tgindex
PTAR UiTM Cawangan Melaka

PTAR UiTM Cawangan Melaka

Статистика

Kami mempunyai 3 Kampus : 1. PTAR Kampus Alor Gajah 2. PTAR Kampus Bandaraya Melaka 3. PTAR Kampus Jasin

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
21
Всего постов
24
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
668
−1 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
21
24 постов
Вовлечённость
3,1%
к подписчикам
Постов в день
3,0
всего 24
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
17
1/48двое суток
19
1/72трое суток
21

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 📖 PROGRAM TALAQQI KEROHANIAN PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA MELAKA, 14 Ogos 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menganjurkan Program Talaqqi Kerohanian bertajuk “Al-Quran: Petunjuk untuk Sebuah Kehidupan” di PTAR Aras 1. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini menampilkan Ustaz Zulhafizie bin Samsol, Penolong Pendaftar UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka sebagai penyampai pengisian. Sesi ini mengajak peserta menghayati al-Quran sebagai sumber petunjuk dan pedoman dalam kehidupan serta menerapkan ajarannya dalam membentuk akhlak dan tindakan seharian. 🌿📖 Program turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi PTAR UiTM Cawangan Melaka, sekali gus memberi peluang kepada warga UiTM dan orang awam mengikuti perkongsian secara dalam talian. Semoga penghayatan terhadap al-Quran terus menjadi cahaya yang membimbing setiap langkah kehidupan. 🤲🏻 #PTARUiTM #PTARMelaka #TalaqqiKerohanian #AlQuran #KampusBandarayaMelaka

  • 🌙 MENYEMAI UKHUWAH, MENYUBUR NILAI KEROHANIAN MELAKA, 14 Ogos 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menganjurkan Program Bacaan Yasin di PTAR Aras 1 yang disertai oleh warga Kampus Bandaraya Melaka. Bacaan Yasin turut diadakan sebagai tanda ingatan buat Allahyarhamah Puan Shahida binti Talip, Allahyarhamah Puan Siti Aminah binti Ismail dan Allahyarham Encik Hasrul Rizuan bin Ibrahim, warga PTAR UiTM Cawangan Melaka yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. 🤲🏻 Program berlangsung dalam suasana khusyuk dan penuh penghayatan, sekali gus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, silaturahim serta nilai kerohanian dalam kalangan warga UiTM. #PTARUiTM #PTARMelaka #KampusBandarayaMelaka #BacaanYasin #Ukhuwah #NilaiKerohanian

  • SALAM TAKZIAH Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham ALLAHYARHAM HASRUL RIZUAN BIN IBRAHIM yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Ogos 2026 (Jumaat) / 1 Rabiulawal 1448H Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya, dan menempatkan roh Allahyarham bersama golongan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

  • BENGKEL PROJEK SEJARAH LISAN: MEMPERKASA PROSES PENDOKUMENTASIAN MELAKA, 13 Ogos 2026 – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Bengkel Projek Sejarah Lisan yang disampaikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel ini merupakan sesi lanjutan bagi staf yang telah selesai menjalankan rakaman temu bual, dengan fokus kepada pengurusan bahan, transkripsi rakaman, penyemakan maklumat dan penyediaan kandungan projek. Sesi turut melibatkan pengagihan staf kepada beberapa kumpulan serta pembahagian tugasan bagi memastikan proses penghasilan projek dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan sistematik. Semoga usaha ini dapat membantu PTAR UiTM memelihara bahan sejarah dan pengalaman individu sebagai sumber rujukan yang bernilai untuk generasi akan datang. 📖✨ #PTARUiTM #SejarahLisan #Pendokumentasian #UiTMCawanganMelaka

  • SESI PEMBENTANGAN AKHIR PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI PTAR UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA MELAKA, 12 Ogos 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah mengadakan satu sesi Pembentangan Akhir Pelajar Latihan Industri yang disampaikan oleh Cik Umie Umaira binti Muhamad Zaffri kepada staf PTAR. Sesi ini merupakan perkongsian pengalaman dan rumusan sepanjang menjalani latihan industri, merangkumi tugasan, aktiviti serta pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh penempatan di PTAR. Sesi pembentangan turut memberikan peluang kepada staf PTAR untuk berkongsi pandangan dan maklum balas kepada pelajar. Secara keseluruhannya, sesi ini menjadi platform kepada Cik Umie Umaira untuk berkongsi pengalaman dan pencapaian sepanjang latihan industri, di samping menjadi persediaan dalam mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh ke alam pekerjaan. Follow & Like Us PTAR UiTM Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • PTAR PRIHATIN 🤍 Melaka, 12 Ogos 2026 – Warga PTAR UiTM Cawangan Melaka menitipkan doa dan ingatan buat anakanda kepada Puan Siti Haidah Md Aziz yang sedang diuji dengan keadaan kesihatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang terbaik buat anakanda, mengangkat segala kesakitan serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Puan Siti Haidah sekeluarga dalam menghadapi ujian ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan dengan segera. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. Follow & Like Us PTAR UiTM Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • без подписи

  • 📚⚡ SMART READER CHALLENGE: UJI KEPANTASAN & KEFAHAMAN MEMBACA! MELAKA, 8 Ogos 2026 – PTAR UiTM Shah Alam dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, PPD Melaka Tengah dan SMK Ayer Keroh telah mengadakan Pameran Smart Reader Challenge sempena Karnival Pendidikan Madani PPD Melaka Tengah. Menerusi aktiviti ini, peserta berpeluang menguji kepantasan membaca, kefahaman dan daya ingatan dalam tempoh yang ditetapkan. Aktiviti interaktif ini turut memberi pendedahan kepada teknik membaca yang lebih efektif dan sistematik. Smart Reader Challenge membuktikan bahawa membaca pantas bukan sekadar membaca dengan cepat, tetapi perlu disertai keupayaan memahami, mengingati dan menggunakan maklumat yang dibaca. 📖🧠 Semoga inisiatif ini dapat menyemarakkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran literasi dalam kalangan komuniti sekolah. ✨ #SmartReaderChallenge #PTARUiTM #LiterasiSekolah #KarnivalPendidikanMadani

  • без подписи

  • 📚 PTAR UiTM PERKASA LITERASI SEKOLAH DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI MELAKA, 8 Ogos 2026 – PTAR UiTM Cawangan Melaka menyertai Karnival Pendidikan Madani PPD Melaka Tengah di SMK Ayer Keroh menerusi inisiatif Literasi Sekolah. Para peserta berpeluang menyertai aktiviti interaktif seperti Kuiz Literasi yang menguji pengetahuan berkaitan dunia ilmu, bacaan dan literasi. Penglibatan ini menjadi platform untuk menyemarakkan minat membaca serta memperkenalkan peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan sumber ilmu. 📖✨ Semoga usaha ini terus menyumbang kepada pembentukan generasi yang cintakan ilmu, berbudaya membaca dan berdaya saing. #PTARUiTM #LiterasiSekolah #UiTMCawanganMelaka

  • PTAR UiTM PERKASA KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI PROGRAM BACAAN PANTAS MELAKA, 8 Ogos 2026 – PTAR UiTM Shah Alam dengan penganjuran bersama PTAR UiTM Cawangan Melaka, kerjasama PPD Melaka Tengah dan SMK Ayer Keroh telah menganjurkan Program Bacaan Pantas (Speed Reading) sempena Karnival Pendidikan Madani PPD Melaka Tengah. Program yang berlangsung di SMK Ayer Keroh ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik membaca secara pantas, berkesan dan berfokus tanpa mengabaikan aspek pemahaman. Aktiviti yang dijalankan turut membantu peserta menguji kelajuan bacaan, tahap kefahaman serta keupayaan mengingati maklumat yang dibaca. Program ini mencerminkan komitmen PTAR dalam memperkukuh literasi, kemahiran pembelajaran dan budaya membaca melalui kolaborasi bersama institusi pendidikan. Penganjuran program ini mencerminkan peranan PTAR sebagai pusat pembelajaran yang bukan sahaja menyediakan akses kepada sumber ilmu, malah turut memperkenalkan kemahiran dan strategi pembelajaran kepada komuniti pendidikan.

  • LAPORAN MESYUARAT PENGURUSAN PTAR UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA BIL. 3/2026 MELAKA, 7 Ogos 2026 – Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Bandaraya Melaka Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan operasi perpustakaan serta persediaan bagi program-program yang bakal dilaksanakan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan tugasan dan perjalanan kerja bagi memastikan kelancaran operasi PTAR. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan persiapan program-program yang telah dirancang, termasuk penyelarasan tugasan, keperluan program, persediaan tempat serta perkara-perkara berkaitan pelaksanaan aktiviti. Perbincangan ini bertujuan memastikan setiap persiapan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan program berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan tindakan susulan telah dipersetujui bagi memastikan pengurusan serta persediaan program PTAR dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

  • HARI KEDUA NRC 2026 – PERINGKAT NEGERI MELAKA Peserta sekolah menengah dari Melaka menampilkan kebolehan dan kreativiti dalam National Robotics Competition (NRC) 2026 Peringkat Negeri Melaka hari ini. Ketua Perpustakaan PTAR UiTM Melaka, Encik Norhazlan bin Nordin, hadir menyantuni dan menyokong peserta. Tahniah kepada semua peserta, guru, jurulatih dan pihak pengurusan atas komitmen menjayakan acara ini. Teruskan berinovasi dan cipta masa depan dengan teknologi! #NRC2026 Follow & Like Us: PTAR Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • PROGRAM TALAQQI KEROHANIAN: Al-QURAN PETUNJUK UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN Jom isi masa anda dengan majlis ilmu! Saksikan dan sertai Program Talaqqi Kerohanian bersama penceramah jemputan kita: 🎙️ Ustaz Zulhafizie bin Samsol Penolong Pendaftar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka Butiran Program: 📅 Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 Masa : 9:00 Pagi 🏛️ Tempat : PTAR Aras 1, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka 🎥 Youtube : PTAR UiTM Cawangan Melaka https://library.uitm.edu.my/knowledge-sharing/program-talaqqi-kerohanian-al-quran-petunjuk-untuk-sebuah-kehidupan Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mempertingkatkan ketakwaan kita. #UiTM #PerpustakaanUiTM #TalaqqiKerohanian #usahataqwamulia Follow & Like Us PTAR UiTM Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • 📚 PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu siri 8 MELAKA, 7 Ogos 2026 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan Program Pembudayaan Ilmu: 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu sebagai platform memperkasa budaya perkongsian pengetahuan dan pembelajaran berterusan dalam kalangan warga PTAR. Program ini menampilkan tiga perkongsian menarik: 🔹 Encik Azahar Nordin – 5 Minit Yang Mengubah Hari Anda 🔹 Encik Ahmad Zahari Roslly – 20 Perkara Membantu Kita Ke Syurga 🔹 Puan Salina Salehin – Yang Berlalu Mengajar, Yang Datang Membentuk Program dikendalikan oleh Encik Kamalrulamir Amat selaku Moderator. Berkongsi ilmu, mencetus inspirasi, membina nilai Follow & Like Us: PTAR Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti Bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya MELAKA, 11 Ogos 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya sebagai persediaan awal menghadapi Audit Pengurusan Rekod UiTM Tahun 2027. Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan pelantikan Pengurus Rekod serta isu dan cabaran pengurusan rekod yang dihadapi oleh setiap pusat tanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Perbincangan ini bertujuan mengenal pasti tindakan penambahbaikan bagi memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara lebih sistematik dan mematuhi dasar serta prosedur yang ditetapkan. Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS4c7Jhmd/

  • HARI PERTAMA NRC 2026 – NEGERI MELAKA 11 Ogos 2026: Hari pertama National Robotics Competition (NRC) 2026 Peringkat Negeri Melaka berlangsung meriah di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin. Murid sekolah rendah Melaka menunjukkan semangat, kreativiti dan keyakinan dalam robotik. Para peserta menguji kemahiran, menyelesaikan cabaran dan meneroka teknologi serta inovasi. Turut hadir Encik Ahmad Khairuman bin Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin, bagi menyantuni dan menyokong peserta. Tahniah kepada semua peserta sekolah rendah atas semangat juang dan keberanian. Semoga pengalaman ini menyemarakkan minat STEM, robotik, teknologi dan inovasi dalam kalangan generasi muda. Teruskan mencipta dan berinovasi! Selamat bertanding dan berjaya! Follow & Like Us: PTAR Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • MEMPERKASA KECERIAAN, MENINGKATKAN KESELESAAN ALOR GAJAH, 11 Ogos 2026 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah melaksanakan Gotong-royong Susun Atur dan Pembersihan Ruang Diskusi serta Stor PTAR. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memastikan ruang dan persekitaran PTAR sentiasa berada pada tahap bersih, kemas, teratur dan kondusif demi menyokong keselesaan warga universiti serta kelancaran penyampaian perkhidmatan. Komitmen bersama ini mencerminkan semangat kerja berpasukan, tanggungjawab dan budaya kerja berkualiti dalam mewujudkan persekitaran PTAR yang lebih profesional dan selesa. “Ruang yang kemas mencerminkan budaya kerja yang berkualiti.” Follow & Like Us PTAR UiTM Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

  • без подписи

  • 🥇🥉 TAHNIAH & SYABAS! KEJAYAAN SUNGGUH MEMBANGGAKAN! 🥇🥉 Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada Encik Mohammed Zahari bin Zubir di atas kejayaan cemerlang mewakili Kontinjen UiTM dalam acara Footgolf di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia Ke-46 (SUKUM UniSZA 2026)! Beliau bersama pasukan UiTM telah berjaya merangkul: 🥇 PINGAT EMAS – Acara Footgolf Berpasukan Veteran 🥉 PINGAT GANGSA – Acara Footgolf Matchplay Kejayaan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan amat membanggakan serta menjadi inspirasi buat seluruh warga PTAR dan UiTM Cawangan Melaka. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin semangat untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! 💐🔥 #PTARUiTM #UiTMCawanganMelaka #KampusBandarayaMelaka #SUKUM2026 #FootgolfUiTM Follow & Like Us PTAR UiTM Cawangan Melaka https://linktr.ee/ptaruitmmelaka