5 Minit Resepi
СтатистикаJom share resepi simple, mudah, cepat dan enak.
- Последний пост
- 30 мар.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Resepi ni dari arwah mak saya untuk 1 kilo. Kalau ikut arwah mak tak ada sukatan, main agak2 aja. Tapi saya olah untuk anak2 kalau saya tak ada, senang dia org buat nanti Rendang kerang satu kilo Bahan2 nya 1 kilo kerang Santan segar setgh kilo Serai 5 batang ( dihiris ) * 4 biji bawang besar * Lengkus 1 inci * Halia 1 inci * Kunyit hidup 2 * Bawng putih 5 ulas * Cili kering 10 biji ( direbus )* 1 sudu rempah ketumbar. * 1 sudu jintan manis * Semua bahan yg bertanda * diblend. Gula Garam Perasa Gula kabung Daun kunyit Cara2 nya tumis bahan yg diblend sampai garing. Msk santan kacau, baru taruk kerang tadi. Taruk kerisk 2 sudu besar. Jgn lupa ketuk serai dlm dua batang, sebelum tumis bahan2 tadi. Kredit : Puan Maimoon
Time cuti masak nasi lemak paling best. Masak untuk sarapan terus ke tengahari sampai la ke petang. Senang.😂
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Sesekali ubah selera Agak cemuih nasi. Masak bakso pulak. Bahan-bahan sup : 2 labu bawang besar 2 ulas bwg putih 1 inci halia 2 sdb lada hitam ( Semua bahan diatas kisar halus) Cara masak : Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi. Kacau sekejap, masukkan air. Kemudian masukkan seketul pati kiub ayam, sedikit garam. Bila kuah dah menidih masukkan meatball. Reneh sampai meatball masak ok siap. Bahan-bahan bebola daging bakso : 250grm daging kisar 3 sdb tepung ubi 1 sdb garlic in olive oil ½ sdb lada putih 1 bji putih telur Garam secukup rasa Cara buat : Kisar semua bahan sampai halus, kemudian masukkan ke dalam bekas dan uli. Kemudian bentukkan bulat-bulat. Pastu masukkan ke dalam sup bakso. Kalau nak cepat beli yang dah siap, balik terus masak saja. 😉 Untuk cili merah pedas berapi : 20 tangkai cili padi merah 10 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih Secubit garam Kredit : Qasih Jue Aisya
DADIH MANGGA Bahan-bahan : 1 pek serbuk dadih perasa mangga 1 tin susu cair Gula pasir secukup rasa Air kosong - jika ikut sukatan di pek 3000ml empunya resepi hanya gunakan 2700ml tak nak terlalu cair sebab akan letak topping. Cara masak : Didihkan air. Masukkan serbuk dadih. Masukkan susu cair. Masukkan gula. Biarkan mendidih seketika. Tuang ke dalam bekas. Biarkan sehingga sejuk & beku. Masukkan ke dalam peti sejuk. Topping : Potong buah mangga (potong dadu). Taburkan atas permukaan dadih. Siramkan sedikit susu cair / susu UHT. Kredit : Syafi Syaffiya
Ibu Sambal. Buat banyak-banyak, simpan. Time terdesak sangatlah membantu. 5 biji bawang besar 8 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari Cili padi 1 mangkuk 7 biji Cili merah besar Blend semua bahan di atas. Tumis dengan sampai kering air. Perasakan dengan garam, ajinomoto (kalau nak), gula sesudu besar, 1.5 kiub pati ayam, separuh perahan limau nipis. Siap! Biarkan sejuk, simpan dalam botol kaca untuk tahan lebih lama. Simpan dalam peti ais. Selamat mencuba
Ni antara Menu Rendah KALORI, tapi sangat TINGGI protein. Rasanya lain dari lain, anak-anak pon pasti suka. 😬 JOM TRY RESEPI TUNA PANCAKE - 2 Biji Telur - 1 Sudu besar tuna in water - 1 biji bawang merah dimayang - 1 biji cili padi (optional) - 1/2 cup carrot yang dah disagat . Boleh tukar jika nak guna sayuran lain - sedikit hirisan daun bawang (optinal) - 1/2 sudu kecil rempah kari daging - Secubit garam (optional) - 1 sudu besar minyak. CARA - CARA-CARANYA 👇🏻 - campur semua bahan dalam 1 bekas & kacau sebati - panaskan kuali & tuang ikut adunan pancake. - Masak selama 2 - 3 minit mengikut keadaan tekstur. - Siap untuk dihidang ANGGARAN KALORI SEKITAR 200 kCal - 250 kCal SAHAJA. Selamat Mencuba ☺️ #JihadUntukSihat Kredit : JajaAli
Alhamdulliah. Baru siap bubur asyura utara. Jom cuba.. Resepi Bubur Asyura Bahan A : Tepung beras 2 cawan Tepung jagung 2 sudu besar 3 cawan pati santan 4 cawan air 1 sudu kecil garam Daun pandan Gula putih 1 cawan,gula melaka 2 ketol saiz kecil masak dgn 1 cawan air(biar sejuk dulu) (campur semua dalam satu bekas bancuh dan tapis, tuang terus ke dalam kuali) Bahan B : Jagung 1 tin Buah labu sebelah (potong dadu Ubi keledek 2 biji (potong dadu Kacang hijau 1 cawan(rebus dulu) Kacang merah 1 cawan(rebus dulu) Pisang dalam 6 biji klau nak letak lebih boleh je. (Campur semua bahan B kebahan A,cuma pisang saya masukan last bila nampk adunan hampir nak masak) Masak bagi lama dengan api yang pelahan (1jam 20minit juga tadi saya masak baru tutup api biar nmpk berkilat) Kredit : Surina Abadi
без подписи
RESEPI BUBUR ASYURA VERSI KELANTAN Bila masuk Bulan Muharram ramai yang dok rindu kat Bubur Asyura. Dulu nak makan Bubur Asyura senang, sebab orang kampung sepakat dok buat Bubur Asyura ni, masak bubur secara rewang. Seronok masak ramai-ramai. Sekarang ni kurang dah aktiviti begini sebab masing-masing dah sibuk. Tiap negeri lain lah bubur Asyuranya. Siapa ada Resepi Bubur Asyura lain-lain negeri bolehlah pakat-pakat kongsi untuk rakan-rakan lain pakat buat. Resepi ni resepi makcik saya secara tradisional. Biasanya Bubur Asyura dia ditunggu-tunggu kami semua. Siapa yang nak buat sekawah boleh buat ikut resepi ni. Nota : Sedapnya makan bubur asyura/ "SUGHO" dalam tempurung kelapa/ "purung nyor" Jommmm....👇
Bubur asyura versi johor.. Alhamdulillah tercapai gak hjat nak buat n sedekah ke surau.. 😍😍😍 RESEPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK Bahan-bahan: ● 2 cwn beras ● 2 cwn santan ● 1 labu bawang besar* ● 4 ulas bawang putih* ● 1 inci halia* ● 1 sb udang kering* * dikisar bhn bertanda ● 2 cawan / lebih daging lembu / daging ayam kisar / yg cincang ● 1 sk serbuk lada putih ● 1 sk / lebih serbuk lada hitam ● kacang kuda – direndam semalaman ● Sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus ● Kentang dan carrot secukupnya – dipotong dadu ● Garam dan gula secukup rasa ● Bawang goreng ● 3 sb rempah soto / rempah baryani ( atau serbuk rempah sup + rempah kurma ) ● 1 pkt sup bunjut ● Rempah 4 sekawan ● Air secukupnya ● Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam Jommmm....👇
без подписи
без подписи
без подписи
Singgang Ikan Cara Mak Saya Cara mak saya masak singgang ikan selar. Sedap hirup kuah dia panas2, lawan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Fuhh betambah nasi sampai bepeluh-peluh dibuatnya! Bahan-bahan : Dua ekor ikan selar belah dua Garam secukupnya Perahan Air asam jawa Air agak2 1biji bwg merah saiz besar hiris 2 ulas bwg putih hiris Serai diketuk 1 inci halia 1/2 inci kunyit Serbuk kunyit secukupnya 1 sudu teh minyak Tomato (optional) Cili merah dan cili padi (optional) Cara masak : Campur semua bahan-bahan , kemudian didihkan dengan api perlahan selama 20 minit, siap! Selamat mencuba! #singgangikanselar Kredit : Nana Sabrina Sarsan
Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Padi Tips Masak Lomak Tolo Itik tak berselerak dalam kuah lomak. Rebus terlebih dahulu dalam air yang dicampur 2 sudu Cuka. (Mr.Melting Guna Cuka Epal) Bahan-Bahan : 4 biji telur itik 3 inci kunyit hidup 4 biji cili padi Seganggam pucuk labu - dihiris 3 helai daun kunyit - dihiris 5-6 biji belimbing buloh Santan secukupnya Cara masak : Tumbuk lumat cili dan kunyit campurkan bersama Santan reneh sebentar dan masukkan bahan yang dihiris. Masukkan telur yang siap direbus tadi dan masukkan belimbing. Siap. Selamat mencuba. Kredit : Muhammad Khairul