Nota Doulamas
СтатистикаHamil, Bersalin, Menyusu Bayi dan Berpantang dengan Mudah, Happy & Tenang Bersama Team Doulamas. http://wasap.my/60162412579/kelasdoulamas
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 24
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 306
- 1/48двое суток
- 350
- 1/72трое суток
- 378
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
Saya harap dalam group kita tak ada yang berfikiran begini. Ini tidak tepat ya - doulamas -
Jemput semua join malam ni. https://www.tiktok.com/@doulamas Share dekat wassap story korang sekali eh🫶🏻
Bersalin ni sama macam exam Kalau study last minute, memang boleh lulus tapi stress 🥹 Tapi kalau prepare awal, belajar sikit-sikit, faham betul-betul rasa jauh lebih tenang. Kehamilan & kelahiran pun sama ✨ Bukan tentang siapa paling cepat, tapi siapa paling bersedia. 🌿 Persediaan awal bukan untuk sempurna, tapi untuk kurangkan rasa takut & keliru. Kalau ibu jenis suka prepare awal, Program Bimbingan Setahun Persediaan Kehamilan, Kelahiran, Penyusuan dan Postnatal boleh jadi langkah pertama ❤️ 📩 DM kami sekarang untuk info lanjut atau pendaftaran. 🌷 https://wasap.my/60162412579/kelasOgos #Doulamas #BersalinDenganTenang #IbuBerilmuIbuYakin #KelasDoulamas #IbuHebat
“Plasenta datang daripada bapa?” 🤔 Ramai orang kata plasenta berasal daripada sperma bapa. Betul ke? Jawapannya: Tidak sepenuhnya. Sains embriologi menunjukkan bahawa selepas sperma bapa bersenyawa dengan ovum ibu, terbentuk satu sel yang dipanggil zigot. 🧬 Zigot ini mengandungi: 50% DNA daripada ibu 50% DNA daripada bapa Apabila zigot berkembang menjadi blastokista, lapisan luarnya yang dipanggil trophoblast akan membentuk bahagian janin (fetal) plasenta. Pada masa yang sama, lapisan rahim ibu (decidua basalis) turut membentuk bahagian ibu (maternal) plasenta. 💜 Maksudnya… Plasenta bukan berasal daripada sperma sahaja. Ia adalah organ sementara yang terbentuk hasil kerjasama antara bayi dan tubuh ibu. Subhanallah… Allah menciptakan satu organ yang sangat unik: ✨ Menghantar oksigen kepada bayi. ✨ Membekalkan nutrien. ✨ Menyingkirkan bahan buangan bayi. ✨ Menghasilkan hormon penting seperti hCG, progesteron dan estrogen untuk mengekalkan kehamilan. Sebab itulah plasenta sering digelar “lifeline” atau talian hayat antara ibu dan bayi. Semakin kita memahami fisiologi kehamilan, semakin kita kagum dengan kebijaksanaan ciptaan Allah. “Dan pada diri kamu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Surah Az-Zariyat: 21) #Doulamas #NaturalBirth #ChildbirthEducation #FisiologiKehamilan #Placenta #AmazingCreation #BeautifulCreationByTheCreator
Nota Doulamas pinned «🧠 OTak Lama vs Otak Baru: Kenapa Ia Penting Semasa Bersalin? Ramai ibu ingat bersalin perlu “berfikir” apa yang perlu dibuat. Hakikatnya, tubuh wanita sudah dicipta dengan mekanisme semula jadi untuk melahirkan bayi. 🧠 Otak Baru (Neocortex) Digunakan untuk…»
🧠 OTak Lama vs Otak Baru: Kenapa Ia Penting Semasa Bersalin? Ramai ibu ingat bersalin perlu “berfikir” apa yang perlu dibuat. Hakikatnya, tubuh wanita sudah dicipta dengan mekanisme semula jadi untuk melahirkan bayi. 🧠 Otak Baru (Neocortex) Digunakan untuk berfikir, menganalisis dan membuat keputusan. Mudah aktif apabila ibu rasa takut, malu, risau atau terlalu banyak berfikir. Contohnya: ❌ “Berapa cm dah buka?” ❌ “Sakit ni normal ke?” ❌ “Macam mana kalau baby lemas?” ❌ “Orang tengok aku macam mana?” Apabila otak ini terlalu aktif, hormon stres seperti adrenalin boleh meningkat. Jika berlaku terlalu awal atau tanpa keperluan, ia boleh mengganggu penghasilan oksitosin yang membantu kontraksi menjadi lebih efektif. 🧠 Otak Lama (Primitive Brain) Mengawal fungsi automatik badan yang kita tidak perlu fikir, seperti bernafas, degupan jantung dan juga proses kelahiran. Apabila ibu berasa selamat, tenang dan tidak diganggu, otak ini membolehkan hormon kelahiran seperti oksitosin bekerja dengan lebih baik. ✨ Sebab itu suasana kelahiran sangat penting. ✔️ Cahaya malap. ✔️ Bunyi yang minimum. ✔️ Privasi terjaga. ✔️ Sokongan daripada orang yang dipercayai. ✔️ Kurangkan soalan atau gangguan yang tidak perlu. Apabila ibu berasa selamat, tubuhnya lebih mudah “melepaskan kawalan” kepada sistem semula jadi yang telah Allah ciptakan untuk melahirkan bayi. 🤍 Bersalin bukan sekadar proses fizikal. Ia juga proses hormon, emosi dan rasa selamat. Apabila minda lebih tenang, tubuh lebih mudah menjalankan tugasnya. Nota: Konsep “otak lama” dan “otak baru” ini digunakan secara meluas dalam pendidikan gentle birth untuk menerangkan bagaimana stres dan rasa selamat mempengaruhi hormon kelahiran. Walaupun istilah tersebut merupakan satu penyederhanaan terhadap fungsi otak sebenar, prinsip bahawa persekitaran yang tenang dan rasa selamat membantu penghasilan oksitosin serta menyokong proses kelahiran disokong oleh pemahaman fisiologi semasa. Nak faham lebih lanjut ? Dapatkan buku ini 👇👇 https://doulamas.onpay.my/order/form/41
Jumpa semua esokkkk😘 Yang belum daftar klik sini https://doulamas.onpay.my/order/form/ypbe2 Please share dengan kawan2 tau!
Jemput join malam ni terutama ibu2 yang berniat nak VBAC 🗓 Rabu, 29 Julai 2026 ⏰ 9 malam 📍 Live di TikTok Doulamas 👉 https://www.tiktok.com/@doulamas Jom sebarkan ✨
Ada yang tanya… *“Kenapa buku digital ni tulis ringkasan, tapi ada lebih daripada 500 muka surat?” 🤔 Jawapan 👇🏻👇🏻 📖 Ringkasan bukan bermaksud pendek. Ringkasan bermaksud isi penting daripada buku asal telah disusun semula supaya lebih mudah difahami, tanpa perlu membaca setiap huraian yang panjang seperti dalam buku asal. Apa yang menjadikan buku digital ini lebih daripada 500 muka surat? ✅ Susunan yang lebih teratur mengikut bahagian dan bab. ✅ Penjelasan dalam Bahasa Melayu yang lebih mudah difahami. ✅ Ilustrasi, gambar dan infografik supaya pembacaan tidak membosankan. ✅ Ruang putih dan susun atur yang lebih selesa untuk dibaca di telefon, tablet atau komputer. ✅ Nota dan penerangan tambahan bagi membantu ibu memahami konsep yang dibincangkan. Matlamat kami bukan sekadar menghasilkan buku yang tebal. Matlamat kami ialah menghasilkan sebuah bahan bacaan yang mudah difahami, menarik untuk dibaca dan benar-benar membantu ibu memahami proses kelahiran dengan lebih yakin. 💜 Kerana bagi kami, ilmu yang mudah difahami jauh lebih bernilai daripada sekadar mempunyai banyak muka surat. Di atas ni adalah salah satu contoh muka surat dalam buku ini 🫶🏻 Dapatkan sekarang sementara masih harga promo. Klik https://doulamas.onpay.my/order/form/41 🚩🚩🚩🚩 🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩
без подписи
без подписи
без подписи
Alhamdulillah siap juga akhirnya BUKU DIGITAL ni. Thanks to semua team yang terlibat dalam menyiapkan 529 muka surat buku ini. Yang dah dekat bersalin atau takut nak bersalin WAJIB check out segera ok! 100 pembeli pertama dapat harga promo dan juga sesi bedah buku bersama doulamas live zoom🙌🏻 https://doulamas.onpay.my/order/form/41
Jom join live malam ni! 💜 Kita sembang santai tentang kenapa ibu takut nak bersalin ✨ 🕘 9 malam 📍 TikTok Doulamas Klik sini: https://www.tiktok.com/@doulamas Jumpa malam ni! 🤍
Ada yang berminat nak baca? Klik ❤️ satu kali☺️
Jom sertai live malam ni kita kupas tentang Birth Trauma yang ramai ibu alami tapi jarang cerita ✨ 🗓 18 Julai 2026 🕘 9:00 malam 📍 TikTok: @doulamas 🔗 https://www.tiktok.com/@doulamas
Terlalu banyak kisah2 begini berlaku setiap hari pada ibu2 muda. I'm so sad to see this sebab semua ni sangat2 lah boleh dielakkan bila ibu ada ILMU YANG BETUL. Semua ini saya ajar dalam Seminar YPBE 1 Ogos ni. Jemput ajak semua ibu2 hatta yang belum hamil untuk belajar. Bukan tunggu dah sarat baru fikir macam mana nak bersalin dengan baik. Sayangi tubuhmu wahai ibu.❤️ - Doulamas - Childbirth Educator Daftar Seminar : https://doulamas.onpay.my/order/form/ypbe2
Lama saya cuti buat Seminar sebab sibuk sangat bulan lepas ramai bersalin dan habiskan Kelas Gentle Birth batch Jun juga. Here we go next batch Seminar. Jangan terlepas lagi ya. Soalan2 basic yang korang selalu tanya saya semua kita cover dalam seminar ni Isu alahan, isu HB, air gula, GDM, sakit lama tak de bukaan dan macam2 lagi. Daftar sekarang sebelum naik harga. Early bird price Rm39 sahaja. Daftar sini : https://doulamas.onpay.my/order/form/ypbe2 Doulamas