Mei Masak 🍲🥗🧆
СтатистикаKongsi resepi untuk manfaat bersama Cooking • Tips • Home 🏡🤍
- Последний пост
- 18 июн.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
BAKED SWEET POTATO • sweet potato • mozarella cheese (optional) • parmesan cheese (optional) • chili flakes • butter • daun ketumbar 1. Panaskan oven. Cuci bersih sweet potato, tak perlu buang kulit. 2. Bakar sweet potato dengan suhu 200°C selama 30 minit. Kemudian rendam sekejap dalam air sejuk ❄️, dan sambung bakar lagi 30 minit atau hingga cukup masak. 3. Dah siap, boleh belah potato, tekan2 dengan garfu dan letak butter, cheese, chili flakes, daun ketumbar. Masuk semula dalam oven untuk cairkan moza cheese sekejap, and doneee. ✨
без подписи
без подписи
PERUT MASAK MASAK LEMAK PEDAS Menu aidiladha yang lepas sempat buat perut masak lemak di rumah mentua. 😆Biasa makan, tapi tak pernah buat sendiri. Rupanya senang jeee. • Perut lembu/kampung • 2 helai daun kunyit • 150ml santan pekat • 2 asam keping • 1 biji bawang merah** • Cili api** ikut level pedas sendiri • 1 inci halia** Kisar halus bahan bertanda** 1. Cuci bersih organ perut yang nak dimasak, boleh guna kapur masakan, asam limau supaya kurang bau. Kemudian rebus. Selepas rebus, gunting kecil. 2. Satukan semua bahan dalam periuk. Ye, campak je semua. 😆 Tambah air sikit dalam setengah cawan. 3. Kacau2 hingga masak pekat sikit dan tambah garam. Siappp. Lagi sedap kalau ada terung bulat asam. 🤤
без подписи
без подписи
AVOCADO MILK 🥑 • 1 biji avocado • 500ml fresh milk • 1 tsp susu pekat atau any preferred sweetener 1. Masukkan semua bahan dalam blend cup, then blend jelah. 😆 easy. Biasa dekat kedai jual jus alpukat ni ada letak chocolate sauce, whipped cream nak bagi fancy. Mei letak madu. Up to you guys nak letak apa, blend dengan susu je pun takpe dah. Rasa macam ice cream 😋
без подписи
без подписи
IKAN MASAK LEMAK BELIMBING BULUH Menu ni memang senang macam campak campak siap! 😋 • Ikan (Mei guna talapia) • Kunyit • 1 bawang besar (blend) • Cili api (blend- ikut pedas sendiri) • 2 batang serai • Santan • Belimbing buluh (belah dua) 1. Gaul ikan dengan garam & kunyit, goreng kan dulu. Lagi sedap kalau goreng garing. 2. Dalam periuk, satukan bahan blend, serai, kunyit dan santan. Campurkan sedikit air ikut level kuah nak banyak mana. Kacau & didihkan. 3. Bila santan mendidih, masukkan ikan yang siap digoreng & belimbing buluh. Perasakan dengan garam. Kacau sekejap dah siap! **Boleh guna sebarang ikan pilihan. Tenggiri, kembung pun sedap!
без подписи
без подписи
MUSHROOM SOUP 🍄🟫 • Cendawan 3 jenis (Mei guna shiitake, white button, shimeji) • 1 biji bawang holland (dadu kecil) • 4 ulas bawang putih (cincang) • 3tbsp minyak zaitun • 3tbsp butter • 1 kotak kecil cooking cream • 1 kiub ayam atau 1 cawan chicken broth • 500ml air • Thyme 1. Potong cendawan ikut suka, nak slice boleh, nak cincang pun boleh. 2. Campurkan minyak zaitun & butter dalam periuk, tumis bawang holland & bawang putih 1 minit. 3. Tambah cendawan dan masak hingga keperangan. 4. Masukkan cooking cream, tambah air dan kiub ayam. Kacau sebati & tutup periuk, renehkan 20 minit dengan api kecil. 5. Ambil separuh sup cendawan, blend halus. Kemudian campurkan semula dalam periuk. Tambah 5-6 akar fresh thyme, kacau rata. Kalau takde fresh herbs boleh guna any dried herbs. Siap! **Mei tak tambah garam sebab kiub ayam dah cukup masin. **Adjust kepekatan sup ikut suka, kalau nak cair tambah air.
без подписи
без подписи
AVOCADO CHOCOLATE 🍫 🥑 Healthy choice 👧🏻 Kids friendly • 2 biji avocado • 3tbsp greek yogurt - brand Sunglo tanpa sugar • 3-5 biji kurma (rendam air panas) • 2-3tbsp serbuk koko (unsweetened) • 1tsp vanilla extract • Kekacang (optional) • Berries (optional) 1. Buang biji kurma, satukan semua bahan dalam mixer or blender, kecuali berries. Untuk kacang Mei letak sikit je badam & gajus, tak letak pun takpe. Blend sampai halus. 2. All done. 😂 senang amat. Boleh makan terus atau simpan sejuk sekejap. Mei letak berries on top & tabur kekacang.
без подписи
без подписи