♥︎•𝐑𝐄𝐒𝐄𝐏𝐈 𝐕𝐈𝐑𝐀𝐋•♥︎
Статистика𝖯𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝗋𝖾𝗌𝖾𝗉𝗂 𝗏𝗂𝗋𝖺𝗅 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺. 𝖲𝖾𝗆𝗈𝗀𝖺 𝗂𝖺𝗇𝗒𝖺 𝖻𝖾𝗋𝗆𝖺𝗇𝖿𝖺𝖺𝗍 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖺𝗇𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺.♥️ [ 16 ᴍᴀʀᴄʜ 2020 ]
- Последний пост
- 19 февр.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 15 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
👩🍳@ResepiiViral
"SERIMUKA DURIAN" (Jika tiada durian, boleh gantikan dengan cempedak) RESIPI DAN BAHAN-BAHAN: BAHAGIAN BAWAH:(resipi ni guna sukatan cawan kopi teh ) ✔️1 1/2 cawan beras pulut(rendam 30minit hingga 1jam) ❤️Kalau beras pulut susu tak perlu rendam..basuh dan toskan terus jer guna❤️ ✔️2 cawan santan sederhana cair ✔️1/2 sudu teh garam ✔️1-2 helai daun pandan(disimpul) Cara.. Panaskan kukusan hingga air mendidih(guna api besar)..sapu minyak pada loyang saiz 9x9 dan lapik plastik..masukan semua bahan bahagian bawah dalam loyang..kukus selama 25 minit guna api besar... Buang daun pandan..kacau dan tekan-tekan pulut dan mampat2kan dalam loyang guna senduk.. BAHAGIAN ATAS: ✔️1 biji telur gred A @ B ✔️1 cawan gula(saya suka kurang manis saya letak 3/4 cawan sahaja) ✔️1/2 cawan tepung gandum ✔️1/2 cawan tepung kastard ✔️1 sudu besar membukit tepung beras cap bunga teratai ✔️1/2 sudu teh garam ✔️1 cawan durian ✔️2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa parut(kisar,perah,sukat) ✔️Sedikit pewarna kuning lemon CARA-CARA: Satukan semua bahagian atas..kisar kemudian tapis ke dalam periuk..masak seketika guna api perlahan sambil kacau hingga naik wap(jangan lama tau..kalau likat sure tak jadi..sekadar sentuh periuk terasa panas dah cukup yer) Tuang bahagian atas kat atas pulut tadi..kukus semula selama 30 minit api perlahan(bukan api paling kecik yer)Jangan guna api besar atau sederhana nanti permukaan atas akan berombak.. Setiap 7 minit buka dan lap bawah tudung kukusan..ulang hingga cukup masa.. Dah cukup masa.. buka tudung kukusan..kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan untuk keringkan air atas permukaan kuih serimuka..siap.. Bahagian atas jika tak nak masak sekejap pun boleh..lepas kisar semua bahan terus tuang atas pulut dan kukus.. Biarkan serimuka betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik yer.... Selamat mencuba...😃 https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
👩🍳@ResepiiViral
𝗣𝗢𝗣𝗜𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗕𝗢𝗡𝗔𝗥𝗔 𝗖𝗛𝗘𝗘𝗦𝗘 Bahan-bahan: Kulit popia 2 tin sos prego carbonara 1 tin campbell mushroom 1 tin cendawan butang 1 bungkus daging kisar 1 bungkus sosej Cheese 2 bawang besar 1 cili bangla Cara Memasak: 1) potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala. 2) hancurkan daging kisar ke dalam bekas. 3) tumis bawang besar yang dipotong tadi 4) masukkan daging kisar 5) masukkan sos prego dan sos campbell 6) masukkan sosej dan cili 7) kacau hingga sebati 😎 masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis 9) goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan! Cc : Abdullah Kadir https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗣𝗢𝗣𝗜𝗔 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗠 𝗖𝗛𝗘𝗘𝗦𝗘 Bahan-bahan : Isi ketam atau crabstick Cheese Kulit popia Sedikit air Cara Memasak : 1) Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian 2) Ambil kulit popia letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air 3) Ulang step hingga habis 4) Goreng hingga kekuningan 5) Sedia untuk dihidang https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗣𝗢𝗣𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗦𝗧𝗨𝗠 Bahan untuk popia nestum : 1 bungkus kulit popia 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan gula halus Bahan untuk gam : 2 sudu besar tepung 1/4 cawan air CARA-CARA: Bancuh tepung bersama air dan ketepikan. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm. Goreng sehingga kekuningan. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara. TIPS Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah. Cc : Che Nom https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗣𝗢𝗣𝗜𝗔 𝗚𝗢𝗥𝗘𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗗𝗔𝗦 Bahan-bahan: Kulit popia secukupnya Bahan untuk lekatkan kulit popia: 2 sudu besar tepung gandum sedikit air Bahan untuk inti popia: 2 ulas bawang putih, cincang halus 1 biji sengkuang, potong memanjang 1 batang karot, parut kasar sedikit biji kobis, cincang kasar sedikit taugeh 1 biji bawang besar, hiris halus 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus gula dan garam secukup rasa Bahan untuk sos sira pedas: 2-3 sudu besar minyak masak 1 ulas bawang putih, tumbuk halus 1 ulas bawang merah, tumbuk halus 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar gula 1 sudu besar cuka makan sedikit garam bijan, disangai atau goreng tanpa minyak Cara Penyediaan: Cara-cara untuk tepung gam: Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat. Cara-cara untuk popia: Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas. Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam. Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan. Cara-cara untuk popia sos sira pedas: Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya. Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat. Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan. Tip: Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup. Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti. cc yt Che Nom https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗞𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗘 𝗥𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 Bahan-bahan Rebus tulang hingga empuk (ambil air rebusan utk kuah) Cili blend( cilikering rebus dan tos bwg bsr 1 bj bwg putih 3 ulas blcn sikit blend)x suka xyah ltk ye 2 sd rempah kari daging 2 sdb sos cili Keledek merah yg direbus (blend) Serbuk perasa ( saya guna knorr) Grm dan gula Sedikit kicap lemak manis utk rasa dan color kuah gelap sikit Cara masak kuah: Tumis bwg merah dab putih hingga naik bau masukkn cili blend dan serbuk kari sedikit masak hingga pecah mnyak..kemudian masukkn air rebusan tulang dan tulang sekali tadi agak2 la utk kuah ya masuk juga ubi keledek yg dh di blend.. masak hingga mendidih perasa kan sos cili kicap grm gula serbuk perasa.. rasa dulu ye.. dah agak pekat dan mendidih siap la boleh la masukkn mee dan bhn2 hiasan lain.. selamat mencuba ye. . Kredit: Intan Syahira https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗠 (sukatan utk 4 org mkn) 3 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa) 2 sudu besar minyak . 1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul. 2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan. 3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung. **guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat. Bahan kuah : 1 biji kelapa - ambil santan *7 ekor ikan sardin rebus *2 ulas bawang merah 1 inci lengkuas (ketuk) Gula Garam 1 keping asam keping 1 sudu teh lada hitam 1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan. 2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul. 3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam. Bahan hiasan (hiris) : Kacang panjang Timun Kobis Taugeh Bunga kantan Sambal cili Kredit resepi & foto : Nor aida https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗔𝗟 𝗣𝗜𝗖𝗜𝗧 Bahan-bahan : 2 ekor ikan kembung Sawi (sayur sesuai selera) 2 buah terong ungu Bahan sambal picit : 1 sdm asam Jawa (larutkan) dengan 50 ml air 30 buah cabe rawit 2 keping terasi bakar 1 sdt garam 1 sdt gula 2 buah jeruk kunci/kasturi (ambil air perasannya) Cara membuat : 1. Bakar terong, kukus sawi pahit dan ikan kembung sampai matang. 2. Masukan semua bahan sambal picit ke dalam piring kemudian picit2 dengan tangan sampai cabai pecah/hancur dan semua bahan sambal tercampur rata. 3. Sajikan sambal picit dengan terong bakar, sawi rebus dan ikan kembung kukus yang sudah di buang durinya, sajikan di dalam piring. Credit kt owner lupa dh.. up sini balik.. https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 Bahan-bahan: - 250 gram marjerin - 50 gram mentega - 75 gram gula aising - 1 kuning telur - 350 gram tepung gandum protein rendah - 50 gram tepung jagung - 50 gram keju edam parut (pilihan) - Gula aising untuk taburan Cara membuat: 1. Pukul marjerin, mentega, dan gula aising hingga lembut dan sebati. 2. Masukkan kuning telur, pukul hingga sebati. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang sudah diayak, gaul rata dengan spatula. 4. Tambahkan keju edam parut (jika menggunakan), gaul rata. 5. Ambil sedikit adunan, bentuk menjadi bulan sabit kecil. 6. Susun kuih di atas loyang yang sudah disapu marjerin. 7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah Celsius selama 20-25 minit, atau hingga kuih masak. 8. Angkat kuih dari ketuhar, biarkan sejuk. 9. Tabur kuih dengan gula aising hingga seluruh permukaan tertutup rata. 10. Simpan kuih putri salju dalam bekas kedap udara. Tips: - Gunakan marjerin dan mentega dengan kualiti yang baik untuk hasil yang lebih enak. - Ayak tepung gandum dan tepung jagung agar tidak ada gumpalan. - Jangan terlalu lama memukul adunan selepas menambah tepung, agar kuih tidak keras. - Bakar kuih dengan suhu rendah agar tidak hangus. - Biarkan kuih sejuk sebelum ditabur gula aising agar gula tidak cair. https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral
без подписи
RESEPI NASI GORENG KAMPUNG 🥘 Bahan-bahan • 2 pinggan nasi putih (sejuk lebih sedap) • 2 ulas bawang putih • 3–5 biji cili padi (ikut tahap pedas) • 1 biji bawang merah • 1 genggam ikan bilis (goreng garing) • 1 biji telur • 1 genggam kangkung (atau sawi) • 1–2 sudu besar minyak masak • Garam secukup rasa • Serbuk perasa / ajinomoto (optional) • Sedikit belacan (optional tapi menaikkan aroma) ⸻ 🔪 Cara-cara 1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan cili padi. 2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. 3. Guna minyak yang sama, tumis bahan tumbuk (+ belacan jika guna) sampai naik bau & garing sikit. 4. Masukkan telur, kacau cepat sampai telur hancur. 5. Masukkan nasi putih, gaul rata dengan api sederhana–besar. 6. Perasakan dengan garam & serbuk perasa. 7. Masukkan kangkung dan ikan bilis goreng tadi. 8. Kacau sekejap hingga sayur layu. Siap! ⸻ 🍽️ Tips Sedap • Guna nasi sejuk semalaman → nasi tak lembik • Api kena besar sikit untuk rasa “wok hei” • Boleh tambah ikan masin atau udang kering untuk rasa lebih kampung https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e 👩🍳@ResepiiViral