * Tenaga pengajar berpengalaman serta persekitaran pembelajaran kondusif. * Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS, warga MARA dan orang awam. * Membuka peluang kerjaya bersama syarikat tempatan dan antarabangsa.

  • 5 авг.1 80135

    Your ACCA Journey Starts Here! Applications are now open for the ACCA October 2026 Intake at Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka Take the next step towards a globally recognised professional accounting qualification. Application deadline: 6 August 2026 Apply now: https://mara.my/accaoct Limited time to apply 🔛 Be future ready with ACCA @ Aymo 😉 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 4 авг.1 7701

    Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA mengucapkan selamat jalan dan maju jaya kepada para pelajar yang terpilih menyertai 2026 Understanding China – BFSU Chinese Bridge Summer Camp di Beijing, China. Program ini merupakan platform pendedahan antarabangsa yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperkukuh kefahaman mengenai bahasa, budaya, sejarah serta perkembangan pendidikan dan teknologi di China, di samping membina jaringan kerjasama global bersama peserta dari pelbagai negara. Semoga semua peserta memperoleh pengalaman yang bermakna, menjadi duta kecil MARA dan Malaysia yang berwibawa, serta pulang dengan ilmu, pengalaman dan inspirasi baharu untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Selamat maju jaya dan semoga perjalanan serta program dipermudahkan. Bawalah nama MARA dan Malaysia dengan penuh integriti, kecemerlangan dan kebanggaan. 🇲🇾🇨🇳 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AkuKasihMalaysia

  • 3 авг.1 8043

    𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 Buat julung kalinya, Kolej MARA akan meraikan graduan dalam Majlis Graduasi Perdana Kolej MARA 2026 yang menghimpunkan kejayaan pelajar daripada seluruh Kolej MARA di Malaysia. Majlis ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap usaha, kecemerlangan dan pencapaian graduan, di samping meraikan lahirnya generasi baharu yang bersedia menyumbang kepada pembangunan negara. 20 Ogos 2026 (Khamis) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Melakar Masa Depan, Memimpin Perubahan. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah

  • 2 авг.2 4171

    Tahniah, Omar Muaz bin Fakhrullah! 🇲🇾 Semoga berjaya menggalas amanah mewakili Malaysia di International Nuclear Science Olympiad (INSO) 2026 di Jeddah, Arab Saudi. Kami mendoakan yang terbaik buat anda. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #MalaysiaMadani #60TahunMARA #AkuKasihMalaysia

  • ESOK ADALAH HARINYA! 1 HARI SAHAJA LAGI! Debaran kini di kemuncak! Tinggal satu hari lagi sebelum tirai Hari Anugerah Inspirasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2026 disingkap dengan penuh gilang-gemilang. 🎓 Segala persiapan telah rapi, dan kita sudah tidak sabar untuk meraikan bintang-bintang cemerlang KPM dan KM. Majlis ini akan disempurnakan oleh YBhg. Encik Zahari Bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. 📅 1 Ogos 2026 (Sabtu) | 17 Safar 1448H 📍 Anjung Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA Adakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke pentas kecemerlangan? Jumpa anda esok! 🏆 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #KolejProfesionalMARA #KolejMARA #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AnugerahInspirasi2026

  • 30 июл.2 4001

    Kiraan Detik Diteruskan: 2 Hari Menjelang Hari Anugerah Inspirasi 2026 🎓 Masa semakin hampir. Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum kita bersama-sama untuk meraikan kecemerlangan dan dedikasi luar biasa di Hari Anugerah Inspirasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2026. Majlis ini adalah bukti komitmen berterusan kami dalam menjunjung amanah dan memperkasa modal insan yang holistik. Teruskan menyokong kecemerlangan generasi MARA yang bakal menerajui masa depan negara. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #KolejProfesionalMARA #KolejMARA #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #AnugerahInspirasi2026